CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Melayu Utara Cakap Siam

[Copy link]
Post time 9-11-2009 08:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by tok_wann at 9-11-2009 20:47

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2009 08:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 08:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 08:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 11:50 AM | Show all posts
The Battle of Thalang (1785) In Phuket (Bukit) Tanjung Salang @ Cape Salang @ Junk Ceylon






The most celebrated moment in Phuket's history is when the people of Phuket (then called Thalang), drove away Burmese invaders who were laying siege to the island.

In 1785, Phuket was attacked by the Burmese as part of a wider campaign to invade Thailand (then called Siam). The wife of the recently deceased governor, Lady Chan, along with her sister Lady Muk (Samsam People from Kedah), rallied the people and broke the Burmese siege.

On hearing of these valiant deeds, the king bestowed honorific titles on these two heroines. Today, their statues can be seen atop a monument at the roundabout a few kilometres north of Phuket City.



Sources : http://www.jstor.org/pss/611568

http://openlibrary.org/b/OL22089458M/battle_for_Junk_Ceylon



Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 12:09 PM | Show all posts
panjang lagi...ader 27 muka surat semuanya....

tok_wann nak creditkan  kat....mymanuskrip.um
tok_wann Post at 7-11-2009 22:24


Rencana Ulasan

http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit ... _29/jakad_29-06.pdf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2009 12:30 PM | Show all posts
Syair Sultan Maulana 1812


Oleh : Muhammad Yusoff bin Hashim


Kisah Peperangan antara Kedah dengan Burma kerana membantu Siam
mengusirkan Burma dari Pulau Salang (Phuket) 1810.
Sejarah Kedah sebagai latar belakang kepada peperangan ini
ditulis oleh Ismail bin Saleh untuk Persatuan Sejarah
Malaysia Cawangan Kedah Darulaman.



Seorang pengarang syair dari Kedah mencatatkan peristiwa peperangan antara Burma dengan Siam yang berlaku dalam tahun 1810 di Pulau Salang atau Phuket. Beliau membuat syairnya dalam tahun 1812. Peristiwa-peristiwa dan nama-nama tokoh yang disebut dalam syair ini semuanya tepat apabila dirujuk kepada bahan-bahan Inggeris dan Siam. Kedah terlibat di dalam peperangan ini kerana diminta oleh Siam untuk membantu mereka. Angkatan Kedah di bawah ketuanya Dato' Laksamana (akhirnya menjadi Bendahara Kedah) berjaya mengusirkan Burma dari Pulau Salang atau Pulau Phuket ketika itu.

Catatan begitu tepat dan betul menakjubkan orang-orang Barat yang menganggap orang-orang Timur selalu mencampur-baurkan fakta dengan fantasi. Pengarang syair dipercayai ialah jurutulis kepada Dato' Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1804-1843) dan dikenali sebagai "Syair Sultan Maulana". Sultan Ahmad Tajuddin sendiri adalah seorang pengarang syair yang berkebolehan. Satu dari karya Baginda ialah "Syair Duka Nestapa : dikarangnya semasa dalam buangan di Melaka dan Kedah diperintah oleh Siam (1821-1842)".

Serangan Burma ke atas Pulau Salang atau Phuket berlaku beberapa kali sejak 1785. Raja Bodawphaya berfikir tentang memperolehi buroh kasar dari kawasan ini untuk pembangunan Ava dan menguasai lombong-lombong bijih timah di kawasan ini. Penduduknya di Phuket boleh menyekat bekalan senjata api dari India supaya jangan masuk ke Thailand. Satu sebab lagi yang lebih penting ialah melemahkan cengkaman Siam ke atas negeri-negeri Melayu khususnya ke atas Kedah.

Panglima perang Burma, Atwinwun, menduduki Phuket dalam bulan Januari 1810. Awal-awal lagi beliau menulis sepucuk surat kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah supaya melepaskan belenggu dari Siam dan menghantarkan "Bunga Emas" dan Bunga Perak Kepada Ava (Burma). Pada masa ini orang-orang Burma dikenali oleh orang-orang Kedah sebagai "Awak" - orang Ava.

Sultan Ahmad Tajuddin teringat kepada kata orang-orang tua: "Lari dari mulut harimau masuk ke mulut buaya!". Phuket merupakan kubu penting yang mengawal daerah selatan. Siam tidak akan membiarkan pulau itu jatuh ke tangan Burma selama-lamanya.

Kedah dilindungi "suzerainty" tetapi bukanlah langsung dari Bangkok. Buat beberapa ketika Bangkok menyerahkan pentadbiran Kedah dan negeri-negeri Melayu lain ke tangan Legor (Nakhorn Sri Tammarat). Tetapi Songkhla (Senggora) pun telah mendapat kepercayaan Bangkok untuk mengambil alih tugas-tugas Legor itu. Sultan Ahmad Tajuddin menjadi Sultan kerana disokong oleh Raja Senggora (Gabenor Siam) yang bersahabat baik dengan Sultan Ahmad Tajuddin. Bangkok menganugerahkan darjah "Cau Phaya" kepada Sultan Ahmad Tajuddin sedangkan Raja Legor (Gabenor Siam) dianugerahkan darjah "Phaya" sahaja.

Dalam zaman Sultan Muhammad Jiwa (1710-1718) Pulau Salang menjadi kepunyaan Kedah dan Kedah berkuasa penuh di samudera antara Pulau Phuket dengan Pulau Pinang. Orang Kedah melombong bijih-bijih timah di kawasan ini dan memungut sarang burung dan siput-siput laut dari beratus-ratus pulau di sini.

Walaupun Kedah tidak lagi memerintah Pulau Salang tetapi orang-orang Melayu Kedah yang menduduki beratus-ratus pulau di kawasan ini dan di dataran Ranong, Murgi, Takuapa hingga ke Phuket, Terang dan Terutau, Langkawi Langu, Pangnga dan Setol tidak diganggu oleh Siam dari menjalankan kerja mengumpul hasil-hasil ini. Jika Pulau Salang jatuh ke tangan Burma, bijih timah akan diangkut ke Burma dan mungkin hasil-hasil laut juga akan diambil oleh orang-orang awak.

Gayung bersambut, kata bersahut : Sultan Ahmad Tajuddin menjawab surat Atwinwun menyatakan suka dan gembiranya kerana Burma berjaya menduduki Pulau Salang. Malangnya Kedah tak dapat melakukan apa-apa kerana satu angkatan Siam yang besar berada di sempadan melihat gelagat antara lima ribu dengan enam ribu orang barangkali dapat mengusirkan angkatan Siam dan mungkin Kedah akan dapat menghantar ufti "Bunga Emas dan Bunga Perak" ke Burma pula.

Angkatan Siam yang dimaksudkan oleh Sultan Ahmad Tajuddin ialah angkatan dari Senggora, dari sahabatnya, yang sedang digunakan untuk menekan pemberontakan Petani dalam tahun 1808. Siam meminta Sultan Ahmad Tajuddin menghantar orang-orang Kedah membantu angkatan Siam menekan Petani tetapi Sultan Ahmad Tajuddin telah memberi alasan-alasan yang mengecewakan Siam. Siam mula menaruh syak wasangka terhadap kesetiaan Kedah dan menanti masa menyerang Kedah.

Dalam keadaan ini, Siam membuat ujian meminta bantuan Kedah mengusirkan Burma dari Pulau Salang. Membuktikan kesetiaannya kepada Siam, Sultan Ahmad Tajuddin menghantar Laksamananya ke sana bersama dengan 100 buah perahu dan seribu orang satria. Mereka berjaya mengusirkan Burma dari Pulau Salang itu. Cerita dan kisah peperangan ini dirakamkan dengan lengkapnya oleh "Syair Sultan Maulana".


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 12:31 PM | Show all posts
Atwinwun menggeleng-geleng kepalanya kerana belum sampai seminggu beliau menerima surat Sultan Ahmad Tajuddin mengatakan Kedah suka dan gembira melihat Burma berjaya menduduki pulau itu, Sultan Ahmad Tajuddin sendiri menghantar angkatan Melayu mengusirkan Burma dari sana.

Atwinwun paham dan sedar bahawa tindakan Sultan Ahmad Tajuddin adalah satu paksaan diplomasi yang mesti dibuat oleh Sultan Ahmad tajuddin. Sultan Ahmad Tajuddin barangkali berputus asa dari mendapat bantuan Burma untuk melegakan tekanan Siam ke atas Kedah tetapi Burma masih berazam membantu Kedah kerana Siam adalah musuh tradisi Burma yang paling ketara.

Burma terusir dari Phuket dalam bulan Mac 1810 tetapi Atwinwun datang kembali dengan angkatan yang lebih besar dalam bulan Jun. Seribu orang ditugaskan mengambil semula Pulau Phuket (Salang) dan enam ribu orang diarah berangkat ke Kedah mengusirkan Siam yang mengancam Sultan Ahmad Tajuddin.

Malangnya angkatan Burma dipukul ribut dan tersasul arah di celah-celah selat dan teluk di kawasan ini. Hampir-hampir tiga ribu orang terkorban di laut. Lebih sedikit dari tiga ribu cuma berdaya mendarat di Takuapa, dan saki baki dari angkatan besar ini berjaya juga menyeberangi Selat Pak Phra dan menduduki sebahagian dari Pulau Phuket itu.

Dalam bulan Jun, angkatan Kedah telah pulang ke Kedah. Angkatan Siam diketuai oleh anak Raja Legor (Gabenor Nakhorn Sri Tammarat) berjaya mengusir Burma dari Phuket dalam bulan September tahun itu.

Kekecewaan yang dirasai oleh Burma terserlah juga kepada Ahmad Tajuddin. Burma tidak berupaya menolong Kedah lagi dan Kedah terpaksa berdiri sendiri menghadapi Putar belit Siam - putar yang semakin ligat membelit leher Kedah.

Siam mengambil beberapa tindakan menjamin supaya kawasan Selatan (Teluk Andaman) tidak diganggu gugat oleh Burma dan melemahkan negeri Kedah yang dikhuatiri kesetiaannya.

Tindakan Siam ialah meletakkan Setol dan Langu, dua daerah Kedah, yang diperintahkan oleh Tunku Bisnu bagi pihak Sultan Kedah, di bawah tadbiran Raja Senggora. Wilayah Terang, sebuah daerah Kedah yang lebih mewah, diserah kepada Legor sebagai tukaran kerana sebelum ini Terang ditadbir oleh Senggora. Sultan Ahmad Tajuddin yang berjasa besar mengusirkan Burma dari Phuket berasa pahit kerana dibalas oleh Siam dengan air tuba. Legor yang meminum susu lemak dan manis. Selepas ini Kedah tidak berhak langsung ke atas Langu, Setol dan Terang walaupun wilayahnya sendiri.

Peperangan membantu Siam Mengusir Burma dalam bulan Mac 1810 boleh dianggap setia - suatu peristiwa sial yang memulakan tekanan demi tekanan ke atas Kedah dari Bangkok melalui Legor.

Kejayaan Kedah di Phuket sebenarnya menyemarakkan hasad dengki Raja Legor, Phaya Noi terhadap Cao Phaya Sultan Ahmad Tajuddin. Apabila Sultan Ahmad Tajuddin bersahabat baik dengan Raja senggora dan membuat hubungan dengan Inggeris; setelah memajakkan Pulau Pinang kepada Inggeris; Raja legor terpaksa menghumbankan fitnah demi fitnah menjatuhkan imej Kedah di istana Raja Bangkok. Raja Siam di Bangkok amat rapat dengan Raja Legor kerana adik perempuan Raja Legor menjadi seorang gundik kepada Raja Bangkok dan Kepala Berang di wilayah Selatan juga berkaum kerabat dengan Raja Legor.

Tindakan Legor seterusnya mengarahkan Kedah menyerang Perak (1818) dan Legor sendiri menyerang Kedah (1812) dengan anggapan Kedah akan musnah buat selama-lamanya. Sultan Ahmad Tajuddin berkelana diluar negeri lebih dari 20 tahun dan bila Baginda pulang ke Kedah (1842) Setol dan Langu tidak dipulangkan kepada Baginda, malahan Perlis pula disisihkan.


Sources : http://sasterarakyat-kedah.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2009 12:38 PM | Show all posts
Thalang National Museum









Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 06:40 PM | Show all posts
p/s :   ejaan  Thalang bila di sebut akan berbunyi Salang bukannya Talang

          seperti juga ejaan dahulu pada nama Abdullah Thani / Mohamad Thani akan

          akan berbunyi Abdullah Sani / Mohamad Sani
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 01:05 AM | Show all posts
People born in Saiburi are considered subjects of the King of Thailand; thus, people who were born there and are now living in the state of Kedah are permitted to purchase land and live in Thailand even though technically, now they are living in a Malaysian state

http://en.wikipedia.org/wiki/Syburi






patut lah aku masuk thailand tak payah pakai pasport malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 12:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 05:31 PM | Show all posts
SIAM


Sukhothai (1238-1368)

- Phraruang Dynasty (1238-1368)


Ayutthaya (1350-1767)

- Uthong Dynasty (1350-1370)
- Suphannaphum Dynasty (1370-1388)
- Uthong Dynasty (1388-1409)
- Suphannaphum Dynasty (1409-1569)
- Sukhothai Dynasty (1569-1629)
- Prasat Thong Dynasty (630-1688)
- Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)


Thonburi (1768-1782)

- Thonburi Dynasty (1768-1782)


Siam @ Thailand (1782- )

- Chakri Dynasty (1782- )


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 07:44 PM | Show all posts
Sheikh Ahmad Qomi @ Chao Phya Rajnayok (1543-1631)































Sources : The Bunnag Lineage Club http://www.bunnag.in.th/

http://fz-az.fotopages.com/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2009 03:01 PM | Show all posts
retu misteri nusantara aku tengok pasai qeramat thung panan. kat setoi ka kat mana xthu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 06:43 PM | Show all posts
retu misteri nusantara ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2009 09:56 PM | Show all posts
area den hehe, mak saya boleh cakap saya ni segan nak belajar,
My home Chuping
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 01:08 AM | Show all posts
normal r tu klau da org kedah or perlis ckp siam...tp aku yg xfaham..tp xtau lakz pasal bhsa acheh pe suma tu...

aku pnah g muda resort yg dkt2 pedu tu, aku ckp la ng sorg bdk ni, rupanya dia xfhm aku ckp apa..n aku pown xfhm pe yg dia ckp..pelik bebeno aku dengar..tp aku xtau la dia ckp bhsa apa..bdk 2 form 2 tp kecik cam bdk darjah 2 je
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 01:08 AM | Show all posts
normal r tu klau da org kedah or perlis ckp siam...tp aku yg xfaham..tp xtau lakz pasal bhsa acheh pe suma tu...

aku pnah g muda resort yg dkt2 pedu tu, aku ckp la ng sorg bdk ni, rupanya dia xfhm aku ckp apa..n aku pown xfhm pe yg dia ckp..pelik bebeno aku dengar..tp aku xtau la dia ckp bhsa apa..bdk 2 form 2 tp kecik cam bdk darjah 2 je
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 01:41 AM | Show all posts
retu misteri nusantara aku tengok pasai qeramat thung panan. kat setoi ka kat mana xthu....
genot Post at 10-12-2009 15:01



ada 2 kali ka mistry nusantara yg belah2 siam? yg baru2 ni hari selasa lps ada gak ckp siam , tp taktaw kt mana , masa last tak tulis plak kt mana  yg pasai ayaq natang apa kluar kt pokok nyoq ka pokok apa lupa lak. puak2 siam kata ayaq tu ayaq ajaib segala depa ckp siam pelet kedah bukn cakap kedah pelet siam . depa sebut ayaq gak, taktaw kt mana, rsnya kt belah siam gak, kalau belah kedah mesti depa ckp melayu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.060932 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list