6.tudung_bawal
Dua tiga kucing mamai
Mana nak sama si kucing belang
Sahabat lelaki memanglah ramai
Mengapa tak lekat walau seorang?
Jawap TB:
Malam tadi hujan lebat,
Sayangnya payung sudah dicuri,
Meskipun ramai yang bersahabat,
Namun kejujuran sukar dicari.
Sayur air letak suhun
Nasidagang dalam kelosong
Kerja sudah bertahun-tahun
Tengahbulan simpanan kosong?
Jawap TB:
Hantar surat tersilap alamat,
Menunggu posmen sambil mengeluh,
Amalkan sikap berjimat cermat,
Pasti simpanan sentiasa penuh.
ciksurie Post at 4-3-2012 12:51