wajah manis
asik duduk termenung
menikmati penantian dalam kesendirian malam
mencari tekat yang masih tertinggal di antara realiti
mungkinkah harapan itu menjadi nyata
wujudkan impian dalam khayalan hati
penantian yang dipertaruhkan........
harapan semalam atau hari ini
tetap akan menjadi harapan
walau mungkin tidak kesampaian
namun biarlah masa jua menentukan
bersandar juga pada sebuah kesabaran
tak lupa juga berdoa yang mesti dipanjatkan
Bunga gugur di kala senja
jatuh di kepalamu
gugur satu satu
tulip berkelopak ungu
jangan kau kelu atau malu.
Bunga gugur di kala senja
menyelaputi hatimu
kau kata harum
wanginya menelan di jiwa
warnanya berkaca di mata
memutik di tangkai hati
rasa dan aroma
mengundang resah tak sudah.
Bunga gugur di kala senja
kau pungut dan simpan
dalam dada.
Originally posted by sweetLove at 2-12-2008 01:45 PM
sabarlah menanti
pasti dia akan kembali
setiap saat setia menemani
mengiringimu kemana pun pergi....
`okies...c u..
menanti hari esok
pasti dia ttp datang
menanti sesuatu yg kita inginkan
tidak mudah spt yg kita harapkan.......
Originally posted by haarrmann at 3-12-2008 11:09 AM
hari ini kau datang lagi
melihat dia di situ
beratur dalam barisan
untuk beli rokok
tanpa sepatu...... :flower:
har...
terima kasih sudi kesini
janganlah malu malu wat mcm rumah sendiri
dia tu biarlah dengan dunianya sendiri
dah pesan berkali kali
tapi tetap nak merokok lagi
dahlah begitu...tak bersepatu di kaki
kan memalukan diri sendiri
apa ntah nak jadi....
Originally posted by iDputera at 3-12-2008 02:28 AM
ermmm........
bila bunga2 berguguran
pasti keharumannya juga hilang..........
'tumpang baca......
Hai..
Musim Semi Itu
Sore tadi mega di langit berona jingga
Bayu bersenandung bernada lembut
Dedaun menari di sela reranting
Kesendirian menikmati penantian
Menanti asa yang masih tertiinggal
Waktu menari tak berhenti
Asyik diri dalam ruang kepastian dan labuhan masa
Penantian amat pedih meski seketika
Bila amuk rindu memamah dada
Setangkai jantung bagai gugur di hujung muara
Dibawa arus hanyut di kuala
Hilang rasa didamba duka
Bilakah musim semi itu menjemput
Pijar bahagia bersama lantunan ikrar suci
Saksi cinta abadi
bila sahaja berbunga
resah di taman hati
kau sentuh keajaiban
menghijaukan kewarasan
dan camar ini pun terbang
kemana tetap ke sarang
kini dan selamanya
akukah gadis itu?
kadang mesra bersama
masa cuba menguliti
kaulah hadiah utama
yang Tuhan beri padaku
setiap langkah berdua
cuba ku seiringkan
kini dan selamanya
akukah gadis itu?
sehingga,
selama mana pun
yang disisimu
akukah gadis itu?