CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlianakasim

Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia [Part III]

   Close [Copy link]
Post time 6-2-2013 02:28 PM | Show all posts
mijot posted on 5-2-2013 11:19 PM
untuk yg amik dgn aldi tetapi tak dapat dgn dia, jgn marah sebab mamat ni tersangatlah sibuk.
masa  ...

yg penting kawan2 dia best...takpelah kalau dia x bwk.
dia mmg dah ckp...time saya pegi bln 3 ni...hari yg sama...6group dia kena handle.
mmg sibuk bebenor lah tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2013 02:28 PM | Show all posts
nizalia posted on 6-2-2013 10:35 AM
Alhamdulillah... selamat dah balik Malaysia
keseluruhan ok2 aje.. amek supir dgn Pak Uncu
scenery  ...

beli langsir kt mana?murah ke?

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 02:30 PM | Show all posts
opie5662 posted on 6-2-2013 10:08 AM
aku plan nk pi padang lagi skali tp kali nih nk pi pulau...sbb aldi & fauzan ckp mmg ada pulau yg bl ...

mmg ada pulau yg boleh snorkling...rasanya pernah tgk forummer sini yg pegi sana utk snorkling.

lupa dah sapa....forummer atau ku terjmpa dlm blog...cenggitu lah.tpi mmg cantik.



Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 08:15 AM | Show all posts
ilham_ryana posted on 6-2-2013 02:28 PM
beli langsir kt mana?murah ke?

kat Pasar Aur Kuning
agak murah juga bagi saya sbb sliding door dpt dlm rega RM105+ skali upah jahit
(sliding door rmh sy kena guna kain yg bidang 110inci)
kalau kat sini kain tu dlm range rega RM30+/meter

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 09:02 AM | Show all posts
nizalia posted on 7-2-2013 08:15 AM
kat Pasar Aur Kuning
agak murah juga bagi saya sbb sliding door dpt dlm rega RM105+ skali upah ja ...

jahit terus kat sana erk?bape lama siap?

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 09:08 AM | Show all posts
ilham_ryana posted on 7-2-2013 09:02 AM
jahit terus kat sana erk?bape lama siap?

jahit kat sana terus... satu hari siap
tapi bukan yg scallop2 tu tau
yg jahit atas dia cuma letak pin tu
yg dah siap liapt2 3... cuma letak pin satu lubang je

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2013 09:12 AM | Show all posts
nizalia posted on 7-2-2013 09:08 AM
jahit kat sana terus... satu hari siap
tapi bukan yg scallop2 tu tau
yg jahit atas dia cuma leta ...

saya pun x suka scallop2 semua.nak yg simple2 je.
ada gamba tak?amiklah gamba..nak tgk.hehe.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 09:21 AM | Show all posts
ilham_ryana posted on 7-2-2013 09:12 AM
saya pun x suka scallop2 semua.nak yg simple2 je.
ada gamba tak?amiklah gamba..nak tgk.hehe.

hehehe... tang tu yg failed nya
sy x brp nak arif tang tepek2 gambo ni
maklum aje, sy baru di forum ni
mohon ampun maaf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2013 09:51 AM | Show all posts
nizalia posted on 7-2-2013 09:21 AM
hehehe... tang tu yg failed nya
sy x brp nak arif tang tepek2 gambo ni
maklum aje, sy baru di fo ...

oooo...kalau awak ada upload kt fb...senang je nak copy sini.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 09:30 PM | Show all posts
opie5662 posted on 6-2-2013 10:08 AM
aku plan nk pi padang lagi skali tp kali nih nk pi pulau...sbb aldi & fauzan ckp mmg ada pulau yg bl ...
  1. aku plan nk pi padang lagi skali tp kali nih nk pi pulau...sbb aldi & fauzan ckp mmg ada pulau yg bleh snorkeling & diving kat sane...lg pon aku nampak ade mat salleh bawak surf board masa kat epot...so, next time dtg mungkin dgn misi yg berbeza..hehehe
Copy the Code
Mat Salleh bawa surf board to mesti pegi Mentawai.. mmg kena transit Padang... Ombak laut kat Mentawai antara yang terbaik di dunia..

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 09:34 PM | Show all posts
opie5662 posted on 6-2-2013 10:04 AM
betul tuh....kami pon tak dapat ngan aldi..tp sempat la jumpe die....walaupon die tak bawak kitora ...

Kalau nak jumpa group si Aldi berkumpul.. ajak la driver minum kat Soto Makassar... port mamat tu melepak tu... hehehhe
Suruh dia belanjo durian sekali.... durian kucing lalok cakap dengan dia... sodap....

Last edited by neofim on 7-2-2013 09:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 09:54 PM | Show all posts
laporan bukittinggi-padang 29jan - 2feb 2013

day 1 - 29 jan 2013

bertolak ke LCCT pukul 4.30pg. sampai dalam 5.15am dan terus buat kios cek in. lepak sambil bekpes kr mcd sementara tunggu solat subuh. jumpa forummer bbalik buat pertama kalinya di surau lcct. jumpa forummer kashaz kt boarding hall.

penerbangan on time, dan sampai di padang 7.45am WIB. awal 15minit dr dijadualkan. sebelum pergi, kami dah diberitahu bahawa kawan aldi yg akan bawa kami, tapi terkejut juga masa keluar dr balai ketibaan, aldi yg jemput.

rancangan kami hari ni adalah terus ke bukittinggi. sebelum tu singgah ke RM lamun ombak utk bekpes terlebih dahulu. tumpuan pelancong dari mesia. try makan murtabak mesir, jus sirsak (durian belanda), es lamun ombak, dan es van java. boleh

     

      

selesai bekpes, kami teruskan perjalanan ke BT. singgah lah di air terjun anai yang sangat sejuk airnya (rp3000), pusat dokumentasi minangkabau (rp4000, rm12 untuk cuba baju). bak kata aldi, disebut harga dlm RM sebab org mesia terkejut dgr nilai ribu-ribu ni

     

     

     
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 10:31 PM | Show all posts
day 1 - 29 jan 13 sambungan

keluar dari puat dokumentasi, hari mulai hujan. tapi tidak mematah semangant kami utk teruskan trip ni. seterusnya kami pergi tgk sulaman di area pandai sikek. lepak kejap sahaja dalam 10 minit gitu. memang untuk tgk2 harga je.



seterusnya kami pergi ke kedai menjual kuih bika (kuih nerako). rp2000, seketul. yang paling sedap adalah yg warna perang iaitu perisa pisang+gula merah. yg putih adalah perisa asli, kelapa. kami makan disitu 2 keping setiap perisa dan sempat membungkus 4 keping lagi utk dimakan dlm kereta . sebab hujan dan sedap dimakan panas2.

     

   

kali perjalanan diteruskan tanpa henti ke BT sebab aldi takut kitaorg tak dapat cari hotel. kitaorg pergi ni memang tak buat apa2 booking pun tentang hotel. main redah jer. first stop adalah hotel dahlia yg terletak di jalan ahmad yani. kitaorg amik bilik ekonomi, rp180k semalam untuk 3 orang. kongsi bilik air. bagi yg suka cabaran boleh cuba tinggal di sini sebab hotel ni takde air panas jadi memang mencabar gila masa nak mandi pagi2 dgn malam .

boleh dikatakan hotel ni sgt strategik sebab terletak di tengah2 bandar BT. boleh pusing2 bandar BT dgn kaki jer. sekitar hotel ada bank CIMB (bahaya utk kaki shopping ), ada kedai bekpes yg sedap kt depan singgalang hotel. terletak juga TA raun sumatra di sini. setiap petang jam 6, jalan ahmad yani akan ada lesehan dibuka. jadi tiada masalah mencari tempat makan.

selesai cek in dan letak beg, kami keluar untuk lunch. aldi bawa kitaorg pergi satu kedai yg aku ingat ada no 45 dibelakangnya. masakan padang. kena rp66k utk 4 org. pastu balik hotel dan kununnya nak berehat sekejap terus jadi tido sekejap

dalam kul 6pm, aldi jemput kitaorg dan pergi ke yenie bordir utk usha harga kain sulam kt situ. usha2 punya usha kitaorg siap sempat reserved sorang selai kain sulam, dan akan ambil pada hari ke3. pastu pulang semula ke hotel. tamat sudah sesi dgn aldi untuk hari ini.

untuk dinner, kitaorg nak cuba bakso lapangan tambak kt ramayana, tapi masa kitaorg dtg kul 8.20pm diorg tutup utk pembersihan. jadi kitaorg pun teruskan ke jam gadang. sekitar jam gadang ni, ada juga org jual-jual. jadi kitaorg pun usha harga. otw balik terjumpa hau's tea yg forumer dvdpro pergi. apa lagi kitaorg masuk utk supper. kitaorg cuba rasa beef steak, cakue chili, pisang cheese keju, hot coklat, jus alpukat, iced italian coklat. kena rp110k utk 3 org.

seterusnya balik semula ke hotel.

- tamat hari pertama -


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 09:08 AM | Show all posts
hari kedua - 30.1.13

trip pada hari ni adalah trip minangkabau. tabek patah - batu sangkar - danau singkarak. mula dengan bekpes di sebuah kedai berdekatan dengan otel dalhia. sebelum itu, smpat singgah di lim bakery utk beli kuih org tempatan. aku beli popia sayur dan pisang cokat. utk bekpes, kami cuba mee ayam pangsit, lontong sayur, bubur kacang hijau, 2 teh panas kena dalam rp30k utk 3org.

tepat jam 8.30pg, kami mulakan trip kami. masa lalu pasar bawah, mak ai jem giler sampai jalan tu memang muat2 utk satu kereta. laluan akan nampak gunung merapi disebelah kanan. sempat singgah ke ke sulaman hajah rosma utk tgk2 proses menjahit sulaman dan hasilnya. memang asilnya sgt halus dan cantik tetapi terlampau melebihi bajet kami. jika anda seorg yg pentingkan kualiti, boleh lah berbelanja di sini.

seterusnya kami singgah ke perusahaan kopi dan pisang salai, kiniko di tabek patah. di sini boleh mencuba air daun kopi dan kopi secara percuma. boleh juga tgk pembungkusan kopi dan pisang salai. ada taman mini utk bergambar.

     

     

     
ruang lepak dan taman mini.

     
air daun kopi (rasa seperti air teh o) dan pisang salai yang lembut walaupun digoreng semula.

sebelum balik,aku beli pisang salai utk dibawa balik. perjalanan diterus ke batu sangkar utk melihat kawasan diraja. rumah gadang banyak kelihatan di sini.

   

     
antara rumah gadang disepanjang jalan menuju ke pagaruyung dan pokok kelapa berpusing. dikatakan inul tidak mahu dtg ke BT sebab kalah dgn pusing pokok kelapa ni (lawak aldi)

...bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 10:18 AM | Show all posts
Lagi 2 hari..duit lom tukar abis..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 10:57 AM | Show all posts
mijot posted on 8-2-2013 09:08 AM
hari kedua - 30.1.13

trip pada hari ni adalah trip minangkabau. tabek patah - batu sangkar - dana ...

aku beli pisang salai sampai 7kg...hahahha..dah siap packing soh die timbang...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 01:43 PM | Show all posts
opie5662 posted on 8-2-2013 10:57 AM
aku beli pisang salai sampai 7kg...hahahha..dah siap packing soh die timbang...

peh banyak gilos kak opie beli
nak buek apo tu banyak sgt tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 02:21 PM | Show all posts
mijot posted on 8-2-2013 01:43 PM
peh banyak gilos kak opie beli
nak buek apo tu banyak sgt tu

nk makan ar.....hahaha..sedap....lg pon nk bg2 kat org lagi kan..harus la beli lebey..sekali time bali excess bag dkt 50kg...huwaaaaaaaaaaaaaaaa

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 02:40 PM | Show all posts
...sambungan hari kedua - 30.1.13

akhirnya kami sampai ke istana basa pagaruyung. pusing2 sekitar istana sambil amik gambar.

     
istana besar dan rankiang

selepas pusing2 sekitar, kitaorg pergi ke kawasan jualan yg berhadapan dgn istana. kt sini kami beli FM dr jenis plastik dan kain songket rp10k setiap satu. selepas tu lunch kt kedai makan disitu. makanan nasi padang. nasi+ikan keli sambal ijo rp15k, forummer bbalik dan kashaz ambil 2 lauk, kena rp25k/pax. sedap makanan kt situ.

seterusnya kami teruskan perjalanan ke danau singkarak. ke tasik ni memang makan masa yg lama. boleh dikatakan trip minangkabau ni, ambil masa sikit sebab jarak antara satu tempat ke tempat lain agak jauh. tasik sangkarak terkenal dgn ikan bilisnya. gemuk2 tau ikan bilisnya. sempat lepak minum kejap di sini.

     
luasnya danau singkarak mcm laut. ada penduduk tempatan offer bawa kitaorg naik bot pusing2 tasik tapi kami tak berani. takut tgk keluasannya.


lepak sambil minum cola susu, fanta susu. makan kacang tanah cap garuda. terbaek.

selesai trip minangkabau, kami kembali semula ke BT. hujan lebat sgt semasa perjalanan balik. sampai ke BT, aldi bawa kitaorg cari jalan ke lubang japang kerana pada esoknya kami akan pergi sendiri dgn berjalan kaki. pusing2 lalui sianok, koto gadang. seronok dapat tgk kehidupan masyarakat BT.

seterusnya kami ke kedai menjual kerepek ummi aufa hakim. selang 2-3 buah kedai dgn kedai komala sari. apa yg best kt kedai kerepek ni, layanan yg diberikan sg terbaik. sebaik kaki jejak lantai, kami telah di'offfer' dgn tester. banyak keterangan mengenai kerepek turut diterangkan. berbeza sggh dgn kedai kerepek shirly di padang, tiada sambutan sewaku kami dtg. kerepek christian hakim, 2 supir tak galakan beli disini sebab dibikin oleh cina.

     
antara yg dibeli : sanjai berlado, sanjai berlado ijo, karak kaliang, sagun (keras dipegang tapi bila digigit lembut jer), pisang coklat rp110k.

sebelum aldi dropkan kitaorg kt hotel, kitaorg pergi makan bakso sariman. nasib baik aldi tahu tempatnya sebab masa baca dlm forum dok asik mention belakang rumah sakit. punyalah byk rumah sakit yg ada BT, nasib baik aldi tahu

     


     

kedainya kecil tapi memang ramai org. rp10k semangkuk. sedap. landmark : berhadapan dengan rumah sakit ibnu sina.

sampai di hotel, kami amibil gambar kenangan dengan aldi. sebab hari ke-4 nanti, kawan aldi, ricky yg bawakan. rehat kejap dan lepas maghrib kita keluar ke pasar atas tapi ikut jalan belakang (jalan pemuda). sebab nak cari janjang 40 dan tgk kehidupan org BT pada waktu malam. masa tgh berjalan, terjumpa dgn org jual durian. jadi apa lagi, kami beli. syok pula makan durian sambil mencangkung ditepi jalan.

selesai makan, kami main jalan jer ke pasar atas. jalan tu akan keluar kt simpang hotel ambun suri. kt sini kami mencuba pisang bakar.

     
rp4000 utk saiz besar. pisang dilenyek dan dibakar. kendian diletakkan inti kepala parut.

malam ni, kita org jumpa abg jual tudung. banyak pula pilihan yg dia bawa. jadi apa lagi bertapa kitaorg kt situ. harga rp20k dan rp35k. aku jer dah sambar 5 helai.

sebelum balik, seperti biasa kami singgah lagi kt hau's tea. cuba cakue cheese dog, pisang cheese karamel, vanila blue, bluebery blended dan mochacino. kena dlam rp86k utk 3 org. selesai, kami balik ke hotel utk berehat.

tamat hari kedua Last edited by mijot on 8-2-2013 07:22 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 03:34 PM | Show all posts
Bila Airasia nak buat promosi tiket murah lagi ni... teringin pulak mengulang ke BT bila tengok pic korang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.538487 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list