|
Zzzzrap...Bulu romaku mula buat hal.
Takkan bertinggung sekejap pun dah macam ni.
Tak sporting lansunglah.
Aku tak memperdulikan keadaanku yang semacam nazak nih.
Peluh mula keluar dari dahiku.
Namun aku bertahan.
_______________________________________________________________________35 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mula menyuluh di sekitar.
Aku berada di antara dua domitori sekarang.
Satu di sebelah kiri yang dekat denganku dan satu lagi berada di kanan yang agak jauh juga.
Aku menyuluh di dinding domitori yang jauh tu...
Aku nampak kelibat seperti yang memula aku nampak.
Menuju ke arah kelibat tersebut dengan susunan langkah yang teratur.
Aku mendekati lokasi.
Memadamkan lampu suluh agar lebih terang penglihatan dalam kesamaran malam.
__________________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
"Ia" masih bersandar di tepi dinding tidak bergerak.
Aku mendekati dengan perlahan.Tiada tolehan dari ku.
Pandangan ku fokus.Semakin hampir.
Setelah agak dekat aku berhenti.
Badan kusandarkan pula ke dinding.
"Ia" berada hanya beberapa meter saja tetapi yang kelihatan hanya sebelah badan.
Aku melangkah beberapa kali.
Aku diam.Memberhentikan langkah.Lampu suluh ku pegang erat bertukar kepada ku genggam erat.
Menunggu.....
___________________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian "ia" hilang , pergi di sebalik dinding dan aku menyegerakan langkah mengikuti.
Sampai di bucu dinding domitori, aku mengintai.
"Ia" telah berada di hujung bucu yang satu lagi.
Kali ini aku nampak dengan jelas.
______________________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
Sesusuk tubuh berpakaian baju kurung.
Dari bentuknya tidaklah tinggi, macam ketinggian aku jugak tapi rendah sikit.
Berambut panjang ke paras dada.
Agak kurus sikit.
________________________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
Aku duduk bertinggung sekali lagi.
Menunggu.Di sebelah sini dan agak jauh mungkin "ia" tidak akan perasan yang aku sedang memerhatikannya.
Aku kemudian terdengar sesuatu.
Satu suara yang sememangnya amat pilu jika didengari oleh sesiapa jua.
Suara tangisan.Datangnya dari "ia".
Tangisan yang mendayu-dayu yang hanya boleh didengari oleh seseorang yang berada hampir.
Meratap teresak-esak yang seakan hanya "ia" yang mendengari sendiri.
_______________________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
Aku terpana.Perasaan sebak tiba-tiba terbit dalam diri.
Aku seperti seakan terasa akan penderitaannya.
Agak lama juga "ia" begitu.
Ingin aku mendapatkan "ia" dan memeluk "ia" agar "ia" tahu bahawa ada seseorang yang perihatin akan penderitaan "ia".
Namun segalanya terhenti apabila "ia" mula bergerak menyusuri dinding ke hadapan menjauhi aku.
Aku lihat ia menuju ke arah sebelah lagi dinding.
Aku mengekorinya namun apabila aku berada di sebelah bucu dormitori aku tidak dapat mengesannya.
"Ia" tiada di situ.
_______________________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah aku mengamati keadaan di persekitaran, dan telah memastikan tiada lagi tangisan dan tiada kelibatnya maka aku pun berkeputusan untuk pulang ke balai pengawal.
Abang pengawal sedang menulis lapuran.Setiap jam dia harus menulis.
"Pegawai ronda dah datang?" soal ku.
"Sudah, baru aje.Dia pergi ronda tempat lain pulak" beritahunya.
Aku diam sebentar.
"Budak pompuan tu nangis pastu masuk kat domitori" kataku.
"Memang.Kekadang dia macam tu" balasnya.
"Kenapa dia nangis,...bang...? soalku.
"Tu kena tanya kawan-kawan dialah, esok pagi tanya diorang" dia mencadangkan.
"O klah bang, saya pulang dulu." kataku sambil melihat jam tangan ku.
"Dah pukul empat pagi nih...esok petanglah saya datang" beritahuku....
"Assalamu'alaikum" aku memberi salam lalu beredar menuju pagar.
___________________________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
Abang pengawal mengekoriku dari belakang dan menutup pintu pagar dibelakangku.
"Wa'alaikum salam" balasnya.
Aku menghidupkan enjin kereta dan memandu pulang dengan seribu pertanyaan.
Andainya dapat aku ketahui apa yang membuat "ia" menangis.
Andainya aku dapat menjadi temannya untuk mengurangkan rintihan penderitaannya.
Andainya aku menjadi rakan untuk "ia" meluahkan isihatinya.
Andainya.....andainya....andainya....
______________________________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
Esoknya aku tidak dapat datang sebab ada urusan yang harus ku bereskan.
_________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat nak pergi hari ni tapi masih ada urusan pulak yang nak dibereskan.
_________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
Begitulah seterusnya hingga lewat seminggu....
_________________________________________________________________46 |
|
|
|
|
|
|
|
Pada hari Isninnya barulah aku berpeluang untuk melawat sekali lagi.
Aku sampai agak awal sekitar jam tiga petang.
Aku melapurkan kehadiranku di bilik pengawal.
Kemudian aku pergi melihat tempat di mana aku bertemu dengan "ia" pada malam tersebut.
Setiap langkah aku amati dan setiap pemandangan aku pastikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mula terperasan bahawa apa yang aku sangkakan adalah pintu masuk ke domitori sebenarnya adalah dinding jua.
Pintu dormitori adalah terletak di sebelah lagi satu dinding.
Lagi satu yang aku ingat adalah bahawa bilik dormitori dikunci dari luar |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah sudah aku, aku kembali ke bilik pengawal.
Beberapa kanak-kanak kelihatan bermain-main.
Ada juga yang melihat saja akan daku.
Aku menghampiri empat orang kanak-kanak yang duduk berderet di tepi tembuk longkang.
Usia mereka adalah sekitar dua belas tahun hingga lima belas tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian aku menegur mereka.
"Hisshh...adik...duduk tu biar tutup sikit.Terkangkang jer, nampak tu...."
Dengan serta merta dua orang daripada mereka membetulkan kedudukan.
Mereka tersengih. |
|
|
|
|
|
|
|
Salah seorang daripada mereka menjawab " Uncle tengok buat apa?"
"Takkan uncle jalan tutup mata" aku membalas.
Mereka tertawa.Terdapat lesung pipit di pipi di antara kanak-kanak itu.
Kemudian aku meneruskan perbualan.
"Adik ada nampak tak atau perasan tak apa-apa yang ada kat sini waktu malam?"
______________________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
"Heiii,..apa duduk kat sini? Pergi sana, nanti kereta nak lalu susah..."
Pengetua rumah rupanya yang datang.
Aku pun beredar segera dan mengekori kanak-kanak yang memandangku tajam tadi.
Dia berjalan dan duduk di satu tempat duduk di bawah sepohon pokok rambutan.
Aku mendekatinya dan memulakan perbualan.
Sambil itu aku meraba-raba ke dalam poket seluarku.
"Adik kat sini dah lama..kan?" aku mengajukan soalan dengan mencongak.
Dia menganggukkan kepala.
Aku mendekatinya dan memandang tepat ke matanya.
Gerakan yang aku buat adalah menunjukkan bahawa aku boleh dipercayai.
Aku mengeluarkan tangan dari poket seluarku dan dengan genggaman tangan aku menyuakan ke tangannya.
Dia mengambil apa yang ada ditanganku dan terus memasukkan ke poketnya.
_________________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
Kini dia tersenyum dan matanya kelihatan bercahaya.
Kepercayaannya kepadaku telah ada.
Sekali-kali dia memandang jauh seolah-olah ingin memastikan kami tidak diperhati.
"Ada tak apa-apa yang kat sini?" aku mengajukan semula soalanku.
Dia diam.
_____________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
"Adik dah berapa lama kat sini?" lagi satu soalan dariku.
"Saya dah tiga tahun" jawabnya.
"Adik ada keluarga tak? satu lagi soalan.
"Mak ayah dah cerai.Mak kawin lain, Ayah pun kawin jugak.Kakak ada tinggal kat Rincing.Tapi kakak dah kawin.Kakak tak nak bagi tinggal kat rumah dia. Rumah dia kecik katanya.
Dia pakai kereta Satria kaler hijau.Uncle ada pergi sana kan...Kat tepi nombor dua gate biru."
Dia diam dan merenung jauh.Perasaan rindunya kepada yang terdekat mungkin menggigit nalurinya ketika itu.
"Ya..ya.. uncle tau kat situ.Tapi uncle dah lama tak ke sana sebab banyak kerja.Nanti uncle pergi..."
Rumah di Rincing mana ada kecik-kecik.Semuanya besar.Ni mesti kakak dia yang buat helah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|