CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TimahMulia

Penang

  [Copy link]
Post time 28-11-2006 07:57 PM | Show all posts
ada bertanding pancing ka??? mesti best...syok jugak tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2006 11:35 AM | Show all posts
wa nak gi makan angin kat Penang ...jumaat pegi isnin baru balik....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 01:42 PM | Show all posts
wah.....ramainya nak mai Penang...... :clap:

Pesta Penang start esok....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 01:44 PM | Show all posts
wa duk hotel sandy beach
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 04:51 PM | Show all posts
welcome to penang
hehehee... tapi tak pernah jejalan kemana mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 11:16 PM | Show all posts
aku baru balik dari penang :bgrin:

toilet kat penang airport kotoqqqqqqq
takder org bersihkan ker....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2006 11:18 PM | Show all posts
pergi makan kat padang kota... tak sedap punnn
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 04:47 PM | Show all posts
jaga2 kalau nak mkn pasemboq tuh......... kang bila dengaq harga tersemboq keluaq plak....... hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2006 10:46 AM | Show all posts
Baru balik Penang...stay at Golden Sand Resort..
[img] [/img]

[img] [/img]

[img] [/img]

Lobby
[img] [/img]

pool
[img] [/img]

cuci mata sikit
[img] [/img]
[img] [/img]
[img] [/img]
[img] [/img]
playground untuk kids
[img] [/img]

[ Last edited by  zul_khaleeda at 5-12-2006 10:58 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by zul_khaleeda at 5-12-2006 10:46 AM
Baru balik Penang...stay at Golden Sand Resort..




http://i2.ph ...


aku gi Penang Ahad nih...dah book Golden Sands. nak tanya sket...

how was it? ok ke?

kalo kat area situ mana tempat best (shop & entertainment)? sebab dgr2 jauh dr town...but kat situ ada pasar malam...ye ker? DVD RM4...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 12:42 PM | Show all posts
max,

i stay kat sana for 3 days 2 night..
buffet lunch rm50..tapi leh makan kat luarje.
mostly mat saleh je yang stay kat sana...
very high class d hotel..
ada pasar mlm depan hotel...tepi-tepi jalan ...ala2 petaling street.

wa buat foot massage kat tepi pantai Rm30.
naik payung terjun..jetski n ronda naik boat....rm300
kanak2 leh naik kuda RM30..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by zul_khaleeda at 5-12-2006 12:42 PM
max,

i stay kat sana for 3 days 2 night..
buffet lunch rm50..tapi leh makan kat luarje.
mostly mat saleh je yang stay kat sana...
very high class d hotel..
ada pasar mlm depan hotel...tepi-t ...


hotel tuh baru re-furbish aku dgr....dia part of Shangri-La tak silap aku. takpe...pegi company bayor...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 11:17 PM | Show all posts
bestnyer gi penang. rindu jerukkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 08:15 AM | Show all posts
Originally posted by zul_khaleeda at 5-12-2006 12:42 PM
max,

i stay kat sana for 3 days 2 night..
buffet lunch rm50..tapi leh makan kat luarje.
mostly mat saleh je yang stay kat sana...
very high class d hotel..
ada pasar mlm depan hotel...tepi-t ...


lagi satu yg foreigner suka, rasa sayang.. masa tsunami ari tu rosak teruk juga.. dah siap refurbish kot..

semua hotel2 ni mmg area pasar malam.

teringin nak stay kat mutiara teluk bahang (ujung dunia sket, belah2 muka head).. tapi mahallll la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 08:17 AM | Show all posts
Originally posted by linn_192 at 5-12-2006 11:17 PM
bestnyer gi penang. rindu jerukkkkkkkkkkkkkk


jgn pi penang now kalau tak tahan traffic jam..

queensbay mall baru bukak, ada jusco...  pas tu nearby ada pesta sebelah stesen bas tu.

Lepas kol 6 petang lalu area situ mesti jam teruuuukkkkkkkk.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 08:26 AM | Show all posts
rasa sayang sebelah tu dah mahal gila..cos dah upgrade..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2006 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by zul_khaleeda at 6-12-2006 08:26 AM
rasa sayang sebelah tu dah mahal gila..cos dah upgrade..


mmg la.. target diaorg expatriate or pelancong2 kaya je..

bos jepun aku dulu weekend2 je pegi bermalam dgn family dia kat rasa sayang.  umah depa kat kondo di padang kota.  depa kerja kat kilang bayan lepas.. hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by zul_khaleeda at 5-12-2006 12:42 PM
max,

i stay kat sana for 3 days 2 night..
buffet lunch rm50..tapi leh makan kat luarje.
mostly mat saleh je yang stay kat sana...
very high class d hotel..
ada pasar mlm depan hotel...tepi-t ...



berapa rate untuk hotel ni yer..........
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by lost_angel at 6-12-2006 09:52 AM



berapa rate untuk hotel ni yer..........

Superior Hillview
RM 592 ++  
RM 640 ++  
RM 448 ++   
RM 490 ++   

Superior Hillview Family
RM 696 ++  
RM 696 ++  
RM 539 ++   
RM 539 ++   

Deluxe Seafacing
RM 672 ++  
RM 720 ++  
RM 518 ++   
RM 560 ++   

Executive Seaview
RM 752 ++  
RM 800 ++  
RM 588 ++   
RM 630 ++   

Third Person Charge
RM 150 ++  
RM 150 ++
RM 150 ++  
RM 150 ++   


Room rates are subject to 10% service charge and 5% Government tax.
Room rates are quoted on per room per night basis.
Offer is for room with breakfast
Maximum of one child under 12 years of age is entitled to free accommodation when staying in the same room with 02 full paying adults sharing existing bedding; One extra bed will be chargeable RM 150.00++ upon request or if required.
Child below 12 years of age eat for free (buffet breakfast & dinner only) when accompanied by one paying adult. Additional child below 12 years of age will be charged at 50% off selling price. Children 12 years of age and above will be charged full price
Check-in time : 2.00pm / Check-out time : 12.00 noon
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 12:21 PM | Show all posts
Bukit Bendera kurang tarikan
Oleh Faiza Zainudin


Lokasi terkemuka di Pulau Pinang dibuka sejak zaman British perlu lebih banyak aktiviti pikat pelancong tempatan, asing


GEORGETOWN: Lawatan ke Bukit Bendera sudah menjadi kemestian kepada pelancong tempatan dan asing yang berkunjung ke Pulau Pinang.

Tanpa lawatan itu, bagaikan tidak lengkap kunjungan ke pulau mutiara yang disifatkan mempunyai pelbagai daya tarikan tersendiri sebagai pusat pelancongan utama negara.

Bagaimanapun, penduduk tempatan terutama mereka yang tinggal di kawasan berkenaan, berpendapat Bukit Bendera hari ini sama seperti 10 tahun lalu, tiada perubahan ketara terutama dari segi kemudahan infrastruktur.

Mereka berpendapat sudah sampai masanya kerajaan negeri mengubah 'wajah' bukit itu supaya lebih menarik dan setanding dengan produk pelancong ternama di dalam dan luar negara.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bukit Bendera, M Raja Arunasalem, 56, mengakui pusat pelancongan Bukit Bendera mengalami perubahan terutama dari segi infrastruktur.

Banyak kemudahan awam yang memberi keselesaan kepada orang ramai disediakan termasuk tandas, ruang menunggu kereta api berhawa dingin dilengkapi televisyen, kaunter membeli tiket yang luas dan gerai makanan dan cenderamata.

Bagaimanapun, katanya, kemudahan semata-mata tidak mencukupi bagi menarik kedatangan ramai pelancong kerana produk yang ditawarkan terhad.

"Bukit Bendera menawarkan kemudahan panorama yang menarik, alam sekitar yang indah dengan pelbagai flora dan fauna, iklim yang sejuk dan nyaman.

"Tetapi kemudahan itu tidak dibangunkan dengan sempurna, menyebabkan pelancong terutama pengunjung tempatan bosan ke sini kerana tiada aktiviti yang disediakan," katanya.

Beliau yang menetap di kawasan itu, berkata banyak aktiviti yang mampu menarik perhatian pelancong dapat dilakukan di atas puncak bukit itu termasuk kemudahan taman permainan, kem rekreasi atau chalet bagi pelajar berkhemah atau orang ramai menjalankan kegiatan termasuk berkursus.

Katanya, walaupun tanah terhad, mereka boleh membina kemudahan seperti bangunan lama yang digunakan pada zaman British yang terbiar, boleh dibangunkan.

"Bangunan itu boleh dijadikan arkib dan muzium seni atau yang berkaitan dengan produk pelancongan," katanya.

Beliau berharap peruntukan besar yang diperoleh kerajaan negeri untuk membangunkan Bukit Bendera dalam Rancangan Malaysia ke-Sembilan (RMK-9) dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

"Kami juga memberi cadangan bagi memajukan kawasan ini kepada kerajaan negeri sebelum ini tetapi belum mendapat maklum balas," katanya.

Peniaga minuman di bukit itu, Lili Beh, 36, berkata dia sering mendengar rungutan pelancong kerana tiada apa yang ditawarkan di atas puncak bukit itu.

"Selepas mereka (pelancong) pusing-pusing melihat masjid, kuil dan taman air pancutan di sini, mereka bertanya kepada saya 'apa lagi yang boleh dilawati'.

"Saya pun tidak tahu nak jawab apa kerana memang tiada apa yang boleh dilakukan selepas habis jalan-jalan di sini dalam tempoh 20 minit.

"Kami tidak minta kerajaan buat perkara yang sukar dilakukan seperti jalan raya ke sini, tetapi memadai membina lebih banyak pusat rekreasi yang menjadi tumpuan orang ramai," katanya.

Lili berkata, pada masa ini pelancong tidak suka duduk lama di atas bukit itu, sekali gus mereka kurang berbelanja.

"Hari biasa susah untuk jual minuman dan hanya boleh dapat sekitar RM20 hingga RM30 sehari.

"Hanya menunggu cuti sekolah, itu pun tidak banyak sekitar RM100 hingga RM200 kerana pelancong tempatan khususnya sudah membawa minuman sendiri terutama pelajar," katanya.

Seorang pelancong tempatan, Normah Ali, 37, dari Alor Star, berkata dia tiada apa perubahan ketara di atas bukit itu seperti mana lawatannya tiga tahun lalu.

"Tiada apa yang menarik di sini, cuma boleh lihat pemandangan sekitar dari atas bukit ini. Dulu ada jambatan gantung, kini tidak ada lagi.

"Nasib baik tiket kereta api ke sini murah, kalau mahal, mungkin kami tidak naik sebab tidak mampu," katanya yang mahu kerajaan membina jalan berbumbung kerana orang ramai sering basah apabila hujan.

Seorang peniaga makanan, Aliah Puteh, 60, berkata kebanyakan pemilik kedai di situ menutup premis mereka sekitar jam 7 malam kerana tidak ramai pelancong pada masa itu.

"Ada juga yang tidak berniaga pada hari biasa kerana tidak boleh 'cari makan'.

"Tidak ramai pelanggan, kalau ada aktiviti terutama yang memerlukan mereka tinggal di sini seperti perkhemahan, sudah tentu ramai orang ke sini dan ini boleh membantu peniaga," katanya.

Dia juga berharap pihak berkenaan dapat mengubah wajah gerai yang ada sekarang kepada bentuk yang lebih menarik.

Ini kerana, gerai yang ada sekarang yang dibina 20 tahun lalu agak lusuh dengan bumbung nampak buruk.

"Kalau dibina gerai baru dua tingkat contohnya, yang lebih moden dengan reka bentuk menarik, sudah tentu ramai pelanggan makan di sini," katanya.

Seorang pelancong asing, Gerald Farrell, 45, dan isterinya, Lynne Dickson, 46, dari Scotland, berkata dia tertarik untuk melihat Bukit Bendera kerana ingin merasai pengalaman menaiki kereta api.

"Selepas jalan di sini hampir setengah jam, tiada tempat hendak pergi lain melainkan melihat pemandangan sekitar Georgetown yang indah.

"Jika dibandingkan dengan pengalaman di Hong Kong, kemudahan mereka lebih lengkap," katanya yang pertama kali ke pulau ini.

Perkhidmatan kereta api diperkenalkan pada 1 Januari 1924 selepas kerja pembinaan dimulakan atas cadangan Senior Residen Engineer A R Johnson pada sekitar 1920.

Ia siap dibina pada 21 Oktober 1923 dengan kos $1,573,226 (Straits Dollars) dan dikendalikan Jabatan Bekalan Jurutera Elektrik Bandar. Stesen kereta api itu dirasmikan Gabenor Negeri Selat Melaka, Sir Lawrence Nums Guillemard.

Pada 1 Januari 1982, pejabat Setiausaha Kerajaan mengambil alih pentadbiran Keretapi Bukit Bendera, bagaimana pun kerja penyelenggaran teknikal dan elektrik dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya cawangan Mekanikal dan cawangan Elektrik.

Ada tiga stesen kereta api di Bukit Bendera yang panjang laluan 2,007 meter iaitu stesen bawah, tengah dan atas.

Sehingga kini, ada empat koc keretapi yang setiap dua berjalan serentak setiap 15 minit.

Koc yang diimport dari Switzerland itu mampu memuatkan 60 penumpang pada satu masa untuk menuju ke puncak Bukit Bendera yang terletak setinggi 830 meter dari paras laut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.112338 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list