|
-Lelaki Pisces mementingkan kualiti sahabat dan bukannya bilangan sahabat.Kalau pergi melancong misalnya,lelaki pisces tidak berapa gemar melancong dalam kumpulan yg besar(Rombongan).Seringkali lelaki Pisces yg sensitif ini berprasangka bahawa ramai orang tidak menyukai dirinya.Ini menyebabkan keterlibatan mereka dalam program-program yg melibatkan orang yg ramai menjadi terhad.Lelaki Pisces hanya akan mudah melibatkan diri dengan majlis ramai jika mendapat keyakinan bahawa ramai yg menyukai keterlibatannya.Bila memegang sesuatu jawatan dalam masyarakat,jika ada orang yg mempertikaikan kebolehan atau kerja-kerja yg telah dilakukan,lelaki pisces mudah melepaskan jawatan tersebut dengan ego yg tinggi.Mereka mungkin tidak lagi mesra dengan orang tersebut buat selama-lamanya(benci dalam diam).
- toleransi lelaki Pisces selalunya tinggi.Mereka mudah mengalah dalam perkara-perkara tertentu tetapi dalam perkara-perkara tertentu lelaki pisces hanya berpegang pada pendapatnya sahaja.
-Sikap suka bersendiri menjadikan lelaki pisces seorang yg pemberani.Jika terpaksa bergaduh lelaki pisces akan menghadapi musuhnya secara bersendirian.Istilah angkat geng atau angkat puak tidak wujud dalam diri lelaki pisces(tak semua).
-terlampau berhati-hati untuk membuat keputusan.Seringkali sikap itu membawa kerugian dalam hidup lelaki pisces.Contohnya sikap lelaki Pisces yg lambat membuat keputusan menyebabkan wanita yg mahu didampingi olehnya dikebas orang.Lepas tu jangan harap lelaki pisces akan cuba merebut hati wanita itu lagi kerana bagi mereka wanita tersebut tidak menyukai mereka.Kerana sikap berhati-hati itulah lelaki pisces hanya mahukan sahabat yg berkualiti dan dipercayai bagi mereka bertanyakan sesuatu pendapat jika perlu.Selain suka bertanyakan pendapat sahabat-sahabatnya walau dlm keadaan malu-malu ,lelaki pisces juga suka bertindak sebagai penasihat dlm perkara-perkara yg diketahui olehnya.Kadangkala mereka boleh bertindak bagaikan seorang kauselor yg terbaik.
-Kalau pasangan anda pisces jangan dilipat pakaiannya dan disimpan ditempat yg dia tidak biasa.Lelaki pisces gemar bajunya digantung kat hanger. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
-Lelaki pisces selain sukar diramal,juga suka tengok akai orang.Selalu menguji otak orang.Tapi kesetian lelaki pisces terhadap pasangan adalah tinggi,dan mereka suka kepada sastera.Mereka gemar kepada novel-novel dan Fiksyen.Tahap penghayatan mereka terhadap bacaan mereka tinggi contohnya mereka dapat khayalkan yg mereka itu watak didalam novel tersebut dan menghayati keadaan seperti apa yg ditulis dalam novel.
-Deria hati lelaki pisces tinggi dan mereka sesuai belajar ilmu beladiri seperti silat kerana mudah masuk dalam jiwa mereka.
-Ramalan lelaki Pisces(pisces yg hatinya clean)selalunya tepat atau hampir tepat kerana deria ketujuh yg kuat.Lelaki Pisces sesuai menguasai ilmu telepati.Detik perasaan mereka misalnya jika orang yg baru dikenali tidak disukai mereka,selalunya memang orang itu akan memberi masalah.Jika mereka bersungguh sungguh belajar ilmu agama,mereka boleh menjadi ilmuan agama yg hebat tapi humble.Mereka mungkin akan digelar keramat idup(idup tak beri masalah).
-Bakat lelaki Pisces walau sehebat mana pun selalunya terpendam jika tidak dicungkil.Lelaki Pisces juga hebat dlm melakukan apa yg mereka minati.Mereka selalunya sambil lewa dgn perkara yg diorang tak minat
-Lelaki Pisces selalunya sangat berpegang pada prinsip hidupnya.Contohnya jika mereka menetapkan bahawa gf yg dicari mesti bersifat sekian sekian,mereka selalunya buat tak kisah dgn perempuan selagi tak ketemu mcm yg diorang nak.
-Lelaki Pisces sesuai untuk wanita yg bersifat keibuan kot.Kalo dgn gal Pisces kena usahakan supaya timbul keserasian.Kalau tak mesti susah coz Pisces kaki merajuk n kecil hati.Sapa nak pujuk.
-Walaupun Pisces pandai belakon aka menyamar,diorang akan nampak kekok kalau cuba melakukan perkara yg tidak disukai or diminati.Mereka cerdik dlm sesuatu bidang tapi kelihatan bodoh dlm sesuatu bidang yg lain.Selalunya Pisces tidak mempunyai kemahiran atau bakat khusus.Pisces juga tidak mahir dlm pertukangan.Kebanyakkan kerja hangat hangat tahi ayam.Pisces nakkan hasil segera dlm sesuatu pekerjaan.Pisces kuat berkhayal dan angan angan.Kalau jadi penulis skrip sesuailah dgn Pisces.
-Pisces akan cuba mengenal sikap pasangan lepas berkahwin kerana ramai jodoh pisces,mak bapa yg carikan.hah hah hah.Pisces kadang kala bersifat terlalu memilih sehingga lastly diorang jadi tak kisah dan membiarkan parent yg carikan.Namun yg parent carikan tu pun si pisces tetap nak halakan radar pengesan sikapnya.Kalau dia tak setuju dia akan reject juga.
-Si pisces kadangkala bersikap tak mahu gagal.Setiap kegagalan membawa kesan yg berpanjangan kpd diorang.
-Kadangkala pisces ni bersifat lurus bendul tapi sifat berhati hati menyelamatkan diorang dari kena tipu walaupun ada yg tetap kena tipu.
-Pisces menyukai pasangan yg bijak dan dpt memberikannya kenyakinan bagi merelisiasi idea ideanya.
-pisces mmg bersikap misterius.Seringkali perahsia.Nampak mcm hipokrit pasal kebolehan berlakon.Selalunya kawan rapat mereka sendiri gagal mengenali mereka secara menyeluruh. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
-Mereka berfikir diluar kotak.Jika dipaksa berfikir didalam kotak lazimnya mereka akan tertekan.Mereka akan jadi tak fokus.Kalau dlm meeting atau perbincangan yg mereka tak gemar,fikiran diorang akan menerawang jauh.
-Pisces juga tidak sukakan kekerasan dan kekasaran.Nak minta tolong diorang kena pandai tackle.Tak boleh main sergah perintah.Itu pantang Pisces.Kalau pisces tu berani dia akan bantah terang terangan.Kalau dia penakut dia akan membenci org tersebut dlm diam.
-sikap buruk Lelaki Pisces ialah selalu belagak tak heran dan tak ambil pot bila ada wanita yg cuba rapat dgn nya.Seringkali sikap ego ini mengelirukan dan menyebabkan mereka dibenci.
Lelaki pisces bersifat idealis tapi bukan amalis yg baik.Banyak theory tapi orang lain yg kena jayakan theory diorang.
-Pisces menyayangi seseorang hampir spt dia menyayangi dirinya sendiri.Kalau pisces tu kuat agama,dia akan berasa risau melihat adik beradiknya yg mengabaikan solat seolah olah dia yg mengabaikan amalan tersebut.Pisces adalah seorang perisau.Selalunya mereka membenci orang orang yg menimbulkan kekecohan dan kerisauan dlm masyarakat.
-Mereka selalu melontar idea diorang kepada org yg tiada kemampuan untuk merealisasi idea diorang.Diorang tak suka melontar kepada golongan yg berkemampuan kerana jika idea mereka disanggah,pisces yg ego akan hot temper.Cadangan pisces perlu ditolak secara bijak.
- pisces memang sengaja suka menyakiti hati org yg rapat dgn nya dgn tujuan gurauan.Ini membawa maksud org tersebut diterima sbgai sahabat.Pisces tak mudah bergurau kasar dgn orang yg diorang tak rapat.Pisces yg antisosial akan bertukar menjadi peramah dan hyperceria jika bersama sama dgn kengkawan yg rapat dgn diorang.
-Sikap semulajadi lelaki pisces iaitu apa yg orang sekarang sifatkan sebagai budak baik menjadikan diorang popular terutama dikalangan makcik makcik walaupun mereka pendiam.Namun kekadang sang pisces menjadi bangga diri sehingga menganggap mereka yg terbaik dan hanya mahu berdampingan dgn wanita yg memiliki kesempurnaan dari segi sifat dan sikap
-Awas! lelaki pisces adalah seorang yg memilih, jadi jika anda menyatakan perasaan anda kepadanya dan dia tak suka,dia sebagai seorang yg mempunyai sensitiviti yg tinggi akan tetap melayan anda seolah olah dia berperasaan yg sama spt anda sebaliknya dia seboleh bolehnya tidak mahu melukakan perasaan anda.Jika itu terjadi anda perlu berusaha untuk menjadikan dia cinta kpd anda dan bukannya kasihan kpd anda.Lelaki pisces mempunyai perasaan kasihan yg tinggi tapi sukar jatuh cinta.
- Mr.pisces yg mgkin mgharapkan Puterinya yg mengurus kewangannya.Tu sebab Mr. Pisces takut dgn pmpuan yg boros.
-Mr. Pisces yg tak suka mengetuai apa apa kumpulan namun idea Mr. Pisces yg berfikiran advance diperlukan dlm sesuatu kumpulan dan sesuai dijayakan dgn arahan Mr.Scorpio.
-Cuba perhatikan kanak kanak yg manja.Selalunya mengada-ngada kan? Mcm tu la Mr. Pisces bermanja dgn org yg rapat dgn mereka.Namun itu tak bermakna Mr.Pisces ni anak manja emak melainkan Pisces tu anak bongsu.Kemanjaan Pisces adalah kpd pasangan.Sifat berangin pun kadangkala dibuat buat(dilakon).Selalunya sifat Pisces akan lebih menonjol jika dalam keluarga,Pisces menjadi anak kedua iaitu berunsur air.Gabungan unsur ini akan menyebabkan sikap sikap yg diterangkan sebelum ini lebih menonjol.Dari segi batu permata,pisces sesuai dgn permata Aquamarine(air laut).Emerald juga sesuai dgn mereka.Namun permata tersebut elok dipasangkan dgn delima merah.
-kalau Mr.Pisces cakap "buat apa minta maaf,awk tak salah apa apa".itu bermakna segala angin yg diorang tunjukkan itu bukanlah angin yg sebenar
- Menarik bagi Mr.Pisces bukanlah kecantikan luaran tetapi pancaran aura dalaman anda kerana Mr.Pisces memiliki gerak hati yg kuat.Selalunya dpt dilihat kebanyakkan wanita sering membuat sesuatu yg mengurangkan aura,spt ketawa kuat dan bergurau berlebihan dgn lelaki. Boleh dikatakan Mr.Pisces terutama yg berunsur air sukakan wanita melayu terakhir tapi tak semua begitu.Kalau pandai ambil hati kadangkala Pisces ni cair. Kepada yg nak kontrol Mr .Pisces lupakan saja kerana mereka ego dan selalu berhati hati.Setiap arahan mesti diarah dgn gaya pujukan.Pisces tak suka suasana yg terlalu riuh.
-Walaupun Mr.Pisces tahu dan sedar seseorang itu cuba menggunakan Physikologi atau memujuk aka membodek,yg heran mereka tetap suka cara itu. Yang mereka benci adalah arahan yg kasar.Ibarat spring jika hentaman kuat maka lantunannya pun kuat.
sekian~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
put dah tgk dekat sini..put pisces..die pon mr pisces jugak...so dpt no 4..
"NOMBOR 4 – TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA.
Persamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian.Mungkin dari pertembungan sikap kamu berdua.. Walaupun sikapmemberontak itu ada, kamu masih mahu bersama kerana perasaan sayang dankasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnaiperhubungan kamu, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkanrasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan kamu.Susah kalaunak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiapketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkarankecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkanorang menjaga perassan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkantanda-tanda akan retak, kamu perlulah mengambil langkah yang positifbagi mengelakkkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindaktanduk kamu boleh memberi kesan pada diri kamu sendiri."
Put setuju sangat..tapi sebenarnye tuh la madu dlm perhubungan tuh..bayangkan 2 2 pon jenis sensitif..mr pisces ni..bile kite merajuk ngn die..die bukan pujuk...tapi die merajuk balik...heal dengan sendirinye...pastuh being a miss pisces..bile die tak pujuk n siap merajuk balik..put pon akan balas lg rajuk tuh..pastuh die pon bls balik..berulang2 sampai berminggu2...tapi bile dah lame sangat merajuk tu..rindu ler pulok...skali baik tuh..mmg baik la..mr pisces mulut maness..ayat baik punye..rata2 yang put jumpe camtuh
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
menarik sungguh thread nih...byk perkara bleh di timba..keep up the good work |
|
|
|
|
|
|
|
ai laki sagi.. description plis |
|
|
|
|
|
|
|
206# isskandar
Pasal semua yg di kaji adalah dari pemerhatian dan bukannya ramalan jadi lambatlah sikit dapat jawapan.Jadi diminta forumer-forumer yg ada pengalaman berkawan dengan bintang sagitaurus untuk tolong menjawab.Bintang-bintang yg lain pun minta tolong jawab.Jawapan lebih tepat jika forumer menceritakan bintang diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa tokoh yg berbintang Pisces-Michaelangelo-Artis,Sir Richard Burton-explorer,Nat King Cole,Vanessa William-penyanyi.Elizabeth Taylor,Kurt Russel,Michael Caine,Bruce Willis-pelakon.Ed Mc Mahon-pengacara Tv.Mikhael Gorbachev-presiden.Prince Edward-Kerabat diraja.Rupert Murdoch-publisher. Yuri Gagarin,Percival Lower,Nicolous Copernicus-Astronomer.Wally Schirra-Astronaut.Oliver W.Holme-penulis. |
|
|
|
|
|
|
|
Sagittaurus-Seorang yang optimis,humor,open minded,sukakan explorer,amat berminat dengan kenderaan,jujur tapi kadangkala boleh menjadi playboy.Sukakan kebebasan.Jika terdidik dengan keagamaan maka agak kuat agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Sagittaurus-Seorang yang optimis,humor,open minded,sukakan explorer,amat berminat dengan kenderaan,jujur tapi kadangkala boleh menjadi playboy.Sukakan kebebasan.Jika terdidik dengan keagamaan maka agak kuat agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Scorpio-cemburu,obsesi,berketerampilan,sesuai menjadi pemimpin,sukar memaafkan,menyukai disiplin yg tinggi(sesuai jadi anggota keselamatan).Terlalu sukakan sex. |
|
|
|
|
|
|
|
Scorpio-cemburu,obsesi,berketerampilan,sesuai menjadi pemimpin,sukar memaafkan,menyukai disiplin yg tinggi(sesuai jadi anggota keselamatan).Terlalu sukakan sex. |
|
|
|
|
|
|
|
scorpio ngan virgo ssuai x???? |
|
|
|
|
|
|
|
....jenguk input baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki pisces ego tinggi melangit...
lelaki pisces pendiam
lelaki pisces panas baran... |
|
|
|
|
|
|
|
hakak piscessssssssssss |
|
|
|
|
|
|
|
-Mereka berfikir diluar kotak.Jika dipaksa berfikir didalam kotak lazimnya mereka akan tertekan.Mere ...
siputsedut Post at 10-2-2010 01:06
jommmm pegi makan.. iols nk turun dah nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 218# naikAntena
sbb org ego mmg ati kering... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|