CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Bercinta Dengan Qarin : Qarina Kembali? (Pg 9)

[Copy link]
 Author| Post time 13-7-2016 10:29 AM | Show all posts
nuena replied at 4-7-2016 04:53 PM
Takziah untuk keluarga TT...semoga abang TT tabah hadapi semua ujian tu...

Aku penah makan kat sa ...

Adiklah Nuena.

Kekadang risau tgk. Sebab terfikir, adik aku ni dah gila ke apa?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2016 10:30 AM | Show all posts
doubleA replied at 5-7-2016 01:58 AM
Khen? Hahahaha     

Selamat hari raya niki!

Selamat hari Raya AA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2016 10:32 AM | Show all posts
kimsa-ra replied at 5-7-2016 04:50 AM
cerita pasal qarin ni meremang bulu roma iols tt
iols tau pasal qarin ni pon br la berebrapa thn..i ...

Iols pernah dengar pasal Qarin lama dah, tapi tak ambik kisah pun. Sampailah si Faiz cerita pasal si Qarina, barulah iols beriya pergi gugel. Tu pun tak dapat banyak info.

Uols pernah kena sihir apa?

Meh le singgah bod sinun. Ada cerita baru...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 11:20 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 13-7-2016 10:32 AM
Iols pernah dengar pasal Qarin lama dah, tapi tak ambik kisah pun. Sampailah si Faiz cerita pasal  ...

dh singgah bod sinun tapi rupanya tuan tanah beraya kat sini...

selamat hari raya nicki.....jangan lupa jalan pulang tau....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 11:51 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-7-2016 12:55 PM
Anak sulung Faiz boleh nampak sesuatu...

Memula tak caya. Tapi bila kes berlaku depan mata,  ...

klu anak faiz leh nampak tu baik jaga2lah
2 org anak akak pun terbuka hijab gak
bila nampak tu yg akak rs x best
esp yg bongsu ms kecik dok kata naper kakak tu terbang bukan naik keta cam kita

btw selamat hari raya nicki

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 12:05 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 13-7-2016 02:29 AM
Adiklah Nuena.

Kekadang risau tgk. Sebab terfikir, adik aku ni dah gila ke apa?

Eh sorry TT...

Btw, selamat hari raya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2016 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 13-7-2016 02:32 AM
Iols pernah dengar pasal Qarin lama dah, tapi tak ambik kisah pun. Sampailah si Faiz cerita pasal  ...

org yg sihirkn I bg iols tua  
dr 20 an jd 60 an    siap skt lutut cm org tua dok fikir dri dh tua xlama lg nk mati

skrg bla terigt/bercerita siap gelak2 klakar pulak jd bila jd tua

nnt bila2 iols snang iols pi bertapa blk bod sana..smua citer pergi marathon
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 04:27 PM | Show all posts
citer baru kat mana tuan tanah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2016 03:22 PM | Show all posts
kelakar pulak TT tulis qarina tu gedik sbb tak carik same spesis....hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2016 06:54 PM | Show all posts
fatehana replied at 13-7-2016 11:51 AM
klu anak faiz leh nampak tu baik jaga2lah
2 org anak akak pun terbuka hijab gak
bila nampak tu y ...

Selamat hari raya Kak Ana.

Seriau rasa kan, bila tiba-tiba budak kecik bagitau begini, begitu.

Pasal anak sulung Faiz camni.

Awal bulan Mac tahun ni, saya (satu keluarga) pindah semula ke Kluang selepas 15 tahun bermastautin kat KL. Rumah yang kami duduk sekarang ni, rumah Faiz.  Masa Faiz duduk Puchong, rumah ni di sewakan. Empat kali bertukar penyewa sebelum kami tinggal. Penyewa terakhir pindah keluar senyap-senyap. Tiga bulan rumah ni kosong sebelum kami pindah masuk.

Rumah ni, dua tingkat. Biasalah, banyak kerja nak buat bila pindah rumah, mengemas itu ini. Mak dengan Iqa (sulung) pun ada tolong mengemas sama. Kemas punya kemas, membawak sampai ke hampir maghrib. Saya kat ruang tamu masa ni. Tiba-tiba, Iqa panggil dari tangga. "Mak Ngah, Mak Ngah. Sini."

Saya pun tanya balik "Kenapa?"

"Sini." Iqa beriya-iya panggil. Saya pun pergi kat dia. Dia tarik tangan saya. Kami naik tangga dan masuk bilik tidur nombor dua.

Iqa cakap. "Tu Mak Ngah. Tengok. Ada nenek kat situ." Iqa tunjuk betul-betul kat tingkap bilik. Saya dah start rasa semacam.

Saya balas balik "Mana ada nenek kat situ? Nenek kan kat bilik sebelah."

"Ada. Ada nenek kat situ." Kemain bersungguh dia bagitau.

Saya terus cakap "Biarlah dia kat situ. Tak kacau Iqa kan?"

Iqa geleng lepas tu ketawa. Saya terus tarik tangan Iqa, keluar dari bilik.

Nak kata Iqa bohong, she's only 4 y.o. Dan kalau dia nak bohong, kenapa perlu bohong dengan kehadiran 'nenek'?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2016 06:58 PM | Show all posts
ilahkhatibrani replied at 13-7-2016 04:27 PM
citer baru kat mana tuan tanah

Cerita baru tu merujuk pada Bod Penulisan



Tapikan, Faiz baru beritahu yang Qarina is back.

Malam nanti nak korek cerita.


Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 10:16 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 14-7-2016 06:58 PM
Cerita baru tu merujuk pada Bod Penulisan

kesian kat Faiz....macam2 dugaan yg dia kena hadapi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 10:19 AM | Show all posts
siape_aku replied at 14-7-2016 03:22 PM
kelakar pulak TT tulis qarina tu gedik sbb tak carik same spesis....hahahaha

Memang betul apa si Qarina tu gedik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 10:25 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 15-7-2016 10:29 AM

THE RETURN OF QARINA

Salam,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Cerita / update terbaru, fresh from the oven gitu. Entahlah. Aku pun naik pening mendengornya…

Kisahnya pada pagi semalam...

Faiz pergi kerja macam biasa. Boss beritahu, ada laporan dari Chief Nurse pasal wad 10B kat tingkat 10 hospital. Menurut laporan Chief Nurse, ada bunyi-bunyi pelik dan mencurigakan kedengaran dari wad tersebut. Bunyi macam katil kena seret dan macam ada orang kat dalam tu.

For hangpa punya information, wad 10B ni belum pernah dihuni dan sedang dalam perancangan untuk di buka kepada public tak lama lagi. Apa yang ada kat dalam wad 10B ni hanyalah katil-katil yang berasal dari hospital lama, di angkut ke hospital baru. Kalau orang Kluang, korang mesti tau hospital lama kat mana, hospital baru kat mana. Alah, google pun boleh.

Selepas dapat laporan, Faiz sebagai Pak Gad (guard) terulung - takyah reveal lah ek jawatan sebenar si Faiz ni. Aku panggil Pak Gad je senang - kenalah menyiasat apa yang terjadi kat dalam wad 10B tu. Bersama-sama seorang lagi Akak Gad – aku gelar Kak Mona aje ye, Faiz pun pergi wad tersebut. Kak Mona memang Guard kat tingkat 10. Selain wad 10B yang belum dibuka, ada wad 10A – wad first class kat hospital ni.

Sampai kat wad 10B, Faiz pun masuk manakala Kak Mona cuma jaga pintu. Hasil siasatan mendapati – macam polis aje kan – tak ada apa-apa yang mencurigakan dalam wad 10B. Katil masih tersusun rapi, Lif kecemasan tetap berkunci. Laluan kecemasan aje yang tak berkunci. Yang pelik sikit, tingkap-tingkap wad terbukak. Faiz tutup semua sebelum keluar dari wad.

Bila Faiz dah nak sampai pintu, masa inilah, Kak Mona terlepas cakap “Kau ada lagi? Buat apa kau nak mengekor budak ni ke hulu ke hilir?”

(Dialog Kak Mona lebih kuranglah gitulah. Aku create balik)


Faiz toleh belakang, tak ada sesiapa pun. Faiz tengok Kak Mona balik – muka Kak Mona dah bertukar lain macam. Masa ni lah Faiz dapat rasa yang Kak Mona ada sixth sense.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 11:24 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 15-7-2016 10:25 AM
THE RETURN OF QARINA

Salam,

Fuhhhhh.. seriau....
Masih mengikut lagi ke benda tu??
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 11:38 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 14-7-2016 06:54 PM
Selamat hari raya Kak Ana.

Seriau rasa kan, bila tiba-tiba budak kecik bagitau begini, begitu. ...

lps nicki duk umah tu ada rs apa2 x

dan apa yg iqa nampak tu mmg betul
itu bukan halusinasi dia ke apa
sbb anak2 akak pun camtu
esp my youngest, rs empathy terlalu tinggi
smp "kakak" yg x lawa tu pun dia nk ajak msk dlm rumah
of course kakak dia x bg
terus dia kata kakak dia zalim sbb xnk menolong "kakak" tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2016 11:40 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 15-7-2016 10:25 AM
THE RETURN OF QARINA

Salam,

owhhh hospital kluang dah pindah ke?
akak taw hospital yg lama tu sbb pernah kena jaga bag sepupu eksiden motor
hospital lama tu pun blh tahan serems hokeh

nnt sambung lg psl kak mona ni
dia ada sixth sense tu ok
tp bab dia berdialog tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 12:42 PM | Show all posts
qarina sangap la tu....hahahaha....

tu yang datang balik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 04:05 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 15-7-2016 04:32 PM

Faiz dengar Kak Mona baca ayat, teka Faiz ayat Qursi. Tak berapa clear sangat. Nak tanya banyak lagi kat Kak Mona tapi Faiz kena pergi pulangkan kunci dulu. Faiz pergi ke lif dan tunggu. Bila lif terbukak je, tiba-tiba dia rasa macam ada angin kuat gitu. Dalam masa yang sama, bahu dengan tengkuk rasa berat. Faiz toleh pada Kak Mona – muka Kak Mona berkerut.

Faiz pergi office, pulangkan kunci. Sekarang ni, badan dia rasa tak sedap, macam nak demam. Tak sedap hati, dia call Bang Raof, cerita lebih kurang. Dia ajak Bang Raof jumpa, Bang Raof okay saja. Dia orang jumpa kat tempat diaorang biasa melepak sambil merokok. Bila Faiz sampai aje, Bang Raof dah ada. Bang Raof terus sengih kat Faiz.

Habis sebatang rokok, Faiz tanya “Macam mana ni?”

“Alah, rileklah. Benda biasa aje tu.” Jawab Bang Raof.

Bang Raof baca beberapa ayat. Habis baca, Faiz rasa sakit dah kurang.

“Jom kita pergi hantar balik.” Jawab Bang Raof. Terpaksalah Faiz pergi office balik, ambik kunci wad 10B. Lepas ambik kunci, Faiz dengan Bang Raof jalan tuju ke lif. Tekan punat, tunggu, lif terbukak. Masuk. Masa pintu lif nak tertutup, tiba-tiba terbukak balik. Tapi, takde orang pun.

“Tepi sikit. Dia nak masuk.” Kata Bang Raof sambil tolak Faiz ke tepi. Pintu tertutup. Faiz diam, Bang Raof pun diam. Siapa pulak yang masuk tadi?

Sampai tingkat 10, semua keluar. Faiz pergi ke wad 10B, bukak pintu. Faiz dengar Bang Raof cakap...

“Dah kau duduk sini diam-diam. Jangan kacau orang lagi.”

Bang Raof suruh Faiz kunci pintu balik. Faiz ikutkan aje.

“Semua dah settle.” Kata Bang Raof. Then, Bang Raof ajak blah.

Masa nak blah dari tingkat 10, nampak Kak Mona. Muka Kak Mona memang semacam tapi pura-pura buat tak reti.

Masa ni, instinct Faiz mengatakan, dia memang kena repeat balik dengan Kak Mona. Faiz hantar Bang Raof balik department, dia pulak hantar kunci wad 10B kat office.

Lepas tu, dia cari balik Kak Mona kat tingkat 10…

Nampak aje kelibat Kak Mona, Faiz terus datang dekat. Muka Kak Mona takdelah semacam macam tadi. Straight to the point, Faiz tanya Kak Mona.

“Kak Mona boleh nampak ‘benda’ ke?”

Mula-mula, Kak Mona tak nak mengaku. Lepas kena pujuk bagai, barulah Kak Mona mengaku. Tapi dia mintak Faiz tak beritahu sesiapa. Faiz tanya lagi.

“Siapa yang Kak Mona nampak tadi?”

“Ala, budak tu saja nak kacau Encik Faiz. Dia kata Encik Faiz berlagak sangat. Masuk wad tu macam takde apa-apa je.”

Description Kak Mona pasal ‘budak’ – nampak macam remaja-remaja gitu. Memang suka melepak dalam wad 10B.

“Sekarang, budak tu kat mana?” Tanya Faiz.

“Dalam wad dah. Dia janji tak kacau Encik Faiz lagi.”

Faiz angguk.

“Tapi pompuan yang kat sebelah Encik Faiz ni, memang selalu saya nampak dia ikut aje mana Encik Faiz pergi…”

Huhuhu…  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 04:22 PM | Show all posts
salam tt...menarik kisahnya...
sambung la lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.063675 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list