Apa yang aku faham, dermatologi tested sama macam kita bagi sample produk pada 100 orang, then si responden bagi feedback. Tak kisahlah feedback negative atau positive sebelum dipasarkan.
Kalau nak sebut pasal sample, setiap kali The Beauty Hacks nak launch produk baru kami akan edarkan sample. Paling sikit 70 orang pernah dapat. Then kami kutip feedback dari mereka. Itu pun boleh dikira sebagai dermatologi tested ke?
Apa yang aku tahu dermatologi tested tak wujud pun. Dan dermatologi tested takde prosedur standard seperti kajian klinikal screening atau lab test.
Actually label dermatologi-tested hanyalah marketing term untuk sedapkan hati pengguna bahawa produk berkenaan selamat digunakan.
Dermatologi-tested tak wujud tapi kajian klinikal screening memang wujud. Yang ni aku tahu sebab sepupu-sepupu Amer pernah jadi sukarelawan berbayar untuk mencuba ubat-ubat di hospital/klinik. Kiranya jadi 'tikus makmal'
Yang valid sebenarnya adalah laboratory test (lab test) sebab ia memang diuji untuk mengetahui produk berkenaan ada bahan kimia berbahaya atau tak.
Walaupun tiada kimia berbahaya sekali pun, korang wajib buat patch test dulu untuk avoid sebarang alergi dan breakout. Sebab lain orang lain kulitnya.
Patch test satu proses yang diuji pada kulit dalam masa 24-72 jam untuk melihat reaksi yang diterima. If katakan takde apa-apa reaksi seperti gatal, pedih, ruam dan sebagainya, ini maksudnya produk berkenaan sesuai dengan kulit korang.
Patch test adalah kaedah yang digunakan untuk menentukan sama ada bahan tertentu menyebabkan keradangan alahan kulit. Mana-mana individu yang disyaki mempunyai dermatitis hubungan alahan atau dermatitis atopik memerlukan ujian patch test
Patch test membantu untuk mengenal pasti bahan-bahan yang mungkin menyebabkan tindak balas alahan pada kulit dan boleh kenal pasti alergik melalui ujian darah.
Aku pernah dapat soalan ni dari seseorang yang aku rasa dia hebat gila pasal skincare, tapi bila dia tanya pasal The Beauty Hacks ada dermatologi tested tak? Itu pun dah cukup buat aku faham yang dia tak tahu apa-apa pun sebenarnya.
Anyway aku tak cakap siapa betul siapa salah. Cuma kalau aku salah, buktikan macam mana cara untuk aku apply dermatologi tested untuk produk skincare. Apa prosedure yang aku perlu buat?
Note: tolong hadam dan faham mengenai label dermatologi-tested dengan kajian klinikal screening atau patch test.
Sekian,
Atenn.