CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: si bulat

Landskap kat balcony apartment?

[Copy link]
Post time 12-11-2007 09:22 PM | Show all posts
i check buku nanti u all tengok mcmana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2007 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 12-11-2007 09:12 PM
test



Terima Kasih mod CT atas tindakan yg pantas:flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2007 09:59 PM | Show all posts

Reply #182 faraway's post

brrrrr wa tengok pun rasa dah kaku.....mencabar betul
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2007 10:30 PM | Show all posts
satu lagi idea utk tatapan  & inspirasi bersama

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2007 10:36 PM | Show all posts




Kalau bajet lebih................
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2007 10:38 PM | Show all posts
Mereka bentuk landskap refleksi idea pemilik
Oleh Norakmah Mat Youb
[email protected]

RUANG minum petang boleh disediakan di tepi dapur.



Pengindahan kawasan kediaman bergantung kepada peruntukan kewangan

SETIAP kawasan sekeliling kediaman, sama ada sempit atau luas seeloknya diindahkan dengan reka bentuk seni bina landskap yang mampu menyerikan setiap ruang kerana reka bentuk itu adalah refleksi imaginasi dan cetusan idea masing-masing.

Terdapat beberapa reka bentuk seni bina landskap sesuai dibina dan boleh dicontohi sama ada di sisi kiri atau kanan kediaman kerana kebiasaannya ruang berkenaan bersaiz kecil dan kebanyakan hanya disimen sebagai jalan selamat.



Arkitek Landskap Perbadanan Putrajaya, Norhaliza Hanifah, berkata ada beberapa contoh untuk mengindahkan kawasan kediaman, bergantung peruntukan kewangan, kreativiti dan cita rasa tanpa perlu mengorbankan fungsi landskap yang dicadangkan.

Beliau berkata, pergola sebagai satu ciri pada taman atau laman yang sering dibina di belakang rumah boleh disesuaikan di laman tepi. Kawasan sisi selalunya menerima lebih matahari dan ia dapat diredupkan dengan kehadiran pergola dipenuhi pokok memanjat.

揚ergola di sisi rumah elok jika dibina dengan menjadikan tiangnya sebahagian daripada reka bentuk kediaman menggunakan kemasan dan warna yang sama.


KAWASAN sisi boleh diredupkan dengan membina pergola.



"Ruang tepi bersebelahan dengan bilik anak kecil pula boleh 'disejukkan' dengan memasang sengkuap diperbuat daripada kaca berlapis untuk memberikan rasa nyaman dan selesa apabila kesan haba atau bahang panas dikurangkan," katanya.

Katanya, kaedah ini sesuai untuk mereka yang tidak menggemari penggunaan pokok sebagai pemberi teduhan terutama kawasan terlalu sempit yang tidak memungkinkan pokok besar dan rimbun ditanam di situ.

Beliau berkata, jika ruang tepi rumah berhampiran dapur mempunyai lebihan tanah yang boleh diturap dan ruang itu dijadikan tempat bersarapan di luar rumah sambil menikmati cahaya matahari pagi, tentunya ia sangat menarik.

"Bagi yang sukakan ruang berprivasi penuh, penggunaan dinding tinggi dan berpintu amat sesuai diterapkan dalam reka bentuk landskap sisi rumah. Pokok berpasu digunakan untuk menghiasi ruang berkenaan selain dapat memberi teduhan.


JIKA kawasan luas, tepi rumah boleh dijadikan ruang makan.

"keanggunaan lantai kemasan jubin pastinya kelihatan lebih kemas. Kolam kecil pula boleh dijadikan tempat tadahan air hujan dan digunakan sebagai air siraman untuk pokok mahupun untuk mencuci kawasan sekeliling," katanya.

Norhaliza berkata, ruang untuk minum petang atau makan malam juga boleh disediakan di sisi rumah berhampiran dapur. Dengan memasang cermin pada dinding kediaman, kawasan dalam rumah seolah-olah diluaskan hingga ke luar rumah dan kawasan luar rumah pula menjadi sebahagian dari ruang dalaman.

"Jika mempunyai kemampuan, kawasan sisi rumah boleh ditukarkan kepada landskap yang lebih menarik dan selesa untuk digunakan dalam apa juga aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan pada bila-bila masa.

"Bagi menjadikan ia lebih menarik, kontena pasu bunga disusun di dinding bertekstur untuk dijadikan titik tumpuan fokal. Selain ruang kelihatan kemas dan teratur ia mudah diselenggarakan kerana berada dalam satu kawasan.

"Kawasan sisi rumah jika dimanfaatkan dengan sebaiknya, sangat sesuai dijadikan tempat istirahat keluarga pada waktu petang. Jangan jadikan alasan ruang terhad untuk membiarkan kawasan berkenaan terbiar.

"Wujudkan ruang privasi dengan menggunakan pokok pagaran yang tinggi. Dinding kotak pasu bunga juga boleh berfungsi sebagai tempat duduk dengan ketinggian bersesuaian. Jadi, ruang berkenaan boleh menjadi dwi fungsi. Ruang beristirahat selain meredupkan sisi kediaman," katanya.

[ Last edited by  misy at 12-11-2007 10:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2007 10:43 PM | Show all posts
Laman ceria sambut rayaOleh Norakmah Mat Youb
[email protected]

FERN hybrid pokok senang dijaga.

Pelbagai konsep, bentuk landskap boleh dibina bagi memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri

MINGGU depan, umat Islam akan menyambut Aidilfitri dalam suasana ceria tidak kira di desa atau kota. Pastinya, menghias kediaman menjadi keutamaan untuk tatapan tetamu tetapi halaman jangan dilupakan pula.

Arkitek Landskap, Khairunnisa Mohd Zaini, berkata halaman seharusnya dihias cantik kerana ia menjadi laluan tetamu sebelum menuju ke dalam rumah dan ada pelbagai cara untuk mencantikkan kawasan ini.

"Bagi kediaman yang mempunyai halaman luas, lebih elok jika dibahagikan kepada dua zon iaitu zon satu dan zon dua yang terletak di bahagian kiri dan kanan rumah. Pembahagian zon ini penting untuk memudahkan aktiviti sepanjang hari raya dan ketika rumah terbuka," katanya.

Beliau berkata, zon satu dan dua dipisahkan dengan memasang pelita di sepanjang laluan utama menghala ke rumah. Ia bukan saja murah tetapi menarik kerana menjadikan halaman terang benderang tanpa perlu memasang lampu elektrik.

"Zon satu boleh digunakan untuk tetamu yang berkunjung sama ada ketika majlis rumah terbuka mahupun ketika malam raya. Jika ramai kanak-kanak, kawasan berkenaan boleh dijadikan kawasan bermain bunga api," katanya.


RUANG tepi turut dihias cantik.

Beliau berkata, jika mempunyai peruntukan lebih, sudut di zon satu boleh dihias dengan konsep tradisional Melayu dan mewujudkan ruang fotografi untuk kegunaan pemilik kediaman mengabadikan kenangan bersama sanak-saudara atau sahabat.

Katanya, antara hiasan yang dicadangkan di sudut berkenaan ialah elemen seperti air pancut, panel dekoratif diperbuat daripada kayu berukir dan pelbagai pokok tropika bagi melambangkan suasana hari raya.

"Saya cadangkan supaya pokok palma, pokok renek seperti spider lily disusun di sekeliling air pancut bagi menampakkan lebih hidup dan cantik apabila sudut itu dirakam. Jika mahukan kelainan boleh juga diletakkan pokok herba," katanya.

Khairunnisa berkata, bagi zon kedua pula boleh dibina wakaf untuk kegunaan sanak saudara berkumpul pada malam raya, sambil menganyam ketupat boleh berbual-bual dengan mereka yang sudah lama tidak bertemu.
ASPLENIUM Nidus tumbuhan hutan yang tahan lasak.
"Bersebelahan wakaf seeloknya dibina satu ruang khas untuk memasak dodol dan rendang. Di sekeliling wakaf pula diwujudkan elemen air seperti aliran sungai bagi mewujudkan suasana kampung sebenar. Ruang memasak dan wakaf dipisahkan dengan meletakkan panel kayu," katanya.

Beliau berkata, mengadakan BBQ ketika musim perayaan sudah menjadi satu trend. Jadi, di penjuru zon kedua boleh dikhususkan untuk ruang BBQ. Di situ, perabot taman boleh disusun sama ada secara berkelompok atau berselerak bergantung keselesaan tetamu.

Bagaimanapun, katanya, hiasan itu sesuai bagi mereka yang mempunyai halaman luas iaitu sekurang-kurangnya 10 meter x 8 meter. Mereka yang mendiami taman perumahan, keupayaan menghias laman mungkin agak terbatas kerana ruang yang sangat terhad.

"Jadi, pemilik perlu kreatif untuk menghiasi halaman rumah mereka tanpa perlu menjadikan keluasan sebagai halangan. Tidak perlu membuat tambahan atau mengeluarkan perbelanjaan yang banyak, memadai menggunakan pokok sedia ada di halaman untuk menaikkan seri suasana.

"Oleh kerana hari raya dikaitkan dengan kad raya, lampu kelip-kelip dan ketupat, peralatan sebegini boleh digunakan untuk menyemarakkan pergola yang lazimnya hanya digantung bunga. Tambah menarik jika lampu itu mempunyai hiasan ketupat kerana ia menyerlahkan lagi sambutan hari raya dan menyemarakkan suasana pada waktu malam," katanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 08:21 AM | Show all posts

Reply #169 misy's post

deck tu kayu tahan air - kayu resak. mine is 8x9 - dalam RM800+. upah orang pasang sbb bab2 DIY ni mmg fail. masa tgk budak2 pasang, nampak cam senang je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2007 08:26 AM | Show all posts

Reply #143 zieA's post

kalau laman kecik, boleh jugak letak pokok2 tapi jgn banyak sangat, nanti berserabut. kalau ikut pengalaman saya, bab menghias laman ni, kalau hubby tak support minat kita, kita pun tak syok nanti. hubby saya dulu pun memang tak minat langsung bab tanam menanam bunga ni tapi saya buat jugak slow-slow. saya start dengan tanam daun bawang, halia, kunyit (dalam pasu) pastu start beli pasu dgn bunga. lama-lama dia pun join sama. la ni, dia lak yang terpaling sibuk make sure laman tu well maintained. tu pun bertahun2 lamanya, baru dia minat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 02:22 PM | Show all posts
impian satu hari nanti nak ader landskap taman
sendiri...sekrg ni space kt umah very limited so tanam pokok
dlm pasu jer...  porch keta pon sumer dh letak tiles...
sedih aah..dah x der tanah nak wat laman...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 07:56 PM | Show all posts

Reply #182 ummimon's post

rm800 termasuk dgn upah yek?....mcm lagi murah dari kos pasang tile je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 11:01 AM | Show all posts

Reply #185 misy's post

yep, barang dengan upah sekali. kat bawah tu diorang letak batu kerikil, then baru letak pelantar tu. saya buat sekali dengan landscaping - tanam rumput and all. kos semua dalam RM4k++. Termasuk upah bersihkan kawasan, bubuh topsoil baru, tanam pokok and rumput, a few stepping stones and railway sleepers and that wood deck. taktaulah mahal ke tak sbb saya pun tak buat banyak survey2 but hasilnya mmg saya puas hati lah...

oh ya, atas deck tu, saya buat small pergola with poly roof. yg tu saya upah orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 07:15 PM | Show all posts

Reply #186 ummimon's post

waa berhabis habisan umminon....tapi takpe kalau mampu & hasilnya tersangaat laa lawa.....

agaknya kalau mintak pasangkan pelantar kayu tu je tak dot kot rm800 kan, sbb yg ni ummi kira pakej kan?

takde lagi ke gambar, tak puas la tgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 07:17 PM | Show all posts

Reply #184 marisa_anuar's post

sedih kan...tapi takpe boleh letak pokok dlm pasu, pasu gantung ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 07:35 PM | Show all posts

Reply #188 misy's post

aah..sekrg ni kt balcony & porch letak pokok sumer dlm pasu...
kalo ader tanah kan best...teringin nak tanam rumput karpet...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 07:37 PM | Show all posts

Reply #189 marisa_anuar's post

rumput kapet kena tunggu rumah baru la...
sama kes la kita

dulu ada satu rancangan laman kat astro tunjuk diorang tanam rumput atas tile....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2007 07:58 PM | Show all posts

Reply #190 misy's post

yer ker leh tanam rumput karpet atas tile...canggih tul...
bole lah try wat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 09:37 PM | Show all posts

Reply #187 misy's post

sebenarnya angan2 tu dah simpan 4 tahun! budget takde pastu banyak priority lain nak didahulukan. after 4 years baru ada duit sikit, tu yang buat tu. anak2 pun happy sbb ada tpt yang proper sikit nak main2. kalau dulu, masyaAllah... semak dan samun!

RM800 tu saya tak sure hg pakej ke tidak. mulanya nak tanam2 pokok aje. bila tgk quotation macam boleh squeeze wood deck, tu yang buat tu.

nanti bila free saya loadkan gambar laman saya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 09:45 PM | Show all posts

Reply #191 marisa_anuar's post

try la...dlm rancangan tu diorang pakai Terra garden, rasanya nurseri lain pun boleh....kenan alas dgn satu sheet dulu, pastu letak rumput petak petak kat atas...lebihkurang mcm tu la
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 09:47 PM | Show all posts

Reply #191 marisa_anuar's post

mcm menarik la dek tu....tunggu la 4 thn lagi kot...sekrg ni banyak benda lagi nak kena buat...err agaknya kalau rumah dah tile boleh ke letak wood dek gitu?

[ Last edited by  misy at 14-11-2007 09:49 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.215031 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list