CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: moyas

YAHOOO CHIPMED DA KEMBALI. MARILAH RIUH2KAN RUMAH HP NI

 Close [Copy link]
 Author| Post time 28-3-2013 12:29 AM | Show all posts
Kelebihan minum kopi

Kopi memang terkenal sebagai minuman paling  popular dan digemari pelbagai bangsa di seluruh dunia. Minat mendalam masyarakat  pada minuman berkafein berkenaan menyebabkan ia dihasilkan dalam pelbagai versi  perasa mengikut cita rasa masing-masing.

Namun antara faedah kopi yang  paling diperkatakan bukan setakat membuatkan seseorang itu berasa lebih  bertenaga sebaik bangun tidur tetapi ia lebih daripada itu.

Kopi  mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit, antaranya  mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit, malah menurut Universiti  Kebangsaan Seoul, Korea, kopi mampu bertindak hampir sama seperti aspirin.

Pada masa sama, lingkaran gelap pada mata akibat kurang air, alahan, kurang  tidur atau genetik juga boleh dikurangkan apabila disapu dengan kopi. Ini kerana  kandungan kafein dikatakan mampu memperbaiki aliran darah di bawah kulit.



Begitu juga keadaan mata bengkak atau  kemerahan juga boleh dikurangkan dengan meletakkan kantung kopi yang sudah  digunakan di atas mata dan dibiarkan seketika untuk bertindak.

Paling  menggembirakan kebanyakan wanita adalah kopi yang boleh didapati pada harga jauh  rendah berbanding mendapatkan rawatan di spa mampu membantu mengurangkan masalah  selulit yang sudah pasti merosakkan penampilan seseorang.

Dalam kajian  Universiti Sao Paulo, Brazil, pada 2008, pengkaji mendapati kafein mampu  mengurangkan sel selulit hingga 17 peratus manakala satu lagi kajian yang  dijalankan Universiti Persekutuan Rio de Janeiro ke atas sukarelawan, mendapati  kafein dapat mengurangkan selulit pada pinggul sehingga 70 peratus.

Tanpa  perlu membelanjakan wang membeli krim yang mengandungi kafein di pasaran,  sesiapa saja mampu mendapatkan faedah kafein dengan menggosok sendiri serbuk  kafein ke tubuh yang turut bertindak sebagai lulur.

Lulur kopi bukan saja  dapat membersihkan kulit dengan membuang sel kulit mati, menjadikannya lebih  sihat dan lembut, malah ia juga dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah  serta membantu memperbaiki beberapa masalah kulit.

Dua sifat kafein yang  menjadikannya bahan yang mampu mengurangkan masalah selulit pada tubuh adalah ia  bersifat diuretik dan mampu mengetatkan sel dan pembuluh darah.

Sifat  diuretiknya membantu menyingkirkan lebihan air dari badan, seterusnya  mengurangkan masalah sembap yang sering dikaitkan dengan selulit, seterusnya  memberi penampilan lebih langsing.

Namun begitu, penampilan langsing itu  tidak kekal lama sebaliknya aktiviti menyental tubuh menggunakan serbuk kopi  perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan berpanjangan.

Selain itu, sifat antioksidan pada kopi membantu menjaga dan melindungi kulit  daripada kesan merosakkan kerana ia mampu melawan radikal bebas yang selalunya  dikaitkan dengan penuaan awal.

Radikal bebas sering diakibatkan oleh  kerosakan apabila terdedah kepada cahaya matahari atau pencemaran alam sekitar  yang menjadi faktor utama terjadinya jerawat, kedutan, garisan halus dan bintik  pada kulit.

Kopi juga berkesan untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan  pada kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia juga dikatakan  mampu merangsang sel kolagen, yang mampu menghasilkan kulit anjal dan gebu.

Cara penggunaan kopi sebagai rawatan kulit adalah dengan memasak kopi dalam  teko dan sapukan pada kulit dalam tempoh 20 minit selepas itu.

Masukkan  kira-kira tiga sudu besar serbuk kopi dalam mangkuk sebelum dicampur dengan  sedikit garam, minyak badam dan minyak zaitun. Basahkan badan dengan air suam  terlebih dulu untuk membuka liang roma dan kemudian sapukan di seluruh tubuh  dengan cara menggosok secara bulatan kerana selain membuang sel kulit mati, ia  dapat memperbaiki peredaran darah seterusnya menjadikan kulit lebih cantik.

Air kopi yang sudah dimasak juga boleh dicelup menggunakan bola kapas dan  diletakkan pada bahagian mata setiap pagi dan malam untuk melancarkan peredaran  mata.

Satu lagi cara yang boleh dilakukan adalah mengisar biji kopi dan  dicampurkan dengan sedikit air, kemudian gosok di seluruh tubuh, biarkan  beberapa minit untuk mendapat kesan melembapkan kulit.

Kopi boleh  dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan pupur wajah seperti  serbuk koko, susu penuh krim, putih telur dan minyak zaitun.

Penggunaan  kopi sebagai bahan penjagaan kulit bukan asing malah turut diamalkan oleh wanita  di Russia, Indonesia, Hawaii dan Amerika Selatan sejak beberapa zaman.

Malah bagi masyarakat Melayu sendiri terutama orang lama, selain sebagai bahan  kecantikan kopi juga sering digunakan untuk merawat luka dan menghentikan darah  apabila serbuk kopi ditabur pada bahagian yang tercedera.


nota : selain sedap dimenom, mcam2 lg bole dibuat ngan kopi ropenya. sapa suker kopi kt cni??? iols suker cappucino
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2013 01:32 AM | Show all posts
chit_ana posted on 27-3-2013 06:04 PM
yeke..igatkan ade

xderr....siankan???
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 01:33 AM | Show all posts
moyas posted on 27-3-2013 09:41 PM
Slim river ker slimfit suor jeans?

slim laaa....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 01:34 AM | Show all posts
moyas posted on 27-3-2013 10:19 PM
mcam ter reply 2 kali. apahat?

memang pun....hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 01:36 AM | Show all posts
@donut_1752 senyap jer skang??

sehat ke???
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 06:43 AM | Show all posts
moyas posted on 27-3-2013 10:15 PM
w/salam............ da berdengkur ker tue?

Waktu moy reply ni dah melayang tah mana2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2013 07:18 AM | Show all posts
Salam dan pagi sumer...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 09:03 AM | Show all posts
adifrs posted on 27-3-2013 04:58 PM
wuwu....

dip pashlahhh  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2013 09:03 AM | Show all posts
moyas posted on 27-3-2013 10:17 PM
wuwu tulun la letopkan umah ni sama

jgn la nanges moi
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 09:13 AM | Show all posts
tuan_wu posted on 28-3-2013 09:03 AM
dip pashlahhh

ke mane mghilang???
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 10:18 AM | Show all posts
adifrs posted on 28-3-2013 09:13 AM
ke mane mghilang???

bz sket dip...byk koje skang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 12:17 PM | Show all posts
tuan_wu posted on 28-3-2013 10:18 AM
bz sket dip...byk koje skang

ye la.. kok yer pun jgn nk membebel...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 12:23 PM | Show all posts
adifrs posted on 28-3-2013 12:17 PM
ye la.. kok yer pun jgn nk membebel...

dah lama x membebel  gini la kekdahnyer...lepas geram!!!  
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 12:24 PM | Show all posts
tuan_wu posted on 28-3-2013 12:23 PM
dah lama x membebel  gini la kekdahnyer...lepas geram!!!

senget....


x psl2 adif plak yg kena....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 12:30 PM | Show all posts
adifrs posted on 28-3-2013 12:24 PM
senget....

dip ngan moi la yg patut kena....tp malangnyer dip je yg ada skang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 12:33 PM | Show all posts
tuan_wu posted on 28-3-2013 12:30 PM
dip ngan moi la yg patut kena....tp malangnyer dip je yg ada skang

eleh....alasannnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2013 12:39 PM | Show all posts
adifrs posted on 28-3-2013 12:33 PM
eleh....alasannnnnn

timer je la dip
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 12:47 PM | Show all posts
tuan_wu posted on 28-3-2013 12:39 PM
timer je la dip

ye la...ye la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 01:43 PM | Show all posts
adifrs posted on 28-3-2013 12:47 PM
ye la...ye la...

syukur la dip dpt menerima  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 02:25 PM | Show all posts
adifrs posted on 28-3-2013 01:33 AM
slim laaa....

boktikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.067787 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list