CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9064|Reply: 13

Fattah Amin kata kisah personal tak ada manfaaat langsung

[Copy link]
Post time 26-2-2025 06:48 PM | Show all posts |Read mode


Semenjak memegang gelaran duda, apa sahaja mengenai kisah peribadi pelakon Fattah Amin akan menjadi perhatian sehingga tular di media sosial.

Bagaimanapun Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dia sebenarnya kurang selesa hal peribadinya diberi tumpuan kerana merasakan ia tidak mendatangkan sebarang faedah kepada orang lain.

Sebaliknya Fattah berharap kisah disebarkan tentang dia bersifat positif dan mendatangkan manfaat kepada orang ramai.

  


“Saya kalau boleh tak mahulah jual cerita peribadi yang tiada manfaat kepada orang ramai.

“Kalau boleh biarlah benda yang mendatangkan positif dan boleh dijadikan iktibar kepada pembaca. Tak naklah tular disebabkan benda mengarut,” katanya kepada mStar.

Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Bidaah yang diadakan di Kuala Lumpur pada petang Rabu.

  


Pun begitu, Fattah tidak cepat melatah apabila kisah peribadinya menjadi tumpuan kerana itu adalah harga perlu dibayar apabila bergelar seorang selebriti.

“Saya rasa itu harga yang perlu dibayar apabila jadi seorang selebriti yang diberi perhatian.

“Maksudnya apa sahaja yang dibuat akan ada orang beri perhatian,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fattah bakal tampil dengan drama bersiri terbaharu berjudul Bidaah.

Bidaah mengisahkan tentang Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud) untuk menyertai Jihad Ummah iaitu sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein).

  


Namun, Baiduri segera menyedari terdapat banyak perkara mencurigakan di sebalik ajaran kumpulan itu, termasuk perkahwinan paksa dan kepatuhan yang membuta tuli.

Kembalinya Hambali (Fattah Amin) dari Yaman, anak kepada orang kanan Walid, Abi Saifullah (Hasnol Rahmat), membuatkan Baiduri semakin yakin bahawa ajaran Jihad Ummah sememangnya tersasar.

Antara barisan pelakon Bidaah iaitu Vanidah Imran, Faizal Hussein, Fathia Latif, Hasnul Rahmat dan Riena Diana.

  


Bersama Hambali, Baiduri bertekad untuk melindungi ibunya dan membongkar kebenaran, walaupun nyawanya sendiri terancam.

Selain Fattah, pelakon lain membintangi drama tersebut ialah Faizal Hussein, Riena Diana, Marisa Yasmin, Vanidah Imran, Fathia Latiff, Hasnol, Fazlina Ahmad Daud, Rahmat dan Malia Baby.

Drama sebanyak 15 episod itu akan mula ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 6 Mac 2025.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2025 06:50 PM | Show all posts
baik lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalau ko pun menggeletis tak sudah2? Cuba kawal sikit kegeltisan tu..berlaku kayu, nyanyi sengau, tu jela jadi modal basah acik2 keledek kepam
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Laku sungguh FA ni, job berderet
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
lah... iyo jelah.. Apa2 lah bam tah..
kita makan popcorn tengok astro drama rantaian tak ada kesudahan..
ginilah org tak ada bakat seni.. tak habis2 modus cinta garik
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat model mana baju kot tu...segak.sungguh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2025 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 26-2-2025 07:16 PM
Ingat model mana baju kot tu...segak.sungguh

Kalau dia ke saluran yg betul modelling lgi bagus
Sbb nyanyi tak sedap
Belakon kayu
Jd model je kot yg terpaling sesuai dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Se7 dengan komen di atas. Tapi dah alang2 nama tengah naik ni, rembat je segala job yang ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2025 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 26-2-2025 08:06 PM

ye lah betul sgt tu bamtah
biarla tau2 seluruh netijem dan achik2 porem dpt jmptn mkn ns minyak
lg best lg suprise

bkn brita chenta murahan
ada sekor tpaling pikupline
nk muntah terbaca brita this lvl tiap hari sjkduamenjak ni ..bluweerrkkkkkkkmk
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa banyak benang bamtah ni.
Jenuhlah keladis nak mengecam.
Merata2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya mmg dari dulu, bertahun2 dulu Fatah ni mmg terkenal dan mmg nama selalu naik ..betul tak?...sekarang ni pun asyik Fatah je..murah betul rezeki dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Murahnye rezeki patah. Ada yg panas tp bkn api

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap tak serupa bikin. Modal atah ni hanya gosip murahan dengan betina. Laki garit untuk betina garit. FA n AO sesuai sangat sebab dua2 penunggang agama. Barula sekufu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Takmo jual citer peribadi konon. Ko gak yg tergedik2. Buat2 malu2 kucen.

Having said that, dia nie mmg alhamdullilah murah rezeki. Muka hensem.  Badan segak.  Tinggi lampai.  Putih cerah. Kulit pun lawa. So mmg sesuai kalo jadi model.

But as soon as ko bukak mulut - terus hilang smart. Not eloquent.  Lontaran suara pun x baper cantik.

Sesuai laa ko jadi model aja. Berlakon pun biasa2 je.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.633299 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list