|
rd dah vote blom? |
|
|
|
|
|
|
|
Belum vote lagi...
Macam mana eh... nak vote..?
Gprs ni punyerlah lambat nak ekses....
Boleh buat kopi -O dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam...---nolita...
Saya dah PM semula... |
|
|
|
|
|
|
|
Kita sambung lagi....
untuk tahun 2008 yang amatlah baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah yang menyebabkan perkara ni terjadi?
Aku dipanggil oleh penyelia satu hari tu sebelum aku mendapat berita tersebut.
"Ko kono limit sikit ko punye overtime dah lobeh ni, den kono jawab lak." kata penyelia aku.
"Habis macam mana. Takkan saya nak balik masa tengah kat 'site'.Nanti marah pulak 'consultant'."aku memprotes.
"Lagi satu ko slalu masuk lewat, suma kaler merah punch kad ko" balasnya.
"Ya..lah..kerja habis lambat, pukul sebelas malam baru habis,penat.."
"Den tak kiro,..ko buekla macam mano" |
|
|
|
|
|
|
|
So aku mengambil keputusan diri untuk memperbetulkan apa yang kurang pada diriku ketika itu.
Aku tinggal di bilik bujang yang jaraknya hanya sampai ke gear empat pecutan motosikalku ke tempat kerja.
Bermulalah episod disiplin aku pada keesokan harinya.
Masuk kerja jam lapan pagi.
Jam enam aku dah sampai di depan pintu gate, Aku lihat pengawal sedang tidur.
Aku memanjat gate dan masuk ke dalam dan kad perakam waktu aku ketipkan.
Kemudian aku keluar semula dan pergi ke kedai makan.
Bersarapan pagi sambil menunggu jam lapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila hampir jam lima petang,aku pergi ke tandas dan menunggu.
Tepat jam lima, aku berlari ke tempat perakam waktu dan terus mengambil kad dan mengetip.
Selepas itu aku 'start' motor terus pergi.
Tetapi aku tak balik ke rumah bujang ku sebaliknya aku pergi ke tempat lain.
Menghabiskan masa sehingga jam lapan malam kemudian barulah aku pulang.
Ini adalah untuk mengelakkan dari aku dipanggil semula untuk berkerja setelah itu.
Dua minggu lamanya aku berbuat begitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ketikanya aku pulang semula ke tempat kerja apabila jam menunjukkan ke pukul empat setengah petang setelah berada di tapak pembinaan.
Apabila sampai di pejabat sekali lagi aku mengetip kad perakam waktu dan menghilangkan diri.
Begitulah seterusnya kelakuanku selama dua minggu.
Aku ni pulak memang popular dengan 'consultant' kerana kebanyakkan masalah di tapak pembinaan dapat aku selesaikan pada masa itu juga.
Untuk aku tiada di lokasi mereka akan membuatkan mereka terasa kehilangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah satu ketika rakan aku yang kena 'reject' dari 'site' dan bukannya barangan yang dihantar.
Mereka menalipun pejabat meminta supaya aku dihantar segera.
Kelamkabut penyelia aku.
"Ko poii kat Subang Jaya sekarang, diorang dah melalak tu" talipunnya kepadaku suatu hari.
"Kat sini belum abis lagi" aku memberitahu.
"Tak po..Ko poii dulu,nanti den 'cover'" balasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sampai di sana jam empat.
Setelah habis kerja jam empat setengah,aku pun pulang ke pejabat.
Tepat jam lima petang dan aku mengetip kad waktu lalu pulang. |
|
|
|
|
|
|
|
Esoknya jam lapan setengah semasa aku melihat 'roster', aku dipanggil oleh penyeliaku.
"Haah...ada apa pulak?" aku berkata sinis.
"Ko bueklah overtime.Berapo jam pun ko bueklah.Takpo doh". katanya semacam mengalah.
Haa...baru tau betapa disiplinnya aku.
Masuk kerja jam enam pagi.
Pulang kerja jam lima petang.
Bukankah ini bermakna syarikat mempunyai satu asset yang baik? |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun aku tidak bersetuju dengan keputusan yang aku perlu bertukar lokasi tempat kerja tetapi aku memberi satu jaminan kepada pengurus besarku dan juga kepada syarikat.
"Sir,..I will make The Seremban Plant number one in three years time" kataku dan dia hanya mengangguk. |
|
|
|
|
|
|
|
Maka bermulalah episod penghijrahan diriku. |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi itu aku melapurkan diri.
Tiada apa yang banyak perlu aku lakukan.
Plant Manager lak sporting abih.
Aku hanya mundar mandir dan meneliti rekod-rekod yang perlu untuk melengkapkan diri untuk berkerja di suasana yang baru.
Petangnya aku di bawa oleh plant manager ke sebuah rumah di mana aku akan tinggal yang entah berapa lama aku tak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebuah rumah estate kediaman.
Rumah ini selalunya didiami oleh pengurus ladang.
Sebuah banglo yang mempunyai enam bilik.
Di hadapan rumah terdapat ruang tamu selebar rumah tersebut, dan selepasnya terdapat dua buah bilik yang bersetentangan terletak di antara satu sama lain.
Terdapat ruang yang agak besar di antaranya.
Kemudian ke dalam lagi terdapat ruang dapu atau ruang memasak.
Ruang ini tiada berbumbung.
Di sebelah kanan dapur tersebut terdapat sebuah bilik yang agak besar.
Terdapat juga dua buah bilik mandi yang bersambung dengan tandas.
Terdapat sebuah pintu kecil untuk keluar dari kawasan dapur.
Beratapkan genting yang kecil-kecil ku kira rumah ini berusia dalam lingkungan tiga puluh tahun sudah.
Mungkin pengurus estate perladangan sawit.
Terdapat juga sebuah rumah yang sebegini di sebelahnya tapi agak jauh dan dilindungi oleh pokok-pokok. |
|
|
|
|
|
|
|
Di belakang rumah ini, di sebelah dapur ada tumbuh sepohon pokok rambutan dan di sebelahnya sepohon pokok kari yang besar.
Pohon-pohon rambutan yang begitu rendang mencapai separuh bumbung dapur dan ada yang masuk ke lapangan dapur ynag terbuka.
Semak-semak tumbuh meliar lantaran ditinggalkan agak lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah beberapa lama aku tinggal di sini maka aku mulalah mengemas.
Aku menyapu lantai dan ada juga aku membasuhnya.
Keladak tebal mengikuti aliran air yang aku siramkan.
Tandas dan bilik air ku cuci sebersih-bersihnya.
Aku mendiami di bilik belakang sekali.
Plant manager dan penyelia berkongsi bilik di hadapan.
Maka kosonglah bilik yang dua itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu bilik aku d hadapan aku buat untuk stor penyimpanan barangan pertukanganku dan sebuah akuarium.
Aku membeli dua ekor ikan toman yang telah aku perhatikan di Bandar Seremban sejak sebulan yang lalu.
Aku membelinya dengan harga empat ringgit untuk sepasang setelah hanya dua ekor ini saja daripada bebanyak ekor kat situ yang datang menyambut aku ketika aku melihat-lihat di tempat di mana mereka diakuariumkan.
Maka membesarlah kedua ekor ikan itu di dalam akuarium yang lebarnya tiga kaki dengan dua kaki lebar dan dua setengah kaki tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap hari aku memberi mereka makan anak-anak ikan yang aku beli.
Kekadang aku menyepit anak ikan di celah jari dan menyuakan kepada ikan toman ku.
Ia menangkap dengan hati-hati dan menarik perlahan-lahan,kemudian membahamnya setelah aku melepaskan anak ikan tersebut dari jariku.
Pernah aku tidak melepaskan anak ikan makanannya dan toman ini hanya menanti saja tidak membaham sehinggalah aku melepaskan anak ikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kalanya aku menyalin air dan kedua-dua toman aku angkat hingga ke atas air tetapi ia tidak menggelupur.
Hanya mendiamkan diri.
Setiap hari aku pasti akan melihat ikan toman dahulu sebelum bertukar pakaian setelah balik dari kerja.
Aku melihat mereka setiap malam apabila aku kesunyian, maklumlah aku baru lagi dan tidaklah bersosiol sangat.Mungkin ku rasakan terlalu asing. |
|
|
|
|
|
|
| |
|