Post Last Edit by bunick at 26-8-2010 15:50
Selesai makan, cepat-cepat Miko dan Chengkeh menjalankan operasi mengemas meja. Walaupun berkali-kali ditegah oleh Datin Suziyah, mereka tetap meringankan tangan menolong Bibik memunggah pinggan mangkuk ke dalam sinki. Bibik pun dah buat muka serba salah bila tengok tetamu Datin Suziyah merampas tugas hakiki dia.
“Takpe bik, biar kami buat.” Miko dah start basuh pinggan manakala Chengkeh tolong lap meja kat luar.
“Rajinnya, esok-esok kat rumah kita pun kena rajin macam ni tau.” Hijjaz Amin dah bertenggek di atas kabinet dapur sambil memerhatikan Miko membasuh pinggan.
Menggeletetar lutut Miko bila dengar frasa rumah kita itu. “Main-main ye. Malu saya tau awak cakap mengarut depan Hidayah tadi.”
“Laaa,nak malu apanya. Saya memang nak kahwin dengan awak pun. Awak tak nak kahwin dengan saya ke?”
Miko dah rasa lain macam dah. Hijjaz ni betul-betul ke main-main ni? Simbah dengan air sabun ni baru tau.
“Awak, saya serius ni. Walaupun cara kita kenal agak luar biasa, walaupun kita selalu gaduh setiap kali kita jumpa, tapi saya rasa awak dah ambil hati saya ni.”
Gerakan tangan Miko yang lincah membilas pinggan terhenti. Dia memandang ke arah Hijjaz yang masih setia merenungnya. “Awak cakap apa ni?” Miko melindungkan debaran di dada. Namun suaranya seakan bergetar.
“Awak jangan tipu diri awak sendiri. Saya boleh rasakan yang awak pun suka kat saya kan?”
Miko menarik nafas panjang. Terasa perkenalannya dengan Hijjaz Amin begitu singkat, namun lelaki itu dengan penuh yakin meluahkan rasa cintanya hari ini. Bermimpikah dia?
“Kita baru je kenal, takkan semudah itu awak sukakan saya Hijjaz? Lagi pun takkan awak tak ada orang lain?”
“Penting ke kalau kita baru kenal? Cinta tu tak kenal masa, usia ataupun sesiapa sahaja. Dah saya suka kat awak, nak buat macam mana?”
“Awak yakin dengan apa yang awak rasa sekarang ni?” Miko menutup pili paip.
“Yakin sangat. Awak tak percayakan saya ke?”
“Kalau macam tu, awak kena jumpa dengan orang tua saya.” Amat perlahan suara yang terlepas dari mulut Miko.
“Jadi awak setuju la ni?” Hijjaz dah berdiri depan Miko. “Nanti awak bagi alamat awak kat kampung, saya akan mintak mak pergi jumpa orang tua awak.”
“Saya tak akan bagi alamat kampung saya, kalau betul awak sukakan saya awak carilah sendiri kampung saya kat mana.” Miko senyum dan berjalan keluar dari dapur. Ingat senang-senang ke nak meminang aku?
Diluar pula, sepasang lagi uda dan dara sedang sibuk merangka masa depan mereka. Bertemankan sinaran bulan dan kerlipan lampu lip lap di sekeliling rumah banglo itu, Hadiff Iman begitu leka meneroka keindahan wajah Chengkeh.
“Awak, saya takut la…” Chengkeh menguis rumput dengan kakinya.
“Nak takut apa? Takut kahwin dengan saya?”
“Ye la, saya ni bukan orang berpangkat macam keluarga awak. Nak ke Datin tu terima saya jadi menantu dia?”
“Apa masalahnya kalau keluarga awak tak ada pangkat macam mak saya? Yang nak kahwin tu kita, bukan orang tua kita…” Hadiff Iman melabuhkan punggungnya di atas kerusi taman.
“Nanti apa pulak kata saudara mara awak…”
“Tak perlu nak kisahkan mereka. Yang penting saya sukakan awak, dan awak pun kena suka kat saya.”
“Kalau saya tak suka kat awak?”
“Kalau awak tak suka kat saya, awak tak akan ikut saya balik jumpa dengan mak saya kan?”
Chengkeh sudah terperangkap dengan soalan Hadiff Iman. Tidak semudah itu untuk dia memijakkan kakinya ke rumah orang tua Hadiff Iman ni. Perasaan suka dan sayang yang mula bercambah dihati membuatkan dia berani untuk berjumpa dengan Datin Suziyah.
“Awak tau tak kenapa saya suka kat awak?” Chengkeh menebarkan pandangannya ke kiri dan kanan. Mana tau ada orang lain yang pasang telinga. Malulah dia…
“Tak…”
“Hmmm…..saya pun tak tau kenapa saya suka kat awak.” Chengkeh tergelak manakala Hadiff Iman memandangnya dengan penuh geram.
“Mainkan saya ye? Gigit hidung baru tau…” acah Hadiff Iman.
“Betul, saya pun tak tau kenapa saya sukakan awak….”
“So, bila saya boleh jumpa dengan mak ayah awak? Saya dah tak sabar ni….” Gatal pulak Hadiff Iman malam ni.
“Nanti saya bagitau diorang dulu ye. Saya kena bincang dulu, lepas tu saya bagitau awak. Okey?”
“Anything for you…tapi jangan lama sangat tau.” Hadiff Iman memandang Chengkeh yang sedang tersenyum manis. Serasakan tidak mahu mengalihkan matanya dari menatap wajah bujur sirih milik Chengkeh itu.
|