|
[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)
[Copy link]
|
|
RinIna replied at 28-1-2016 12:05 PM
Ala2 Macho je tt bercerita.. huhu.. best..
Kannnn.. aku bayangkan dia ni hensem + sado sambil dia pegang hp utk merakam story2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha.. lagi dasat imajinasi ko tu kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by izzarishaiqal at 29-1-2016 01:04 PM
wahhh..rare la cite tt ni lain dari yg lain...best giler nak lagi..nak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Mat sentul hidup lagi la sis... sihat lagi dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dammerung at 31-1-2016 09:52 PM
Asrama (Bahagian II - Akhir)
Tiga hari berlalu dan aspuri pun dah pulih dari gangguan. Kes histeria jadi topik basi dan kehidupan berjalan seperti biasa. Selepas prep petang, Abang Sham tak singgah Dewan Makan untuk minum petang kerana mahu segera turun main bola di padang.
Hujan bukan masalah bagi Abang Sham dan rakannya malahan bertambah leka pula mengejar bola sambil bergelumang dalam lumpur. Lebih kurang 5 meter belakang tiang gol ada taman permainan. Semua perasan ada seorang kanak-kanak perempuan sedang berdiri atas buaian sambil berayun selaju-lajunya. Pada mulanya mereka membiarkan sahaja tetapi bila hujan semakin lebat, rakan Abang Sham, Man berteriak.
“Adik, balik rumah laa…hujan ni..kang demam!”
Man direnung tajam tatkala ayunan buai semakin perlahan. Semua tertawa apabila kanak-kanak itu melayangkan jari tengah kepada Man.
Gelak tawa terhenti apabila kanak-kanak perempuan tersebut secara perlahan melarikan hujung ibu jari ke lehernya. Kata Abang Sham melihat budak kecil memberi isyarat “potong leher”, perasaan seram terasa satu badan, dan mungkin juga dirasai teman-teman lain kerana tanpa sebarang kata-kata, mereka meninggalkan budak perempuan aneh itu dan pulang ke dorm.
Ketika makan malam, Man berkongsi kejadian semasa mandi di bilik air tingkat dua. Pintu bilik air tingkat dua aspura yang tak pernah bertutup tiba-tiba terhempas kuat. Dia sedang membasuh berdekatan pintu yakin memang tiada angin atau orang ketika pintu tertutup. Bukan dia seorang dalam bilik air makanya tak takut sangatlah. Bilik air tingkat dua sentiasa lengang kerana warga aspura lebih memilih samada open bath area (kolah air besar) di bawah atau shower bilik air tingkat tiga kerana water pressure laju. Hampir 20 minit juga mereka mengetuk pintu minta di buka dari luar.
Selepas prep malam, Abang Sham dan rakan-rakan melalui koridor sebelah gazebo. Sempat jugalah bergurau kata ada lembaga atas gazebo sambil ketawa. Lampu salah satu kelas Tingkatan Satu masih menyala. Seorang rakan Abang Sham, Kucai yang terkenal dengan poyonya pergi lah ke kelas dan berteriak lagak senior.
“Apasal tak balek lagi hah! Tau tak dah pukul berapa ni!" Katanya sambil bercekak pinggang.
Melihat rakannya tercegat macam orang bodoh depan pintu, tergelaklah semua sambil memerli.
“Steady senior Kucai, taun depan confirm jadi ketua aspura”
“Dah wei, jom jom” kata Kucai tergesa-gesa.
Sepanjang perjalanan ke Dewan Makan, tiada satu patah perkataan pun keluar dari mulut Kucai, Abang Sham bertanya pada temannya ini.
“Apasal Cai bukannya ko paling bising ke, diam je?”
Lama juga Kucai termenung sebelum menjawab…
“Aku rasa aku nampak hantu lah…”
Di kelas Tingkatan Satu, Kucai lihat sekumpulan pelajar berdiri membelakanginya. Masa Kucai sound, mereka hanya menjeling. Kata Kucai tak tahu kenapa, bulu romanya meremang dan naluri kuat mengatakan ini bukan orang. Sebab itu dia cepat-cepat berambus tadi.
Rakan Abang Sham yang over excited pasal gazebo kelmarin, Firdaus dah semangat nak beritahu high committee aspura. Dipendekkan cerita beramai-ramai lah ke blok kelas Tingkatan Satu kecuali Abang Sham. Dalam dorm, Firdaus cerita pelajar-pelajar Tingkatan Satu kelas tersebut mengesahkan keluar kelas pada waktu ditetapkan dan tutup lampu. Belum sempat cerita habis;
Laungan ‘Polong!’ ‘Polong!’ memecah ketenangan malam. Sebiji bola api terapung di antara dua blok aspura kembali memeriahkan suasana.
‘Polong’ terbang melintasi bumbung aspura dan hilang dari pandangan. Suara Ustaz Ali mengarahkan warga aspura berkumpul di surau bergema dari speaker. Setelah menunaikan solat sunat dan bacaan-bacaan doa, ketua geng surau mengatakan serangan benda halus ini terjadi kerana ramai penghuni aspura melakukan perkara-perkara haram.
Besoknya, sekitar pukul 4 petang, Abang Sham pulang dari outing dan mendapati Bilik TV sesak sampai ramai terjengket-jengket cuba melihat ke dalam. Abang Sham terserempak dengan Firdaus.
“Apasal ni Fir?”
“Budak form three kena kacau dengan pocong kat toilet tingkat dua”.
Menurut Firdaus, mangsa menceritakan semasa mandi tengahari, pintu berdentum tertutup dan tak boleh dibuka dari dalam. Ketika dalam usaha buka pintu, mereka perasan pancuran air kubikel shower paling hujung tak henti-henti dari tadi. Salah seorang pergi ke kubikel tersebut dengan niat beritahu kawan syok mandi lama sangat itu bahawa pintu dah terkunci.
Kedatangannya disambut sekujur tubuh berbalut plastik sampah hitam. Leher, badan dan kaki berlilit tali raffia merah menampakkan lagi bentuk seseorang seperti bersolat di bawah pancuran shower. Apa membuatkan dia jatuh terjelepuk ialah plastik kembang kuncup di mulut seperti orang kelemasan diserkup plastik.
Lagi tiga orang menoleh ke belakang dan terkejut melihat lembaga hitam terpacul dari dinding kubikel. Mungkin ramai dah pergi prep, tak sedar pintu bilik air tingkat dua di hentak bagai nak roboh. Pelajar menegur tadi dah tak sedarkan diri dan yang lain meluru masuk ke tandas berhampiran lalu mengunci dari dalam.
Semasa warden buat spot-check untuk pastikan tiada ponteng prep, dia menemui seorang terkulai di lantai dan lagi tiga berkurung dalam tandas sambil mengigil ketakutan. Warden terpaksa pecah pintu kerana bila disuruh keluar, mereka hanya laungkan azan berulang kali.
Khamis malam Jumaat. Para penghuni aspura sibuk packing untuk pulang ke kampong halaman sempena cuti panjang hujung minggu. Seperti biasa aspura happening kerana holiday mood. Abang Sham berpakat dengan rakan-rakannya untuk fly ke pekan malam itu. Fly, atau keluar asrama tanpa kebenaran adalah tradisi aktiviti malam Abang Sham dan rakan-rakan sebelum cuti balik kampong.
Dipendekkan cerita, mereka pulang dari pekan hampir pukul 1 pagi. Sebuah tangki air besar terletak di salah satu sudut sekolah menjadi entry point untuk kaki flyers. Terdapat satu opening pada pagar dawai untuk menyelinap keluar dan masuk. Dari situ mereka harus merentasi blok-blok kelas sebelum masuk ke blok aspura melalui pembetung sebelah Dewan Makan.
Lebih kurang 5 minit untuk sampai ke aspura, semua terdengar bunyi-bunyian datang dari salah satu kelas. Perasaan ingin tahu membuak-buak membuatkan keputusan diambil untuk memeriksa.
Berselindung di sebalik pokok pagar, Man mengesahkan kelas sama yang Kucai sound 'budak-budak' tempoh hari. Dengan berhati-hati mereka menghampiri untuk pandangan lebih jelas.
Lampu koridor melimpah masuk dalam kelas dan ternampak kelibat terbongkok-bongkok di meja guru. Hampir terkucil Abang Sham apabila kelibat itu menjenguk dari permukaan meja dan memandang mereka dengan mata bersilau persis mata kucing. Kata Abang Sham dia punya berdebar-debar macam nak terkeluar jantung. Pergaduhan kecil tercetus apabila ada mahu lari dan ada nak merangkak sampai aspura.
Tiba-tiba beberapa kelibat seperti manusia melompat ke atas meja. Dengan sekelip mata, Abang Sham dan lain-lain dah berlari menuju ke pembetung. Belum sempat nak cool down, didapati aspura terang-benderang.
Apa yang terjadi adalah rentetan dari kejadian mistik semasa Abang Sham fly, ringkasannya geng surau ditegur 'budak perempuan' di tingkap surau. Kira nasib baik juga lah ramai berkeliaran di bawah dan Abang Sham blended in right away.
Penampakan entiti di surau adalah klimaks kepada kes-kes hantu di asrama. Arahan berkumpul di Dewan Makan berkumandang dari speaker. Tanpa pembuka kata, Ustaz Ali mengisytiharkan gitar kapok, walkman, kaset lagu, majalah humor/hiburan dan segala bentuk benda lagha sebagai contraband. Raid besar-besaran akan dilakukan malam itu juga. Penghuni setiap dorm akan dipanggil semasa dorm mereka digeledah dan yang lain berada di Dewan Makan sementara menunggu giliran.
"AKU BUNUH KORANG!! JANGAN MAIN-MAIN DENGAN AKU!"
Dengan ugutan keras sebegitu, tak perlu tunggu lama untuk semua di Dewan Makan berkejaran ke blok aspura. Seperti menonton teater, seluruh aspura menyaksikan Kucai yang tak berbaju berkonfrontasi dengan kumpulan geng surau dan high committee sambil memegang batang besi.
Sejak dari Tingkatan Satu, tak pernah dia melihat Kucai naik hantu begini. Dada turun naik dan mata merah, ibarat dirasuk jin. Tiada siapa berani mendekati kerana semua tahu dari perilaku Kucai ketika itu, dia tidak teragak-agak membalun sesiapa sahaja yang cuba jadi hero.
Ustaz Ali dan warden cuba menenangkan dengan memberitahu Kucai bahawa mereka tidak akan merampas gitar kapoknya. Sekumpulan lelaki menghampiri dari belakang dan terus menerjah. Tanpa disangka, Kucai terlalu kuat untuk dijatuhkan. Dengan mudah dia menolak orang-orang yang cuba memegangnya.
Kali ini Kucai benar-benar mengamuk. Bertaburan penghuni aspura melarikan diri apabila menghayun batang besi secara rawak dan mengejar sesiapa sahaja depan matanya.
Kata Abang Sham seronok juga main lari-lari, macam main nyorok-nyorok. Si Kucai pula naik sheikh terpekik terlolong sambil merosakkan harta sekolah; tingkap kaca, speaker, set TV di bilik TV dan telefon awam menjadi mangsa keganasan Kucai.
Tak lama kemudian polis tiba di aspura. Apa yang peliknya bila nampak polis, Kucai tiba-tba pengsan. Amukan Kucai tamat sekitar pukul 4 pagi. Seminggu berlalu dan penggal kedua persekolahan bermula. Tiada lagi kejadian-kejadian aneh. Cuma agak terkejut dengan berita Kucai dah pindah sekolah.
Itu lah cerita 'mistik' Abang Sham sewaktu beliau di Tingkatan 4...20 tahun dulu (sesi rakaman ialah tahun 2008)
Abang Sham melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada tahun 1990 dan kemudian berhijrah ke Canada dimana dia menetap sehingga sekarang. Beliau dengan baik hati menjadi host aku selama 3 bulan semasa summer 2008.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Haha..
Bab asrama ni memang menarik. Biarpun hantu keluar banyak, percayalah yang tiada apa yang akan menakutkan budak2 laki untuk fly.
Zaman sekolah aku, penuh cerita hantu dekat lab, hantu hujung padang dan segala hantu tempat hotspot utk fly tapi tak penah gagal utk fly. Hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-2-2016 05:25 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
thoyol replied at 1-2-2016 05:08 PM
Haha..
Bab asrama ni memang menarik. Biarpun hantu keluar banyak, percayalah yang tiada apa yang ...
Aku sebenarnya tak berapa berkenan dengan cerita hantu asrama sebab aku bukan budak hostel.
Bila orang cerita hantu masa kat asrama, aku tak dapat feel since tak ada pengalaman life asrama ni camana.
But then gotta to give credits kepada siapa-siapa yang bertahun duduk hostel.
Bagi aku menempuhi zaman remaja yang penuh pancaroba secara independent lebih menakutkan dari pengalaman nampak hantu...aku sendiri tak boleh imagine surviving years hidup kat asrama...perkara remeh macam toilet sekolah harian pun aku susah nak tolerate, ini kan toilet hostel..so kudos kepada mereka yang duduk hostel dari form 1 sampai form 5.. |
|
|
|
|
|
|
|
Duduk asrama tak sah la kalau takda gangguan..
Ada sorg bdk pmpuan ni tiap2 bln ada je kena histeria n rasuk..tiap Kali jd..mesti blackout..pling xley lupa warden aspuri mesti ajak bdk2 aspuri 3 org temankn dia tido..rotate ..setiap org msti pnh g tido kt umh dia..kecuali bdk yg selalu kerasukkan tu..hahha..warden takot letew |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 1-2-2016 09:52 PM
kisah seram kat asrama ni memang banyak la..kat mana2 asrama pun mesti ada benda gini..
yg beza, berat dan ringan je kesnya
macam asrama sekolah saya dulu..sekolah ni sekolah biasa..tapi ada sediakan asrama utk budak yg duduk jauh..
saya tak duduk la sebb rumah dekat..
tapi gatal jugak nak merasa duduk asrama..masa ni dari form 1-3 gituh..
satu malam tu..saya ikut lerr member yang duduk asrama ni..tidur satu malam.
Satu dorm tu ada 20 orang , katil double decker tu..so ada 10 katil satu dorm.
punyalah excited tidur kat asrama, malam tu borak sampai tak ingat dunia..sedar2 jam dah masuk 2 pagi..
tengok kiri kanan...hanya tinggal penghuni katil yang saya duduk tu je yang masih belum tidur..maknanya tinggal tiga orang termasuk saya yg belum tidur..
so, nak ke tandas, dah mula takut. Kami berangkai tiga orang pergi toilet.
Dah siap buat apa yang patut, berangkai sekali lagi ke dorm semula.
Masa lalu di koridor tu...tiba-tiba dengar derapan tapak kasut yang kuat dan ada rentak..macam orang berkawad tu..
serentak tu jugak, bunyi macam senapang dilaraskan.
Kami saling berpandangan....mula angkat kening masing2..masing2 geleng..maknanya tak tahu apa benda bunyi tu..
dorm kami pulak, agak jauh dari toilet...
sekali dengar bunyi suara lelaki bertempik kuat..macma suara lelaki jepun. Saya yang dengar dengan jelas tu..sudah pucat muka..mata tak berkelip pandang depan
Terasa lengan saya dicuit dan dipegang kuat..
"Kau nampak tak?"
"Nampak..." Saya jawab.
"Betul ke? Atau mimpi jek?" Sorang lagi kawan saya tanya..
Derapan kasut tu makin kuat menghala ke arah kami. Dalam keadaan samar cahaya lampu tu, perlahan kami nampak susuk tubuh askar jepun berbaris di depan sambil memegang senapang dan pedang. Yang hairannya, dia orang ni berbaris dan berkawad terus ke arah kami. Sampai terasa angin lalu, sedar2 askar jepun tu dah ke arah toilet.
Apa lagi..berlari la ke dorm. Esok pagi, kawan saya dua orang tu demam. Saya pula habis je waktu sekolah, terus balik rumah dan lepas tu tak nak dah tidur kat asrama tu..baru rasa teruja nak tidur kat asrama dah kena kacau...hahahhaesok desak kawan lelaki yg duduk kat asrama tu cerita apa sebenarnya yang berlaku..sebb sebelum tu, dia duk usik2 pasal hantu yg mengacau.
bila desak tu..dia pun ceritalah..memang dalam sebulan ada beberapa malam bunyi derapan tapak kasut askar jepun ni berkawad..
tapi diorang dah lali dah...dah tak kisah..buat bodoh je..rupanya asrama lelaki pun askar jepun ni muncul
saya yg first time kena kacau ni...tentulah menggelabah itik! Cis! Tak guna punya kawan! Hantu betullah!
maaf tt...menumpang cerita kat sini..teringat kes jumpa askar jepun..
salah seorang kawan saya yg demam tu sekarang ni jadi cikgu kat sekolah tu jugak...dan asrama tu pun masih ada...
tapi masuk form 4, saya pindah sekolah, masuk sekolah asrama kat terengganu..sekolah yang kes kerabat urban legend tu cari waris...huhuhu...lagi haru...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku sering tertanya-tanya kenapa budak pompuan sekolah asrama sering kena histeria.
Padahal masa kat universiti boleh dikatakan unheard of female students histeria.
Dan eksklusif pula tu, budak pompuan melayu je kena...cina, india, kadazan, iban dan apa-apa bangsa bukan melayu tak pernah pulak aku dengar kena histeria.
lepas tu macam trend pulak, sorang kena terus menjangkit histeria berjemaah selama dua, tiga hari...
sesungguhnya aku tersangatlah skeptik dengan ketulenan histeria di sekolah
|
|
|
|
|
|
|
|
Interesting enough, berdasarkan apa yang aku baca...
Semasa penjajahan Jepun, mereka membina sendiri bunker untuk penginapan. Tempat paling popular ialah terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai "Terowong Jepun/Lubang Jepun". Selain dari bunker buatan sendiri, Tentera Jepun juga memilih markas-markas tentera sedia ada seperti lapangan terbang Butterworth, Sungai Petani dan Alor Setar.
Bertentangan dengan urban lejen hantu Jepun di sekolah-sekolah, teramat sedikit maklumat sekolah direkodkan menjadi markas oleh Tentera Jepun. Sekolah-sekolah berstruktur penuh (full-scale building/complex) yang beroperasi sebelum Perang Dunia Kedua adalah samada sekolah aliran mubaligh Kristian atau sekolah vernakular Cina. Ada mengatakan Tentera Jepun amat kuat pegangan agama Shinto dan tidak menjadikan struktur-struktur religi seperti sekolah mubaligh kristian sebagai markas kerana dikhuatiri menganggu spiritualiti mereka. Struktur bangunan binaan British biasanya hanya menjadi pusat pemerintahan tertinggi. Seperti ura-ura mengatakan sekolah St. Michael Ipoh menjadi pejabat Jeneral Yamashita.
Kebanyakkan sekolah hanya menjadi pusat indoktrinasi Jepun atau Japanisation ke atas penduduk tempatan melalui silabus-silabus pembelajaran.
Tiada kes harakiri direkodkan terjadi di Malaya dan jika ada, mungkin terjadi di bunker-bunker binaan sendiri dan tidak direkodkan.
Kematian Tentera Imperial Jepun samada harakiri, kamikaze atau terbunuh semasa pertempuran tidak ditanam. Folklore mengatakan, Tentera Jepun yang terbunuh akan dibakar atau dimakan oleh rakan seperjuangan. Tinggalan mayat kemudiannya diuli bersama tanah liat dan dijadikan sebagai salah satu bahan struktur binaan.
Batu-bata tanah liat berisi tinggalan mayat dan tulang-tulang Tentera Jepun di pakai untuk membina struktur milik Tentera Jepun seperti bunker dan sebagainya. Dikatakan struktur dibina atas tapak-tapak tinggalan binaan Tentera Jepun ini lah sering mendapat gangguan. Yet again, kecuali Sekolah Menengah Tinggi Kajang, tiada sekolah lain secara rasminya diketahui dibina/terbina on claimed Japanese Imperial Army abandoned site.
Penampakan so-called "Hantu Jepun" boleh jadi mak nenek jin dan jembalang menyamar sebagai "Hantu Jepun". I mean, kalau ramai yang obsessed dengan "Hantu Jepun" tak mustahil makhluk-makhluk halus menyerupainya kerana ramai mempercayai kewujudan dan membicarakannya, kerana itu dah sama seperti pemujaan. Kalau dah dipuja, memang suka lah benda-benda hantu ini.
Possibility kedua ialah prank. Aku ada seorang kawan yang berpakat satu dorm menyamar jadi Hantu Jepun dan menyakat junior. Legend says, projek Hantu Jepun kawan aku dah jadi urban legend sampai sekarang kat sekolah tu.
Dan terakhir sekali, well...orang buat cerita tipu. Banyak rakaman aku reject kerana elemen-elemen kartun ketara sangat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
True. Bagi aku kisah hantu kat asrama ni bukannya kisah terbesar kat asrama.
Ramai daripada kitorg hanya treat kisah hantu ni macam kisah sampingan dalam kehidupan seharian. Kisah makan apa kat dewan makan, nak beli rokok, nak fly pergi mana, nak usya awek cun adalah perkara penting yang sentiasa ada dalam kepala otak. Kisah hantu ni hanya datang dan pergi sebab tu kalau baca, byk yang cliche sebab ramai yang kena ni adalah budak-budak nerd yang baik-baik. Nampak kain putih kat luar tingkap, dah takut. Nampak hantu malam-malam dah takut dan diceritakan turun-temurun ke bawah. Nampak bayang hitam pun jadi kisah besar. Jadi kesudahannya, cerita yang sama berulang.
Padahal diorang tak tahu yang aku and the gang yang duduk berbedak tebal, berselubung cadar nak menakutkan orang. Aku jugak pernah melompat-lompat tingkap level 3 (lalu ikut balkoni) semata-mata nak menakutkan budak-budak. Geng aku jugak pernah pakai topeng hantu, usik bdk tgh tidur sampailah jadi kecoh seasrama yang ada hantu dalam dorm. Sampai ada bacaan yassin tiap malam hanya sebab 'hantu'. Hehe..
Sebab tu aku suka cerita hantu ko. Cerita yang lain dari yang lain. Keep it up bro. Teruskan mengorek ceritera baru dari arkib ko.
|
|
|
|
|
|
|
|
Well, disebabkan kau dah cakap macam itu, aku dedahkan satu bahagian lain yang tak dimasukkan dalam entry Asrama.
Penutup sesi rakaman bersama Abang Sham, aku ada tanya satu soalan. Since dia ini seorang skeptik, pengalaman mistik asrama beliau quite awesome. Jadi apa pendapat dia tentang kejadian-kejadian tersebut?
Jawapan Abang Sham macam ini;
"Kau kena ingat benda ni jadi tahun 88. Zaman takde internet, takde iPhone, takde laptop, tablet semua. Bebudak hostel approach towards life zaman ni basic je...go with the crowd, apa yang orang percaya, itu lah dia"
Kes semua nampak polong/bola api. At the back of everyone minds, semua tahu itu skylantern diperbuat dari surat khabar tapi logik tak menarik dalam kehidupan remaja tahun 88. So polong it is.
Kes pocong dalam toilet. Ramai tak menyoal kenapa budak-budak Form Three tersebut dibawa ke Bilik TV dan bukannya tempat lagi appropriate, surau contohnya. Ini kerana warden terbau asap rokok dari grill atas toilet. Kesalahan ditangkap merokok boleh menyebabkan pelajar dibuang sekolah, so aku rasa budak-budak tu sanggup buat apa sahaja untuk tak kantoi, even had to pretend they saw a ghost. Ramai terlupa bebudak tu dibawa ke Bilik TV untuk disoal siasat bukan untuk ditenangkan.
Kes lembaga dalam kelas. Kata Abang Sham, sekolah tu dikelilingi kawasan kampong. Memang banyak kes pecah masuk oleh mat pit-mat pit kampong curi peralatan sekolah. Mungkin apa yang dia nampak malam itu ialah pencuri dari kampong berhampiran.
Kes budak perempuan di buaian pula, taman permainan tu sebenarnya sebahagian dari kompoun kuarters guru. So boleh jadi anak cikgu mana-mana main-main kat situ. Kuarter guru juga sebahagian dari kompoun sekolah, so residen kuarters boleh keluar masuk kawasan asrama tanpa masalah.
Kes Kucai dirasuk. Kucai ni kaki stone. Dia sorok 3-4 bal ganja dalam lubang gitar kapok dia. Kalau kantoi rokok pun boleh kena buang sekolah, kantoi simpan dadah apa lagi lah.
Cuma ada dua benda dia tak dapat nak explained. Satu lembaga baju hujan berdiri atas bumbung gazebo dan kedua 'benda' yang Kucai nampak di kelas Tingkatan Satu.
20 tahun dia meninggalkan zaman persekolahan, he swears yang dia memang nampak lembaga atas gazebo. Dia yakin matanya tak silap. Seumur hidup Abang Sham dia tak pernah ada masalah rabun. So benda alah itu dia tak dapat nak justifikasi secara logikal dan dia ambil jalan mudah untuk menerangkan apa dia nampak malam tu. Hantu.
Dia juga 100% pasti lampu kelas Tingkatan Satu menyala. Walaupun Kucai kaki stone tapi dia tak pernah layan semasa prep. Kucai memang sober malam itu tanpa sebarang pengaruh marijuana. Nak kata Kucai buat cerita, knowing him, Abang Sham tahu Kucai bukan jenis buat cerita.
Bagi Abang Sham, seminggu itu memang highlight high school years dia. Samada benar atau tak, dia anggap it is part of the romanticsm of his high school days.
At least kalau orang gebang sekolah dia best, Abang Sham boleh counter cerita dia lagi kickass.
|
|
|
|
|
|
|
|
k I percaya tori abang Sham... kim salam kat diaye TT kalo ada berhubung ngan dia... sempoi gk cara dia cite kat hang tu |
|
|
|
|
|
|
|
pasal asrama ni, aku prnh duduk wktu form 1-2..wktu form 1 kecoh la pasal org minyak, buat bacaan yasin tiap malam..then ada lg hantu nya, tp aku x iNgt, sbb x terlibat secara lngsg..
masuk form 2, aku dok dorm yg dkt rumah warden, sblh2 je, jd bila ada budak histeria, kitorang xtau pun..smpaila ada 1 hari ni, kwn aku ajak aku g rumah nenek dia, jd mlm jumaat tu kami fly, panjat pagar, while pakcik dia standby kereta kt luar & ahad malam balik asrama semula..esoknya wktu perhimpunan, ustaz ni berucap (actually ustaz ni pun warden gak, tp rumah dia luar pagar asrama).katanya mlm jumaat, ada ternampak hantu, jd berhati2 kpd semua penghuni asrama jgn smpai terserempak & terjebak sbb ubatnya cuma 1 je.aku dgn kwn ni pun da cuak, yela, kami ni kategori pertengahan, x nmpk, x takut, da nmpk, terus tercirit dlm sluar..tp otak kami lmbt nk berfungsi, smpaila ustaz sebut nama kami berdua katanya, ni la hantu2 tersebut yg panjat pagar balik rumah kena rotan kt tapak tangan uolss siap pesanan dia, jaga maruah kamu sbg seorang muslimah |
|
|
|
|
|
|
|
dah x update ke thread ni..?
crita dh abes? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dammerung at 3-3-2016 09:00 AM
Kisah 10: Seleksi Cerita Pendek Terpilih – Taiwan, 1990
Richard merupakan pengerusi persatuan pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan dimana dia mewakili para pelajar Malaysia di universiti tersebut untuk segala urusan berkaitan dengan administration.
Pada suatu hari, bilik kediaman Richard didatangi pihak pengurusan mengenai permintaan sebuah kolej (bukan universiti Richard) untuk menguruskan dokumentasi mayat dua orang pelajar mereka berasal dari Malaysia. Disebabkan kolej tu jenis cikai, mereka tak punya kepakaran atau cukup tenaga kerja (agaknya lah) untuk menguruskan mayat dua orang itu.
Keesokan harinya Richard memandu ke arah utara Taipei menuju ke daerah Ruifang. Walaupun dia tak nak sebenarnya tapi kesian punya pasal di gagahkan juga lah. Mengikut cerita wakil kolej, dua orang pelajar Malaysia ni pasangan kekasih yang pergi berdating ke Jiufen. Ketika turun dari kawasan berbukit itu, motor/skuter yang dinaiki pasangan ini menjunam masuk gaung. Mayat pasangan tersebut hanya ditemui beberapa hari selepas itu.
Kerja Richard ialah sebagai wakil next of kin kepada penjaga kedua-dua mangsa yang dah siap dibakar dan abu simpan dalam bekas. Dia harus menguruskan dokumentasi dan kemudian urusan penghantaran pulang abu mayat ke Malaysia.
Sampai di Ruifang, Richard mengambil kesempatan menikmati keindahan Jiufen selepas menguruskan kematian dua orang pelajar itu. Bekas abu mayat ditinggalkan dalam kereta sementara dia bersiar-siar. Lebih kurang pukul 4 petang Richard kembali ke kereta untuk memulakan perjalanan pulang ke Taipei. Di kereta, beliau mendapati seorang Ah soh berdiri berdekatan kereta sambil merenungnya dengan marah.
"Kenapa tinggalkan dua orang tu dalam kereta? Tak kesian ke tengok diaorang menangis macam tu!!" Bentak Ah soh kepada Richard dalam dialek Mandarin pekat.
Termangu-mangu Richard apabila dia tiba-tiba dimarahi out of nowhere. Ah soh itu dah bikin scene sampai ramai mula mengerumuni kereta Uncle Richard. Tidak mahu memburukkan lagi keadaan Richard minta maaf berulang-kali dan cepat-cepat memasuki kereta dan beredar dari situ.
Keadaan dah semakin gelap sewaktu Richard menyusur jalan menuruni bukit yang bersimpang-siur. Satu bahagian di jalan lereng bukit tersebut takde lampu jalan. Richard terpaksa memperlahankan keretanya kerana corner-corner kat situ tajam-tajam. Kalau boleh dia mahu cepat sampai di bawah kerana seram kat area situ tapi tak nak ambil risiko. Beberapa kali juga Richard membuat emergency break sebab tak perasan corner tajam dalam kegelapan malam walaupun dah pasang high beam. Patutlah menjunam motor dua orang tu kata Richard dalam hati.
Dalam perjalanan menuruni Jiufen, cuma kereta Richard aja yang ada. Cuma kadang-kadang je berselisih dengan kereta atau lori di lane sebelah.
Sedang Richard melayan lagu-lagu mandopop di stereo kereta, beliau perasan macam ada bunyi hengusan nafas. Bila dimatikan radio, takda pula bunyi nafas tadi. Tapi bila dihidupkan radio, kedengaran bunyi nafas berselang-seli dengan lagu-lagu di radio.
Mula-mula Richard ingatkan bunyi nafas orang yang menyanyi tu tarik nafas ke ape tapi tak sync. Apabila dia mengamati betul-betul bunyi nafas tersebut, seakan ada orang lain dalam kereta.
Richard menguatkan volume radio dan buat bodoh je sambil cuba ikut karaoke lagu-lagu cina. Dia menyanyi sekuat-kuat hati untuk distract perhatiannya kerana ada masa Richard terdengar sayup-sayup dari seat belakang...
"Niii haooooo..."
"Niii haoooo..."
Mula-mula suara lelaki then suara perempuan.
Bulu roma dah berdiri satu badan dan peluh dah merecik-recik. Cahaya lampu kuning kereta di depan melegakan sikit perasaan Richard, at least dia tak sensorang kat jalan tersebut.
Semakin dekat kenderaan, semakin terang ruang dalam kereta disuluh oleh kenderaan yang berselisih dengannya.
Masa itulah Richard nampak dari rearview mirror ada lelaki dan perempuan berlumuran darah dengan kepala pecah, berlubang bagai tengah senyum melihat dia.
Apa lagi, lagi kuat lah Richard menyanyi. Kalau tadi nak selisih satu kereta pun susah ini tiba-tiba banyak pula kereta.
Setiap kali kereta Richard berselisih dengan kereta lain, setiap kali itulah dia nampak pasangan kekasih tu. Yang tak bestnya semakin banyak dia berselisih dengan kenderaan lain, semakin hampir pasangan kekasih mendekatinya.
Dah tak tahan sangat, Uncle Richard pergi sound tetamu tak diundang itu dalam Mandarin;
"Kalau korang kacau aku, seriously aku campak abu mayat korang keluar dari kereta ni!"
Sebaik saja Uncle Richard cakap camtu, bunyi nafas kuat dengar betul-betul sebelah kedua-dua cuping telinganya.
Boleh pula time tu ada lori selisih dan nampak clear kat rearview mirror dan side mirror yang pakwe kat bahu kiri dan awek kat bahu kanan. Kata Uncle Richard, mata dua orang tu pandang tepat ke arah dia dengan jari-jemari perlahan-lahan mendekati leher macam nak cekik dia.
On the spot Richard buat emergency break kemudian parking kat tepi jalan sambil pasang hazard light. Cepat-cepat dia keluar kereta dan melepak kat divider tepi jalan. Tak kisahlah kat luar tu gelap gelita tapi dia tak sanggup nak duduk dalam kereta tu dah.
Dipendekkan cerita, ada lah van atau lori berhenti tanya apa masalah dan Richard cakap je kereta rosak, tak boleh start, whatever lah. Ding dong ding dong, beberapa jam kemudian Richard di seat depan lori tarik menuju ke Taipei. On the way ke Taipei, matahari baru naik. Time tu baru lah Richard berani sikit nak tengok-tengokkan keretanya dari cermin belakang. Dia yakin hantu dua ekor tu masih ada kat dalam kereta kerana kalau dia toleh kejap ke belakang takde ape, tapi kalau dia pandang lama sikit kat belakang, dia perasan ada dua kelibat hitam bersembunyi di sebalik seat driver dan seat penumpang depan main ba ba cak dengannya.
The rest of the day di habiskan dengan menguruskan abu-abu bekas mayat pulang ke Malaysia. Richard mengaku yang dia tak kesian langsung sebab tensen kena kacau dengan hantu dua ekor tu. Setelah bid pegi mampus kepada dua bekas abu mayat itu, Richard telefon pihak universiti memberitahu kereta ada di workshop dan dia pulang ke kampus menaiki bas sahaje.
4 tahun kemudian pada tahun 1994 dia kembali Jiufen bersama tunang dan rakan-rakan lain makan angin di sana. Ketika dalam perjalanan pulang he swore to God yang dia nampak dalam sekelip mata pasangan lelaki dan perempuan berdiri di salah satu selekoh melambai ke arahnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
memang bagus la penerangan awak!
mama pun baru tau, the remains of so called tentera jepun ni depa buat bahan binaan plak!
Hantu jepun jugak sightings kat Free School Penang, siap berkawad kawad on certain nights..do no how true
tpi benda ni di kabarkan oleh my late arwah abah.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|