Edited by FOTHER-MUCKER at 5-1-2021 08:01 AM
Banjir di bandar Kuantan ni bukan disebabkan oleh limpahan air sungai tetapi disebabkan oleh curahan hujan yang terlalu banyak. Seperti Ini yang saya maksudkan.
Ataupun bahasa yang senang untuk di fahami, kejadian banjir tidak disebabkan oleh limpahan air sungai memasuki bandar Kuantan tetapi ianya disebabkan oleh hujan yang terlalu lebat.
Semalam saya texts kawan saya di Kuantan tanya dia ok ke, rumah dia di naiki air kah? Jadi dia bagi tau saya dia ok kerana rumah dia di atas bukit, dan banjir di Kuantan bukan disebabkan oleh limpahan air sungai, tetapi disebabkan oleh hujan yang banyak tampa henti bebrapa jam.
Bandar Kuantan mula dinaiki air[size=0.8]Oleh Asrol Awang - Januari 3, 2021 @ 5:42am[email protected]
Keadaan banjir di Jalan Lim Hoe Lek (berhadapan Stadium Darul Makmur, Kuantan). - Foto FB YP Maintenance
KUANTAN: Hujan lebat sejak jam 6 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di pusat bandar dan taman perumahan berdekatan dilanda banjir. Antara kawasan yang dinaiki air di pusat bandar ialah sekitar Jalan Bukit Ubi, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Bukit Sekilau dan Jalan Haji Ahmad, di sini. Taman perumahan yang membabitkan Taman LKNP Bukit Setongkol, Taman Indera Sempurna, Taman Sungai Isap Damai, Taman Seri Damai dan Taman Seri Galing. Tinjauan di beberapa kawasan mendapati hujan lebat menyebabkan air naik antara 0.2 hingga 0.5 meter. Persimpangan jejambat berhampiran Wisma Belia, Indera Mahkota, di sini turut ditenggelami air yang menyebabkan pengguna jalan raya berpatah balik. Setakat jam 12.30 tengah hari tadi, hujan lebat masih berterusan dan beberapa kawasan lain dijangka turut dinaiki air.
Keadaan banjir di Kuantan. - Foto FB YP Maintenance
LOKASI banjir di Jalan Sultan Abdullah, Kuantan. - Foto Twitter Pahang Media
Keadaan banjir di Kuantan. - Foto FB YP Maintenance
Keadaan banjir di Kuantan. - Foto FB YP Maintenance
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca bahaya iaitu hujan lebat di Pahang membabitkan daerah Pekan dan Rompin. Hujan lebat iaitu amaran cuaca (buruk) dijangka berterusan di daerah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera manakala amaran cuaca (waspada) di Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut. Angin kencang melebihi 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Pahang.
HUJAN lebat di beberapa tempat di sekitar bandar Kuantan. - NSTP/Mustaffa Kamal
|