|
cuba tt try tarikh lahir tt ikut kalendar hijrah bahagi 2 pulak. cerita tt menarik lain dari yang lain. btw tt tinggal mane? |
|
|
|
|
|
|
|
wakenabeb88 posted on 4-4-2013 10:14 AM
cuba tt try tarikh lahir tt ikut kalendar hijrah bahagi 2 pulak. cerita tt menarik lain dari yang la ...
dah cuba.. sy lahir 1 muharram.. 1/2 = 0.5.. huhu..lagi pelik
|
|
|
|
|
|
|
|
Tertarik dgn cite cik siti.. Nasib baik baru,klu dr thn 2009 ke.. Masak jugak nk baca huhu.. Tp meremang bulu bile baca cite u.. Kkdg terase org di sebelah hahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan mimpi...
lepastu aku asyik mimpi yang aku kena bantu dia.. aku kena cari, dan bantu dia. lepastu aku mimpi lagi.. setiap kali aku sedih dia akan datang dalam mimpi. tapi muka dia tak jelas.. aku dah lupa dah muka dia macam mana. sampai sekarang aku tunggu. now umur aku tak lama lagi 26 tahun.
buat pengetahuan korang, budak tu betul wujud..huhu.. 26/3 haritu aku mimpi lagi sekali.. muka dia jelas. aku kenal budak tu.. seperti dalam mimpi aku.. lahir 26/4.. huhuhu.. terkejut giler.. dan sejak aku dah tahu, aku dapat mimpi2 mcm dia cakap sesuatu.. tak tahu apa. aku dah tak ingat.. semuanya terjadi dengan angka 26 tu.. aku pun tak faham sangat..huhu.. agaknya mimpi tu nak bagitau waktu aku umur 26 tahun aku akan kenal dia kot. betul aku kenal dia.. 26/3 aku tau sape dia.. now umur aku bulan 8 ni 26 tahun..huhu..
bila aku dah tau, badan aku menggigil sangat. tak tau nak cakap ape..
|
|
|
|
|
|
|
|
terbaekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..... fall in luv wit cerita TT.. |
|
|
|
|
|
|
|
tt, agaknya org yg suruh tt cari makna mimpi tu nak suruh tt selesaikan masalah matematik dia kut ... byk sgt nombor2 yg kuar mcm rumus matematik jer |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman seterusnya masa kau belajar kat UiTM Melaka. masa ni aku Diploma. kat sini aku berjumpa dengan seseorang yang agak pelik. ok cerita dia macamni
waktu tu aku ade quiz so lecturer aku ni nak buat open air quiz. maksud tak buat kat dalam kelas la.. buat dekat luar. so lokasi yang dipilih bawah perpustakaan. dekat bawah tu ada ruang legar (tak tau la sekarang masih ada lagi ke tak).
jadi nak di pendekkan cerita masa kau tengah asyik buat quiz aku rasa sangat tak selesa sebab aku asyik rasa ada mata sedang memerhati aku. bila aku cari mata tu perghhh memang ada sorang lelaki ni duk pandang aku. pandang lepastu senyum. aku rasa rimas la. tapi aku cakap dalam hati "ai dia ni pandang aku ke orang belakang??" sebab aku tak kenal dia. kenapa lak pandang dan senyum. mungkin orang belakang aku kot. aku jangan nak perasan sangt. so aku biarkan je dan anggap dia pandang orang belakang.
after quiz habis, kami semua boleh balik kolej. so, aku gerak la dengan kawan-kawan sekali turun tangga. masa turun tangga tu aku dengar orang panggil aku. "siti..siti.. siti.. " aku terberhenti kot. siapa lak panggil aku ni. biasa orang panggil aku "min" sebab hanya family je boleh panggil siti (tak silap aku pernah bagitau ni) cuma sekarang aku dah tak mau keliru so siapa-siapa pun boleh panggil nama tu. ok, sambung cerita aku pun menoleh la tengok sape pandang aku. aku terkejut laki tadi kot. arghhhhhhhhhhh
dia senyum-senyum datang dekat aku. lepastu dia tanya aku soalan:
"siti kan?? kak long kan?? hahahahahahahahahhaa" lepas dia tanya macamtu dia ketawa lepastu berlalu pergi tinggalkan aku yang terpinga-pinga kat situ. aku puas fikir dia ni aku kenal ke?? saudara ke?? sape?? kenapa tak cakap?? kenapa tanya macamtu je??? then aku malas dah nak fikir aku abaikan je.
next day, dia kacau aku kat kelas pulak. aku tengah belajar dalam kelas dia bukak pintu kelas aku panggil nama aku dengan menjerit-jerit.. aku terpandang dia. dia ketawa dan berlalu pergi macamtu je. dah lecturer & kawan semua tanya aku. aku mati akal nak jawab sebab aku tak kenal dia.
lepastu maulidur rasul. aku pergi perpustakaan nak cari maklumat. sedang asyik nak cari maklumat aku dengar suara berbisik dekat aku. "salam maulidur rasul". aku terkejut dengan bisikan tu. pandang belakang tengok budak tu. dia ketawa dan terus berlalu pergi. bulu roma aku terus tegak.
kalau korang, korang mesti rasa takut kan?? mesti rasa macam dia giler kan?? aku pun start nak menyiasat dia. aku pergi la cari kawan-kawan dia. dia merupakan junior aku. beza umur 1 tahun. ni ulasan dari kawan-kawan dia:
"kenapa kak? dia ada kacau akak ke?? akak berhati-hati dengan dia kak.. dia tak ada kawan. senyap je. tak mau cakap dengan orang. lepastu suka cakap yang pelik-pelik. akak tau dia bagitau dia hijab terbuka. dia boleh nampak kita semua punya hijab gak"
hasil dari ulasan tu aku terus rasa budak ni ada nampak sesuatu ke kat aku. kenapa dia layan aku macamtu.
kisah tu tak habis sampai situ je. satu hari aku nak pergi makan, aku turun dari blok aku. nampak dia aku terus menyorok & aku pasti dia tak nampak aku. bila aku nampak dia dah turun bukit aku terus keluar lepak kat meja bulat. mana tau tiba-tiba dia dah berada depan aku. tanya aku nak pergi mana malam-malam ni. ohoooo menggigil kepala lutut aku. kali pertama berborak. dia siap tanya adik aku sihat tak? dia tak balik ke minggu ni. lepastu dia ketawa dan berlalu pergi.
gila psycho. aku memang takut gile. setiap kali aku nampak dia aku mesti menyorok.
adei, panjang lagi ni. nanti aku sambung
|
|
|
|
|
|
|
|
msrosse posted on 4-4-2013 11:40 AM
tt, agaknya org yg suruh tt cari makna mimpi tu nak suruh tt selesaikan masalah matematik dia kut .. ...
hahaha.. ada kemungkinan jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Siti_ViPs posted on 3-4-2013 06:29 PM
ini link ke fb sy..sb sy private kan fb. nnt bgtau sy dulu sblum sy app..tq
http://www.facebook.c ...
saya ada add awak kat fb.. |
|
|
|
|
|
|
|
selendangungu posted on 4-4-2013 12:08 PM
saya ada add awak kat fb..
da approve...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nak tau sambungan..menarik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siti_ViPs posted on 4-4-2013 12:10 AM
profile yang mana/?
Assalam TT..gambar dalam ID sayatu...yang muka kabur dengan cahaya bserwarna-warni tu....... |
|
|
|
|
|
|
|
Luckman posted on 4-4-2013 12:20 PM
Assalam TT..gambar dalam ID sayatu...yang muka kabur dengan cahaya bserwarna-warni tu.......{:sing ...
hahaha.. yg tu memang tak la.. memang tak boleh
|
|
|
|
|
|
|
|
ok, sambungan dari cerita laki tu tadi..
aku rasa memang pelik la. mesti dia ada sesuatu nak bagitau sebab dia seorang yang pelik. tak ada kawan, dan senyap. kenapa dia camtu dengan aku lak?? padahal aku tak kenal dia pun. so aku decide nak tegur dia tapi takut la. tak berani..hahahaa
then satu hari fakulti kami buat perjumpaan. perjumpaan tu ada taklimat fakulti la. cam biasa aku datang awal & duduk dalam dewan. mana tau dia pun ada duduk kat belakang aku. dia panggil aku duduk sebelah dia. tapi aku buat tak layan je. dia panggil lagi
"siti..siti...siti.. kak long..siti..." aku buat tak tau je. tak berani aku nak pandang. lepastu dia menjerit satu dewan "SITI!!!!!". dah semua pandang ke arah aku dan budak tu. aku tergamam. dengan lecturer semua pun pandang. aku ape lagi, dengan perlahan-lahan bangun dan blah dari situ. dia pun follow sekali. dia panggil-panggil aku. aku lari kot. takut giler.. tak berani aku. sejak dari hari tu aku nampak dia je aku lari 1KM jauh..hahahaha
lepastu satu hari aku dapat la mesej dari nombor tak dikenali. ok, fine dari dia. entah mana dapat aku pun tak tau. dia cakap jangan tanya dia mana aku dapat. ok lah. aku tanya dia lagi mana dia tau pasal aku semua. (dia tak tau lagi yang aku dah tahu kebolehan dia)..
dia bagitau aku dia buat research. sebab tu dia tau. ketawa aku dengar. gile la buat research pasal aku..motif?? then dia tanya aku kenapa aku lari nampak dia.. dia bukan lelaki yang gila seks.. dia berniat nak berkawan dengan aku. dia cakap dia tertarik nak berkawan. sudi tak aku nak berkawan dengan dia. lepastu dia cakap maaf la kalau cara dia buat aku rasa tak selesa semua.
errrrr.. kawan?? huhuhu.. menangis aku sekejap. macam mana aku tak lari kalau macamtu dia nak berkawan.. kawan??? dia tak ada kawan.. kenapa dia nak berkawan dengan aku pulak?? aku ada tanya dia..dia tak pernah bagitau. lepastu aku habis belajar, aku dah tukar phone number then aku dah lost contact dengan dia. sampai sekarang aku tak tau dia buat apa, kat mana. if kalau aku ade terjumpa dia lagi satu hari nanti, aku pasti akan lari jugak kot..hahahaha
errrr tak berani la..aku takut..so misteri ni sampai sekarang jadi misteri. aku tak tau apa yang dia nampaK?? Kenapa aku?? ape yang dia nak?? sampai sekarang masih terfikir. hmmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
Siti_ViPs posted on 4-4-2013 12:15 PM
da approve...
tq tt...
|
|
|
|
|
|
|
|
hiss.. kalu aku la di tpt tt org dok kaco2 cam tu..
mau nye takde mood nak gi class...giler ker aper org itu... |
|
|
|
|
|
|
|
selendangungu posted on 4-4-2013 02:47 PM
hiss.. kalu aku la di tpt tt org dok kaco2 cam tu..
mau nye takde mood nak gi class...giler ker ape ...
rimas kot dengan orang macamni..tak best je rasa
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kisah aku suatu ketika dulu. masa tu aku belajar di UiTM kampus puncak alam.
aku join satu program motivasi. even ada fasilitator kat dlm uitm nak handle program motivasi
tapi pihak kaunselor sana, nak aku join aktiviti ni.
jadi aku pun follow. aktiviti tu adalah nak naikkan semangat pelajar PMR & SPM. pelajar-pelajar yang nakal
dan pelajar-pelajar yang kurang harapan.
aku jadi fasilitator program ni. sekolah yang terlibat adalah SMK Puncak Alam. kami jalankan macam-macam aktiviti.
pagi tu ada aktiviti aerobik. ada aktiviti physical. then ada ceramah & macam-macam.
tiba malam pulak aktiviti motivasi diri. macam biasa lah, pasti nak buat sedih-sedih dan touching-touching or surprise kan.
ok, malam tu aktiviti kami buat macamni:
kami memberi sehelai kertas putih pada semua pelajar sekolah. then menyuruh mereka menulis 5 orang nama yang mereka paling
sayang ikut turutan. setelah selesai menulis, kami berkata "andaikan salah satu diantara mereka ni akan meninggal dunia
dalam masa terdekat ni. sila koyakkan nama orang yang pertama".
pelajar tu pada mulanya tak nak koyakkan nama-nama tu. setelah dipujuk dan diberitahu bahawa manusia tetap akan pergi
akhirnya mereka mengoyak kan. satu-satu nama dikoyakkan. lepastu kami menyuruh pelajar tu menggulungkan nama-nama tu dan susun
depan mereka. kelihatan seperti mayat family yang dah dikafankan dan menunggu masa untuk dikebumikan. mula lah muzik dan ayat-ayat sedih.
tiba-tiba
ada salah seorang berhampiran aku jatuh pengsan. aku menyuruh mereka meneruskan aktiviti. aku dan dua orang fasilitator perempuan
mengangkat budak pengsan tu dan letak kat atas sofa belakang. budak tu sedarkan diri. mungkin aktiviti terlalu penat
dua orang fasilitator perempuan mengurut budak tersebut. aku memandang pelik. aku dapat rasakan satu aura yang pelik.
aku cepat pegang kepala budak tu, bismillah... "sebelum kau terbakar, baik kau meninggalkan tubuh ini" aku berkata begitu.
no reaction. aku baca dalam hati ayat kursi dan budak tu terus menjerit dan memandang aku dengan mata tajam. terasa satu angin
menolak aku. aku terperanjat lalu terkebelakang sebentar. aku tengok semua orang buat biasa je macam tak nampak apa yang baru berlaku
dia pandang aku lepas tu ketawa.. "hek hek hek.. " macam mengilai dan sangat seram sambil menjeling kat aku.
aku jadi sangat marah dan geram. aku terus menyuruh mereka semua berhenti. aku inform mereka yang budak tu dah dirasuk.
aku suruh cari ustaz dan ade diantara kami pergi mencari ustaz.
mereka mula mencari buku yasin tuk dibaca. aku just suruh mereka zikir. "laillahailallah.." budak tu menjerit dan cuba menutup telinga.
benda tu sangat kuat. aku cepat tarik tangan budak tu aku dekat kan telinga ke arah ku. aku teruskan zikir dan hembus di telinga dia.
dia asyik suruh berhenti dan terus berlawan dengan aku. aku terus baringkan dia, pegang tangan, cengkam leher dan kaki lutut ku berada kat badan dia.
pergelutan berlaku sekejap.
aku terus berzikir ditelinga nya. merah cengkaman tanganku tapi aku tak berbelas kasihan. belakang aku sakit sangat. seorang fasilitator ni aku
meminta dia untuk membacakan azan. sebelum mula kami memberi amaran pada benda tersebut.
"baik kau keluar dari badan budak ni".. tapi no respon. aku bagi isyarat azan dan fasi ni bacakan azan. benda tu menjerit-jerit akhir sekali
dia menangis. menangis mendayu dan sedih. fasilitator lelaki tu terus menyapu muka budak tu dari kepala sampai bawah. akhir sekali budak tu
pengsan semula dan keluar air liur yang banyak sangat dari mulutnya. selang beberapa minit dia sedar. takde aura lagi. sudah normal.
ustaz baru sampai dan terus tawarkan air minum. budak tu minum dan malam tu aku ditugaskan untuk menjaga dia.
sebab takut ada rasukan lagi. program terpaksa diberhentikan sampai situ saja. dan aku tidur bersama budak tu dan pelajar-pelajar lain.
sekian...
|
|
|
|
|
|
|
|
ade sesuatu merasuk badan sahabat ku. sahabatku tak boleh berjumpa dengan suami dia.
dia berkata dengan semua orang, aku nak jumpa dengan perempuan yang pakai tudung tu. dekat tempat keje aku sume dok free hair.
bila benda tu nak jumpa aku, aku pun pergi la jumpa dia dalam gelap kat belakang. ni perbualan kami.
aku: kau nak apa?
dia: aku nak tunjuk gambar
*sambil membelek gambar-gambar kahwin. aku berasa pelik. satu-satu dia suruh aku tengok.
lepastu
dia: kau boleh tolong aku?
aku: hmmmmm tolong ape?
dia: aku nak pergi serting. tempat laki tu. aku nak tengok-tengok
aku: kau nak tengok apa??
dia: aku janji aku tengok saja
aku: aku boleh bagi kau pergi tapi dengan syarat. kau tak boleh bercakap, pergi sana tengok je, jangan buat hal dan balik dengan selamat kesini.
jumpa aku dan ceritakan segala benda yang kau nampak dan tengok. faham??
dia: ok, aku janji.
*kami siap buat perjanjian macam manusia jari kelingking dengan jari kelingking.
aku bincang dengan suami kawan aku dan dia setuju bawak kawan aku ni pergi serting sana. rumah laki tu. mereka pun pergi tapi balik lewat. so tak dapat berjumpa dengan aku.
benda tu tak keluar dan tak bercakap lagi. family dia cakap hairan biasa benda tu akan keluar dan kenapa tak keluar.
aku tiba-tiba teringat perjanjian tadi. dia tunggu aku.
besok pagi aku segera pergi kerumah dia. dia terbaring. dia nampak aku terus datang peluk aku dan perbualan kami:
dia: tolong aku. aku takut
aku: kau takut apa?? aku dah datang ni
dia: mereka. datang. baca-baca. sakit. takut.
aku: sekarang kau cerita dekat aku
dia: ada lilin terpacak dekat rumah tu. sorang perempuan rambut panjang selalu merayau-rayau disana. dan akan hilang bila senja menjelma.
aku jadi semakin tak faham. apa kaitan??
aku: kau keluar sekarang dari badan dia. dia nak pergi kerja.
dia: aku takut
aku: kau jangan takut. asal kau keluar semua selamat
dia: baiklah.
lepastu aku suruh kawanku genggam tanganku kuat-kuat sebagaimana dia takut. kuat sangat sampai nak patah rasanya tangan aku digenggam.
lepastu genggaman tu terlerai. aku usap-usap kepala kawan aku tu.
lepastu aku meminta family kawan aku ni bawak dia berubat. itu adalah pendamping yang mengganggu kawan aku. gangguan dia hanyalah
dia tak mau berjumpa dengan suami dia je. itu saja. tapi dia hanya mau bercakap dengan aku. seram.. ni antara babak-babak yang berlaku.
banyak lagi. nak cerita panjang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|