|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36
[Copy link]
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“ Emmm…awak salin pakaian dulu ya Ammar. Saya pusingkan badan saya. Saya tak boleh nak salin di tempat lain, atuk saya ada di luar. Takut pula kena marah dengan dia” kataku sedikit gugup.
Ammar tersenyum sambil memandangku. Dah kena sawan senyum ke dia ni?
“ Kenapa nak malu sayang. Awak dan sayakan sudah bebas melihat apa yang menjadi kepunyaan kita. Awak malu ke atau takut dengan saya?”
Kenapalah soalan kurang pandai yang dia tanya pada aku. Aku menggigit bibir bawahku. Apa aku nak jawab ni? Kekok pula aku jadinya..
“ Bukan takut...tapi seram…cepatlah, awak nak salin ke tidak?” Soalku dengan nada yang sedikit tinggi.
Hilang sedikit kesabaran aku ni. Eh..tak baik Yana meninggikan suara pada suami. Berdosa tau tak?? Tak cium bau syurga tau!! Bukan apa, tak kuasa aku nak layan. Dahlah tengok aku pun macam nak telan. Aku terus memusingkan badanku membelakangkannya.
“ Yelah..yelah. Awak jangan nak curi tengok pula, takut nanti tergoyah pula iman awak tu” ke situ pula si Ammar ni. Aku ke dia yang macam tu?
Tidak lama kemudian….
“ Siap sayang, awak boleh pusing tengok suami awak yang hensem ni.”
Dia bersuara beberapa minit selepas itu. Lalu, aku dengan ayunya berpusing ke arahnya. Subhanallah…kacaknya dia. Tersarung di badannya baju songket berwarna merah hati. Maka lagi terserlah ketampanan dan kemachoannya. Terpana seketika aku dibuatnya.
“ Ehem...saya tahu saya ni memang kacak, tak payahlah sampai terlopong mulut awak tu. Masuk dek lalat nanti, susah pula saya.” Aduh….malunya aku.
Padan muka kau Dayana. Kawallah sikit diri kau tu. Janganlah tunjuk sangat kekaguman kau tu, kan dah terperasan mamat tu. Tapi, memang dia nampak sangat segak.
“Perasan! Dah sekarang awak pula pusing. Jangan nak curi-curi tengok saya pula. Saya korek biji mata awak tu nanti, bagi kucing makan.” Saja aku mengugutnya begitu. Kononnya nak tunjuk garanglah.
Last edited by wipers81 on 25-7-2013 03:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 25-7-2013 03:07 PM
nak sambungan x
Naakkkkkkkkkkkkkkk...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 25-7-2013 03:51 PM
Naakkkkkkkkkkkkkkk...
tu part 6 kat atas...nanti sambung lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 25-7-2013 02:14 PM
wah...bagus mat_krai...sedapnya....yg penting kelim dengan tangan bukan acuan ek...hihiihih
original kelim la
tk main la pakai acuan |
|
|
|
|
|
|
|
mat_krai posted on 25-7-2013 03:56 PM
original kelim la
tk main la pakai acuan
bagus
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnya cerita ni...hbis tunggang langgang keja di buatnya bila asyik teringtkn certa ni...sweet sgt..suka2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-7-2013 07:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
miszz_qaseh posted on 26-7-2013 02:30 PM
bestnya cerita ni...hbis tunggang langgang keja di buatnya bila asyik teringtkn certa ni...sweet sgt ...
Terima kasih miszz_qaseh. Nanti sy akn smbung lg. |
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 27-7-2013 07:22 PM
Terima kasih miszz_qaseh. Nanti sy akn smbung lg.
ok..sy tunggu...
|
|
|
|
|
|
|
|
mie07 posted on 29-7-2013 01:49 PM
Bila nak sambung
kejap....
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia
“ Ei…takutnya saya. Berani ke? Nak dekat dengan saya pun awak takut, ini kan pula nak korek mata saya. Kalau berani marilah.” Aik...siap cabar aku pula dia ni.
“ Apa yang lama sangat korang kat dalam tu hah?!! Suruh salin baju saja, sampai berjam-jam ni. Cepatlah, kak Rozi tengah tunggu ni.” Kuat kedengaran suara Mak Uda menempik.
Aku menjelirkan lidah pada Ammar. Dia tergelak sambil menutup mulutnya. Lawaklah sangat. Aku memberi isyarat menyuruhnya berpusing.
Sebenarnya, aku menghadapnya sambil menyalin baju. Bukan boleh percaya sangat Ammar ni. Selesai menyalin pakaian, aku bergerak mendekatinya lalu menarik lembut bahagian belakang baju songketnya itu. Dia berkalih menghadapku. Kelihatan dia tergamam.
“ Cantiknya isteri abang ni. Pakailah tudung tu sayang. Abang mahu rambut sayang hanya untuk tatapan abang sahaja.”
Lantas dia mengambil selendangku berwarna putih lalu diletakkan ke kepalaku. Dia menundukkan sedikit kepalanya dan mencium dahiku. Aku rasa terharu. Mengalir satu rasa yang dingin ke seluruh urat sarafku. Tak tergambar olehku apa perasaan yang aku alami sekarang. Air mata yang hampir menitis cuba ku tahan dari keluar. Aku sebak. Aku membetulkan selendang itu selepas dia menjarakkan tubuhnya dariku. Kami kemudiannya keluar dari bilik itu.
“ Cantiknya anak mak ni. Kamu berdua memang padan sangat bak kata orang ibarat pinang dibelah dua. Bertuahnya mak dapat menantu yang comel macam kamu Dayana.” Aku hanya mampu tersenyum pada mak mertuaku.
Merekayang lain turut memandang ke arahku yang sedang dalam pelukannya. Aku cukup lemah kalau kena puji. Suamiku mengeyitkan matanya padaku lalu tersenyum penuh makna. Ei….seram aku dengan senyuman menggodanya itu.
“ Kak Rozi rasa baju tu memang padan dengan kamu. Cantik, terletak elok pada badan kamu. Akak rasa baju semuanya dahokey. Tudung akak akan bawa esok. Akak nak pergi tengok orang buat pelamin pula. Mertua kamu ni hah, beria-ia nakkan kamu bersanding. Baju tu nanti, kamu gantung ya. Esok akak datang awal, nak siapkan kamu berdua ni. Akak turun dululah ya.” Ramah sungguh kak Rozi ni. Mak andam lah katakan, kalau tak ramah macam mana nak cari makan.
Last edited by wipers81 on 29-7-2013 03:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Selesai menyalin kembali pakaian kami, aku dan Ammar turut menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung yang sudi datang membantu. Puas dilarang oleh Maklong, tapi aku tak suka kalau duduk sahaja tanpa melakukan apa-apa kerja. Hari pun sudah menginjak senja. Kerja ditangguh sebentar bagi memberi laluan kepada penduduk kampung yang datang untuk pulang ke rumah, berehat sebentar dan menunaikan kewajipan sebagai muslim.
Kami yang di rumah atuk juga turut berbuat demikian. Seronok sebab dapat berjemaah ramai-ramai seperti ini. Bukan selalu peluang untuk solat bersama seperti ini tiba. Bahagia rasa hidup aku sekarag. Syukur Alhamdulillah….
“ Ammar, ayah mahu kamu jadi imam hari ini. Kamu sudah pun berkahwin, dan sudah menjadi ketua keluarga sekarang. Secara tidak langsung, anggaplah ini sebagai latihan kepada kamu untuk menjadi seorang khalifah dalam keluarga kamu nanti.” Ayah mertuaku bersuara.
Selama di rumah mereka hanya sekali kami berjemaah itu pun ayah mertuaku yang menjadi imam. Selalunya, dia dan suamiku keluar ke masjid berdekatan setiap kali masuk waktu Maghrib dan akan pulang selepas selesai solat Isyak. Kelihatan suamiku mengambil tempat di hadapan.
Dia kelihatan segak dengan baju melayu hijaunya dan berkain pelikat. Ringkas penampilannya kerana selama ini tiap kali ke masjid dia hanya mengenakan t-shirt dan track suitnya sahaja. Hati aku tersentuh bila mendengar dia mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Lancar dan tenang bacaannya. Ya Allah, jika dia adalah jodohku, panjangkanlah ia hingga ke akhir hayat kami….
**********************
“Abang Shukri, saya bangga dengan abang. Walaupun pada mulanya saya marah dengan tindakan anak abang terhadap anak buah saya, namun saya terima semua yang sudah tertulis. Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan. Saya kagum dengannya kerana dia tidak malu mengakui kesalahannya pada saya malam itu.”
“Sebenarnya, dia telah menceritakan pada saya apa yang terjadi, saya rasa bersalah dengan anak buah saya kerana memaksanya supaya mengahwini anak abang. Saya harap keputusan yang saya buat tidak salah. Saya bangga dengan didikan yang abang beri pada anak abang. Sebab itu, saya rela dan ikhlas menyerahkan anak buah kesayangan saya dalam jagaan abang. Bimbinglah dia bang, saya tahu anak abang mampu bahagiakan dia.”
Sungguh, Zakaria rasa kagum dengan anak muda seperti Ammar. Zakaraia sangat berharap bahawa dia tidak salah menilai akan ‘menantunya’ itu. Shukri menepuk lembutbahu Zakaria.
“Insya Allah Zakaria. Janganlah risau,selagi abang dengan kak Munirah kamu ada, kami tidak akan mensia-siakan menantukami itu. Dia adalah anugerah yang tidak terhingga yang Allah S.W.T kurniakan pada kami sekeluarga.” Zakaria hanya mengangguk.
Amzar Shahiman yang sedari tadi duduk berhampiran mereka hanya diam sahaja. Sedang dalam hati, masih belum menerima hakikat gadis itu sudah menjadi milik orang. Berdongkol geram dalam hatinya terhadap jejaka itu sebenarnya. Walaupun dia cuba beriak tenang, namun dalam hati hanya Tuhan yang tahu bagaimana terseksanya dia sekarang.
Iman bungkam!! Masih adakah harapan untuknya menakluki hati gadis itu? Ah…jangan memandai Iman. Sejak peristiwa hitam yang melanda gadis itu, ketenangan hidup Iman benar-benar sudah hilang.
Eddy menyiku Iman yang duduk di sebelahnya. Diam sahaja dari tadi. Risau juga Eddy dengan keadaan Iman kebelakangan ini. Dia tahu, hati sepupunya itu terluka dengan semua yang berlaku. Nampaknya, Eddy perlu menasihati adik sepupunya itu. Bimbang, jika Iman berterusan membawa hati yang luka begini, lebih buruk akibatnya di masa hadapan.
“Sudahlah tu Iman, terimalah kenyataan. Dia bukan jodoh kamu. Lupakanlah dia sebagai pujaan hati kamu. Anggaplah dia sebagai adik kamu macam yang abang Eddy layan dia selama ini. Kita doakan dia bahagia. Sekarang tumpuan kita pada Liana. Dia perlukan kita.” Eddy tahu, Iman sedang berduka. Iman ada meluahkan isi hatinya terhadap adik sepupu mereka itu. Barangkali tiada jodoh antara Iman dan Dayana.
“Bukan senang saya nak buang perasaan yang dah lama bertapak dalam hati saya ni abang. Namun, saya akan cuba bang.” Dia cuba menahan kesedihan yang terbit dalam hatinya. Dia harus belajar menerima kenyataan ini walaupun ianya sangatlah pahit.
Last edited by wipers81 on 29-7-2013 03:21 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ala sikitnye he he nak lagiiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
BAB 20
Maklong memakaikan aku inai. Usai tugasnya, dia keluar dari bilik pengantin yang dikhaskan untukku dan Ammar. Kakak dan kak Ika dah lama menghilang, mahu melihat orang membuat pelamin kata mereka. Aku pula disuruh baring sahaja sementara menunggu inai di jari kering. Bosannya aku keseorangan dalam bilik ini. Serta-merta aku teringatkan Ammar. Sukar untuk aku lupakan bagaimana segaknya dia tadi. Aku kagum dengan kredibilitinya sebagai imam semasa kami berjemaah solat Maghrib dan Isyak tadi.
Aku akui, sejak mula bertemu aku memang sukakan dia. Hati aku berkeras menganggapnya hanya sebagai kawan sahaja. Semuanya kerana rasa sayangku pada Fahim masih menggebu. Walaupun dia cuba mengambil kesempatan padaku tempoh hari dan ya, masih berbaki lagi marahku padanya. Namun, sukar untuk aku membencinya. Malah sebenarnya, aku berterima kasih padanya kerana dia sudi mengahwiniku sedangkan dalam usia begini masih banyak impian yang perlu kami kejar. Jauh di sudut hatiku, rasa bahagia mula muncul sebenarnya. Haram bagiku untuk mengingati lelaki lain selepas berkahwin. Akan aku kuburkan sebarang perasaanku pada Fahim mulai sekarang.
“Assalamua’laikum isteri abang. Boleh abang masuk ke sayang?”
Hai, apasal pula dia minta izin kali ni. Selalunya main redah saja. Eh, masa tu di rumahnyalah, kan sekarang ni di rumah atuk aku jadi kenalah beradab sikit.
“Hmm..masuklah. Selalunya awak main redah saja, hari ni siap minta izin lagi. Awak demam ke?” Sengaja aku memerlinya.
Dia tersengih, lalu masuk dan melangkah menuju ke katil tempatku sedang berbaring. Dilabuhkan duduknya di birai katil memandangku dengan pandangan menggoda. Redup gila pandangan itu. Wahai hati, janganlah cair.
“Sayang, abang ada permintaan pada sayang. Sejak kita kahwin, tak pernah abang dengar sayang panggil abang dengan perkataan ‘abang’. Sayang masih tak maafkan abang ke? Sayang cakaplah, apa yang perlu abang lakukan supaya sayang maafkan abang. Abang sanggup buat apa sahaja untuk mendapat keampunan dari isteri abang ni. Cakaplah apa yang sayang nak abang buat?”
Hampir luruh jantung aku dengan pujuk rayunya. Sebenarnya, aku dah lama maafkan dia. Cuma, entahlah...aku masih perlukan sedkit masa lagi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini.
“Janganlah cakap macam tu. Saya tidak berhak menghukum apatah lagi berterusan mahu membenci abang...ops…” secara tidak sengaja aku tersebut kalimah itu.
Aku menekup mulutku dengan belakang tapak tanganku. Dia tersenyum nakal. Memandang tepat ke arahku.
“Apa yang sayang cakap tadi…boleh ulang sekali lagi. Tolong sayang, abang nakdengar ni. Cepatlah, abang masih setia menunggu ni..” Alahai…sengaja betullah dia ni nak mendera aku.
“Mana ada saya kata apa-apa. Awak saja yang perasan.” Dalihku.
Hesy…apa pula itu yang kau jawab Dayana. Bila ayat di mulut dan hati tak seiring, inilah jadinya. Sampai bila kau mahu menipu hati kau Dayana.
“Yelah, saya sorang saja yang perasan. Tak mengapalah. Saya tahu banyak salah saya pada awak. Saya takkan paksa awak untuk menerima saya. Saya akan tunggu hingga awak benar-benar sudah memaafkan saya.” Terus sahaja dia melangkah keluar meninggalkan aku keseorangan.
Hai…tiba-tiba panggilan pun dah berubah. Padan muka kau Dayana. Tengok, kan dah merajuk laki kau tu. Macam mana nak pujuk orang lelaki yang tengah merajuk ni. Aduh…pening kepala aku kalau macam ni. Menyesal pun ada. Tulah, mengada sangat kau ni Yana. Nasib baiklah tangan dan kaki aku penuh dengan inai yang masih lagi belum kering sepenuhnya. Kalau tak, dah lama aku melompat turun aku dari katil ni. Kejar suami aku tu……….
Last edited by wipers81 on 29-7-2013 03:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
biarlah dayana terus bahagia dgn Ammar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Lama juga aku menantinya masuk kembali ke bilik. Namun hampa. Inai di jariku sudah kering, aku bangun dari katil melangkah turun ke dapur menuju ke bilik air untuk membasuh inai di jariku itu. Selesai, aku melihat jam di dinding. Patutlah sunyi, pukul dua pagi rupanya. Semuanya sudah lena. Keletihan, kerana seharian membuat kerja. Bergelimpangan tubuh-tubuh keluargaku di rumah atuk aku ini. Masing-masing dengan gaya tersendiri.
Aku mencari kelibat suamiku. Di mana dia tidur agaknya? Tiba-tiba, aku terpandang sesusuk tubuh yang sedang baring memeluk tubuh di bangsal yang dibina di luar dapur atuk sebaik pintu belakang aku buka. Bangsal yang dibina khas oleh penduduk kampung yang datang merewang. Sayu hati aku melihat tubuh dia mengerekot kesejukkan. Mungkin kerana marahkan aku, dia sanggup tidur di situ.
Perlahan aku bergerak menghampirinya…….
“Abang, bangunlah. Kenapa tidur di sini? Mari, tidur dalam bilik. Karang atuk nampak awak tidur di sini, saya yang kena marah. Bangunlah abang..”
Sengaja aku memanggilnya begitu. Berharap agar kalimah itu dapat memujuknya. Dia menggeliat sedikit kemudian bangun duduk bersila lalu menggosok matanya.
“Dah pukul berapa sekarang? Abang mengantuk sangat, tak sedar pula terlena disini. Eh, mana yang lain?” Kepalanya ditoleh ke kanan dan ke kiri. Riak muka hairan dipamerkan olehnya. Dia menggaru kepalanya. Seingatnya tadi, ramai yang ada di sini.
Sangatlah comel gelagatnya ketika ini. Hampir nak tergelak tapi aku tahan. Merajuk karang susah pula aku. Ish…laki kau dikata comel. Macholah Dayana, bukan comel…..
Last edited by wipers81 on 15-8-2013 04:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“Entah, saya pun terlena tadi. Saya terjaga, ingat awak ada dalam bilik, terus saya bangun cari awak. Berani juga awak tidur kat sini ya?”
Berdiri bulu roma aku dengan suasana gelap di belakang bangsal itu. Selama ni, jangan harap aku akan keluar kalau hari dah malam. Tiap kali waktu senja, jika atuk suruh tutup reban ayam kat belakang rumah dia tu, Liana akan aku suruh menjadi peneman. Selepas tertutupnya pintu reban ayam tu, aku akan lari macam lipas kudung. Selalulah aku dengar Liana menjerit kerana aku sering meninggalkannya.
Kagum juga aku dengan keberanian suamiku ini. Eh…bukan dia tahu apa-apa pun…..
“ Kalau abang kata abang takut, sayang nak temankan abang tidur di sini ke? Marilah, sebelah abang masih kosong ni. Sejuk sayang kat sini, kalaulah ada peneman di sebelah abang lagi bagus, rasa hangat sikit.”
Sebuah cubitan singgah ke pahanya. Amik kau…gatal sangat. Tu makan dia. Kan dah dapat balasan.
“Auch…amboi dah macam ketam pula sayang abang ni. Boleh tahan bisa juga ya cubitan sayang ni…aduh….”
Dia mengaduh kecil sambil menggosok pahanya. Jangan lebam sudah. Huhuhu…kena dera dengan bini…
“ Padan muka, itulah padahnya kalau gatal sangat. Dah, jangan nak merepek. Mari masuk! Karang tak pasal-pasal awak demam pula berembun malam-malam ni. Esok bila orang tanya mana pengantin lelaki, apa saya nak jawab?”
Aku menarik lengannya. Entah bagaimana, dia merentap lembut lenganku. Imbanganku hilang lalu terduduk di ribanya. Dia kemudiannya dengan pantas memelukku. Aku terkaku!!
“ Abang dengar sayang panggil abang apa tadi. Abang bukan tidur lena sangat pun. Adakah sayang dah maafkan abang? Janganlah seksa abang macam ni sayang. Sebelum ni abang tak pernah jatuh cinta sehebat ini. Sayang benar-benar memukau abang hingga abang tak boleh lupakan sayang walau seminit sejak abang mengenalimu. Abang cintakan awak dan sangat-sangat cintakan awak.”
Bisiknya di telingaku. Aduh….hati aku dah cair ni….
Last edited by wipers81 on 15-8-2013 04:58 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Sungguh aku terasa di awang-awangan saat ini. Tanpa sedar, aku memeluknya. Terasa pipiku dicium dan kemudian bibirku pula terasa disentuh oleh bibirnya. Hampir tenggelam aku dalam keasyikkan itu.
Kemudianaku tersedar….
“ Maaf..saya….saya masuk dulu.”
Aku terus berlari meninggalkannya. Aku malu dengan perlakuanku. Aku terus menyembamkan mukaku ke bantal sebaik masuk ke kamar pengantin. Bukan menangis, tetapi cuba menyembunyikan wajah yang terasa panas dengan insiden tadi. Perlahan aku mendengar lantai papan di bilik ini berkeriut dipijak. Aku tahu siapa gerangannya. Aku mendengar bunyi daun pintu di tutup perlahan. Jantungku berdebar sangat hebat. Terasa bahuku disentuh lembut. Aku mengangkat mukaku memberanikan diri memandangnya.
“ Kenapa lari tinggal abang macam tu sayang? Marahkan abang ke? Abang janji takkan buat macam tu lagi. Cakaplah sayang, jangan buat abang macam ni” rayunya.
Saya tak marah awaklah, saya malulah…aku hanya mampu menjerit dalam hati sahaja. Apa aku nak buat ni?
“ Maaf. Saya…saya…tak tahu apa yangberlaku tadi. Saya tak marahkan awak eh…abang. Saya tak marahkan abang, Cuma saya gugup sedikit tadi. Saya tahu saya berdosa mengabaikan awak selama ini. Saya belum bersedia, saya takut sebenarnya abang. Saya minta ampun dari abang.”
Laju sahaja tanganku mencapai tangannya lalu mencium tangan suamiku. Masa akad nikah kami dulu, aku tak sempat berbuat demikian. Waktu itu, aku terus sahaja meninggalkannya dan tinggal dengan Kak Ngah selama beberapa hari. Yelah, aku sangat marahkannya masa tu. Sampai nampak bayang dia pun aku dah menyampah. Inikan pula kalau nampak orangnya.
“ Sayang tak buat salah pada abang. Sebaliknya, abanglah yang bersalah. Abang harap, kita mulakan hidup yang baru, ya sayang. Abang dan sayang akan sama-sama mengharungi bahtera hidup bersama. Kita sama-sama akan menjejak ke menara gading dan abang takkan halang sayang. Kita akan bersama-sama ya sayang. Abang sayangkan awak…..”
Terus sahaja aku diraih dalam pelukannya. Terasa tenang aku dalam pelukannya. Aku leka dibuai perasaan aneh yang hadir dalam diriku sekarang. Akhirnya malam kian melabuhkan tirainya….terbuai dengan kedinginan malam yang kian mencengkam
Last edited by wipers81 on 15-8-2013 05:04 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|