|
[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)
[Copy link]
|
|
Terbaik
Tq dem |
|
|
|
|
|
|
|
DuckDipWeb replied at 22-1-2017 06:38 PM
Sedih juga dgn peluang yg dimiliki mike. Dia cuma habiskan dgn minum arak, pergi clubbing, cari GR ...
Tuu laa, klu aku jdi mike, aku suroh si sudin drive aku ke pekan, pahang. Aku nk jmpe jibby time kecik, soh mak ayah dia ajar dia hidup susa, bru la bila dia besa x menyusahkn orng. |
|
|
|
|
|
|
|
dammerung replied at 5-1-2016 10:21 PM
Kisah 3 : Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Bahau, 1971
Bang Noor mengenang pengalaman sewaktu ber ...
Bg aku benda yang jelas ' mat sentol' tu adalah manusia. Macam psycopath + karnibal yang sampai satu tahap di mana manusia pon boleh jd mangsa. Kalo org gila tak kira la panas ke sejuk memang tak kisah la nak pakai macam mana. : |
|
|
|
|
|
|
|
Teemah88 replied at 12-2-2017 06:58 PM
Bg aku benda yang jelas ' mat sentol' tu adalah manusia. Macam psycopath + karnibal yang sampai sa ...
Dah terang2 lagi berspotlight Mat Sentol tu bukan orang |
|
|
|
|
|
|
|
Belum ada sambungan lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
jenguk sbb nk bca smbungan...
ok..blum ade lg... |
|
|
|
|
|
|
|
rindunya nak baca cerita baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
Still waiting for the update dgn penuh kesabaran... |
|
|
|
|
|
|
|
Wah..tt dah ada!!!
Gembiraaanyaaaa..dapat baca cerita terbaru...best gilerr!!!
Sambunglah cepatt....tak sabauu..nak baca
|
|
|
|
|
|
|
|
miss u damm |
|
|
|
|
|
|
|
miss tuan tanah so bad.. hihi.. ckp je bukan nak pressure ape2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dammerung at 16-2-2017 06:20 PM
Nabi Bahar (Bahagian II)
Dari pandangan berbalam-balam, Anton mendapati makhluk-makhluk di sebalik pokok mula mendekatinya. Kata Anton, dari apa yang dia faham kalau dah pakai jubah putih, rambut panjang mengerbang dan mengilai tak lain tak bukan ialah pontianak. Anton berguling-guling atas tanah sambil meraung-raung. Apa yang pelik, dia dalam keadaan sedar ketika itu tapi tak boleh mengawal diri dan seolah-olah rohnya keluar dari badan dan lihat sendiri tubuh fizikal meracau-racau atas tanah.
Dua ekor pontianak berdiri depan Anton. Dia cuba lihat wajah makhluk itu tapi rambut hitam melindungi muka. Cuma dua pasang mata putih terbuntang kelihatan dari celahan jurai rambut. Beberapa ketika kemudian pandangannya kabur dan sedar-sedar dah siang.
Tubuh-tubuh bergelimpangan di sekeliling unggun api yang telah padam. Anton pantas bangkit dan mencari adiknya. Di kala semua orang masih lagi tak sedarkan diri, inilah waktu terbaik untuk dia melarikan diri. Tak kisahlah yang dia tak tahu ceruk hutan mana dia berada ketika itu, apa yang penting dia dan adik kena berambus secepat yang mungkin.
Satu persatu tubuh yang terbaring di periksa. Adik tak dijumpai, mana pula dia pergi?. Anton teringat ada anak sungai di belakang pondok, mungkin adik pergi kencing kat sana, biasalah pagi-pagi kan. Berlari anak Anton ke belakang pondok tapi tak sempat dia nak ke anak sungai, Nabi Bahar dah terpacul kat pintu pondok.
Kata Anton, selamba je mamat tu berdiri menggeliat tanpa seurat benang di badan. Dia perasan alat sulit Nabi Bahar yang tengah tegang mencanak tu ada tatoo dan tindik. Mengikut pemahaman Anton, zakar dicacah sebegitu rupa adalah ritual banduan. Mereka yang akan keluar dari penjara akan diberi 'hadiah' oleh rakan sepenjara supaya wanita-wanita yang ditiduri diluar nanti akan 'terseksa dalam keenakan'. Apa yang membuatkan Anton amat pasti akan perkara itu adalah kerana sepupunya sendiri antara salah seorang penerima 'hadiah' tersebut.
Tak sempat Anton nak bersembunyi, dia dah dipanggil Nabi Bahar.
" Pergi ambil sarapan aku" Perintahnya pada Anton.
Sempat Anton melihat wanita-wanita telanjang terbongkang di belakang Nabi Bahar. Setelah memberi arahan, Nabi Bahar masuk semula ke pondok dan mengejutkan gundik-gundiknya. Anton berpatah semula ke arah unggun api, berpura-pura mendapatkan sarapan seperti di arah lalu menyelinap pergi ke sungai di belakang pondok. Erangan-erangan ghairah kedengaran di sebalik dinding kayu tidak diendahkan Anton. Sebaik tiba di anak sungai, Anton melihat adiknya tengah berendam dalam sungai.
Tujahan air sungai dari gunung menghentam belakang adik dan dari bibir biru terketar-ketar, jelas menunjukkan betapa dinginnya air sungai tersebut tapi adik tidak mengendahkannya. Dia hanya termenung dengan wajah tidak berekspresi.
"BUDI!" Jerit Anton sambil tergocoh-gocoh menyeberangi sungai deras cuba mendapatkan adiknya.
Bahu Budi digoncang keras kerana tiada respon. Tak tahu lah kenapa adiknya macam orang bodoh termenung sendirian seperti disihir. Anton mengangkat tubuh adiknya keluar dari sungai.
Bila dah didirikan, rupa-rupanya Budi bertelanjang dari pinggang ke bawah tapi Anton tak ada masa nak bertanya bagai kerana kesuntukan masa. Budi digendong di belakang dan sedaya-upaya Anton menyeberang sungai.
Dengan hanya berkaki ayam, Anton berlari di dalam hutan tebal tanpa arah tujuan. Tangan dan kaki yang memikul beban Budi semakin lemah. Bunyi desiran daun kering di lantai hutan mengejutkan Anton yang semakin terhoyong-hayang. Dia tahu pengikut-pengikut Nabi Bahar sedang melakukan operasi pencarian dia dan adiknya.
Berbekalkan kudrat yang ada, Anton mengemaskan pikulan Budi di belakang dan meneruskan larian. Semakin jauh didalam hutan, semakin besar dan aneh tumbuhan dan serangga yang dilihatnya. Bunyi kerupan daun-daun kering masih kedengaran malah makin dekat.
Anton tahu dia tak boleh terus berlari, dengan perut kosong dan tubuh lemah, ditambah pula dengan Budi yang seperti orang lumpuh, lambat-laun akan tertangkap juga. Pengalaman membesar di kampung terletak di kaki bukit membuatkan Anton tidak kekok berada dalam hutan, apatah lagi antara permainan harian adalah main nyorok-nyorok dalam hutan tepi kampong.
Mungkin desakan untuk terus hidup membuatkan minda Anton ligat berfikir mencari cara untuk menyelamatkan diri. Dia teringat satu trick yang sering dilakukan semasa kecil ketika bermain nyorok-nyorok. Rimbunan pokok paku pakis yang renek bertebaran di lantai hutan adalah tempat kegemaran untuk menyorok. Budi diturunkan dan dengan berhati-hati Anton bergerak ke depan secara terbalik sambil menguis daun-daun kering untuk menyembunyikan kesan tapak kaki.
Dia dan Budi meniarap di bawah salah satu semak pakis, menunggu geng-geng Nabi Bahar melewati kedudukan mereka. Bunyi derapan tapak kaki semakin kuat. Serangga-serangga hutan semakin banyak berkeliaran di tubuh, apatah lagi dengan Budi yang hanya berbaju, tapi nasib baiklah keadaannya seperti orang mati.
Kaki manusia muncul betul-betul di depan Anton. Dia menutup mulut supaya cungapan tidak didengari. Beberapa pasang kaki memenuhi ruang hutan dimana dia bersembunyi. Mungkin bingung dengan kehilangan kesan Anton dan adiknya di lantai hutan. Mereka berlegar-legar di kawasan persekitaran. Anton semakin panik kerana jika mereka mula memeriksa semak-samun, pasti dia akan ditemui.
Sepasang kaki mendekati tempat persembunyian Anton dan Budi. Perlahan-lahan Anton mengensot ke belakang sambil menarik Budi. Nasib baik juga desingan cengkerik menenggelamkan bunyi ensotan.
Sebatang kayu menerobos masuk dari rimbunan pakis dan terpacak betul-betul depan batang hidung Anton. Katanya, kalau dia lambat ensot 5-10 saat mungkin kena dah.
"GAA!" Laungan suara wanita bergema di tengah hutan. Sejurus selepas itu, kumpulan pencari mula meninggalkan kawasan persembunyian Anton.
Kata Anton dia melepak kat dalam semak tu agak lama juga lah sebab tak berani nak terus keluar takut geng-geng tu tengah menyorok kat mana-mana berhampiran. Cuma bila Budi dah 'tersedar' barulah Anton ambil keputusan untuk keluar dari persembunyian. Lagipun hari makin tinggi, benda terakhir yang Anton mahu berdepan ialah terperangkap dalam kegelapan malam di tengah hutan rimba.
Kata Anton, pengalaman membesar di kampung terletak di kaki hutan memberikan serba-sedikit pengetahuan tentang mengemudi di lautan pokok. Kata orang-orang tua, kalau tersesat dalam hutan pergilah ke arah kiblat kerana nescaya akan berjumpa dengan masjid. Masjid di Sumatera macam 7-11 kata Anton, mana-mana tempat mesti ada.
Ayahnya pernah mengajar bagaimana mencari arah di dalam hutan. Pokok-pokok besar di tengah hutan pasti berlumut di bahagian pemeluk. Pokok yang ada lumut tebal menandakan itu bahagian timur kerana terkena cahaya matahari. Oleh kerana arah kiblat terletak di antara utara dan barat (ikut geografi Sumatera), maka Anton perlu jalan arah berlawanan dan ambil angle sikit di tengah-tengah antara utara dan barat.
Berjalanlah Anton dan adiknya mengharungi hutan tebal. Dengan keadaan Budi, pastilah bermacam soalan ditanyanya sampai Anton rasa nak terajang je, dia tak ada mood nak melayan. Tidak makan seharian memberi kesan pada mereka berdua. Walaupun di tengah kehijauan alam, Anton kata macam berjalan di padang pasir dan ya, walaupun redup, bahang matahari masih terasa di dalam hutan.
Dari jauh dia dengar satu bunyi. Anton amat kenal bunyi tersebut, begitu juga dengan Budi. Mereka kembali bertenaga dan berlari ke arah bunyi tersebut. Sangkaannya benar, sebatang anak sungai dengan beberapa siri air terjun benar-benar melegakan hati. Seperti kanak-kanak Anton dan Budi terjun berendam. Sedang dia berendam, bunyi kenderaan kedengaran di atas. Anton dan Budi berpandangan dan segera mendaki bukit kecil di seberang sungai.
Mereka berdiri di tepi sebatang jalan dua hala. Keadaan sekeliling kelihatan biasa seperti pernah melalui jalan itu. Anton teringat semula kejadian kereta masuk dalam parit. Bergegas dia berlari menuju ke arah tempat kejadian.
Kereta klien dah tak ada dalam parit tapi ada serpihan kenderaan di tengah jalan raya. Anton dan Budi mengekori remah kaca dan plastik sehingga ke satu denai. Laluan selebar 1 meter membawa dua beradik ke sebuah rumah diperbuat dari papan plywood. Honda Accord yang kemek bahagian penumpang hadapan di parking depan laman. Motor-motor jipang berselerakan. Dia tahu ini mesti geng mat rempit haritu.
Tiada bunyi kedengaran. Tak pasti samada mat-mat rempit tu tengah tidur atau tak berada disitu. Apa-apa pun Anton terpaksa ambil risiko memeriksa Honda tersebut kerana itulah satu-satunya escape plan yang ada.
Terbongkok-bongkok Anton merapati Honda. Dia perasan kunci tersemat di ignition. Pintu dibuka perlahan dan Anton masuk ke ruang pemandu dan tidak membuang masa menghidupkan enjin.
Mat-mat rempit muncul di pintu dan tingkap rumah sebaik enjin berderum. Gear dimasukkan ke reverse dan pantas berundur. Seperti filem aksi, Budi melompat masuk seat belakang tanpa Anton memberhentikan kereta.
Honda Accord klien menuju secara reverse ke jalan besar. Dari jauh Anton nampak geng-geng mat rempit kelam-kabut menghidupkan motorsikal masing-masing.
Kata Anton semasa memasuki jalan besar, sikit lagi nak dilanggar lori dari belakang. Bunyi hon bertalu-talu tidak diendahkan Anton. Beberapa kali juga dia cuba masuk 1st gear tapi tak betul main clutch. Dah beberapa kali bergesek gigi gear sebab tak betul masuk gear, baru bergerak.
Honda Accord meluncur laju di jalan kampung bengkang-bengkok. Dari rearview mirror, sekumpulan mat rempit gigih mengejarnya, seperti beberapa hari lalu.
Kelok (selekoh dalam bahasa Indo) semakin tajam dan merbahaya, Budi pula macam orang hilang akal meraung tak tentu pasal di seat belakang.
Apakah akan terjadi seterusnya?
Bersambung
|
|
|
|
|
|
|
|
aaa fresh lagi nie! dah lama tak masuk MPS sbb asik2 tgk still updated 23rd Jan.. petang nie masuk je ttiba dah ada.. hahahaa gigih komen dlu before baca. thanks dam..keep it up!!
|
|
|
|
|
|
|
|
wawwwaaaa laju jantung aku bc weeyyy
cpt smbung damn
|
|
|
|
|
|
|
|
Yesss..dh ada sambungannn |
|
|
|
|
|
|
|
xsia-sia aku seru @dammerung semalam..
korang patot berterima kasih kt aku |
|
|
|
|
|
|
| |
|