CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akak89

Merged : All about PASU

[Copy link]
Post time 16-6-2009 04:59 PM | Show all posts

Reply #22 alifinara's post

  tulah kembang kuncup mata ngan idung tengok.. ingatkan kepala, ekor naga pun tak nampak mungkin sisik dier bertabur tak nampak kot......hampes nak nunjuk rumah n landskap yg cantik...jeles akak...apakan daya tak tergapai tangan kue..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2009 12:38 AM | Show all posts
alifi - naga tah kemana duit pun dah terbang!! hahhahahah

Alfa... yelah.. tingginya serupa.. (zila agaklah).. zila dah tanya hubby kalau dia ingat harga.. dia kata RM150.00 orang tuh  letak harga.. tuh yg kalau dapat harga Alfa.. zila nak beli empat.. dua utk laman depan dan 2 untuk laman belakang... berbaloi.. RM100 dapat 4!!

Spfiera - huhuhu jangan arr cakap camtuu... zila bukan nak nunjuk.... nak kembangkan pungkuk sikit jerrrr... hahahhahah taklah.. memang gambar tuh yg zila masuk kat facebook ngan family web.. jadi boleh lekat kat sini.. sebab takleh upload direct dari pc kan... mak terpaksa nyahhhh .. tidak ada niat selain nak suruh kengkawan carik mana naga tuh!!! sebenarnya surface dia nak kena touch up tapi tak tahu pakai minyak apa... nak bagi naik warna.. hubby zila malam kemarin dia lesek minyak masak habis satu pasu tu nak bagi nampak naga... ahahhaha akhirnya timbul lah muka naga tuh .. kot naga tu tak tahan sebab pakai minyak recycle nak kilat punya pasal!! wahhahah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 08:18 AM | Show all posts
nnt aku tjk tempayan naga aku
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 08:49 AM | Show all posts
boleh ke haa..letak yang ada gambar binatang kat luar ghumah....??sbb satu ari tu ada pakcik offer pasu gambar naga cantek..rm35 je...tapi kecik la...tp memang nampak naga tuh..kepala, ekor, sisik siap ada sesungut lagi......(jgn marah zila....)
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 08:53 AM | Show all posts

Reply #27 alfa168's post

Eh a'ah ye.....takut lain pulak. Sedangkan nak letak patung itik angsa rabbit kat taman pun menjadi kemusykilan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 09:15 AM | Show all posts

Reply #25 zilasafein's post

gurau jer...jangan ambil atie yer....:victory:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2009 09:22 AM | Show all posts
Saya rasa ler...ikut pendapat masing2...barang2 berbentuk haiwan n manusia tak elok letak kat umah...malaikat tak masuk....itu terpulang masing2..wa' allah hu alam..
maaf  mod ter off topic jap.. anyway zila n alfa rumah n landskap umah wak cantik..tahniah:handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 10:45 AM | Show all posts

Balas #30 sofiera\ catat

sofiera...syukur...rezeki dari Allah...kite dapat tau awak nak g umrah kan 17 nih...saya doakan semoga selamat pergi dan balik ,dipermudahkan segala hal dan diterima segala amalan...(maaf mod off topic jap...)

zila, saya dah tanya pakcik tuh nanti dia cari kalu ada saya inform...pm la email...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2009 10:50 AM | Show all posts

Reply #31 alfa168's post

temakasih...harap2 gitulah 13/7 lah sayang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 12:33 AM | Show all posts
Alfa.. Sofiera hehehehe tak per gegurau jerrr...
memang ku akui tiadalah akan ternampak kelibat naga arakian bulu idungnya!!
heheheheh nantilah I close up gambar pasu jerr ... hahhahah tapi kena letak minyak recycle lagi kot.. bagi jelas.

alfa.. zila pm email address.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 01:06 AM | Show all posts
kat umah ni dah sarat ngan pasu dah......
tak tau dah nak buat macam mana.....
last2 lantaklah....asalkan ada laluan utk menyiram n membaja.....
dr atas tanah sampaila bertingkat2...

hai.....bila la nak dapat taneh n umeh sendiri....
pkk lak dah besar2......
pkk kuini pun sy tanam lam pasu.....dah dekat 10kaki tinggi.....
nanti kita tempek gambar.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 01:12 PM | Show all posts
ank buah ngadu..loteh kalau kena siram pokok2 acu.....
ye lah dah berpuluh pasu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 02:54 PM | Show all posts
itu anak buah...................
kita sendiri yg ngadu..........
eh ada ker?:re:
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 08:43 AM | Show all posts
60# cdini



saya  idak la ngadu..sebab sambil siram sambil belek pkk...kira cam terapi minda la...
ni pun tunggu gaji jer..nk cari pasu....dah ada 2,3 pkk yg tunggu utk dipasukan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 01:23 AM | Show all posts
5# mok_nik


woww berkenan sungguh dengan pokok yg daunnya ala-ala daun pisang..... ada anak tak... hehhehe buleh lerr sharing sharing ... hehheheh
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 10:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by masliana at 24-6-2009 10:50

Post Last Edit by masliana at 24-6-2009 10:45

Post Last Edit by masliana at 24-6-2009 10:42

Post Last Edit by masliana at 24-6-2009 10:40

Post Last Edit by masliana at 24-6-2009 10:39



ni one of my tempayan naga collection size large..
yang bawah ni tanam bunga teratai..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2009 11:31 AM | Show all posts
134# masliana

Cantik.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 11:34 AM | Show all posts
Syarat tanaman pasu hidup



Pastikan bekas tidak retak, berlubang dan sesuai dengan ketinggian pokok

SELEPAS membincangkan dengan panjang lebar mengenai campuran tanah dalam artikel yang lalu, minggu ini tajuk perbincangan berkisar cara menanam pokok dalam pasu.

Pasu adalah antara bekas yang menjadi pilihan ramai untuk menanam pokok terutama mereka yang tinggal di kawasan yang tidak bertanah seperti rumah pangsa, apartmen dan kondominium.

Ada juga yang tinggal di rumah teres tetapi tidak mempunyai laman bertanah kerana ia sudah dibina dengan konkrit atau pelantar kayu.

Justeru, pilihan paling sesuai bagi penanaman pokok adalah di dalam pasu. Selain pasu, bekas seperti tempayan atau takungan khas juga sesuai digunakan.

Sebenarnya menanam pokok di dalam pasu adalah aktiviti yang senang tetapi bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang diingini jika peraturan penanaman tidak diikuti dengan betul.



Apabila membicarakan mengenai penanaman pasu, perkara yang paling penting dan perlu ada, sudah tentu pasu. Pasu yang sesuai adalah yang mempunyai lubang tiga di bahagian bawahnya yang berfungsi untuk peredaran udara dan pengaliran air.

Pasu yang baik juga perlu sesuai dan sepadan dengan pokok yang ditanam termasuk ketinggian. Seeloknya elakkan menggunakan pasu yang retak atau sumbing.

Berikut adalah peralatan dan bahan yang perlu untuk penanaman pokok dalam pasu:

    * 1. Pasu
    * 2. Serpihan pasu - seeloknya 5 hingga 7 sentimeter (cm) dan perlu ada serpihan lekuk dan leper. Jika tidak ada serpihan pasu boleh digantikan dengan batu kerikil, kulit kerang dan sabut kelapa (cocoa fiber).
    * 3. Campuran tanah
    * 4. Peralatan pertanian - sudip tanah, pisau, gunting pokok, papan pemotong, teko penyiram tanaman dan anak benih pokok (pilih yang sihat dan tidak berpenyakit)



Langkah-langkah menanam pokok dalam pasu:

    * 1. Sediakan pasu mengikut kesesuaian pokok dan ketinggiannya. Boleh gunakan pasu tembikar, plastik atau gentian fiber dan kayu.
    * 2. Aturkan serpihan pasu yang berlekuk untuk menutup lubang pasu bagi membolehkan ada ruang untuk laluan air dan menghalang tanah keluar daripada pasu. Kemudian letakkan serpihan yang leper dan disusn berlapis-lapis. Serpihan leper bertindak menjadi lapisan penapis air. Seeloknya buatkan tiga hingga empat lapisan.
    * 3. Masukkan tanah campuran menggunakan sudip
    * 4. Ambil benih anak pokok dan potong bahagian bawahnya kira-kira satu per tiga daripada saiz plastik anak benih. Masukkan pokok dengan plastik dalam pasu dan letakkan di tengah-tengah.
    * 5. Masukkan tanah campuran di sekelilingnya dan selepas itu, tarik keluar plastik dengan menariknya ke atas.
    * 6. Padatkan tanah dan akhir sekali siram pokok.


Tip penjagaan:

    * Siram pokok yang baru ditanam untuk minggu pertama sekurang-kurang dua kali sehari.
    * Selepas pokok matang siram dengan kadar sederhana dan hanya sekali siraman sehari.
    * Baja pokok seminggu sekali dan apabila pokok semakin matang sebulan sekali.
    * Buat pemangkasan atau potong ranting dan dahan mengikut keperluan. Buangkan ranting dan dahan yang mati dan jangan takut untuk memangkas kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
    * Selain baja, taburkan di keliling pokok dengan tanah gambut proses Peatgro.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 12:36 PM | Show all posts
134# masliana

cantik....baru nampak naganya...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 12:59 PM | Show all posts
gigih la masliana tempek pasu naga dia.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.059333 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list