CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farikica

All About Gold Coast, Australia - Part 4

   Close [Copy link]
Post time 16-8-2014 09:55 PM | Show all posts
akan pegi gold coast (from nz) 23th august ni. haha sape2 pegi time same jgk jumpe kt sane
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2014 06:22 PM | Show all posts
bRaBus_23 posted on 7-8-2014 09:16 PM
Salam semua ..

lagi 3 weeks nak berangkat tak sabar rasanya. Banyak info kat sini yang boleh dig ...

bas mereka selesa..byk trip dan jarang penuh...
takde la penumpang berdiri terhuyung hayang mcm kat sini...
dengan emergency brake segala...
smooth aje....


Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 01:20 PM | Show all posts
monreyes posted on 17-8-2014 06:22 PM
bas mereka selesa..byk trip dan jarang penuh...
takde la penumpang berdiri terhuyung hayang mcm k ...

kalau camtu lega la sikit .. kitorg dah dapat airport transfer siap 1st day tu hantar ke currumbin. Sebab airport transfer tu yg leceh dengan bag bagai.

Harap2 cuaca oklah nanti sebab sekarang ni tgk asik hujan je. Btw my trip from 3rd - 7th Sept. 2nd Sept fly dari KLIA2 pukul 9.25pm.

Sekarang tgh packing sikit2 lah ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 04:19 PM | Show all posts
harap x marah. x sempat nk belek thread blkg. boleh tak bg suggestion brp hari plg sesuai duk gold coast ni utk 2 adult and kanak2 umur 4 tahun? hehe..and bajet2 kos around brp? ingt nk booking ke gold coast utk tahun dpn. mlm ni kan da start air asia zero fare. many thanks in advance hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 11:46 AM | Show all posts
oneni225 posted on 24-8-2014 04:19 PM
harap x marah. x sempat nk belek thread blkg. boleh tak bg suggestion brp hari plg sesuai duk gold c ...

oneni225,

hari tu pergi 4h3m tapi rasa mcm x puas lak pulak...mungkin kalau ada masa lebih mcm 5h4m atau 6 hari lebih ka mungkin lebih best kut, tapi kalau setakat nak cover theme park rasa2 cukup 4h3m
tapi yang pentingnya waktu flight bertolak ke GC sbb kalau bertolak pagi akan sampai lewat petang jadi lebih baik ambik flight yang bertolak lewat sbb rugi sehari penat dlm kapal terbang... waktu balik msia pun penting gak sbb kalau ambik flight awal, pepagi dah kena bertolak ambik yg lewat sikit
Bajet?...kos kerosakan dompet terbesar ialah lodging ngan makan, jadi kalau boleh cari apartment yang boleh masak..klaau plan2 betul2 boleh jimat bnyak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 09:35 AM | Show all posts
oneni225 posted on 24-8-2014 04:19 PM
harap x marah. x sempat nk belek thread blkg. boleh tak bg suggestion brp hari plg sesuai duk gold c ...



klu dtg gold coast jgn lupa tgk pelican feeding kat charris seafood restoren kat labrador. feeding time kul 1.15..pekerja restoren akan bg mkn lebihan ikan pd burung2 ni yg bertenggek situ awal2 lg..bole naik bas 603 ke harbour town n bgtau driver nak stop at charris or drive klu sewa kereta..dekat je dgn surfers..klu nak bole lunch kat situ..mmg seafood semata2..view pun mabeles..nak jimat bwk food sendiri n lunch kat park sebelah tu dgn ditemani burung2 yg sibuk nak joint kita lunch..hehe..lg satu tempat klu awak berkereta bole ke lamington national park..ada alpaca farm kat atas tu..bole feed the alpacas..jgn pegi hari selasa sbb tutup rasanya hari tu..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2014 01:26 PM | Show all posts
kat Sea World byk burung ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 11:11 AM | Show all posts
krismas ni nak repeat trip brisbane-gold coast! syoknye!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2014 01:47 PM | Show all posts
wahhh... seronoknya tgk gambar2.. insyaAllah sy pg 25 sep ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:18 AM | Show all posts
salam semua .. dah balik dari GC nK citer sikit pengalaman dari 2nd - 7th sept

2nd sept
- take off dari KLIA 2 pukul 9.25pm

3rd Sept
Sampai Coolangatta airport lebih kurang 7.30am waktu sana. 8 jam tempoh penerbangan lebih kurang. Dapat tgk sunrise dari atas subhanallah cantiknya. Sampai kat imigresen alhamdulillah dipermudahkan sebab dah siap2 declare barang makan apa yg dibawa & letak dalam 1 luggage. Officer siap cakap 'terima kasih' lagi. Impressed dia pandai cakap melayu. So beg tak kena geledah terus ke green lane. Suhu masa tu 10 degrees. Sejuk woo

Keluar je airport staf dari barnabaus dah siap tunggu. Kitorg amik barnabaus ni untuk airport transfer pegi balik. So lokasi pertama pegi check in dulu kat Bay Lodge apartment. Lokasi sangat convenient dan tempat pun agak privacy. Unit tak banyak so mmg best lah. Yg best apartment ni ada free wifi dlm apartment. Kitchenette semua ok lengkap dgn utensils. Kat apartment ni jugak ada pool, jacuzzi & tennis court. Lepas campak beg & freshen up bagai kitorg terus ke currumbin dgn si alex from barnabaus ni. Alex ni asal dari hong kong. On the way to currumbin singgah makan jap kat kedai kebab theo kat SF sambil ada yg nak beli simcard sana. Balik semula ke apartment dalam kul 5pm then a few of us went to woolsworth kat chevron nak beli groceries sikit. Si Alex ni jugak yg hantar. Balik shopping jalan kaki je dalam 10 min smpi aparrment. Malam relax je.

4th Sept
keluar nak ke Seaworld naik bas. Dah siap2 beli go card kat 7E sana. Paling best bas dia sangat punctual walaupun dlm schedule kata bas smpi 8.01am, 8.26am. Kalau kat Msia kata bas smpi kul 8pm belum tentu pukul 830am nampak bayang .. hahahahaha

Kitorg antara manusia terawal smpi ke seaworld tu around 830am. Gate bukak kul 10am. Tu la excited terlebih kitorg ni. So sementara nak tunggu gate bukak bergambar sakan la kat situ. Pusing2 dalam tu smpi tutup kul 5pm. Kitorg bawak bekal spaghetti utk lunch.

Balik seaworld jalan kaki ke marina mirage untuk dinner cruise pulak. Jalan kaki dalam 500m dalam 20min gitu lag. Masa tu dah start gelap. Sunset around 6pm. Lagi pun jalan pelan2 sbb sorang kawan tu peknen jadi layankan je strolling sambil hirup udara segar. Masih sejuk dan bertambah sejuk bila malam tiba. Dinner starts at 7pm tapi masih awal so kitorg lepak kat shopping mall marina mirage sebelah palace of versace. Situ tempat org ada2 je yg duduk. Kereta yg keluar masuk takde benz selain rolls royce & bentley. Kat mall tu sempat menyoping beli souvenir. Nak cari berth cruise boat tu satu hal so kitorg pun dah terlajak sikit dari lokasi so segala manusia yg kitorg jumpa dok la bertanya. They were very helpful walaupun ada antaranya bukan local situ. Macam kita le gi kedah tanya kat org ganu memey le diorg tak tau. Akhirnya lepas penat berjalan & tanya jumpa jugak le tempatnya. Nasib baik tak kena tinggal. Dinner cruise ni makanannya ada certified halal untuk chicken & beef selain seafood yg maha fresh. Pastu ada siap polynesian show lagi. Tak rasa 3 jam dok belayar. Makanan was superb and the performance sangatlah menghiburkan. Balik dari dinner kitirg amik taxi balik apartment. Taxi ikut meter so kena dalam aud16 lebih kurang.

5th Sept
3 dari 7 org ahli rombongan pegi naik jetboat extreme termasuklah aku. Naik dari jeti kat belakang helms bar sebelah vibe hotel. Siap2 pakai baju hujan takut tempias air laut. The ride was awesome. Ala2 naik roller coaster tapi atas air. lalu kat depan rumah org2 kaya yg ada boat yg belakang umah. Jetboat extreme ni dalam sejam.

Selesai jetboat extreme kitorg amik tram nak pegi harbourtown. Tram sgt convenience. Kitorg dah terlepas stesen patut stop kat briadbeach tp dok asik leka best naik tram tu smpi terlepas ke last station kat gold coast general hospital.. hahahaha pastu naik bas direct ke harbourtown. Takde beli apa kat harbourtown kecuali jumpa satu kedai souvenir tu soping tak hengat. lunch fish n chips kat FastaPasta. Mmg awesome. Dalam pukul 4pm amik bas balik ke stesen tram hospital then naik tram SF stop kat cavill avenue ngam2 kat Hard Rock. Memang plan hari ni utk menyoping pun. so soping tak hengat memasing. Kebanyakkan beli souvenir & harga sgt murah dan berpatutan. (Jgn convert sbb kalau convert mmg tak soping la jawabnya). Dah berbondong2 beg plestik nak sambung gi HRC pulak sebab banyak org kirim beli baju. 3 of us balik apmt dulu hantar barang then keluar balik. Yg lain tu malas nak balik so diorg terus gi dinner. Sejak pandai naik tram pegi balik dah naik tram manjang. Balik ke apartment dari cavill avenue cuma 1 stop je turun kat cypress avenue. Keluar balik konon nak dinner kat nandos sebab kat harbourtown nandos halal katanya. So utk verify status halal sebab takde sticker halal situ kitorg tanya kat cashier ada certified halal tak? Dia kata takde. Aikk.. pelik. Bukan kalau 1 outlet halal semua dah kira halal ke? So tak jadi nak makan situ. Sebelah tu ada kedai indian & fast food yg halal. masa kitorg kat depan kedai tgh dok berkira nak makan kat mana masuk 1 family melayu yg nak dinner kat situ. So kitorg pun cakap lah yg cashier kata takde halal certificate. Diorg pun terus tak jadi makan situ. Last2 kitorg makan kat baha kebab tp makan lamb shank sambil menggigil kesejukan. Pastu jalan kat kedai2 situ dan terus ke HRC. Before balik dok pekena kopi kat zaraffa's coffee dpn HRC tu. Staff HRC pun kata hari tu sejuk dia lain macam. Memang betul2 sejuk.

6th Sept
Keluar lambat sikit sebab takut terawal mcm nak ke seaworld aritu. Hari ni pegi Movie World. Naik bas jugak tp rasa macam jauh pulak. Movie World ni mcm tak best sbb lagi best USS rasanya. Watak2 kartun & parade je yg best kut. Roller coaster pun ada jugak tapi utk budak2 la suka. So balik pun naik bas tp sebab dlm go card tak cukup bayo cash. Bayo cash lagi mahal sebab kalau pakai go card ada discount 30%. Turun kat SF terus sambung shopping lagi. 4 org sambung shopping 3 lagi dok makan kebab sambil nak riki2 kedai kat situ. Dalam menunggu diorg habis shopping aku sempat gi woolworth beli barang nak bawak balik yg susah nak dapat kat msia. So beli la sea salt, spices, biskut timtam & chocolate. Malam kat apartment start packing sikit2 sebab esoknya nak check out dah. Kitorg sewa 2 unit tp untuk esok kitrg mintak extend late check out 1 unit.

7th Sept
Last day in GC. 1 unit kena check out by 10am so hangkut lah segala luggage ke unit 1 lagi yg dapat extend til 4pm. Flight malam kul 9.25pm & alex barnabaus tu dtg kul 4.30pm. Last day ni kitorg pegi Q1 skypoint then gi tgk 7D cinema sebab free kalau beli combo pass 3-3 pass. Pass tu untuk Seaworld, Movie World & Wet n Wild to kitorg tak masuk pun Wet & Wild tu. 7D movie mmg awesome smi serak suara menjerit. Lepas tu pegi wax museum. Untuk section house of horror tu ada guide yg kasi penerangan berkenaan jenis2 hukuman utk kesalahan masa2 dulu. Sgt ngeri ok .. then baru le bebas nak ke section wax museum tu. patung semua dalam cermin sebab mmg betul2 wax tp rupa tak sama pun. Katanya yg madam taussaud tu bukan 100% wax tu pasal boleh pegang2 bergambar sakan. Dari wax museum balik apmt 5 min je jalan kaki so sempat la menghabiskan segala stok makanan yg ada & bersihkan utensils. Lupa nak ckp sebelum guna utensils tu semua kitorg cuci duou dgn sabun taharah. 4.30pm alex pun dtg amik kitorg. Otw to airport sempat lagi suh dia singgah SF beach sebab sepanjang kat sana takde chance nak gi laut pun. Yg penting nak amik gambo kat iron arch yg ada tulisan surfers paradise tu ha nak jadi bahan bukti hahahaha... stop dlm 20 mins nak bergambo2 sakat. Cuaca pun mendung nak hujan. Alhamdulillah last day baru nak hujan. Sampai airport around 6pm dan hujan pun turun. Pegi kaunter untuk redeem balance go card & around 7.15pm dah check in. Nasib baik kitorg dah check in online so takyah nak Q panjang. Ada lane khas. Alhamdulillah lepas kastam dengan jayanya. Untuk dinner makan fish & chips lagi and soping cekelat pods. Lepas ke imigresen terus ke kaunter claim GST. Boleh claim bailk kalau beli min aud300 dalam 1 resit. Kalau husband/wife oe family members boleh combine receipts to claim tp subject pada officer tu jugak. D ia nak tgk barang la haper. Yg selamat cuma kalau beli pakai credit card sbb dia kan counter chk dgn pasport & kira boleh dipercayai. Duit claim akan didebitkan dlm cc dalam 1-2 hari.

Kesimpulannya pegi 5 hari mmg tak cukup sbb banyak benda lagi tak explore. Balik sini kena allergic pulak. No wonder a few of us kena gatal2 & hidung ada sikit berdarah. Tak tahan sejuk rupanya.. locals sangat friendly & tak pernah tak senyum & say hi bila kita approach. kalau ada rezeki insyaAllah nak pegi lagi.

Thanks pada otai2 yg bagi tips.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:32 AM | Show all posts
btw entrance fee semua dah siap beli online kat experienceOZ.com ada discount lagi 5%
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:15 PM | Show all posts
Siapa pernah dapat jawapan ini masa apply ETA


VISA/ETA ON DISPLAY CANNOT BE REPLACED BY ETA REQUESTED

Dah check kat FAQ..
If a passenger applies for a new ETA, and the ETA System finds the passenger already has a current visa or an ETA which is of a greater benefit (for examaple, a longer period of stay or work rights), then a new ETA cannot be issued or overridden. Details of the current visa/ETA will appear on the screen and the message above will appear.
If a passenger holds an expired resident or resident return visa label in their passport, details should be sent to the nearest departmental office contact details are available at www.immi.gov.au

Masalah nya mana lak datang nya visa tu.. Walhal anak2 n spouse dah approved .. Aku punya ja yg dapat mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 12:30 AM | Show all posts
Wah!!! Dah lama tak datang menziarah board ni. Rindu wei dengan Gold Cost!! Nak pergi lagi!!
























Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 06:00 PM | Show all posts
ish ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam semua.. Nk tnya otai2 kalau nk g gc utk 1st time better ambik package ke.. Xbole nk decide ni.. Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 08:35 AM | Show all posts
lins posted on 8-12-2014 12:08 AM
Salam semua.. Nk tnya otai2 kalau nk g gc utk 1st time better ambik package ke.. Xbole nk decide ni. ...

Tak perlu..khatam dulu thread ni,Insyaallah pasti selamat pergi dan pulang,percayalah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mamaimran posted on 8-12-2014 08:35 AM
Tak perlu..khatam dulu thread ni,Insyaallah pasti selamat pergi dan pulang,percayalah..

Ye ke... Ok tq mamaimran
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 12:16 PM | Show all posts
minggu depan nak repeat GC. first time dulu pegi masa baru kahwin tp dpt pegi seaworld je sbb FIL kacau soh pegi rumah kwn dia kat Toowoomba. dah bazir satu hari kat sana.

this time dengan family sendiri. naik MAS lg turun brisbane dulu.

nak tnya, sape penah kena tahan dengan kastam malaysia pastu dia suruh bayar (tax ke ape, xtau la) bila tgok kita borong corelle?

kwn biras dah 3 orang kena. sume turun KLIA 2.  kastam nak soh bayar rm70/box of corelle. again, iols x sure ni duit tax ke ape. 3 kotak dah rm210.

dorang sume student baru balik dr adelaide. xnak la bayar kan. so nego2 last2 dorg kena hulur 'duit kopi' kat kastam tu.

klau sapa ade experience macam ni especially kat KLIA, tolong bgtau. Iols nak get ready sbb kwn2 nak kirim corelle.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 03:11 PM | Show all posts
Koranggss..

Nak minta tlg. Antara Movie World & Sea World, berapa jam biasanya kta akan spend masa kt situ? Sempat tak selit half day ke Harbour Town? Saya nk pergi next year...5 hari. Igt nk singgah Brisbane tp jadual sgt2 tight. Tak sangka pulak yg 5 hari ni tk cukup rupanya...sobss..sobss..

Itinerary lebih kurang mcm ni:

Day 1 (Friday)

-        Arrived in Coolangata Airport @ 7.55 AM
-        Check in hotel
-        Jalan2 Surfer Paradise, cari halal food. Skypoint Observation Deck (Tgk 360 degree of Gold Coast drp atas)
-        Pelican feeding @ Charris Seafood pukul 1.15pm feeding time
-        Shopping barang dapur

Day 2 ( Saturday)
-        Sea World, Gold Coast
-        Shopping @ Harbour Town



Day 3 ( Sunday )
-        Shopping @ Harbour Town
-        Movie World ( tunggu towards the end, 5pm sbb ada sesi lambai2 character)

Day 4 ( Monday )
-        Travel to Brisbane
-        Museum of Brisbane
-        Scince Centre (same building with museum)
-        Jalan2 sekitar Brisbane


Day 5 ( Tuesday )

-        Currumbin Wildlife Sanctuary
-        Byron Bay lighthouse

Day 6 ( Wednesday )
-        Balikkkkkkk.
-        4am: Gerak ke airport
-        Flight: 8.__ am

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
apple_pie posted on 17-12-2014 03:11 PM
Koranggss..

Nak minta tlg. Antara Movie World & Sea World, berapa jam biasanya kta akan spend mas ...

First day tu klu planned nak ke charris seafood awak bole ke harbour town lps tu..sbb 1 arah tu..klu nak ke charris pun naik bas ke harbourtown cuma pesan kat drebar bas kita nak turun kat situ..nanti dia akan bgtau bila smp..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 7739 Replies : 4
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 1416 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 310009 Replies : 8927
Rosmah lepas atau sangkut?
maklukpenggodaRosmah lepas atau sangkut?
Views : 48651 Replies : 35
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 12652 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 9286 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.102553 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list