|
[Jenayah]
Kakitangan TV9 ditemui mati di rumahnya. UPDATE: Suami didakwa membunuh. Page66
[Copy link]
|
|
nordin84 posted on 15-10-2014 09:48 PM
SHAH ALAM - Suasana Mahkamah Tinggi Shah Alam hiba sebaik Norazman Bashah Ahmad Azam, 33, yang didak ...
mulianya uols sanggup berusaha korek benang lama nak update.
susah nak cari mcm you ni....
tq
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated posted on 18-10-2014 11:36 AM
mulianya uols sanggup berusaha korek benang lama nak update.
susah nak cari mcm you ni....
iols xsuke bukak benang byk2 pening
|
|
|
|
|
|
|
|
Salaam.
Insha-allah.
Bedah siasat telah mengesahkan bahawa mangsa dibunuh.
Bunuh diri dengan menggantung diri...begini-begini kesannya pada leher, hidung, mata, kerongkong etc.
Dibunuh kerana dijerut...begini-begini kesannya pada leher, hidung, mata, kerongkong etc.
Keterangan suspek juga.
Last edited by BelovedTaeyeon on 20-10-2014 01:05 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Slow gile kes ni berjalan... Takkan la smpi 2 thn nk siasat matinyer bagaimana...so slowlah |
|
|
|
|
|
|
|
BelovedTaeyeon posted on 20-10-2014 12:57 AM
Salaam.
Insha-allah.
Aku kesian kat semua dlm kisah ni..
syaitan tepuk tangan.
moga suami sempat bertaubat nasuha
moga isteri ditempatkan ditempatkan dikalangan hambaNya yg solehah
moga anak dpt merasa kasih sayang dan dijaga dgn baik..
|
|
|
|
|
|
|
|
For a moment laki dia guna kepala bana utk berfikir... Pengakhirannya mungkin dia yg mati digantung... There's a reason knp Allah letak kepala dgn otak paling atas... Suruh guna yg tu dulu.. Bukan hati... Bukan kepala yg celah kangkang dihimpit scrotums.. Bingai |
|
|
|
|
|
|
|
Kandungan dadah ditemui pada spesimen darah mangsa
SHAH ALAM - Ahli Kimia memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini terdapat kandungan dadah biasa ditemui selepas analisa dijalankan pada spesimen darah Nur Syaleza Jaafar yang didakwa dibunuh, dua tahun lalu.
Zuraiha Awang, 47, bagaimanapun memaklumkan kandungan dadah tersebut merupakan paracetamol yang biasa digunakan untuk melegakan kesakitan.
"Namun, saya tidak dapat menentukan kuantitinya," katanya.
Menurutnya, ujian ke atas spesimen darah itu dijalankan dengan menggunakan gas chromatolography dan high performance liquid chromatology.
"Selepas ujian dijalankan, spesimen darah itu disimpan di dalam bilik sejuk," katanya dalam pernyataan saksi.
Beliau berkata, spesimen tersebut diterima daripada Asistan Superintandan Shamzury Saman jam 3.34 petang pada 8 Ogos 2012.
Prosiding berlangsung di hadapan Hakim, Datuk Abdul Halim Aman ditangguhkan dan akan disambung semula selama tiga hari bermula 17 Disember depan.
Bekas Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat Syarikat Gas dan Minyak, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 33, didakwa membunuh isterinya, Nur Syaleza, 31, di kediamannya di Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai 2012.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Haron mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati. - SInar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
apa citer kes ni? dah nak masuk 2015... kurus dah laki dia jadinya skang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat opish ramai..tapi betina la..solat jaga..perli2 org kalu org terlewat solat ke apa..padahal perangai hazab..eg scandal dgn laki org..bergesel2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Suami Diperintah Bela Diri Tuduhan Bunuh Eksekutif Pentadbiran TV9
SHAH ALAM, 26 Mac (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan suami kepada eksekutif pentadbiran TV9 Nur Syaleza Jaffar, membela diri atas tuduhan membunuh wanita itu, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan sedemikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Mahkamah menetapkan esok bagi tertuduh, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 34, membela diri.
Terdahulu, tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
Seramai 24 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 16 Okt tahun lepas.
Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di satu alamat di Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai 2012.
Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar dan T. Deepa Nair sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Fadhli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak cicir penyiasatan dalam kes ni sebenarnya... |
|
|
|
|
|
|
|
macam tau je.. cuba citer skit
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku sekampung ngan arwah ni..Felda Redong segamat. Abg arwah ni pun member sekelas aku masa sekolah...kiranya adik dia ni mmg kategori pandai..masuk sekolah menengah terus dapat masuk asrama penuh..kiranya tak bodohlah kalau nak bunuh diri..keluarga dia pun dikalangan org yg baik2. Dengarnya arwah ni mmg dah syak lama dah laki dia ada skandel kat luar....aku tanya abg dia..adakah adik dia bunuh diri? dia kata tak..adik dia kena bunuh..sbb masa pengkebumian arwah..si laki ni mmg dah nampak resah semacam kat tanah perkuburan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
owhh kak Shidah jd DPP rupanya utk kes ni patutlah sibuk manjang
|
|
|
|
|
|
|
|
hadoii.. sanggup bunuh bini sendiri tuk nikmat dunia yg sementara nie.. semoga arwah tenang di sana..AlFatihah.. kesian dia teraniaya.. yg penting kesian kat anak dia membesar tanpa ibu..
|
|
|
|
|
|
|
|
nasiblah hak penjagaan anak jatuh ke family arwah..atuk dan nenek yang jaga anak tu...kalau jatuh ke belah suami tak tahu lah..even family lelaki tu baik..tapi geram jugak lahlah..dah salah laki dia
|
|
|
|
|
|
|
|
dah 3 tahun rupenye kes nie ekh..rse mcm baru je berlaku..arwah ada anak kecik kan?mase baca kes nie ada pic anak arwah kesian tgok dah lam mak kne bunuh bapak masuk penjara..moga adik mnjadi anak yg soleh dan mendoakan kesejahteraan ibu disana..amin |
|
|
|
|
|
|
| |
|