View: 5168|Reply: 2
|
Mariam gagal ke final OIAM, tak ada pesona jadi artis
[Copy link]
|
|
Hasrat peserta program realiti One In A Million (OIAM) iaitu Mariam berentap di final terkubur apabila dia tersingkir pada peringkat separuh akhir pada malam Ahad.
Persembahan Mariam menerusi lagu Di Pintu Syurga nyanyian asal Dayang Nurfaizah tidak mempunyai pesona sebagai seorang penyanyi.
Kata juri tetap Datuk Yusry Abdul Halim, Mariam tidak mempunyai personaliti dan gaya tersendiri dalam nyanyian.
"Saya nampak persembahan awak minggu ke minggu tak ada masalah sebab awak seorang guru vokal.
"Cuma di peringkat ini saya tidak nampak lagi originaliti awak. Saya rasa awak masih tercari-cari lagi.
"Awak tak boleh buat seperti Siti Mariam (nama sebenar), saya nak nampak pesona yang lain. Mariam the superstar. Sebagai seorang performer awak terlupa penonton awak," katanya.
Dalam pada itu, peluang yang diberikan kepada Mariam untuk segmen battle bersama seorang lagi peserta di tempat kedua terakhir iaitu Jimi turut tidak berhasil.
Pilihan lagu Jagalah Hati nyanyian Jaclyn Victor sekali lagi gagal mendapat perhatian para juri.
Mengakui perlu membuat pilihan yang sukar, barisan juri bagaimanapun sepakat memilih Jimi untuk ke peringkat akhir.
Mariam tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 daripada pihak penganjur.
Sementara itu, empat peserta OIAM berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir termasuk Kai Deva, Mary Grace, Zazzleen dan Jimi.
Membawa tema Melodi Cerita Kita, konsert separuh akhir OIAM turut diserikan dengan persembahan penyanyi undangan iaitu Amy Search.
Juara OIAM bakal menerima hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.
OIAM bersiaran langsung menerusi TV3 pada pukul 9 malam di hoskan oleh Haniff Hamzah serta Fiza Frizzy.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mmg takde pesona retis pun..dah la x lawa...sapo nk amik jd product ambassador kalo x lawa
Ok done faceshaming
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni yg masa iklan dok nangis2 tu ke? i x tgk oiam ni..tapi rasanya dia ni la..masatu i cakap kat my cuzen, dok nangis2 ni mcm lebih 20 tahun nyer konsep je..zaman AF1 lagi..ewwww |
|
|
|
|
|
|
| |
|