CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

  [Copy link]
Post time 16-10-2016 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jajabeans replied at 15-10-2016 06:02 PM
Ha tu lah.. rasanya laki dia jugak yg bunuh.. dh sape lgi kan yg ada motif tu.

Camne eh nk let ...

Wajah mendiang vanessa nie lawo kan,sayang kena bunuh dlm usia muda...kalo idup skrg umo dia da 52thn kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2016 08:54 PM | Show all posts
Jajabeans replied at 14-10-2016 04:49 PM
nak join tred TT.. bosan2 di petang hari.. aku dengan gigih meng translate sebuah cerita

KES P ...

rasanya pembunuh ni berkomplot kot..
ie..pompuan dan lelaki..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2016 08:55 PM | Show all posts
dani-rox replied at 14-10-2016 11:09 PM
menurut wiki, nama 'monster with 21 faces' tu dipilih oleh penjenayah itu sendiri... sempena nama  ...

oh i see..ingatkan dia boeh berubah wajah jadi 21 muka kalau melakukan jenayah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2016 08:58 PM | Show all posts
Jajabeans replied at 15-10-2016 06:02 PM
Ha tu lah.. rasanya laki dia jugak yg bunuh.. dh sape lgi kan yg ada motif tu.

Camne eh nk let ...

kalau cara ai; pilih mana2 ruang kosong antara perenggan, tekan icon 'add image', pilih 'image link', paste link gambar, kalo rasa gambar tu besar sgt boleh adjust 'width' dan/atau 'height'.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 09:58 AM | Show all posts
baca kes bunuh antara suami isteri perempuan simpanan ni mmmm sedihnya hati kan
lps tu unsolved case terus
yg membunuh bahagia je
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
WeAiNe replied at 17-10-2016 09:58 AM
baca kes bunuh antara suami isteri perempuan simpanan ni mmmm sedihnya hati kan
lps tu unsolved cas ...

Kannn...teringat kisah yg mendapat liputan meluas kat Amerika skitar 90an,mngenai OJ Simpson c pmain bola sepak Amerika yg dtuduh membunuh bekas isteri yer Nicole Brown bersama kekasih yer c Goldman...memang cantik bekas isteri OJ nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-10-2016 04:10 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 20-10-2016 10:45 PM

SHANTI DEVI DAN KISAH KELAHIRAN SEMULANYA


Shanti Devi ketika kecil


Shanti dlm usia 60an


Shanti Devi dilahirkan pd 11 Disember, 1926 di Chirawala Mohulla, sebuah pekan kecil di Delhi. Tika kecil dia dikatakan tidak gemar bercakap sehinggalah mencapai usia 4 thn, tp keseluruhannya Shanti adalah seorg gadis yg normal.


Pada usia 4thn, gadis kecil itu mula memberitahu rumah yg didiaminya sekarang bukanlah rumahnya yg sebenar, begitu juga ibu bapanya – mereka adalah org asing baginya. Dia juga menyatakan nama sebenarnya adalah Lugdi bukan Shanti Devi. Ibu bapanya pada waktu itu cuma beranggapan anak mereka itu mempunyai daya imaginasi tinggi.

Apabila mencecah usia 6thn dan tertekan kerana terpaksa menerima ‘org asing’ sbg ibu bapanya, Shanti pernah cuba melarikan dirinya ke Mathura kpg halamannya yg jaraknya 145km dari Delhi.

Bukan saja di rumah, di sekolah juga dia bercerita dlm dialek Mathura bahawa dirinya sudah berkahwin dan mempunyai seorg anak lelaki. Suaminya, kata Shanti, memiliki sebuah kedai kain yg berada di depan kuil Dwarkadhish. Dia juga menggambarkan rupa fizikal suaminya – berkulit cerah, ada ketuat (wart) pd pipi kirinya dan memakai cermin mata tetapi dia tidak mendedahkan nama suaminya itu.

Selain itu, Shanti Devi juga memberitahu dia mati 10 hari selepas melahirkan anaknya.

Setiap kali makan di rumahnya, Shanti akan menyatakan dia selalu makan pelbagai jenis manisan di rumah asalnya. Kadang2 mengenang semula pakaian2 kegemarannya ketika masih berada di Mathura.

Ibu bapanya mula bimbang akan kesihatan mental anak mereka, lantas membawanya berjumpa dgn doktor keluarga. Dan dgn doktor itu juga, Shanti berkongsi kisah dari mula kehidupan sehinggalah saat kematiannya. Apa yg mengkagumkan si doktor adalah bagaimana budak berumur 6 thn itu dpt menjelaskan prosedur pembedahan yg sukar itu secara terperinci.

Shanti Devi menyebut nama suaminya buat pertama kali pd usia 9thn. Keenganan gadis itu pd mulanya adalah kerana adat India melarang para isteri menyebut nama suami walaupun apa keadaan sekalipun, sbg tanda hormat.

Seorg guru di sekolah Shanti yg juga saudara jauhnya, Babu Bishanchand memujuk budak itu dgn berjanji akan membawanya ke Mathura sekiranya dia mendedahkan nama suaminya itu. Maka Shanti pun berbisik ke telinga Bishanchand: ‘Pandit Kedar Nath Chaube’. Guru itu terus mencari alamat lelaki itu dan menulis sepucuk surat, menceritakan segala2nya serta meminta Kedar Nath utk datang ke Delhi. Kedar Nath membalas surat itu; mengakui seluruh cerita Shanti Devi adalah benar dan isterinya, Ludgi memang meninggal dunia 10 hari selepas melahirkan anak. Lelaki itu juga memberitahu salah seorg saudaranya, Pandit Kanjimal yg tinggal di Delhi akan berjumpa Shanti terlebih dahulu.

Pada pertemuannya dgn Shanti Devi, Pandit Kanjimal amat terkejut dgn maklumat yg cukup terperinci mengenai Kedar Nath, oleh gadis kecil itu. Maka lelaki tersebut mengatur perjumpaan antara Shanti dan ‘suami’nya. Akhirnya Kedar Nath datang jua, bersama anak hasil perkahwinannya dgn Ludgi, serta isteri barunya.

Namun, Kedar Nath berpura2 berlagak sbg abang kpd dirinya tetapi Shanti serta merta dpt mengecam rupanya, dan juga anak lelakinya Navneet Lal. Dgn rasa penuh gembira, si gadis kecil itu juga berkata kpd ibunya sambil menunjuk – ‘Lihatlah, bukankah saya dah cakap kulitnya cerah, dan ada ketuat pd pipi kirinya.’

Semasa Kedar Nath berada di Delhi, Shanti Devi meminta ibunya utk masakkan kari labu dan roti prata berinti ubi kentang kerana kedua2nya adalah makanan kegemaran ‘suami’nya. Kedar Nath tidak terkata2 apabila dihidangkan makanan2 ini kerana ia memang kesukaannya.

Utk menambah keyakinan dgn dakwaan Shanti adalah isterinya pd kehidupannya yg lampau, Kedar Nath menyuruh budak itu memberitahu perkara yg lebih unik dlm ingatannya. Lantas Shanti bercerita mengenai perigi yg berada di halaman rumah lelaki itu di mana tempat dia (Ludgi) selalu mandi.

Kemudian Shanti Devi mempersoalkan kenapa Kedar Nath berkahwin lg sedangkan dia pernah berjanji padanya (Ludgi) ketika wanita itu sedang nazak yg dia akan hidup menduda sehingga akhir hayat. Kedar Nath mula rasa malu tidak mampu memberikan jawapan. Shanti pula dengan selamba berkata sebab dia dilahirkan semula adalah kerana tidak puas hati dgn suaminya yg mungkir janji itu.

Akhirnya, Kedar Nath meminta kebenaran kedua ibu bapa Shanti agar dpt bersendirian dgn anak mereka utk menanyakan soalan yg terakhir dan sgt peribadi. Sejak malam itulah, lelaki tersebut menerima hakikat bahawa Shanti Devi adalah kelahiran semula mendiang isterinya, Lugdi

Hasil penyiasatan bertahun2 kemudian, mendedahkan pertanyaan rahsia dan teramat peribadi Kedar Nath kpd Shanti – Bagaimana dia (Ludgi) mampu hamil sedangkan wanita itu sukar utk bangun akibat radang sendi ketika hayatnya. Maka Shanti Devi menceritakan cara persetubuhan mereka dari mula hingga kahir.

Kisah Shanti Devi tersebar hingga ke pengetahuan Mahatma Gandhi. Tokoh yg disegani itu melantik 15 individu terkemuka termasuk ahli parlimen, pengamal media dan ketua masyarakat utk menyiasat kes ini.

Pasukan khas itu membawa Shanti Devi ke Mathura – di stesen keretapi bandar tersebut, mereka menyuruh gadis itu utk mendekati seorg lelaki asing dan ditanya sama ada dia kenal lelaki tersebut. Shanti dgn segera menyentuh kedua2 kaki lelaki itu dan menyatakan bahawa dia adalah abang kpd suaminya – tekaannya memang benar.

Kemudian, dia juga cam rumah ibu bapa Ludgi, ahli2 keluarga, kawan2 lamanya dan tempat dia menyembunyikan tabung wang simpanan rahsianya.

Dalam perjalanan ke rumah Kedar Nath, Shanti Devi memberi komen mengenai beberapa perubahan yg berlaku di sekitar Mathura sejak kematiannya. Perubahan2 yg dikatakannya itu telah disahkan benar oleh penduduk tempatan.

Setibanya di rumah suaminya, Shanti terus menuju dan memberi tanda hormat ke arah bapa mertuanya yg sengaja bercampur dan berkumpul bersama2 penduduk2 yg lain. Dia juga masih mengingati barang2 kepunyaannya, bilik tidurnya, kejadian2 yg berlaku di rumah itu termasuklah di mana dia dan Kedar Nath pernah tinggal secara berasingan di dalam rumah yg besar itu.

Shanti juga diberikan beberapa soalan dgn menggunakan perkataan2 yg hanya ahli klan keluarga Chaube di Mathura saja yg tahu. Dia dgn tenang berjaya menjawab kesemuanya. Kemudian, dia diminta utk menunjukkan kpd para penyiasat di mana perigi yg pernah diceritakannya sebelum itu. Apabila sampai ke tempat itu, mereka semua terkejut kerana perigi itu tiada. Namun Kedar Nath mengalihkan sebongkah batu yg besar, dan menyerlahkan perigi spt yg diingati oleh Shanti Devi.

Akhirnya setelah melakukan beberapa penyiasatan, kajian dan sesi soal siasat, pasukan khas itu mengisytiharkan Shanti Devi adalah kelahiran semula Lugdi. Tidak lama kemudian, kes aneh Shanti Devi mendapat perhatian antarabangsa dan beratus2 saintis, ilmuwan, pewaham (skeptics) dan pengkaji datang utk pengesahan lebih lanjut.

Salah seorg pengkritik dan pewaham terkenal Sweden, Sture Lonnerstrand sanggup datang ke India utk membuktikan bahawa kisah Shanti Devi – pd waktu itu sudah berumur, adalah palsu dan penipuan semata2. Walau bagaimanapun, hasil drpd siasatannya yg berminggu2 Sture mengakui apa yg berlaku pd Shanti adalah benar dan kes wanita itu adalah satu2nya kelahiran semula yg tidak dpt disangkal.

Shanti Devi tidak pernah berkahwin hingga saat dia menghembuskan nafas terakhirnya pd 27 Disember 1987.


Waktu remaja





ketika dewasa






Wikipedia

Sumber 1/2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambo hubby and anak sheols xde ke?? Best cite reinkarnasi ni, iols x penah baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2016 09:19 AM | Show all posts
dani-rox replied at 20-10-2016 04:10 AM
SHANTI DEVI DAN KISAH KELAHIRAN SEMULANYA

Kisah kelahiran semula selalu muncul dalam fiksyen dan drama.
Tak sangka dapat baca kisah yang betul-betul wujud.
Suka part yang dia kata dia dilahirkan semula sebab tak puas hati suaminya mungkir janji. Malu laki tu. Padan muka
Lebih berminat nak tahu macam mana hubungan dia dengan "anak" dia lepas tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 09:48 AM | Show all posts
Menakjubkan si Shanti ni......terbukti dah dia 'kelahiran'semula Ludgi
how details dia boleh cerita apa saja yg berkaitan Ludgi, Kedar Nath and famili..
ni rare...
sayang...Shanti Devi tak berkahwin pulak...apakah kecewa dgn Kedar Nath?
lagi menambahkan kepercayaan pasal kelahiran semula ni oleh penganut yg memang percaya benda gini
citer Korea pun banyak disajikan dengan kelahiran semula..


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih yer membaca kisah Ludgi 'klahiran semula'oleh Shanti Devi,tp kan pd yg beragama hindu@buddha,diaorg percaya pada kpercayaan 'kelahiran semula'..sedih Shanti x berkahwin...memang cantik wajah bernama Shanti nie...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 11:00 AM | Show all posts
setia dia pada suami sampai tak berkawin walaupun dalam kelahiran kedua
berbeza kalau lelaki 10 kali mati 10 kali kelahiran semula maknanya 10 bini juga
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak lagi..syiok2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2016 10:51 PM | Show all posts
Cintakapuri replied at 20-10-2016 07:38 AM
Gambo hubby and anak sheols xde ke?? Best cite reinkarnasi ni, iols x penah baca

satu2nya gambar suami Lugdi/Shanti Devi yg ada dlm tenet



abang Lugdi duduk sebelah kanan



source


Gambar anaknya tak jumpa pulak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2016 11:12 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 20-10-2016 11:15 PM
Eva_yy_Ellin replied at 20-10-2016 09:19 AM
Kisah kelahiran semula selalu muncul dalam fiksyen dan drama.
Tak sangka dapat baca kisah yang be ...

sebenarnya banyak jah kisah reincarnation, eva. kebanyakannya di India... mcm kes seorg budak lelaki nih dia selalu sakit perut dan fobia tengok manisan, dia cerita dlm kehidupan lampaunya ahli keluarganya semua mati. siasat punya siasat... kehidupan sebelumnya, budak tu dulu seorg pompuan. kononnya musuh perniagaan family dia bg manisan jalebi yg dah dicemar dgn racun. sefamili mati lepas makan manisan tuh. satu lg kes; budak nih ingat lg sebelum dia mati dia naik basikal... menemui ajalnya apabila dilanggar keta. siap describe mcm mana rupa kecederaannya, tajuk buku2 yg dibawak dlm beg dan bertaburan di jln dan berapa rupee dlm dompet. family dari kehidupan lampaunya mengaku fakta2 tu semua.

US pon ada kisah reincarnation... dlm CI ada tayang kes2 dia org, 'Ghost Inside My Child'. paling ingat kes2 budak yg pernah hidup sbg pilot kapal terbang dlm WW2, penumpang titanic dan pekerja dlm new york WTC masa 9/11.


apapon, cuma kes Shanti lah yg paling famous dan susah nak debunked.

takda pulak susulan psl hubungan Shanti dgn keluarga dr kehidupan lepasnya. yang ai baca... abis siasatan oleh pasukan yg dilantik oleh Gandhi dia balik semula ke pangkuan famili barunya di Delhi dan menjalani hidup sbg Shanti jah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2016 11:17 PM | Show all posts
Ipo replied at 20-10-2016 09:48 AM
Menakjubkan si Shanti ni......terbukti dah dia 'kelahiran'semula Ludgi
how details dia boleh cerita ...

mungkin kecewa sgt... agaknya kedar nath tu la the only love of her lives~ gituh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2016 11:21 PM | Show all posts
lupa lak nak tambah... tabung rahsia Lugdi bila dijumpa semula oleh Shanti, dah kosong takda duit. Si Shanti berkeras cakap dlm tu ada banyak duit simpanannya sebelum dia mati. ujung2 kedar nath suami bertuahnya terpaksa mengaku yg dia dah belanja semua duit dlm tuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 20-10-2016 09:51 PM
satu2nya gambar suami Lugdi/Shanti Devi yg ada dlm tenet



Laa..ni ke Kedar Nath yg membuatkan Shanti Devi tak kahwin2 ...omg...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 20-10-2016 11:21 PM
lupa lak nak tambah... tabung rahsia Lugdi bila dijumpa semula oleh Shanti, dah kosong takda duit. S ...

Hihihi,bahaya tu    ,nasib suami Ludgi mngaku,kalo x abis dbayangi misteri
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
WeAiNe replied at 20-10-2016 11:00 AM
setia dia pada suami sampai tak berkawin walaupun dalam kelahiran kedua
berbeza kalau lelaki 10 kal ...

Hihihihi    10x klahiran semula...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 1.035308 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list