CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: winter

Novel / Cerpen : Kau Aku dan Dia

[Copy link]
Post time 11-7-2010 02:09 PM | Show all posts
lama citer ni x bersambung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2011 11:21 AM | Show all posts
dok sambung lagi ko....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 12:29 PM | Show all posts
DAH LUPA DAH JALAN CITER NI
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 05:12 PM | Show all posts
winter...bila nak sambung lg...dah bertahun2 lamanya..sampai dh lupa jalan cite nie dan lupa nama watak utama.....sambung la....tak sabar baca ending cite nie...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 03:24 PM | Show all posts
nampak mcm x berkesudahan lah cerita ni....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 03:44 PM | Show all posts
salam winter, citer ni dah ke versi cetak ker...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2011 11:29 AM | Show all posts
salam...
winter... jgn lupe utk siapkan ye.. sbb citer ni antara crite yg sy tunggu2 utk smpai ending..

dah lebih 5 thn juga kan publish...

dari zaman anak dara, jd tunang orang.. pastu jadi isteri orang.. dan dah ada 3 org anak pun.. masih lg sabar nak tggu citer nie.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2013 02:46 PM | Show all posts
Setelah bertahun2..winter datang menjenguk semula thread ni..aduhai tak update2 citer yang berjela2 ni...sian semua pembaca yang tertunggu2..memang bad winter ni.. i'm going to read through the entry tapi nampaknya citer yang winter post ni dah banyak yang hilang..winter akan cuba cari hard copy incase ada lagi..hopefully..plan to continue this story..ada sesiapa nak baca lagi ke? sorry sesangat mengecewakan u all

Banyak novel yang sedap2 skang ni dipasaran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2013 10:23 AM | Show all posts
Disebabkan banyak yang hilang..winter try post balik bab2 yang lama..Hopefully sync dengan yang pernah dipos terdahulu..

Bab 1
Bermimpikah aku? Dilihatnya baju gaun yang dipakainya. Putih begermelapan, seakan-akan watak cerita kartun yang digemarinya sejak kecil sehingga kini. Tidak puasmenatap baju yang sungguh cantik itu, dia membelek-belek pula skirt labuh yangkembang dan panjang itu. Setiap inci baju itu ditatapnya puas-puas. Sekiranya ada cermin dihadapannya ketika itu, tentu sudah lama dia menari-nari dihadapannya. Rambutnya? Rambutnya yang panjang paras pinggang didandan rapi. Akma mengelus lembut wajahnya dan matanya. Pandangannya jelas sejelas-jelasnya tanpa kaca mata yang biasanya dipakai setiap masa.
Seketika kemudian, kereta yang dinaiki tiba ke destinasi yang dituju. Pemandu kereta segera membuka pintu untuknya.
            “SilakanCinderella..”
            “Cinderella?”
            Akma masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku. Aku Cinderella? Itulah nama yang dipanggil padaku oleh pemandu kereta, bisik Akma didalam hati. Dilihatnya kasut yang dipakai. Kalau betul aku Cinderella, tentunya aku memakai kasut kaca, katanya perlahan. Separuh menjerit Akma bila dilihat kasut yang dipakai memang diperbuat daripada kaca.
           Akma mengucapkan terima kasih kepada pemandu dan terus menuju ke pintu istana yang sudah tersergam indah dihadapannya. Dia melangkah masuk tatkala pintu itu terbuka luas. Akma yakin bahawa ada seorang putera kacak yang sedang menantinya didalam. Prince Charming tentu sedang menantikan kehadiran Cinderella. Tidak sabar rasanya untuk melihat wajah putera tersebut.
           Sedang melangkah, matanya tertancap ke arah jam dinding besar yang betul-betul terletak di atas dinding bangunan yang besar itu. Sudah pukul 11.30 malam. Lewatnya aku...pukul 12.00 aku terpaksa berlalu, keluh Akma sendirian. Jari jemarinya lantas menekan kekunci telefon bimbitnya.
            Waktu perlu dikejar. Sekiranya dia memakai seluar ketika itu,tentu sudah lama dia berlari menuruni tangga yang berada di hadapannya. Pakaian yang dipakai ketika itu tidak memungkinkan. Pergerakannya terbatas.
           Akma melihat dewan itu sesak dengan orang ramai yang memakai topeng baldu. Mereka yang sedang rancak menari tadi terus berhenti apabila melihat kehadiran Akma. Semua mata di dewan tertumpu ke arahnya. Muzik pun turut terhenti. Sunyi dewan seketika. Akma merasa malu diberi perhatian yang sebegitu rupa. Terasa ingin berlari keluar semula meninggalkan majlis tetapi sebaliknya berlaku. Kakinya melangkah turun satu persatu tangga yang amat besar dan lebar itu.
           Muzik berkumandang semula. Muzik waltz yang tenang memenuhi ruang udara dewan tersebut memang amat mengasyikkan. Akma terbuai dengan alunan muzik sehingga terlupa dengan tumpuan yang diberikan padanya tadi. Dia tidak sedar sedari tadi seseorang sedang menuju ke arahnya.
           “Sudikah tuan puteri menari dengan beta?”
Suara ditutur dengan lembut sekali, penuh tanda hormat. Akma agak terperanjat dengan sapaan yang diberikan dan terus memalingkan mukanya untuk menatap wajah tuan putera yang dikatakan kacak itu.
          “Tuanputera?” Tangan tuan putera yang dihulurkan dicapainya.
          “Ya..siapa lagi? Beta memang menunggu kehadiran seseorang seperti tuan puteri.”
          Akma dapat melihat bibir tuan putera sedang mengukir senyuman. Walau bagaimanapun, Akma tidak dapat melihat wajah disebalik topeng baldu tersebut. Dari renungan matanya dan susuk badannya, Akma dapat merasakan dia seorang lelaki yang tampan dan segak. Tentulah, gelak Akma sendirian. Seperti dalam cerita fantasi, tuan putera selalunya digambarkan mempunyaiciri-ciri seperti itu.
            Tuan Putera memimpin Akma ke tengah dewan tarian. Mereka mula menari. Akma cuba menahan gelojak perasaannya.
            “Siapa nama tuan puteri?”
            “Panggil Akma sahaja” jawab Akma malu-malu.
            “Gembira dapat bertemu dengan kamu.”
            “Saya juga..”
            “Dari negeri mana?”
           Akma terdiam sebentar dengan soalan tersebut. Kepalanya ligat memikirkan apa nama negeri yang perlu diberinya. Hendak mereka cerita, takut putera dapat menghidu pembohongannya.
           “Err...”
           “Ya? Dimana?”
           Alunan muzik yang perlahan tadi tiba-tiba bertukar ke rancak. Tarian kali ini berubahrentak. Akma bersyukur kerana lagu itu telah dapat mematikan pertanyaan Putera.Mereka mula menari mangikut rentak fast beat. Inilah malam yang palingmenyeronokkan dan membahagiakan bagi Akma. Menyeronokkan kerana dapatmenghilangkan tekanan dan membahagiakan kerana dapat bertemu jejaka idamanhati. Akma ingin menggunakan saat itu sepenuhnya. Dia takut waktu seperti itutidak akan berulang lagi.
           Setelahselesai lagu rancak, irama romantis menyusul.
Tiba-tibaalunan muzik tadi terganggu dengan lagu ala-ala metal. Terperanjat betul Akma.Rupa-rupanya loceng pada telefon bimbit yang di 'set' oleh Akma berbunyimenandakan sudah hampir pukul 12.00 tengah malam.
        “Telefon bimbit berbunyi? Lagu metal pulak tu..”kata putera sekilas. Akma hanya mengangguk dan tersenyum kambing.
“Awaksepatutnya mematikan telefon bila berada di sini. Terganggu..” jelas putera.Akma masih tersenyum mendengar kata-kata putera, dia tidak mengendahkanlangsung apa yang dikatakan kerana fikirannya sudah melayang merancangstrategi.
        Aku perlu segera pergi dari sini, bisik hatinya.Hatinya resah gelisah memikirkan apa pandangan putera terhadapnya setelahmelihat keadaanya yang sebenar. Walaupun begitu, hatinya turut merasa beratuntuk meninggalkan putera kerana dia belum berpeluang mengenalinya dengan lebihdekat. Siapakah kau yang sebenarnya? Wajah siapakah yang tersembunyi itu?Adakah ini jejaka yang kutunggu-tunggu selama ini?
        “Tuan Putera, patik terpaksa pulang dengan segera.Maafkan patik. Kalau jodoh kita panjang, kita akan berjumpa lagi,” terang Akmasambil cuba melepaskan genggaman tangan tuan putera.
       Lengan Akma dipegang kuat, tidak memungkinkan Akma untukberlalu dari situ.
        “Mana mungkin beta melepaskan. Majlis belumberakhir lagi. Lagipun Akma baru sahaja sampai,” pujuk tuan putera.
       Akma cuba sedaya upaya untuk melepaskan pegangan puteraitu, tetapi tidak berjaya. Fikirannya tidak menentu lagi, kerana jarum besar diatas dewan sudahpun hampir beberapa saat sahaja lagi ke pukul 12.00. Keranatiada jalan lain, dia terus memijak kasut tuan putera dengan kasutnya yangbertumit tinggi dan runcing sekuat-kuat hatinya.
           “Aduh! Apa yangkau buat ni?” jerit tuan putera sambil memegang kakinya yang sakit itu.Terencot-encot dia menahan kesakitan. “Tak boleh jadi ni!” katanya lagi sambilmengejar Akma walaupun kakinya masih lagi sakit. Dia menahan kemarahan yangmula menjalar akibat perbuatan Akma tadi. Pada ketika itu, topeng yang tadimelekat dimukanya ditanggalkan.
           Suasana dewanturut menjadi riuh rendah dengan perlakuan Akma dan tuan putera tadi.
            Tanpa melengahkan masa, Akma berlari menuju ke arah tangga. Diatidak peduli lagi. Dia tidak mahu putera melihat wajahnya. Jam di dinding dewanmula berdenting. Akma sudah mula kecut. Dia dapat merasakan perubahan padadirinya satu persatu. Kasut kaca yang dipakainya sudah hilang. Dia kini berkakiayam. Tetapi dia bersyukur juga, tanpa kasut tersebut dia dapat berlari denganlebih pantas lagi. Tetapi telahannya meleset apabila tuan putera dapatmenyainginya dan berdiri betul-betul dihadapannya.
            “Tunggu!”Tangannyadidepakan untuk tujuan menghalang.
           “Maafkan saya putera.Tolong lepaskan saya. Saya perlu balik sekarang!” tegas Akma. Bajunya yangcantik tadi telah berubah kepada baju kemeja dan seluar jeans yang dipakainyasebelum itu. Rambutnya yang didandan cantik, kini terurai panjang dan kelihatanagak kusut. Matanya sudah mula kabur semula. Rupaku betul-betul hodoh sekarang,fikir Akma. Dia menutup mukanya dengan tangan, tidak mahu dirinya dilihatsebegitu rupa dihadapan putera.
       “Saya tak akan benarkan. Awak sudah mencederakan saya,”katanya sambil memegang tangan Akma yang sedang menutup muka. Walaupun puterasedikit terperanjat dan keliru dengan perubahan Akma, dia masih tidak berganjakdengan pendiriannya untuk mengenali gadis tersebut.
         “Lagipun..awaktidak beritahu saya siapa awak yang sebenarnya. Awak tak kelihatan sepertiseorang puteri. Kamu nak menipu beta??” Dia menarik sekuat hati tangan Akmayang terbenam kukuh pada mukanya.
           “Tidak..takboleh!”
           “Apa yang takbolehnya! Buka tangan kamu sekarang!”
           “Saya kata takboleh tak bolehlah!
“Kenapatak boleh. Awak cantik sangat ke? Buruk kot?”
Akmayang sakit hati mendengar kata-kata tuan putera sudah tidak dapat menahanperasaan lagi. Sanggup tuan putera berkata demikian padanya. Baginya walaupundia tahu dirinya tidak cantik, sekurang-kurangnya, kata-kata perlulah berlapik.Terus hormatnya pada tuan putera hilang sama sekali. Dengan perasaan marah, diaterus mendekatkan mukanya pada wajah tuan putera dan melepaskan tangan yangmembaluti mukanya tadi.
“Hah..puashati tak? Buruk tak saya? Burukkan?!”
Tuanputera terus tergamam melihat wajah Akma. Dia terus terkaku disitu, tidakbergerak langsung. Wajah Akma dapat dilihat dengan jelasnya kerana cahaya lampuyang terang menyuluh tepat ke wajahnya.
“Ha..kenapajadi batu? Awak tu handsome sangat ke? Mari saya tengok!” Akma terus merabamuka putera yang masih lagi samar-samar pada pandangannya. Didekatkan mukanyake wajah tuan putera kerana ingin melihat dengan lebih jelas. Tuan putera tidakmenolak hanya membiarkan sahaja.
           Setiap inci wajahputera itu diterokainya. Hidungnya, lantas Akma dengan sengaja memicit hidungyang mancung itu. Terjerit seketika tuan putera sambil menepis tangan Akma.Padan muka, desis hati Akma.
Bibirnyaelok terletak, Akma mengecilkan matanya untuk melihat mata tuan putera.Hmm..matanya memancar.. cantik juga..sempat lagi Akma memberi pandanganwalaupun hatinya mendidih ketika itu. Adakah.. adakah mata itu sedangmerenungnya tika ini?
Akmaterus menarik tangannya semula apabila dilihat sepasang mata itu merenungnyalembut tanpa berkedip. Akma tidak pasti makna renungan itu. Apakah maknanya?Matanya yang kuyu itu menggamit pandangan Akma. Akma juga tidak dapatmengalihkan pandangannya daripada mata itu. Mereka saling merenung antara satusama lain lama…………
            MATAitu.....

Last edited by winter on 30-1-2013 02:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 10:23 AM | Show all posts
Bab 2
            “Akma! Bangunlah...dah pukul 7.30 nih. Taknak solat ker?” Hani menggerakkan Akma perlahan-lahan. Akma terpisat-pisat seketika. Matanya masih mengantuk lagi. Pantas, tangannya mencapai telefon bimbit kerana masih tidak percaya dengan kata-kata Hani. Jarang sekali ataupun tak pernah sekali dia lambat terjaga daripada tidurnya. Mungkin kerana malam tadi dia sibuk dengan tugasan menyiapkan 'assignment' sehingga terlajak sehingga ke tiga pagi.
            “Aku cuti la..” Bantal peluk ditekup pada mukanya.
            “Akma! Ko mimpi apa tadi. Dok senyum sorang-sorang..hehe” Hani mula menyakat. “Tulah tidur lambat lagi. Ntah apa-apa ko mimpi. Jumpa Prince Charming ye?”
            “Merepek la ko Hani. Aku mimpi ...”
            “Mimpi apa?” Cepat sahaja Hani memotong percakapan Akma.
       “Hmm...Mimpi Aku dapat 4 Flat exam semester nih..” Akma menyengih.
            “Ler.......buang karan”
            “Ok ape. Mana tahu mimpi aku jadi kenyataan..”
Akma lantas mencapai tuala mandi dan bergegas mandi. Setelah selesai mandi, dia bersiap ala kadar sahaja. Dia mengenakan sepasang jeans yang baru sahaja dibelinya di Mines Shopping Centre bersama dengan kemeja tebal bercorak petak. Kemudian dia menyarung tudung bercorak simetri dan dipin di hujung untuk mencantumkannya. Dia tidak suka memakai tudung mengikut fesyen terkini. Baginya, pemakaiannya melecehkan, memerlukan banyak masa dan merimaskan. Akma memang tidak kisah langsung dengan penampilannya, asalkan dia selesa sudah cukup.
        Hani pula telah tiada dibilik. Tentu sudah keluar bersarapan dengan teman lelakinya. Mereka memang tidak boleh dipisahkan langsung sehinggakan Akma merasa sedikit terasing. Akma seringkali berseorangan. Tidak dapat bergurau seperti selalu, makan bersama seperti dulu. Hani sahajalah teman rapat yang dia ada, tanpanya dia seolah-olah tiada kawan lagi.
            Akma bercadang untuk pergi menjilid tugasan dan menghantar pada pensyarah setelah selesai kuliah tengahari. Memang menjadi rutin Akma menghantar tugasannya sehari lebih awal tarikh akhir. Pensyarah amat senang dengan ketekunan Akma dalam melaksanakan tugasannya. Dia tidak pernah menghantar assignment lewat dan hasil tugasannya pun amat membanggakan.
         Dia mengeluarkan disket yang berisi tugasannya daripada 'floppy drive' dan memasukkan ke dalam poket. Akma memang tidak selesa membawa beg. Dia lebih suka membawa kelengkapan penting sahaja, pen dan juga buku kecil. Semuanya muat-muat betul di dalam poket baju kemeja dan seluar. Seperti kebiasaannya, selepas balik daripada kuliah dia akan menyalin nota tadi ke dalam buku sambil mengulangkaji kembali apa yang diajar oleh pensyarah. Baginya, dengan cara itulah ilmu yang dipelajari akan lekat terus ke dalam kepalanya. Dia tidak suka mengulangkaji 'last minute', kerana cara itu tidak berkesan padanya.
            Setelah memakai kasut, dia bergegas ke motosikal modenas yang baru dibeli dan terus menuju ke dewan kuliah.
        Jarak antara asrama dengan dewan kuliahnya, tidaklah jauh sangat. Cuma memakan masa 5 minit kalau bermotor. Tetapi, kalau berjalan kaki, mungkin akan mengambil masa 20 minit ke setengah jam, bergantung pada kekuatan dan kelajuan kaki berjalan, hehe.. sempat lagi Akma memikirkan perkara nakal itu apabila melihat kawan-kawan sekuliah yang berjalan kaki.
            Sedang sibuk memerhatikan kawasan sekeliling yang redup dipenuhi pokok, tiba -tiba sebuah motosikal besar Agusta berwarna hitam memintas laju didepannya. Hampir terjatuh Akma dari motosikal, terasa seperti ingin menyumpah perlakuan pemandu motosikal tersebut. Akma memperlahankan motosikalnya. Kemudian dua lagi motosikal yang hampir kurang sama besarnya melintas dihadapannya laju.
            “Dik...kalau nak bawak motor perlahan macam tu, janganlah lalu tengah-tengah jalan,” tegur salah seorang mat motor tadi, dengan nada mengajuk.
            Berapi sahaja Akma mendengar teguran tersebut. Sudahlah hampir nak melanggarnya tadi, ini pula sedap-sedap sahaja hendak mempermainkan orang. Akma menjeling tajam kepada mat-mat motor tadi. Nak dikejar dia bawa motor kapcai sahaja, tak setanding dengan motor besar dan makan banyak minyak itu.
“Hah Nuar. Ko ni dah ok belum?” Suffian, nama manjanya Yan turun dari motosikal DUCATI berwarna merah dan meletakkan helmet di atas motornya.
“Ko jangan cakap lagi boleh tak? Aku tak ada masa nak fikir pasal perempuan tu.”
            “Come on lah Nuar. Takkan lah ko tak sakit hati langsung?” Mike menyampuk.
            Nuar buat tak tahu sahaja dengan pertanyaan dua orang kawan baiknya itu. Hati masih membara walaupun tidak ditunjukkan pada mereka. Kalau boleh Anuar mahu meyimpan rasa marah dan sakit hatinya itu didalam hati sahaja. Dia kan lelaki. Malulah kalau menangis di depan orang. Mereka terus masuk ke dalam dewan kuliah.
Pada ketika itu, Akma baru sahaja tiba ke tempat yang dituju. Sempat lagi dia mengerling ke arah tiga biji motosikal yang memotongnya tadi. Dia melihat jam di telefon bimbitnya. Masih ada lagi 5 minit ke pukul 8.30 pagi. Sempat lagi ni.
Akma terus menuju ke arah 3 biji motosikal yang diparkir tidak jauh darinya. Dia meneliti satu persatu motorsikal tersebut. Dua biji DUCATI merah dan satu lagi Agusta. Apa yang ada dengan motorsikal besar, kalau tuan punya tak ada kesedaran sivik? fikirnya lagi. Dia mula memikirkan rancangan untuk mengenakan mereka bertiga. Sedang berfikir, matanya terpandang topi keledar hitam di atas motor Agusta. Automatik, dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Akma meneliti di sekeliling. Nampak seperti tiada orang disekitar. Lantas dia mengambil helmet tersebut dan membawanya masuk ke dewan kuliah. Dia meletakkan helmet itu betul-betul di sebelah dalam dewan berdekatan pintu utama belah kanan.
Akma tersenyum sendirian. Puas hatinya dapat mempermainkan mereka. Biar tuan punya tercari-cari ke mana hilangnya helmet.
“Ko panggil aku adik ye...rasakan penangan adik korang nih...”
            Selesai sahaja kuliah, Akma sengaja keluar lambat dari dewan. Dia tidak sabar ingin melihat aksi budak bertiga itu setelah salah seorang daripada mereka kehilangan helmet. Akma tersenyum sendirian.
            “Weh..mana helmet aku?” Hampir seluruh motorsikal dicarinya. Yan turut mencari topi keledar di kawasan berdekatan motorsikal mereka.
“Ko letak dekat mana?”
“Ko bawak masuk tak?” Mike pula bertanya. Dia tidak pula menolong untuk mencari. Cuma duduk di atas motorsikal sambil memerhatikan Yan dan Nuar yang sibuk mencari helmet tersebut.
“Aku letak atas motor.”
“Pergilah carik. Ko tertinggal kat rumah tak?” Mike mula membuat lawak poyonya.
“Nak carik kat mana? Satu kampus?!” Nuar sedikit berang. Sudahlah mood tidak baik pagi itu, sekarang ditambah pula dengan soalan-soalan yang bodoh seperti itu.
            “Beli lainlah Nuar kalau susah sangat,” Mike mula menongkat dagu.
“Aku tak ada mood. Pinjam helmet ko dulu..”
Yan pula telah menghidupkan enjin motornya. “Ko tunggu dekat sini. Aku balik rumah ambil spare..”
“Cepat sikit. Aku tak mahu tunggu kat sini lama-lama.” tekan Nuar. Nuar memang dikenali sebagai kepala atau ketua kerana ketegasannya.
Akma melintas dihadapan mereka. Walaupun mengambil kursus universiti yang sama, Akma masih tidak kenal mereka secara peribadi. Akma cuma tahu yang mereka bertiga ini memang ramai peminat. Selain daripada rupa yang kacak dan mempunyai susuk tubuh tegap dan tinggi, mereka anak orang kaya. Malahan, teman baiknya, Hani juga pernah jatuh hati dengan Yan sebelum ini. Teman wanita masing-masing pun tidak kurang cantiknya. Hai...memang gigit jari sahajalah peminat-peminat mereka tu. Citarasa tinggi.
            Akma memeriksa poket seluarnya, mencari-cari disket. Pada perkiraannya dia ingin menjilid tugasan di kedai fotostat berdekatan dengan dewan kuliah. Setelah mencari dalam poket seluar, dia memeriksa pula poket bajunya. Tiada? Dia yakin sangat dan ingat lagi yang dia telah memasukkan disket itu ke dalam seluarnya. Mana aku jatuhkan?
        Akma masuk semula ke dewan kuliah. Dia mencari di setiap tempat duduk, dibawahnya, di atas meja. Tetapi tidak menjumpai apa-apa. Akma semakin resah. Seketika kemudian, dia ternampak helmet yang disoroknya tadi.
        Secara automatik dia terfikir, inikah balasan yang diterima akibat perbuatannya? Inikah hukuman yang diberikan kerana menyusahkan orang lain?
         Akma mengintai dari balik pintu dewan ke arah mat motor tadi. Dia masih disitu, masih mencari-cari helmetnya. Rasa kasihan pun ada. Hendak dipulangkan semula takut dimarahi. Setelah berfikir panjang, Akma nekad untuk memulangkan semula. Dia mengambil helmet tersebut dan menuju teragak-agak ke arah Anuar.
“Awak cari ini?”
Berkerut wajah Anuar melihat Akma memegang helmetnya. “Mana awak jumpa?”
            “Dekat tepi dewan kuliah,” Akma cuba tidak memandang wajah Anuar kerana takut Nuar akan dapat meneka perbuatannya.
“Mesti ada yang nak curi helmet ko ni. Sapa taknak helmet cop Agusta..” Mike berseloroh.
“Thanks..” Ucapan tu seakan tidak ikhlas. Berat sahaja mulut Nuar untuk mengucapkannya. Wajahnya masih serius. Tangannya lantas menekan nombor pada telefon bimbit.
“Yan..ko kat mana? Aku dah jumpa helmet aku. Ha..kat rumah lagi apehal? Awek call? Tak payah..tunggu tempat biasa.”
Akma baru sahaja hendak berlalu apabila Mike tiba-tiba menegurnya.
“Eh..minah. Ko ni kan yang bawak motor tengah-tengah jalan tadi?” Mike
bertanya.
“Err...takdelah. Salah orang kot. Saya balik dulu ye. Bye”
Akma bergegas menuju ke motorsikal. Macam mana Mike boleh perasan akan dia? Fikir Akma lagi. Tetapi Akma tidak peduli lagi. Dia perlu segera pulang ke bilik untuk mendapatkan semula assignment yang disimpannya dalam komputer Hani. Dia perlu hantar hari itu juga.
Akma segera mencari disket kosong di bawah laci mejanya. Kemudian terus mencari dokumen yang disimpan di dalam cakera keras D. Akma meneliti satu-satu nama folder yang menyimpan maklumat berkenaan assignment. Semua tugasan disimpan di dalam folder Akma Projek. Tetapi dia hampa apabila setelah puas dia mencari berulang-ulang kali, folder tersebut masih belum dijumpai. Lantas, dia mencari pula dengan kaedah 'Find' dan 'Search'. Setelah seminit, komputer juga gagal mencari nama fail dan folder tersebut. Akma kebingungan seketika. Dia cuba pula mencari semua word document di dalam komputer dan klik satu persatu. Tetapi, fail kepunyaannya memang tiada.
        “Aku dah ter 'delete' ke folder ni?” katanya seorang diri. Akma cuba bertenang, tetapi masih belum berjaya. Jantungnya berdegup laju. Kalau hilang assignment ini, apa yang dapat dia terangkan pada Prof Siti? Dia menyiapkan tugasan tersebut dalam masa sebulan. Mampukah dia menyiapkan sebelum esok?
         Setelah dapat bertenang, Akma mengambil keputusan untuk berbicara dengan Professor Siti dan menjelaskan masalah yang dihadapinya. Dia perlu meminta kebenaran daripada Prof Siti untuk memberikan lebih masa padanya untuk menyiapkan tugasan tersebut semula. Dia tidak mahu kehilangan markah sebanyak 30% yang akan memberi kesan ke atas markah peperiksaan semester akan datang.
            Akma mengetuk pintu bilik Prof Siti. Dia menarik nafas panjang apabila mendengar suara Prof Siti menyuruhnya masuk.
“Hantar assignment awal seperti biasa?” Prof Siti tersenyum lebar.
            “Err..Saya ada perkara yang ingin dibincangkan dengan Prof,” Akma menjelaskan tersekat-sekat.
“Ok. Awak tunggu sekejap. Saya perlu ke ladies.”
Akma mengangguk dan duduk di kerusi dihadapannya. Matanya tertancap pada beberapa assignment yang berada atas meja Prof Siti. Gatal tangan Akma untuk membelek, sambil memikirkan apa penjelasan yang perlu diberitahu pada Prof.
            “Hani Wahana? Awal ko hantar assignment?” Akma tersenyum kecil. Setahunya, Hani tidak pernah menyiapkan tugasannya awal sebelum ini.
“Eh...macam kenal je ayat ni...”
Akma membaca menyelak satu persatu helaian tugasan Hani. Dia cuba mengamati isi kandungan di dalamnya. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dibacanya. Malahan perkataan pun cukup lengkap dan sempurna. Tiada apa yang tertinggal.
            Akma mengetap bibir. Fikirannya berkecamuk semula. Sakitnya kepala dirasakan. Dia tidak dapat menahan lagi lalu melangkah pulang ke asrama. Lupa terus dengan tujuan sebenar dia ke situ.
            "Hani Wahana.....kawan karibku itu..? Benarkah?"  
Pintu ditutup dengan agak kuat setibanya Anuar ke rumah sewanya. Mike yang pada ketika itu sedang nyenyak dilamun mimpi di sofa empuk bertemankan televisyen yang sedia terpasang tersedar daripada tidurnya. Dia menggosok matanya yang masih mengantuk itu.
      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 10:25 AM | Show all posts
Nanti edit balik. Nak sambung kerja. Copy dan transfer kat sini allignment jadi lari..

Bab 3
           Akma masih duduk termenung di atas katilnya  sedari pulang daripada bilikProf Siti. Matanya kadang-kadang melirik ke arah telefon bimbitnya, melihat masa yang berlalu. Dia tidak tahu bagaimana berhadapan dengan Hani setibanya dia di asrama nanti. Rasa marah ada, sedih pun ada. Dia tidak dapat menerima bahawa orang yang dipercayainya akan berdusta sedemikian rupa.
           Setelah pukul 10.30 malam, barulah Hani pulang. Nampak seperti amat keletihan. Terus sahaja dia mencampakkan beg sandang dan beg plastik di atas katil. Membeli belah lagi.Tidak sayang duit langsung, gertak Akma di dalam hati. Dia melihat sahaja perlakuan Hani. Hendak bertegur, hatinya masih membara.
           “Hai..moyok jernampak muka ko Akma? Kenapa?” tanya Hani sambil melunjurkan kakinya di ataskatil. Sesekali menggeliat kecil badannya yang lenguh-lenguh itu.
           “Tak ada apa-apalah. Aku letih.” jawab Akma tanpa memandang ke arah Hani.
            “Hai, takkan letih kot. Selalunya ko lah yang paling aktif. Tidur pun selalu lambat daripada aku.” Hani mengejek.
“Perasaan aku jer yang letih..badan tak” selamba sahaja jawapan Akma.
            “Kenapa?Ko ada masalah ke?” Hani seolah-olah dapat meneka apa yang bermain di fikiranAkma sekarang.
            “Takada apa-apalah”
            “Cakaplah.Kita kan kawan baik. Masalah kenalah kongsi bersama”
            “Kawan karib?” teriak Akma. Pandai sungguh kau berlakon! Rasa ingin terhambur jugarasa marah yang tersimpan. Hani memandang pelik sikap Akma yang baginya sepertiorang tak betul itu.
           “Ko ni tak habis-habis shopping. Tak sayang duit ke?” Akma meninggikan suaranyasedikit. Dia bangun dari katil dan terus menuju pula ke tepi tingkap.
            Hani juga turut bangun dari katil lantas berhadapan dengan Akma. Nampaknya mungkin tekaannya salah.
            “Eh..apahal ko nih..Study banyak sampai jadi tak betul ke?”
            “Hani,ko kan study lagi. Keluarga pun bukan kaya sangat. Janganlah asyik nak membazir duit loan. Lepas tu keluar pagi balik malam, bila masa nak study?” Kali iniAkma mula berani bertentangan mata dengan Hani.
            “Ko ni apsal? Selama ni tak ada pun ko bising-bising. La ni sibuk. Nak carik pasal ke?” Menyirap darah Hani bila ditegur begitu. Ditolaknya bahu Akma.
             Akma membulatkan matanya. Dipegangnya bahu Hani pula. “Aku tegur demi kebaikan k aje..nanti ko sendiri yang menyesal..”
            “Akutahulah apa yang aku buat. Ini hidup aku. Ko tak payah masuk campur. Ko pulak,tak boring ke asyik study ajer. Aku yang tengok pun tension”
            “Nak buat macam mana? Nak carik teman berbual pun asyik hilang je. Malam baru nampakbatang hidung,” tegas Akma.
            “Huh..”Hanimula berpeluk tubuh. Dia masih tidak berpuas hati dengan Akma. Apa yang merasukperempuan ini agaknya.
            “AssignmentProf Siti ko dah hantar?” Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulut Akma. Diasendiri pun tidak tahu bagaimana dia boleh menanyakan soalan itu. Sebenarnya,kalau boleh Akma tidak mahu membangkitkan perkara tersebut.
Haniterdiam sebentar. Ada perubahan pada riak wajahnya.
            “Ko ingataku keluar pagi balik malam buat apa? Dating aje ke? Ada masanya, aku siapkanassignment dan study dengan abang aku la..” Menjeling tajam Hani.
        Ye ke? Sindir Akma dalam hati. Macam tak je akutengok, bisik Akma lagi.
        “Aku dah hilangkan disket assignment aku lah..Bilacarik kat pc pun tak ada juga..aku terdelete agaknya. Ko ada tersimpan folderaku kat mana-mana tak?” pancing Akma.
        Perasaan marah Hani mulai reda bila Akma menukartajuk perbualan. Tetapi perutnya rasa kecut juga bila Akma membuka topikberkenaan assignment. Hani cuba sedaya upaya menyembunyikan kebimbangannya. Diaduduk semula di atas katil sambil mengurut-ngurut kakinya yang lenguh. “Manalahaku tahu. Aku tak ada kacau folder ko. Ko ter'delete' lah tu agaknya..”
“Habis..korasa apa patut aku buat?” tanya Akma lagi.
“Kobincanglah dengan Prof Siti, sama ada boleh tangguhkan beberapa hari. Kalau kotak sanggup hilang 30 markah tu.”
           “Betul juga. Esokko temankan aku..no more excuses. Aku booked ko esok pagi. Beritahu Alias..”
           Hani inginmenolak pada mulanya. Dia sudahpun berjanji dengan Suffian ingin menemuinyaesok.  Tetapi kerana bimbang rahsianya akan terbongkar, Hani beralah.Dia tidak mahu Akma mengesyaki sesuatu sekiranya dia menolak.
           “Oklah.Akuikut..”
*       *        *       *        *
         Anuar melabuhkan badannya di atas sofa. Mike sudah mulaberdengkur di atas karpet. TV masih lagi menyala. Bukan kau yang tengok tv, tvyang tengok kau, bisik Anuar di dalam hati. Yan pula masih belum pulang. Sejakdapat girlfriend baru, jarang dia pulang awal. Hendak jaga hati awek, katanya.Masih kebosanan, Anuar menukar siaran satu persatu tetapi tiada satupun yangmenarik minatnya untuk menonton. Fikirannya menerawang jauh teringatkanNatasya. Apa yang sedang dilakukannya sekarang?
            Sudahhampir dua bulan Natasya menghilangkan diri tanpa khabar berita setelahmenghantar sms mengucapkan selamat tinggal dan jangan mencarinya lagi. Anuartidak tahu apa salahnya. Natasya pergi begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan.Hatinya sakit tidak terkira. Dia terasa seperti dipermainkan.
         Selepas daripadaitu, Anuar tidak pernah lagi menghubungi Natasya kerana keegoannya sudahtercalar. Anuar nekad untuk melepaskan Natasya walaupun payah. Selagi dia terusberpegang pada kenangan itu, selagi itu dia akan terus tertekan. Dia tidak akanberpaling lagi. Tidak ke mana perginya.  Hidup perlu diteruskan,lagipun dia masih muda lagi. Banyak lagi fasa hidup yang belum ditempuhinya.
       Anuar merenung telefon bimbitnya, dalam. Tidak perlu lagigambar Natasya disimpan. Walaupun berat, dia perlu melakukannya juga.Ditatapnya gambar gadis itu sepuas hatinya sebelum membuangnya satu persatu.Lega sedikit rasanya kerana dapat melepaskan bebanan itu.
Selamattinggal Natasya......Semoga berbahagia dengan hidup barumu....
            Aku akan buangsegala kenangan kita jauh dari lubuk hatiku......        
Anuarmenghempaskan dirinya di atas katil seketika kemudian. Dia ingin tidur lenamalam itu sejak sekian lama dihantui wajah Natasya.
*
“Manakamu pergi semalam, Akma? Puas saya mencari kamu,” tanya Prof Siti sambilmembetulkan cermin matanya.
“Maafkansaya Prof. Saya ada hal penting, tak sempat nak beritahu,” jelas Akma sambilmenghulurkan tangan meminta maaf. Hani yang berdiri di sebelahnya, hanyatersenyum dalam debar.
            “Hmm...manaassignment kamu? Selalunya kamu yang paling cepat hantar. Nak hantar sekarangke?”
           “Hmm..sebenarnyaProf. Saya ada masalah besar. Err..Ehmm..Assignment saya...” tergagap-gagapAkma menjawab pertanyaan Prof Siti. Terasa seolah-olah ada benda sedangmenari-nari di dalam perutnya.
           “Kenapa?” Serius sahajamuka Prof Siti dilihatnya.
           “Assignment sayadah hilang Prof. Entah mana tercicir.” Akma menahan nafas. Hani yang tadi pucatmukanya, berasa sedikit lega.
“Takada backup? Takkan tak ada kot,” perli Prof Siti.
Akmamenelan air liur. Dengan separuh berbisik dia berkata, “Itulah masalahnya,Prof. Tak ada.”
“Habis?Deadline is today. Tak hantar by the end of the day, maknanya 30 markah kamuhilang..” jelas Prof Siti. Hani tersenyum sinis. Suka nampaknya.
           “Saya nak mintatolong Prof. Berikan saya sedikit masa untuk buat yang baru..” bergetar suaraAkma. Hendak menangis pun ada.
           “Apa katakawan-kawan kamu yang lain kalau saya beri kelonggaran pada kamu?”
            “TolonglahProf Siti. Saya tak boleh kehilangan 30 markah tu. Ia akan menjejaskan CGPA saya,”serak suara Akma rasakan.
           “Haah Prof.Tolonglah dia, nanti menangis pulak..”kata Hani mengejek. “Saya juga yang kenapujuk nanti,” juih bibirnya.
            Mendengar sahaja kata-kata Hani itu, Akmaterus memandang tajam dengan rasa meluat ke arahnya. Berani sungguh ko Hani.Tak ada rasa bersalah langsung! Mengejek lagi ada! Mana pergi perikemanuasiaanyang ada?
           “Hani...awak tolongkeluar sekejap. Saya nak berbicara dengan Akma.”
            “Hani...janganbalik dulu. Tunggu saya!” perintah Akma.
Hanimelangkah keluar dari bilik Profesor. Setelah kelibat Hani hilang, Prof Sitimemulakan balik perbincangan mereka tadi.
“Sayatak tahu apa masalah kamu. Tetapi saya tak boleh benarkan.”
“TolongProf!” rayu Akma.
“SorryAkma. I have to be professional”
“Tapi...”
“Myadvise is .. You must work hard in your semester exam.”
“Prof Siti, Saya janji akan siapkan sebelum Jumaat ni. Tolong berikan sayapeluang..” rayu Akma lagi.
“Akma...sayakena attend lecture. Please excuse me..”
Akmaterbungkam. Mukanya pucat tak berdarah. Tiada gunanya dia merayu lagi. ProfSiti memang tidak berganjak daripada pendiriannya. Akma hanya mampu melihatProf Siti melangkah keluar dari bilik. Air mata mula bergenang. Tetapiditahannya juga. Aku kena tabah. Tentu ada jalan keluar daripada semuapermasalahan ini.
            Akma sudahtidak tertahan lagi. Lantas, dia keluar dari bilik Professor dan berlari sekuathatinya entah ke mana. Dia perlu bersendirian sekarang. Hani yang diarah tunggudiluar turut ditinggalkannya. Hani yang terperanjat dengan kelakuan Akma itu,mengejarnya dari belakang. Dia menjerit memanggil Akma. “Akma! Ko nak ke manatu? Eh..takkan ko nak jalan kaki balik kot?”
           Akma berpusing kebelakang, berjalan dengan lajunya ke arah Hani pula. Berderau rasanya mendengarsuara tersebut. Jikalau dia seekor harimau, sudah lama dibahamnya perempuandidepannya itu.
           “Cukup Hani!Diam!”
“Apa?Kenapa asyik nak marah orang aje? Tak reti nak cakap elok-elok dengan aku ke?”marah Hani sambil menarik tangan Akma.
“Nakcakap macam mana lagi dengan orang macam ko ni?” pegangan tangan Hanidilepaskan. Seperti drama pula lagaknya.
Hanimula mencekak pinggang. “Apa ko cakap?”
“Koingat aku tak tahu muslihat kau?” Besar mata Akma, marah.
            “Muslihatapa?!”
           “Bukan ko yangdelete file aku dalam komputer?” jerit Akma lagi. Tidak tertahan rasanya lagikepedihan di hati.
“Kotuduh aku? Ko tu yang cuai? Ko ingat tuduh2 org ni baik sangat ke?”
“TolonglahHani. Aku ingat ko kawan baik aku. Tapi musuh dalam selimut,” Matanya tepatmemandang ke mata Hani. Tidak lepas. Hani mengalihkan pandangannya kerana tidakselesa. Umpama singa betina lapar sahaja rupanya.
“Akudah nampak assignment yang ko hantar pada Prof Siti. Bukan assignment aku keyang ko copy?? Senang-senang aja ko ubah nama ko??”
“Sowhat?? Nasib ko lah..” Hani tersenyum sinis, sambil memintal-mintalkanrambutnya, lagak seperti orang tidak bersalah.
“Apako kata?”
“Yelah. Aku dah bosan dengan ko Akma. Asyik kena puji dengan pensyarah. Resultpower. Tugasan pun bagus. What is sooooo great about you?”
Hani mendekati dirinya dengan Akma danmebisikkan sesuatu ke telinganya. “Memang aku yang delete assignment ko.Komputer aku kan, so aku boleh buat apa yang aku suka. Lagi satu, assignmentyang ko save dalam disket ko tu pun aku delete jugak masa ko tengah mandi. So,memang tak boleh dapat baliklah.”
“Sampaihati ko buat aku macam ni.” muka Akma berubah bila diketahuinya disket yangdihilangkannya itu sebenarnya tidak berisi.
Hanitersenyum sinis, “Hmm..memang sampai hati aku. Ko masih boleh buat dengan baikexam ko kan? So kira bagi bonus kat aku lah untuk assignment ni.”
“Akusungguh tak sangka ko begini orangnya, Hani..”
“Well..Koyang buat aku jadi begini, tau tak? Lagi satu aku nak beritahu. Aku nak pindahke rumah sewa minggu ni. Ko tak payah risau aku curi assignment ko lagi. Bestkan duduk sorang..tak ada orang nak kacau ko study lagi kan?” jari telunjuknyaditekan ke dada Akma. Kemudian, Hani terus berlalu dari situ meninggalkan Akmayang masih berdiri mengenangkan nasibnya.
Akmatidak dapat berkata apa-apa lagi. Dia sudah habis daya. Kini, tiada siapa lagiyang dapat mendengar rintihan hatinya, berkongsi suka dan duka hidupnya. Diasudah kehilangan seorang yang disangkanya sahabat.
Apabiladia mengangkat mukanya, dia dapat melihat ramai mata yang memandang ke arahnya.Matanya dapat menangkap wajah Anuar antara ramai yang memandang. Anuarmemandangnya dengan wajah yang penuh tanda tanya.
Akmarasa dia perlu bersendirian ketika ini. Dengan longlai dia mencari tempat yangjauh dari orang ramai. Dia tidak mahu orang melihat kesedihannya ketika itu.Setibanya dia di suatu tempat, dia dapat melihat liputan gunung-ganangterbentang luas dihadapannya. Sejuk mata memandang. Perasaan marah dan sedihterus lupus dari benaknya. Cantiknya pemandangan dihadapannya itu. Walaupunsudah bertahun-tahun, gunung itu tetap gagah berdiri. Dengan sekelip mata, Akmadapat rasakan kekuatan melingkari seluruh tubuhnya.
“Akutak akan mengalah!” jerit Akma sekuat-kuat hatinya. “Aku akan jadi sepertimugunung. Aku akan tetap teguh berdiri!”
*       *        *       *        *
Anuarmemakir motosikal Aprilianya di tempat biasa. Dia sengaja datang awal ke kuliahpagi itu. Apabila ingin menenangkan fikiran, dia sering ke satu tempat yang palingdisukainya. Di situ terdampar pemandangan gunung ganang yang sungguhmengasyikkan. Dia akan melupakan segala kekusutan fikiran apabila melihatpemandangan yang cukup cantik disitu.


            Barusahaja turun dari motorsikalnya, didapati ramai orang berkerumun di koridorsepanjang laluan ke fakulti. Dengan rasa yang pelik, dia pergi dan melihat apayang sedang berlaku disitu. Kelihatan dua orang gadis seperti sedang bergaduh.Nasib baiklah tiada adegan menarik rambut atau menarik tudung. Kemudian, salahseorang daripada mereka beredar dan meninggalkan seorang lagi. Dia dapatmelihat wajah gadis itu dengan jelas. Bukankah itu gadis yang menjumpai topikeledarnya tempoh hari?
            Tanpa mahumemikir lebih, Anuar ke tempat yang ingin ditujui. Tempatnya betul-betul dibahagian belakang dewan kuliah Sri Cempaka. Di situlah tempat kesukaannya untukmelepaskan segala kekusutan di hati. Di situlah juga tempat dia menenangkanfikiran dan mencari ilham.
Tetapikali ini hasratnya terganggu. Kelihatan seorang gadis sedang duduk di tempatbiasanya. Isshh..gangguan betullah, katanya di dalam hati. Dia baru sahajaingin beredar apabila terdengar jeritan bergema datangnya dari gadis itu.
“Akutak akan mengalah! Aku akan jadi sepertimu gunung. Aku akan tetap teguh berdiri!”jerit gadis itu sekuat-kuat hatinya sehingga terperanjat Anuar dibuatnya.
       “Gila ke apa?” desis Anuar. Dia berjalan perlahan-lahanke arah gadis itu.
        “Apa awak buat di sini?” tegur Anuar. Hampirterlompat Akma disergah begitu. Perkiraannya tentu tiada orang di tempatsebegitu.
“Eh..Takada apa. Saja je hirup udara segar kat sini,” jawab Akma. Dia menoleh ke arahtuan punya suara.
“Anuar?!”
“Ehawak..” Anuar turut terkejut melihat Akma disitu. Baru sahaja tadi dia melihatAkma bergaduh di hadapan fakulti. Entah bila masa pula dia sampai ke sini.

            “Eh..Oklahsaya nak masuk kuliah. Sorry ye ambil port awak,” jelas Akma lantas bangunmeninggalkan Anuar yang masih kebingungan itu.
         Last edited by winter on 29-1-2013 10:29 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
tgh tunggu n3 tbaru winter..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 12:23 PM | Show all posts
winter.. sambung la kali ni bagi abis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 05:17 PM | Show all posts
Disebabkan banyak entry dah hilang..boleh masuk blog www.winteranne.blogspot.com untuk membaca semula.
Sedang ambil mood untuk continue..Sapa pilihan anda? Anuar atau Farid? Last edited by winter on 22-10-2013 05:19 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.081064 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list