|
Malaysian suka kata "Kereta sekali pandang macam..."
[Copy link]
|
|
201# 220796
aku nak join gak...yeay!:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mycos79 at 8-9-2009 13:39
....memang bagus diskusi bincang bersama fakta...
cumer kenyataan ko kadang2 tak leh nak terima dan beremosi...
ko bukak thread ko emosi tak tentu hala...
pastu main tuduh2 tanpa asas kukuh....
diskusi kena open...cam nie ayat dia
"korang rasa org pakai keter murah tuh low mentaliti atau tak bila modified keter"...barulah open sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
sekiah hujah penutup dari haku.... |
|
|
|
|
|
|
|
203# mycos79
betul tu..gunakan pendekatan ayat yg tak menunjukkan tuduhan tak berasas.....of course haku pon emo sbb haku x blajor tinggi....sekolah pndok jek.....tp haku paham bahasa.....ayat contoh yg mycos bg tu amatlah sesuai digunakan.....tak menyinggung mane2 pihak samada kaki modified atau tidak.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku modify gak kete sket2...tak merubah ke kete lain la tapi....so bdasarkan experience modify ni...rase dier mmg bes la...cm main game gitu...tuka sane sini.. ada je org yg berduit beli kete cm myvi n ubah sana sini...
jz psl it gives the satisfaction tat u cant get by just buying car.. buying car is jz buying ..modify is modify... |
|
|
|
|
|
|
|
cam aku lak.... disebabkan tak berduit, maka kereta nye standard je la.
lgpon aku cam tak kesah pakai keta standard, bkn sbb tahap mentaliti aku yg tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ifanonline at 8-9-2009 12:44
pembelian kereta2 tersebut dah menunjukkan pendapatan seseorang...di tambah pula di modify kereta2 tu menjadi Evo ka, Skyline ka...bertambah miskin lagi tuan badan yg suka modify tu...
ifanonline Post at 8-9-2009 12:41
yes.. jenis kete depa beli bleh menunjukkan pendapatan seseorang.. tapi bila ko kata modify tu buat depa jadi miskin, haku tak setuju, sebab normally, orang hanya akan modify bila ader sumbernya or source of incomenyer. kalau gajinya cukup-cukup utk menten wira dier, rasanya seseorang tak akan sanggup ikat perut tak makan just semata-mata nak modified kete. kalau ader sekali pong, percentage dier tak amat lar sket jer, dan tentu orang bujang sebab takde tanggungan
speaking pasal bujang.. dulu, masa dok bujang, ader jiran umah mak haku, kete satria dah convert rupa jadik mitsubishi mirage. Kengkadang mak haku marah depa nieh, wehh, takde akai ka?? otak letak maner (sebab pepagi morning ram ekzos buluh warm up enjin sebelum gi keje).
haku assume mak haku marah tu sebab low mentality lar kot, tapi bukan sebab mamat tu convert satria jadik mirage, tapi sebab mangkuk hayun budus tak fikir jiran sebelah menyebelah nak tido ker, nak aper ker.. (pinjam ayam P.Ramlee jap.. ehhehe) |
|
|
|
|
|
|
|
pembelian kereta2 tersebut dah menunjukkan pendapatan seseorang...di tambah pula di modify kereta2 tu menjadi Evo ka, Skyline ka...bertambah miskin lagi tuan badan yg suka modify tu...
- Beli Evo tapi duduk menyewa rumah flat
- Beli wira convert jadi Evo tapi sudah beli rumah semi D / Banglo....
sapa lowclass sapa highclass? |
|
|
|
|
|
|
|
209# penyo
ada pro & kontra nye.....hehehe! |
|
|
|
|
|
|
|
aku x kira ar kalo org kata statement aku ni personal attack...
aku rasa tuan tanah ni yg low mentaliti...
cover ayat2 menghina dengan ayat2 lemah lembut tp bodoh...
jgn kata aku mkn cili sbb keta aku standard pekak...
cuma aku tak suka org bodoh sombong mengata org lain low mentaliti...
bangsa aku makin x sedar diri, suka melabel org, bila terasa diri pandai dan kaya...
"kita mentafsir dunia bukan seadanya..tp kita mentafsirnya melalui hati kita" |
|
|
|
|
|
|
|
terlebih modified ICE
Sentral: Sistem audio visual kereta makan tuan
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
[email protected]
Kenderaan terbakar akibat banyak penyambungan wayar
KUALA LUMPUR: Kegilaan seorang anggota tentera kepada bunyi hingga sanggup berhabis banyak wang untuk memasang sistem audio visual kereta memakan diri apabila kenderaan itu terbakar akibat litar pintas dipercayai berpunca daripada penyambungan kabel sistem itu yang tidak teratur, malam kelmarin.
Akibat kejadian jam 11 malam itu, kereta jenis Proton Iswara itu rentung bersama sistem audio dalam kenderaan itu yang diletakkan di tempat letak kereta di Apartmen Cendana, Jalan Permaisuri 3, Bandar Seri Permaisuri, dekat sini.
Pihak bomba turut menemui tin biskut dan kuih raya yang rentung dalam kenderaan itu.
Tidak cukup kerugian ditanggung anggota tentera berusia 27 tahun itu, api kenderaannya turut menyambar dan merosakkan tepi sebuah van dan kereta yang diletakkan di kiri dan kanan kenderaan terbabit.
Difahamkan, kebakaran berlaku ketika anggota tentera yang datang dari Perak itu meletakkan keretanya di situ dan pergi ke rumah kakaknya.
Jiran mengesyaki sesuatu berlaku apabila melihat asap keluar dari kawasan letak kereta berkenaan.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Zamrus Zainal, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.12 malam dan tiba di lokasi kira-kira seminit kemudian.
Beliau berkata, ketika tiba Proton Iswara itu sudah rentung dan merosakkan sebuah van di kanan dan sebuah kereta di kirinya, termasuk cermin pecah dipercayai akibat panas.
Katanya, siasatan mendapati kebakaran bukan pada enjin kereta tetapi berpunca dari dalam.
“Apabila kita siasat lanjut, kita dapati banyak penyambungan dibuat seperti pemasangan amplifier dan sistem audio visual. Keadaan wayar itu berserabut dan tidak diuruskan dalam keadaan baik. Alat pembesar suara juga penuh dalam but.
“Kita percaya kebakaran itu berpunca daripada litar pintas kerana penyambungan terus ke bateri. Kita akan meneliti lanjut perkara itu,” katanya.
Zamrus berkata, berdasarkan maklumat sistem audio pada kereta itu pernah mengalami masalah.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemilik kenderaan supaya memastikan pemasangan sistem audio visual pada kenderaan mereka dibuat pihak yang berkelayakan dan mendapat kelulusan bagi mengelak kejadian seperti itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak bomba turut menemui tin biskut dan kuih raya yang rentung dalam kenderaan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
korang dok gado2 nih, mana gambarnya sebagai bahan bukti:@:@
tepek le gambar selai dua untuk penyedap rasa di pagi yang mulia nih |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mycos79 at 9-9-2009 08:04
 215# al-asil
pagi shawal tanpa kuih raya...sedih woo |
|
|
|
|
|
|
|
nfasu besar poket kecik...apa nak buat. Cuma kengkadang aku rasa duit yang diaorang guna buat modification tu dah boleh beli kereta sebenar! |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada kesimpulan ke?
kesimpulan nya, tak baik labelkan orang tu low class mentaliti..
aku rasa term 'crisis identity lebih sesuai' ngan cara tuan rumah nie berhujah.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe..masih ade nak berdiskusi lagi ke? Ok...bukan low class mentaliti, tetapi crisis identity...tapi kan, crisis identity pulak di kaitkan dgn masalah mental dan masalah mental pulak di kaitkan dgn low class mentaliti jugak...guano tu? hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
208# Fast-N-Furious
I agree with this...aku rasa soal low class mentality ni mungkin tiada kaitan dgn orang convert kereta kpd kereta lain, tetapi apabila dier sudah selesai conversion tu...dier akan mula memekak, ram keter dan mula membuat bising sehingga jiran sebelah menyebelah terganggu...sifat ini adalah low class mentality...tetapi kaitannya tetap ade....
tuan punya badan convert = tuan punya badan memekak = low class mentality.
ade bantahan ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|