CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5672|Reply: 7

[Tempatan] Dr MAZA saman pengguna Facebook RM10 juta

[Copy link]
Post time 6-11-2024 09:32 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap seorang pelayar Facebook, Mohd Nawawi Abdul Razak dan menuntut ganti rugi RM10 juta kerana memfitnah Mufti Perlis itu, pernah mendapat keuntungan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Mufti itu yang lebih dikenali sebagai Maza selaku plaintif mengemukakan saman berkenaan menerusi Tetuan Faizal Rahman & Co pada 10 Oktober lalu.

Beliau menamakan Mohd Nawawi, 37 sebagai defendan tunggal, berhubung kenyataan fitnah yang dikeluarkan dalam bentuk komen bergambar, dari satu hantaran media sosial milik individu lain, dikenali ‘Kayrollz Nasri’.

Kenyataan yang dikeluarkan pada 20 September lalu, ialah berhubung isu fatwa kesesatan GISBH oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh media pada Selasa, plaintif mendakwa, kenyataan fitnah itu memberi gambaran Mufti berkenaan mempunyai hubungan yang akrab, menerima ganjaran wang dan keuntungan peribadi daripada GISBH.

Katanya, komen palsu itu turut memberi makna plaintif seorang yang hipokrit dan mengamalkan perbuatan khurafat.

“Fitnah itu turut umpama memberi erti plaintif bertindak secara melulu, gopoh, sambil lewa dan semberono dalam mengeluarkan fatwa terhadap gerakan GISBH.

“Selain menunjukkan plaintif sebagai seorang Mufti yang tidak kompeten, bodoh dan tidak menghormati Raja Perlis dalam mengeluarkan fatwa,” katanya.

Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2024 10:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hambek kau..padan muka menulis tak kira cerita betul ke fitnah..umur 37 mana nak cekau 10 juta
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kenal yg disaman tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
SR4tahun replied at 6-11-2024 10:21 PM
Iols kenal yg disaman tu

So apa cerita member tu? Terkujat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
SR4tahun replied at 6-11-2024 10:21 PM
Iols kenal yg disaman tu

intro la sikit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2024 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan ringkas berkenaan isu terkini:

1. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dinyatakan dalam media.

2. Saya juga tidak menerima apa-apa surat saman berkenaan hal itu.

3. Saya telah bersedia untuk ke mahkamah, di samping itu Sahibul Samahah Mufti juga dijemput untuk melakukan MUBAHALAH sebagaimana termaktub dalam Syariat. Nyatakan tarikh dan masa - saya sanggup ke rumah Mufti jika beliau sudi.

Hal-hal lain akan diuruskan oleh pihak peguam saya.

Sekian, terima kasih.

(Gambar ihsan: ziarah untuk memenuhi undangan ke rumah mufti tahun lepas, kelihatan beliau menyelak kertas kerja cadangan yang saya sediakan.)

https://www.facebook.com/share/p/1GjRB7RH2k/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde ke gambar pemfitnah tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.195673 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list