CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlianakasim

Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia [Part III]

   Close [Copy link]
Post time 1-2-2013 01:32 AM | Show all posts
wck7-2011 posted on 31-1-2013 09:30 AM
saya pergi dgn aldi juga dulu dan minta ambil hotel bonda, sekarang berapa rate satu bilik ye!
se ...

rp330K. rasa x sabar nak pergi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2013 08:59 AM | Show all posts
mizang posted on 1-2-2013 01:32 AM
rp330K. rasa x sabar nak pergi...


murah, time saya hari tu 350k

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 01:28 PM | Show all posts
catatan perjalanan selama 5 hari 4 malam di bukittinggi:

Hari 1



perjalanan ke padang dimulakan dengan penerbangan AA ke padang pada pukul 7.50pagi. sampai di Padang lebih kurang pukul 8 pagi dan disambut oleh supir Pak Id. Hari pertama dimulakan dengan melawat Air Terjun Lembah Anai. Sebelum sampai kami makan pagi di RM Puncak Kiambang bermenukan Ketupat (atau Lontong?) Gulai Paku. Rp 8,000 dan sedap. Lepas bergambar di Air Terjun kami ke Pusat Kebudayaan Minangkabau. Sempat juga menggayakan sepersalinan baju pengantin. Lepas itu kami shopping ke Satu Karya, Linduang Bualan dan makan tengah. Petang pula kami ke Pasar Atas jalan-jalan sambil menghabiskan duit. Malam kami check in di Hotel Nikita.


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 01:44 PM | Show all posts


catatan Hari ke-2:

Kami mulakan perjalanan hari ke-2 ke Bonjol. Cuaca baik cuma hujan renyai pada malam hari dan selepas subuh hingga pukul 9pagi. Lepas bergambar di garisan Khatulistiwa kami ke Museum Tuanku Imam Bonjol. Kemudahan ada tapi tak diselenggara dengan baik. sayang betul. kami beli satu T-shirt The Equator sebagai kenangan walaupun agak mahal tak boleh kurang Rp60,000. Kami makan tengah hari di Kampung Kumpulan. Beras kampung dan gulai daging cincang..Rp55k untuk 3 orang. Kemuadian kami ke Panorama melihat Ngarai Sianok dan Lubang Jepang. Tapi tak turun pun Lubang Jepang pun. Lepas itu kami dibawa ke Fort de Knok. dari sana kami melintasi jambatan Limpapen ke Pasar Atas lagi. Habis shopping di Pasar Atas, kami ke Pasar Lereng pula dan last sekali makan lewat petang di Los Lambuang. Disebabkan kami datang lewat petang, kebanyakkan kedai makan dah hampir nak tutup. Ingat nak cuba Katupek Ni Wan tapi tutup jadi kami cuba Katupek Pical Ni Tina (Ketupat + Pecal). Rasa dia boleh tahan. Licin sepinggan. Habis hari ke-2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 01:52 PM | Show all posts


Catatan Hari Ke-3:

Perjalanan hari ke-3 dimulakan ke Rumah Hj. Rosma. Sulaman memang cantik dan sempat membeli sehelai tudung untuk kenangan. Selepas itu kami dibawa ke Kinniko Pisang Sale & Kopi. Sempat juga lah kami lihat macam mana pembuatan pisang sale. Dalam perjalanan ke Istana Pagar Ruyung, kami berhenti di suatu tempat untuk lihat batu bersurat tulisan Sanskrit dan makan keluarga di raja serta Batu Timbang dan Istana Puteri Linduang Bulan. Penat melawat Istana, kami ke Pondok Flora untuk makan tengah hari. Kemudian kami ke Tasik Singkarak. Petang pula kami kembali ke Pasar Atas, Pasar Lereng dan Los Lambuang. Kali ini kami mencuba Nasi Kapau & Cindua Langkok (Cendol Lengkap). Sedap tak terkata. Habis hari ke-3.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 02:01 PM | Show all posts


Catatan Hari ke-4:

Perjalanan kami untuk hari ke-4 adalah ke Tasik Maninjau. Tapi sebelum itu kami dikejutkan dengan berita tanah longsor di perkampungan Hamka yang mengorbankan 12 orang tak silap. Dalam perjalanan kami terlihat satu kampung yang terkena bencana tanah longsor dan padi-padi rosak sebab air naik. Kami singgah di Sungai Landia untuk menikmati pemandangan seluas alam. Kemudian kami ke Kelok 44. Kami singgah makan di Kelok 37 disamping menikmati pemandangan yang cantik. Masa ni nampaklah banyak kereta kerajaan & ambulans turun naik Kelok. Kami seterusnya ke Lawang Park untuk melihat view tasik dengan lebih jelas tetapi kabus terlalu tebal pula. Kami tidak turun ke kelok 1 sebab takut terlewat ke Pasar Atas. Dalam perjalanan balik ke Bukittinggi, kami singgah di matur untuk membeli kerepek labu & kerepek jengkol dan sempat pula menikmati Cendol Labu yang super sedap. Petang as usual kami ke Pasar Atas & Los Lambuang. Habis hari ke-4.

Hari ke-5 kami check out hotel dalam pukul 10pagi dan terus ke Padang. Kami sempat singgah di RM Puncak Kiambang untuk makan Lontong Gulai Paku buat kali yang terakhirnya. Seterusnya goodbye Padang Goodbye Bukittinggi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2013 11:44 PM | Show all posts
kalikoni posted on 30-1-2013 03:36 PM
tukar kat MV (kedai majalah yang area2 McDonald tu), RM 311=1 juta RP

Trip 26 hb feb ni ingat nak gie tukar kat mc donald maner yeee...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 11:52 PM | Show all posts
ren0_0 posted on 1-2-2013 02:01 PM
Catatan Hari ke-4:

Perjalanan kami untuk hari ke-4 adalah ke Tasik Maninjau. Tapi sebelum itu ...

Cendol Labu tu jual kat mana?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2013 12:00 AM | Show all posts
wck7-2011 posted on 29-1-2013 05:51 PM
yang saya tahu tempat shopping kesemuanya di bukit tinggi, mungkin ada forumer lain tahu kot.
s ...

oh macam tu ke? Bandung dah biasa pergi. Kalau pergi Bukit Tinggi dari Padang jalannya elok tak? Selalu berapa jam sampai? So tak payah tidur di Padang?

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
salam dr bukit tinggi...hehehh...syiok jugak bukit tinggi ni..sejuk je
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
satu je prob nye sopping kt sini...peniaga suke bg kite rate dlm rm...pas tu die x dgn rate 320...aku rase mcm rugi plak...sbb kite tukar baru 314
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
mijot posted on 31-1-2013 11:43 PM
tengah bertapa kt yenie bordir. hehe..
mencari kain sulam utk dibawa pulang.


tak sempat nk jumpe uolsss...aldi kate uols takde kt sini hari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 12:32 AM | Show all posts
kalikoni posted on 30-1-2013 08:05 AM
kat Padang mmg ada shopping outlets tp mahal la compared to bukittinggi & pilihan pun tak banyak

outlet tu macam kat Bandung ke? So kat Padang ni pun ada pasar untuk shopping macam kain sulam, telekung tak?

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 09:16 AM | Show all posts
miko02 posted on 2-2-2013 12:00 AM
oh macam tu ke? Bandung dah biasa pergi. Kalau pergi Bukit Tinggi dari Padang jalannya elok tak? S ...


taklah jauh lebih kurang 1 -2 jam perjalanan dari padang itu pun bergantung dgn trafic. jalan dia lebih kurang hendak ke pahang minus highways. mcm jlan ke tangkuban perahu . biasanya orang tidur dipadang bila flight balik pagi. outlet dia tak seperti bandung. pasar atas tu seperti pasar baru tapi tak ingat berapa tingkat dan pasar aur kuning. selain kain sulam di yenie border dsbnya begitu juga dlm perjalanan nak ke bukit tinggi ada beberapa kedai yg akan supir singgah utk beli atau window shopping.
mungkin forumer lain boleh tambah tempat tempat lain. bagi saya dua tempat tersebut pun rambang mata dibuatnya.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 11:02 AM | Show all posts
opie5662 posted on 2-2-2013 12:08 AM
tak sempat nk jumpe uolsss...aldi kate uols takde kt sini hari ni...

kita org dah selamat sampai kt KL dah.
rancang nak jumpa akak 31jan tapi dah lepak kt yenie tu sampai tengah malam tu yg tak dpt jumpa. 1 feb lak pagi2 dah gerak balik ke padang.
dapat jumpa aldi? mcm mana dia dgn akak? dgn kitaorg sgt loyar buruk kira boleh ngam lah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 11:05 AM | Show all posts
opie5662 posted on 2-2-2013 12:05 AM
satu je prob nye sopping kt sini...peniaga suke bg kite rate dlm rm...pas tu die x dgn rate 320...ak ...

yup, diorg dengar suara kita terus bagi harga RM.
tu yg tak syoknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2013 08:46 PM | Show all posts
wck7-2011 posted on 2-2-2013 09:16 AM
taklah jauh lebih kurang 1 -2 jam perjalanan dari padang itu pun bergantung dgn trafic. jalan di ...

so kira kalau tak pergi Bukit Tinggi pun ok lah shopping di Padang aje?

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 10:29 PM | Show all posts
dvpro posted on 1-2-2013 11:52 PM
Cendol Labu tu jual kat mana?

kedai cendol labu ni terletak di jalan menghala ke tasik maninjau sebelum kelok 44 kalau dari BT (sebelah kanan) dan selepas kelok 44 kalau dr padang/bandara (sebelah kiri) terletak di Matur. kedai ni memang banyak menjual makanan berasaskan labu.

rasanya, cendol dia rasa seperti makan sumi, air dia ada rasa laici sikit. mereka tak guna santan tapi sebaliknya susu cair.

alamat yg tertera pada paket kerepek :
Jl. Raya PSR, Matur Kelok Panorama, Matur Hilir- Matur - Kab. Agam
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 11:10 PM | Show all posts
mijot posted on 2-2-2013 10:29 PM
kedai cendol labu ni terletak di jalan menghala ke tasik maninjau sebelum kelok 44 kalau dari BT ( ...

Thanks for info.

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
miko02 posted on 2-2-2013 08:46 PM
so kira kalau tak pergi Bukit Tinggi pun ok lah shopping di Padang aje?

No, actually the other way round! Last edited by wck7-2011 on 3-2-2013 10:12 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.315903 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list