CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adik_nazgul

♥♥ CONTEST CERPEN TTM♥♥ [TUTUP DAH ! THANKS GUYS!]

 Close [Copy link]
Post time 4-12-2006 02:41 PM | Show all posts

Reply #79 adik_nazgul's post

:malu:  Adik Naz.... jgnlaa pastekan abatar haku yang nak nangis tue..   cheq malu tau....


---- cadang nak sambung.... takperlahhh..... biarlah ianya menjadi igauan indah @ ngeri (tambah bab Azwan Ali dating ngan Ina Kulai..:lol ) setiap forumer.. :cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 02:42 PM | Show all posts

Reply #81 fizura's post

hepi ending... :bgrin:  Nice CERPEN zura... :hug:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 02:44 PM | Show all posts
First time aku join board Mawi ni....terimalah.....

Aku, Dia & Ladang Itik ...



Aku terjaga lagi. Merenung ke siling dengan pandangan kosong. Masuk hari ini sudah seminggu aku sukar melelapkan mata. Nampaknya fikiran aku tidak dapat lagi menanggung derita ini.  Bagaimana harus ku luahkan? Selagi ia masih bersarang di hati ini, selagi itulah aku takkan tenang. Mataku semakin membengkak. Tidur pun tidak cukup..hati pun tak senang....

Aku  memandang kepada isteriku yang baru kukahwini bulan lepas. Kulihat dirinya yang tidur lena diulik mimpi indah. Ya benar, siapalaa yang tak bahagia kalau dapat berkahwin dengan penyanyi instant fofular sepertiku ini..Sape tak kenal aku? Aku 卆ku MAWI beb! WORLD !!
Aku telah menjadi aura no 1 negara. Fenomena aku di mana-mana sahaja. Namun卛tulah beban yang terpaksa aku tanggung setelah menjadi anak seni. Kisah hidupku hebat diperkatakan. Sehinggakan  bulu idungku pun aku perlu pastikan sentiasa ditrim. Dulu takyah pun camnih! Segalanya boleh menjadi isu. Asyik perlu berhati-hati. Nak ke sana ke mari pun aku terpaksa memasang body guard. Rimas. Tapi inilah jalan hidup yang aku telah pilih. Masakan begitu mudah dapat ku ubah. Cekalkah aku? Mampukah aku menanganinya??

Gossip-gossip yang bersepah terhadapku menyebabkan aku terpaksa mengambil keputusan untuk berkahwin. Aku jangkakan dgn berkahwin, masalah2 remeh yg kuhadapi dapat dibendung. Aku benci dicap jejaka gatal. Tak sanggup aku lihat ibuku risau & bersedih hati. Aku benci dikaitkan dgn setiap perempuan yg aku jumpa. Hari ni jumpa esok dah kuar berita. Even makcik yang jual roti sardine roll faveret aku pun sudah tak tahan lagi digosipkan denganku lalu menutup perniagaannya. Hilang sudah makanan faveretku..lantas kini terpaksa beralih kepada mee mamee slurp tu!

Aku memilih utk  mengahwini Marsha Mulan Londeh memandangkan kurasakan ada chemistry di antara aku dengannya. Lagipun dah kenal since mula AF. Lawa pulak tu, plus sbrnya, kemanjaan Marsha lah yang memikat kalbu ini. Lagi satu kan, kuharapkan pahala dapat kuperoleh setelah berjaya mengahwini seorang mualaf. Kuharap dia dapat kudidik dalam cara hidup Islam sebenar. Inilah yang kucuba lakukan..namun sudah sebulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 02:45 PM | Show all posts

Reply #101 aweXgiloz's post

Perghhhh Awex!!   Haku salute bahasa dan ayat yang ko gunakan.... Perghh!!Puitis... :ah:

Hepi ending.. :love:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by aweXgiloz at 4-12-2006 02:06 PM
come on neng...
noneng boleh...

"....ketika cinta semakin dalam ~ segalanya pun berubah ~ kenangan indah tak terlupakan ~ menjadikan suatu pertanda
Kau buka pintu hatiku ~ dalam kes ...


Ko neh jiwang seh.. :bgrin:

Aku dah ada idea & jalan cerita dalam kepala, cuma taip baru 3/4 mukasurat. Kot malam2 esok lusa aku ada masa, nanti aku habiskan taip. Kalau tak dabomm harap dimaafkan.
Reply

Use magic Report

aweXgiloz This user has been deleted
Post time 4-12-2006 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by bantal_oren at 4-12-2006 02:44 PM
First time aku join board Mawi ni....terimalah.....

Aku, Dia & Ladang Itik ...


Aku terjaga lagi. Merenung ke siling dengan pandangan kosong. Masuk hari ini sudah seminggu aku sukar mele ...



bantalllllllllll....
hik hik hik :bgrin:
lawak seh....
abih semer momod ko masukkan eh....
ko buat ku tersenyum bantal

meh.. aku siyom sket....

Reply

Use magic Report

Follow Us
aweXgiloz This user has been deleted
Post time 4-12-2006 02:50 PM | Show all posts
Originally posted by BabeYSHa at 4-12-2006 02:45 PM
Perghhhh Awex!!   Haku salute bahasa dan ayat yang ko gunakan.... Perghh!!Puitis... :ah:

Hepi ending.. :love:



:malu: babey....

tu lah hasil kerja keras aku
di saat jiwa kaco..
aku cuba nak masukkan lawak cam korang
tapi tak bleh plak

<mood jiwang leleh tahap ke-8>

:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 02:51 PM | Show all posts

Reply #132 putubambu's post

:lol  wakakakak... kak putu pandailaaaa wat citer neh.... shuker!! :clap:  Kelakar pun ader..tambah bab sakit denggi..pehtu wat2 jumpa tak kenal......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 02:51 PM | Show all posts
Originally posted by bantal_oren at 4-12-2006 02:44 PM
First time aku join board Mawi ni....terimalah.....

Aku, Dia & Ladang Itik ...


Aku terjaga lagi. Merenung ke siling dengan pandangan kosong. Masuk hari ini sudah seminggu aku sukar mele ...


Bantal...fuiyoo..lain sungguh. Best siot.
Cayalah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 02:52 PM | Show all posts
Tajuk: Tautan Kasih Bersulam Rindu.
            
             Pengambaran filem Aduh Saleha akan memulakan pengambarannya pada keesokkan harinya. Semua yg terlibat dipanggil berkumpul untuk taklimat akhir sebelum pengambaran bermula.Semua pengambaran dilakukan di Pualu Langkawi.

               " Saya mahu semua sesi penggambaran berjalan lancar seperti mana yg saya harapkan.Jangan ada sebarang gangguan yg menyebabkan pengambaran terganggu."pesan sifu kepada anak anak buahnye.

               " Mawi nagan Filex, saya harap awak dapat lakukan apa yg diarahkan.Jangan lain di suruh lain pulak yg korang buat."kata cikguMarlia pada kembar siam tu.

               Cikgu Marlia sememangnya terpaksa bersabar dengan kerenah dua orang muridnya itu.Dari af lagi Mawi dan Filex memang bersahabat baik.Mereka menganggukkan kepala tanda faham apa yg dimaksudkan oleh cikgu Marlia, sambil memandang Filex Mawi tersenyum nakal.Jauh di sebalah kanan mereka kelihata Marsha duduk keseorangan sambil membelek skrip yg diberi kepadanya.Marsha memegang watak heroin di samping Mawi sebagai heronya.
Tiba tiba Marsha tersentak dengan suara yg menyapanya dari belakang.

               " Sorang je ke? tanya Akma.

               "Hah, Akma. Ingat siapa tadi.Saya tengah tengok skrip ni.Susah jugak nak bawak watak ni."keluh Marsha lagi.

                " Ala, ko boleh bawak watak tu. Lagi pun kisah ni sama je macam kisah ko ngan dia kan?"tambah Akma lagi.

                Akma dan Marsha menoleh ke belakang apabila mendengar orang ketawa.Rupa rupanya Mawi dan Filex sedang cuba menari tarian berirama padang pasir.Cikgu Linda ketawa terbahak bahak melihatkan kedua duanya masih keras macam dulu jugak.

               " Apa kata saya cadangkan Marsha yg ajar Mawi menari."usik cikgu Linda.

                Sedikit berubah riak wajah Mawi dari ceria bertukar muram.Kenangan bersama Marsha membuatkan dia sedih.Mawi tersenyum tawar. Filex yg memang faham dengan perasaan kawannya mendekati Mawi dan cuba memberi sedikit nasihat.

                " Mawi, ko kena cuba cuba mesra ngan Marsha.Macam mana ko nak bawa watak ni kalau sorang sana sorang sini.Mana ada feel.You no about feel?" Filex cuba berlawak.

                " Banyak ko punya feel."balas Mawi sedikit terasa.

               " Ko nganMarsha sama saja. Dua dua keras kepala.Tengok aku ngan Kema aman bahagia."sindir Filex.

                Mawi masih ingat lagi, selepas pulang dari bercuti ke luar negeri dia banyak mendengar cerita cerita yang tidak elok tentang Marsha ngan Kefli.Dia mengambil keputusan bertanya sendiri dengan Marsha tentang apa yg berlaku. Marsha menjawab dengan acuh tak acuh sahaja. Sikap Marsha membuatkan Mawi betul betul marah.

               " Aku pergi ke luar negeri tu kerana kerja, bukan aku tak nak bawa ko,tapi tak boleh. Dah banyak kali aku jelaskan pada ko,kemana saja aku pergi aku akan balik pada ko jugak. Ko dah tak percayakan aku Marsha.?tanya Mawi dengan nada yg agak kesal.

               " Oh, ko pergi bercuti ngan peminat peminat ko,aku kat sini kena berkurung tunggu ko balik, begitu?balas Marsha.

               " Aku tak suruh ko berkurung,sekurang kurangnya jagalah nama baik aku ni. Ko asyik berkepit ngan Kefli tu apa hal?tak kira siang malam. Ko tak malu ke Marsha?Walau pun ko bukan islam tapi aku rasa agama ko pun tak suruh ko buat macam ni. Mana  maruah ko sebagai seorang perempuan?Nada suara mawi semakin tinggi.

               " Dengar sini Mawi.Sebelum kita punya apa apa ikatan ko tak berhak nak larang aku nak keluar ngan siapa ke, nak pergi rumah siapa ke, itu aku punya suka"Marsha bagai hilang pertimbangan.Kata kata itu telah mengakhiri hubungan mereka.Marsha benar benar kesal dengan apa yg di katakannya, namun semua telah terlewat.Nasi sudah menjadi bubur.

               Pada keesokkan harinya pengambaran bermula.Filex membawa watak sebagai rakan kepada Mawi.Sesi pengambaran itu menjadi kecoh gara gara Mawi dan Filex asyik terlupa skrip.Ini membuatkan sifu naik angin.

              " Aku suruh ko ajak kawan ko tu pegi pujuk heroin yg tengah menangis tu, yg korang pegi mengumpat dia pulak apa hal.Mana skrip korang pakai? merah padam muka sifu menahan marah.

                Mawi dan Filex meminta maaf kepada sifu sebab salah tengok skrip.Selepas beberapa kali shoot,baru le menjadi. Hari itu memang memenatkan.Pada malam itu babak Mawi dengan Marsha.Cikgu Marlia benar benar bimbang jika sesuatu yg kurang baik berlaku.

                " Saleha sampai hati ko permainkan hati dan perasaan aku.Apakah cinta aku pada kau tak membawa apa apa makna pada kau?Mawi memulakan dialognya dengan baik.

                "Aku rasa kau yg perasan.Sebenarnya aku tak pernah punya apa apa perasaan pada kau,sebelum ko terperasan lebih jauh lagi cuba cermin muka kau dulu."Marsha seakan mengejek.Marsha membuat mimik muka yg menjengkelkan kepada Mawi mengikut skrip yg diberikan.

               " Aku yg perasan.Habis tu selama ni sapa yg asyik terkinja kinja mengejar aku.?siapa yg duk menggesel gesel pada aku?Siapa pulak yg tak habis sayang sayang tak kira malam tak kira siang,siapa?jawab Marsha."Mawi seakan menengking.

              " Ya, aku. Memang aku yg tergila gilakan ko, sedangkan ko langsung tak pedulikan perasaan aku.Ko datang bila ko suka,kalau tidak ko tinggalkan aku macam pelita yg kekeringan minyak."tangis Marsha mula kedengaran.

               Sifu dan para krew terkejut kerana dialog tu langsung tidak ada dalam skrip.Mengapa ni? apa dah jadi budak dua orang ni.Cikgu Marlia menggelengkan kepalanya.

               "Mana punya skrip ni?tanya filex pada Akma.

               " Sendiri punya skrip,ada faham." Akma berlalu mendapatkan Marsha.

                Filex cuba menenangkan sahabat nya.Mawi benar benar kesal dengan apa yg berlaku. Mungkin dia terlalu mengikut perasaan marahnya.Sifu menghampirinya lalu merenung Mawi dengan seribu persoalan yg memerlukan jawapan dari Mawi sendiri.

               " Mawi, aku tak nak kata apa.Cuma satu saja yg aku nak suruh ko buat,selak balik hati ko.Tanya balik hati ko tu apa yg dia mahu,lepas tu bertindaklah sewajarnya, faham.Kita lelaki Mawi,kadang kadang kita kena beralah,jangan terlalu ego,yang rugi kita juga."pesan sifu pada anak didik kesayangannya

               Petang itu tiada pengambaran.Semua orang mencuri masa untuk membeli belah,tapi tidak pada Marsha. Gadis ini menghabiskan masanya dengan duduk di atas batu besar menghadap ke laut lepas.Ingatan bersama Mawi ketika pengambaran rumah terbuka af3 yg lalu masih segar dalam ingatannya.Kemesraan itulah yg menjadi penawar rindunya bila mana dia benar benar mendambakan Mawi disisinya.Tiba tiba bahu Marsha di cuit dari belakang.

               "Oi, Mawi" Marsha melatah lalu segera menoleh kebelakang.

                "Tengah ingat kat aku rupanya" usik Mawi.

               Marsha tersipu malu.Tak sangka Mawi yg datang.Suasana sepi seketika.Masing masing melayan perasaan.Tiba tiba Mawi bersuara memecah kesunyian.

                " Sha, ko masih marah pada aku lagi?Aku minta maaf kerana melukai hati ko lagi.Aku tak sengaja" Mawi meluahkan rasa kesalnya kepada Marsha.

                "Tak,sebenarnya aku yg salah. Aku yg selalu mementingkan perasaan aku je.Aku tak pernah cuba memahami situasi ko Wi. Itulah yg aku kesalkan hingga kini."Marsha tunduk menahan sebak.Sememangnya dia amat memerlukan jejaka di hadapannya ini. Bukan kerana harta tapi cinta yg tak pernah padam buat Mawi.Dia amat merindui Mawi saban hari.Dia merintih, menangis saban hari kerana jejaka ini,tidak ada yg lain.

                " Ko tahu Sha, aku tak pernah lupakan ko,tak pernah bencikan ko,malah saban hari sayang aku pada ko kian menebal.Aku tak mampu menipu hati dan perasaan aku bahawa aku benar benar cintakan ko,Sha."begitu lembut kata kata itu masuk ke telinga Marsha.Mawi banyak berubah.

                " Wi,Sha jugak begitu. Cinta Sha, sayang Sha tak pernah terhakis.Malah Sha selalu berdoa pada tuhan agar Sha diberi peluang ke dua untuk memperbetulkan kesilapan Sha."
Marsha menerangkan duduk perkara sebenarnya pada Mawi.
     
                Mawi tersenyum ,mendengar pengakuan Marsha yg benar benar ikhlas. Dia menghampiri Marsha lalu memeluk pinggang Marsha,seperti selalu Marsha akan melentokkan kepalanya ke bahu Mawi.Mereka memandang jaluran pelangi yg terbentuk begitu indah sekali.Kali ini Marsah dan Mawi akan melakar sejarah cinta mereka seindah pelangi petang itu dan laut lepas menjadi saksi di mana cinta mereka bertaut kembali.

                          Tersurat satu harapan
                           Tersirat satu impian
                           Mawi dan Marsha dua hati satu jiwa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 02:53 PM | Show all posts

Reply #172 kazz's post

hepi ending!! :clap:  best..best!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 03:02 PM | Show all posts

Reply #178 redsentra's post

red...   NIce Cerpen...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 03:04 PM | Show all posts
try test nukilan aku...dari tawun lepas karang...hehhe

ANDAI AKU MENGERTI

*******

"Marsha, tunggu aku" jerit Ina dari belakang bila melihat Marsha begitu deras melangkahkan kakinya. Marsha menoleh ke belakang.

"Kenapa sejak sebulan ni, kau asyik keluar cepat je? Mesti ada benda kau kejar kan?"

"Ala Ina. Aku bukannya keluar sebelum waktunya. Dah masanya kelas kita habis, aku keluar la cepat. Tak salah kan?"

"Aku tahu, Marsha. Kau mesti nak jumpa budak tu kan?" usik Ina nakal. Marsha terhenti langkahnya bila mendengar usikan Ina. Mukanya agak merah seketika.

"Hahaha, sudah la Marsha. Kau ni kawan aku dari darjah satu lagi sampai kita dah tingkatan 4 ni. Jadi betul la kau minat kat si Mawi tu ye?"

"Mawi? Nama dia Mawi ke?" Tanya Marsha terkejut apabila Ina mengenali lelaki itu. Ina terus berjalan meninggalkan Marsha yang masih kebingungan itu.

"Hehehe, cepat la Marsha. Nanti Mawi dah naik bas karang, melepas kau" ucap Ina selamba. Cepat-cepat Marsha merapati Ina lalu mereka berdua jalan berpimpinan tangan bersama sambil ketawa.

Dalam perjalanan ke perhentian bas, Ina menceritakan segala apa yang diketahui mengenai Mawi. Sebenarnya Mawi baru saja berpindah ke Muar sejak sebulan dulu dan bersekolah di Sekolah Menengah Sri Muar. Ayahnya seorang pegawai yang baru ditukarkan di sini. Kebetulan pula kenalan Ina merupakan rakan sekelas Mawi.

"Marsha, kalau kau nak tahu si Mawi ni berat mulut tau. Ala-ala sombong sikit la. Itu kata kawan aku la"

"Ala, dia kan baru je berpindah. Susah sikit la dia nak sesuaikan tempat baru" kata Marsha mempertahankan sikap Mawi. Mereka terus melangkah dan terus melangkah.

Sampai saja di perhentian bas, Marsha tersenyum riang. Dilihatnya Mawi seperti biasa menunggu kehadiran bas. Segera Marsha mencari tempat yang sehampir mungkin dengan Mawi.  Nasib menyebelahi Marsha, terdapat kekosongan betul-betul di sebelah Mawi.

"Marsha, kau cuba la mengorat mamat tu ye, aku nak ke cyber cafe la. Jumpa esok ye" kata Ina sambil melambaikan tangannya. Tak sempat Marsha berkata-kata, Ina sudah berlalu. Digagahkan juga Marsha untuk duduk bersebelahan dengan Mawi. Dilihatnya Mawi sedang sibuk menatap komik. Masa berlalu kira-kira 20 minit tanpa sebarang kata-kata di antara mereka sehinggalah mereka menaiki bas yang berlainan destinasinya.

Begitulah saban hari situasinya apabila mereka bersua di perhentian bas stesen itu selama 4 bulan berikutnya. Bagaikan tiada kudrat untuk Marsha menegur lelaki yang bernama Mawi itu. Lagipun Marsha cukup segan untuk memulakannya dulu walaupun hatinya sudah lama memberontak untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan erat. Sesekali Marsha terfikir mungkin benar kata kawan Ina mengenai Mawi. Marsha hanya mampu menarik nafas kecewa setiap kali di perhentian bas itu. Ah, biarkanlah. Mungkin bukan takdir aku untuk menjadi temannya. Bentak hati Marsha berkali-kali.

Namun, tengahari itu menjadi hari keramat buat Marsha dalam hidupnya. Seperti biasa, Marsha menanti kehadiran bas di perhentian itu. Tiba-tiba, tempat kosong disebelahnya telah diisi oleh seseorang yang cukup dikenalinya. Aduh, benarkah Mawi di sebelah aku? Adakah aku bermimpi? Tempik hati kecilnya.

"Hmmm, panas betul kan cuaca hari ini?" ucap Mawi mesra.Terkedu sebentar Marsha mendengar ucapan dari Mawi.

"Ya, memang panas" jawab Marsha cukup ringkas. Kata-katanya juga dapat menunjukkan yang dia sangat gementar sekali.

"Mana kawan awak yang selalu bersama awak hari ini?" tanya Mawi pula untuk menutup rasa gementar Marsha.

"Ina? Dia ada hal. Macam mana awak tahu pasal kami ni?" tanya Marsha pula. Kali ini Marsha dapat mengawal emosi gementar hatinya.

"Dah lebih 5 bulan saya ada kat sini. Mustahil saya tak prihatin di sekeliling saya.  Betul tak, Marsha?" jawab Mawi menyusun kata.Berderau darah Marsha bila Mawi menyebut namanya walaupun mereka tak pernah berbicara.

"Mesti awak nak tanya macam mana saya tahu nama awak kan?" soal Mawi sambil tersenyum.

"Tak de lah. Kan dah lebih 5 bulan awak ada kat sini. Mustahil awak tak prihatin di sekeliling awak. Betul tak, Mawi?" jawab Marsha dengan bijak sekali sambil melemparkan senyuman yang sangat manis bagi seorang gadis. Mawi ketawa mendengar jawapan nakal dari Marsha. Mereka terus berbual buat kali pertamanya setelah sekian lama mereka berada di tempat yang sama selama 5 bulan ini.

Perbualan singkat itu berpanjangan selama satu jam itu cukup berharga buat Marsha. Ternyata Mawi bukanlah lelaki yang sombong seperti yang dikata oleh rakan Ina, cuma dia terlalu berhati-hati untuk memilih teman untuk berbicara. Macam-macam perkara dibualkan oleh mereka. Tiba-tiba saja Marsha yakin yang memang sudah takdirnya untuk bertemu dengan Mawi cuma masa saja menentukannya. Kehadiran bas yang agak lewat seolah-olah merestui pertemuan bersejarah mereka  ini.

"Bas saya dah sampai ni. Saya kena pergi sekarang" kata Mawi lembut sambil mengukirkan senyuman. Marsha mengangguk. Lantas, Mawi terus bangun lalu meninggalkan Marsha. Marsha terpinga sebentar. Matanya mengekori langkah Mawi.

"Boleh kita jumpa esok lagi?" soal Marsha tiba-tiba. Mawi berpaling ke belakang. Hanya senyumannya menjawab pertanyaan Marsha. Dia kemudian berlalu pergi menaiki tangga bas sebelum bas tersebut mula bergerak

Tiba-tiba Marsha terpandang sesuatu di tempat duduk sebelahnya. Rupanya komik milik Mawi tertinggal. Dia melambai komik itu kepada Mawi yang duduk ditepi tingkap. Mawi sekali lagi tersenyum. Bas terus menderu laju meninggalkan stesen bas. Marsha terus memasukkan komik itu ke dalam begnya. Esok, akan kuberi pada mu, Mawi.

Keesokannya, Marsha seolah tidak senang duduk dalam kelas. Fikirannya asyik terbayang tentang peristiwa semalam. Tidak sabar dia menunggu loceng terakhir berbunyi. Penantian Marsha akhirnya berakhir. Segera Marsha menuju ke perhentian bas. Namun hatinya sedikit kecewa bila tiada kelibat Mawi di situ. Ah, mungkin hari ini dia tak datang sekolah, bisik hatinya memujuk.

Rupanya kekecewaan Marsha bukan setakat hari itu sahaja, malah selama seminggu Mawi masih tak menunjukkan bayang. Komik Mawi masih dijaganya untuk diberikan pada Mawi. Kali ini Marsha dapat merasakan sesuatu yang pelik dan ganjil. Mustahil Mawi tidak menghadiri kelasnya selama seminggu.

Akhirnya satu berita yang diterima dari Ina cukup meremukkan hatinya.
"Marsha, rupanya permohonan bapa Mawi untuk bertukar di Sarawak sudah diluluskan sejak 2 minggu yang lepas. Rupanya hari yang kau berbual dengan Mawi adalah hari terakhirnya di sekolah!!"

Sampai hati Mawi buat aku macam ini. Rintih hati Marsha sayu
"Sudah la Marsha. Kau cubalah terima berita ini dengan positif, Marsha. Bayangkanlah Mawi sanggup mengakhiri 5 bulannya dengan memberanikan diri menegur kau  akhirnya. Ternyata, kau cukup istimewa di hatinya" pujuk Ina sambil membelai rambut temannya itu.

Terpancar semula senyuman di riak wajah Marsha bila mendengar kata-kata Ina. Mungkin benar andaian Ina. Terselit di hati Marsha,  mungkin sudah takdirnya tidak bersama Mawi. Cukup hanya sehari yang indah yang tidak akan terluput di layar ingatannya.

------

Marsha merenung panjang di tingkap biliknya. Sudah sebulan dia begitu. Rasa sakitnya hati bila mengenangkan Kefli yang kini telah meninggalkannya demi wanita lain. Lebih memeritkan wanita itu adalah Ina, rakan baiknya ketika di sekolah dahulu. Tiada sekelumit rasa syak wasangka terhadap Ina yang ternyata tidak layak bergelar sahabatnya.

Lantas Marsha mengambil anak patung pemberian Kefli dahulu di atas katilnya lalu berjalan menuju ke sudut biliknya. Dikeluarkan kotak besar dalam almarinya. Marsha berhasrat untuk menyimpan saja ia dalam kotak. Tiba-tiba Marsha terpandang sebuah komik lama dan terus mengambilnya. Lantas wajah seseorang bermain di mindanya. Marsha tersenyum sendirian lalu membelek-belek helaian komik tersebut.

Ketika Marsha sedang membelek komik tersebut, tiba-tiba satu helaian kertas yang tertulis sesuatu terjatuh dari komik itu. Marsha terkejut. Tangannya terus mencapai helaian kertas kecil berwarna merah jambu itu lalu dibacanya.

SAYA TERINGIN SANGAT INGIN BERKENALAN DENGAN MARSHA..
MAAFKAN SAYA KERANA TERLALU LEWAT UNTUK MENYATAKAN
HASRAT SAYA..
MUNGKIN SELEPAS INI KITA TAK AKAN BERJUMPA LAGI..
SUDIKAH AWAK MENJADI KAWAN SAYA?..
INI EMAIL SAYA KALAU AWAK SUDI
[email protected]
SAYA AKAN MENANTI JAWAPAN EMAIL AWAK SETIAP HARI..
SETIAP WAKTU..
SAMPAI BILA-BILA..

MAWI


Terketar-ketar Marsha membacanya. Degupan jantungnya semakin kencang. Marsha menutup mulutnya seakan tak percaya. Mengapa selama 10 tahun komik itu ada dengannya, baru sekarang dia mengerti maksud sebenar Mawi. Marsha rasa sungguh kesal sekali kerana merasakan cukup terlewat. Matanya terus merenung komputernya yang bagaikan memanggilnya datang.

Senyuman akhirnya terukir jua di wajahnya.

*****

[ Last edited by  sore_itam at 5-12-2006 02:28 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 03:08 PM | Show all posts
Harap harap apa yang aku impikan akan jadi kenyataan.Lepas ni aku nak cipta lagu pulak. kut boleh masuk muzik muzik.(lawak punya angan angan).
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by sore_itam at 4-12-2006 03:04 PM
try test nukilan aku...dari tawun lepas karang...hehhe..tp xde tajuk...

*******

"Marsha, tunggu aku" jerit Ina dari belakang bila melihat Marsha begitu deras melangkahkan kakinya. M ...


Mak o mak..ni feveret aku ni. Kreatif sungguhla bebudak kat cari.com ni.
Bagus banget citer ko..jeles aku.
Reply

Use magic Report

aweXgiloz This user has been deleted
Post time 4-12-2006 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by sore_itam at 4-12-2006 03:04 PM
try test nukilan aku...dari tawun lepas karang...hehhe..tp xde tajuk...

*******

"Marsha, tunggu aku" jerit Ina dari belakang bila melihat Marsha begitu deras melangkahkan kakinya. M ...



best lah sore....
i like it....

:love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by fizura at 4-12-2006 02:52 PM
Tajuk: Tautan Kasih Bersulam Rindu.
            
             Pengambaran filem Aduh Saleha akan memulakan pengambarannya pada keesokkan harinya. Semua yg terlibat dipanggil berkumpul untuk takli ...


Beshla zura...idea ko ni turun macam air terjun yerk. Laju jer.
Hantar kat m.nasir..harus dia letak dalam satu scene movie dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 04:27 PM | Show all posts
adeh, hampeh tol
tengah2 dok jawab soalan exam.........datang idea plak pasal contest ni :lol
ada ciri2 futuristik sikit, tengok la lepas ni kalau rajin taip balik kat sini, idea dah ada, hampeh :lol
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 04:35 PM | Show all posts
waduhhhhh

best banget

habis sebalang kecik kacang botak aku makan
sambil baca cerita korang

bestttt
bestttttttttt!
Reply

Use magic Report

aweXgiloz This user has been deleted
Post time 4-12-2006 04:45 PM | Show all posts
Originally posted by chekshu at 4-12-2006 04:35 PM
waduhhhhh

best banget

habis sebalang kecik kacang botak aku makan
sambil baca cerita korang

bestttt
bestttttttttt!


chekshu...
apa lagi...
sila lah sumbang mumbang kan satu
idea chekshu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.093760 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list