CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

[Tempatan] banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2

[Copy link]
Post time 11-12-2013 08:25 PM | Show all posts
miss_kikilala posted on 11-12-2013 07:51 PM

apasal perempuan tu x cakap sebab nie banjir seluruh pahang




jap lagi masuk macai UMNO, ayat dia banjir pun nak politik kan k


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2013 08:26 PM | Show all posts
sepiITUindah posted on 11-12-2013 08:10 PM
alahai YB cam budak darjah nam jer
abis tu kws sabry cheek pehal lak

negeri Pahang, kuantan jer banjir... akal pemimpin UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 08:28 PM | Show all posts
slippergombak posted on 10-12-2013 11:47 PM
aku sudah turun ke kuantan kemamang pada minggu yg lepas untuk sama2 membantu dan realitinya telah ...

ayat lu mmg xleh blah, sial tahap cipan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 08:31 PM | Show all posts
AHMADVW posted on 11-12-2013 08:28 PM
ayat lu mmg xleh blah, sial tahap cipan

itu yg benarnya bila tgk kejadian tuh.. tapi rakyat dilarang dan diharamkan sama sekali berbunyi.. bila berbunyi jerk marah bantuan tak sampai, pemimpin tak nampak muka.. trus petik nih musibah.. jgn masuk politik....bosan politik... hamdalah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 09:03 PM | Show all posts
cer citer sket set2 natang berayuk mok nih tgh buat mender nih...... volunteer mangsa banjir kaaa tengoh buat demo cara sapu sampah...


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 09:04 PM | Show all posts
hanya nak share satu kisah banjir yang dapat dari fesbuk..sedih baca..
https://www.facebook.com/azrulsyahrizan.abrahman


Apakah anda tahu?

CERITA BANJIR 2013 - Ini banjir punya cerita. copy paste dari FB

Tapi ini bukan cerita banjir versi suratkhabar atau berita TV.
Ini cerita dari orang yang benar-benar menjadi mangsa banjir di Kuantan baru-baru ni.
Dan kisah sebenar begini memang tidak layak untuk disiarkan dalam TV atau suratkhabar di Malaysia.
Kalau ada jurugambar media atau wartawan yang berani melapurkan berita banjir sejujur ini,
nescaya hayat kerjayanya sebagai pemberita tidak panjang.

Banjir bukanlah suatu bencana alam, tetapi adalah suatu acara bersukaria.
Pesta mengarung air! Begitu anggapan aku dulu.
Lepas tu, timbul anggapan baru, iaitu, banjir ialah jalanraya kena tutup sebab ada air
atas jalan, dan ada yang kena pindah rumah.
Kemudian, datang lagi anggapan baru sejak banjir besar di Sungai Isap tahun 2001 dulu,
iaitu banjir ialah kena pindah dan kena selamatkan kereta dan barang-barang rumah.
Tidak ada apa yang susahnya. Kalau kena pindah, pindah sajalah.
Kerajaan kita memang terbaik dalam sejarah dunia.
Bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yang mempunyai rakyat yang pemurah dan mempunyai
pemimpin yang begitu prihatin dengan masalah rakyat.
Banjir tu air je pun, bukannya api!
Apa nak susah.... bukannya hangus terbakar pun kena banjir,
habis kuat pun basah je, lebih-lebih pun lemas,kereta tenggelam,
barang rumah semua punah jahanam, itu je.

Setiap kali banjir melanda, kita tengok tv, kita baca suratkhabar,
oh alangkah seronoknya kalau kena banjir...! Macam family day je.... Macam pergi berkelah je!

Ada acara masak-masak, yang datang memerah keringat untuk tolong masak bukan koman-koman punya orang.
Ada bini raja, ada bini menteri, bini orang besar dan ternama, orang berpangkat
dan yang kaya-raya semua mencemar duli sanggup turun padang tolong masak.
Lepas itu ditunjukkan pula gambar bagaimana mangsa-mangsa banjir begitu ceria dan bermuka
galak sekali beratur untuk mengambil makanan....
bini-bini orang besar, ataupun orang-orang bini besar,bsemua berebut-rebut
untuk tolong sendukkan nasi dan cedokkan lauk ke dalam pinggan atau tray rakyat kelas
bawahan yang rumah mereka tengah tenggelam dalam air banjir.

Parti-parti politik, pertubuhan itu persatuan ini, NGO itu IPTA ini,
semuanya berlumba-lumba untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan.
Diumumkan di media massa pihak ini derma berapa juta pihak sana nak derma berapa juta,
bahkan ketua wanita UMNO berkobar-kobar melaungkan betapa prihatinnya PM dan TPM kita...!
Hari ini PM pergi Kuantan, esoknya TPM pergi ke Kemaman pulak!!! Wow!
Semata-mata nak melawat msa banjir!!
Huh, mana mau cari PM dan TPM negara lain dalam dunia ni yang sanggup pergi ke tempat pemindahan banjir macam tu??
Susah nak ungkapkan dengan perkataan betapa bertuahnya parti melayu kerana mempunyai seorang Ketua Pergerakan Wanita setaraf itu.

Kemudian ditunjukkan juga betapa trak, lori, van, semuanya berbaris-baris masuk ke pusat penempatan banjir
untuk menghantar sumbangan itu dan bantuan ini....
Jadi, apa masalahnya dengan banjir? Apa susahnya bila rumah kena banjir?
Bantuan dan sumbangan yang diterima oleh setiap mangsa banjir adalah tiga belas kali ganda nilainya
dari nilai kerugian yang dialami akibat banjir.
Itu kalau berdasarkan kepada pengumuman pihak itu dan ini yang akan memberi sumbangan
sekian-sekian juta, maka bila dicampurkan keseluruhan sumbangan
itu, jumlahnya 25 juta sedangkan mangsa banjir cuma 40,000 orang.
Kalau dicongak purata satu rumah ada 4 orang, maknanya 40,000 orang itu mewakili 10,000 buah rumah.

Jadi, bukankah bila diagihkan, mangsa banjir akan dapat sumbangan bernilai beberapa ratus ribu ringgit setiap rumah....?
Tak bertuah ke tu...!!
Tapi semua itu cerita banjir dalam tv dan suratkhabar. Wartawan dan jurugambar tidak sampai ke tempat
banjir selagi Sultan atau Bapak menteri tak datang.
Mereka lebih berminat untuk melapurkan lawatan orang-orang besar sahaja, daripada
melapurkan malapetaka banjir dan keadaan mangsa.
Jurugambar hanya sibuk merakamkan gambar'kemurahan-hati' menteri dari merakamkan gambar 'kegundahan-hati' rakyat
yang ditimpa musibah banjir.
Dalam suratkhabar sibuk menceritakan kebaikan-hati menteri, dalam tv hanya sibuk merakamkan gambar yang lawa-lawa
dan yang cantik-cantik yang mengiringi Datuk Paduka Raja melawat pusat banjir.

Tahukah anda.... bahawa banjir bukan begitu sebenarnya.
Bukan seperti mana yang digambarkan dalam media massa.
Aku ceritakan beberapa kisah dari seribu satu cerita tentang banjir yang menimpa....
dan kisah-kisah begini tidak akan dapat dibaca dalam mana-mana suratkhabar
dan tidak akan dapat ditonton di kaca tv, sekurang-kurangnya kita dapat gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku.
Kalau tadi aku menyebutkan bahawa selepas banjir besar tahun 2001, persepsi aku terhadap banjir mula berubah
dari suatu pesta kesukaan kepada suatu bencana yang mengancam keselamatan barang-barang rumah dan kenderaan.

Rupa-rupanya, banjir tahun ini mengajar aku bahawa ianya bukan sekadar itu, tetapi kami terpaksa berpindah untuk menyelamatkan nyawa!
Nyawa sendiri dan nyawa ahli keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, kanak-kanak, orang tua....
Kami bergelut untuk menyelamatkan nyawa!
Bayangkan.... air memenuhi dan menenggelamkan hampir 95 peratus tanah daratan di Kampung Pandan,Bukit Rangin,
Permatang Badak, Isap Damai, Isap Perdana, Isap Satu, Isap Dua, Isap Jaya, Taman Murni, Kampung Sungai Isap, Taman Sepakat,
Kampung Kurnia, Rumah Murah Batu 3, Kampung Razali, Kg SC, Taman Guru, Taman Putra Putri, Inderapura, Kg Teluk Mahang, dll.......
Ini yang airnya bersambung menjadi satu.... seolah-olah satu tasik yang luas.
Saban tahun, bila masuk saja bulan Oktober, maka berebut-rebutlah semua jabatan dan agensi kerajaan melaungkan kepada dunia
bahawa mereka telah bersiap-sedia menghadapi banjir.
Apa yang disiap-sediakan, aku pun tak tahu.
Ada satu sekolah, iaitu SK XYZ, dan sekolah ini tidak termasuk dalam senarai sebagai pusat perpindahan banjir.
Bila banjir berlaku secara mengejut, para penduduk berdekatan segera ke sekolah tersebut.
Orang kecik, pangkat rendah, manalah mereka tahu senarai tak senarainya....
mereka pindah untuk menyelamatkan nyawa...!
mana ada masa nak pergi check dulu sekolah mana ada nama sekolah mana tak ada dalam senarai....!
Di tingkat bawah memang dipenuhi air, dan para mangsa banjir terpaksa
tinggal di dalam bilik darjah di tingkat 1, tingkat 2, dan tingkat 3.

Permohonan diajukan kepada pihak berkuasa yang terbabit, mohon bantuan makanan dan minuman.
Tetapi jawapan yang diterima....
sekolah ini tidak ada dalam senarai pusat penempatan banjir yang telah ditetapkan, jadi tidak ada sebarang bantuan dapat disalurkan ke situ!!!
Dua hari mangsa banjir di situ tak ada makanan!
Satu orang petugas dari jabatan atau agensi berkaitan pun tidak ada di sekolah itu.
Mereka bukan mintak bantal dan selimut, tak mintak kelambu dan ubat nyamuk....tak mintak ubat gigi dan syampoo, tidak!
Mereka cuma mahu makan.
Anak-bini mereka lapar. Mak ayah mereka yang dah tua pun lapar.
Tapi....? Ya lah, sekolah itu bukan termasuk senarai....
Agaknya takut berdosa besar kalau bagi makan kepada mangsa di pusat perpindahan haram macam tu.
Sebagai usaha terakhir, mangsa-mangsa banjir itu masing-masing pakat menderma sesama sendiri, ada
yang bagi 50 ringgit, ada yang bagi 10, ada yang bagi 200, sehingga jumlah yang terkumpul sampai beribu-ribu ringgit!
Untuk dibeli makanan...! nak beli roti, biskut, dan maggi je....
(beras dan lauk memang tak beli lah, sebab dapur pun tak ada)....
tapi, semua jalan tersekat oleh air. Banyak kedai yang tutup.
Tak ada nilai duit ribu-ribu dalam keadaan seperti itu.

Kita tengok pula keadaan di sk abc dan smk def....
penduduk mula berpindah ke sekolah sejak hari Senin dan Selasa.... kemuncak banjir ialah Rabu dan Khamis....
Sepanjang proses berpindah selama 2-3 hari pertama itu, tidak ada satu bantuan
pun baik berupa lori trak atau bot dari sebarang jabatan kerajaan atau
agensi kerajaan untuk mengambil, membawa, dan menghantar ke pusat perpindahan... tidak ada!
Kecuali 2-3 buah bot milik persendirian.
Penduduk samada lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, semuanya kena pergi sendiri, tanpa sebarang makluman dari pihak berkuasa,
tanpa sebarang bantuan, semua mangsa banjir terpaksa meredah air sendiri-sendiri, ada yang mengharung air separas pinggang,
ada yang separas dada, bahkan ada yang separas leher....
(utk makluman, air banjir arusnya cukup deras... jangan ingat macam air kolam).
Ada seorang kakak, baru buat operation tujuh hari.... dia takut nak mengharung air (masa tu paras air atas jalan dah paras perut)....
last-last, suami dia dukung dia berjalan dalam air masuk ke kawasan sekolah.
Ada tv suratkhabar nak lapur kejadian tak glamour macam ni...?
nak lapur macam mana, semua wartawan tengah berkumpul di pwtc masa tu.

Kita tengok tv, mangsa banjir makan sedap, ork?
Beratur molek je masing-masing nak ambik nasi.... sorang-sorang pegang pinggan dengan muka senyum je....
ada orang tukang cedok..... masing-masing tadah je pinggan, lepas tadah nasi, tadah lauk pulak,
lepas tu sayur pulak... teringat zaman duduk asrama masa sekolah dulu.
Biar aku cerita kisah banjir yang tak masuk tv dan tak keluar dalam suratkhabar.
Ini keadaan sebenar yang berlaku.

Lebih dari separuh dari beribu-ribu mangsa banjir di dua pusat perpindahan yang terletak sebelah-menyebelah itu yang tak dapat makan
walau sebutir nasi pun dalam masa dua hari kemuncak kejadian banjir itu.
Beratur panjang-panjang, rupanya bila sampai giliran kita, pinggan polistrin pulak habis...
ada yang sempat dapat pinggan polistrin, beratur-beratur, nasi pulak habis.... ada yang dapat nasi, lauk pulak habis.

Pernah terfikirkah kita, ada yang ambik tin sardin yang telah kosong, (masih ada saki-baki kuah sardin yang melekat dalam tin)...
untuk dijadikan gelas dan diisikan air kopi o.... bayangkan!
Terpaksa minum kopi dalam tin sardin!
Itu yang dapat minum tu.... lebih separuh lagi yang nasib lebih malang dari dia, tak merasa minum kopi o pun....
kebanyakannya kenyang dengan meneguk air liur sendiri je.
Ada yang tadah biskut dengan baju.... ada yang tadah nasi atas kotak...!
Dah kalu dok, langsung tak boleh makan.... kotak tu pun jumpa atas lantai... entah berapa ratus tapak selipar dah yang pijak.....
dikoyakkan agak-agak sebesar pinggan, basuh dengan air hujan, renjis-renjis lebih kurang, lepas tu pergi beratur nak tadah nasi!!
katanya, anak dia lapar, dah dua hari tak makan nasi...!!!
Ada sorang tu, ada mak dia yang dah tua duduk di tingkat 3....
mak dia sakit tak larat nak turun naik tangga.... dia panik punya pasal sebab mak dia lapar, dia beratur nak ambik nasi
(Tak tahu beratur kali berapa dah), tak ada bekas nak isi....dia bantai sumbat nasi dalam botol air mineral kosong!! Bayangkan....
jangan tanya pasal lauk lah, dia memang tak fikir lauk dah, dia kira nak ambik nasi je... asal dapat nasi pun cukup lah.....
cuma aku terpikir, macam mana dia nak makan...?
macam mana dia nak keluarkan nasi dari dalam botol.... (dia bukan potong mulut botol supaya muka jadi luas macam cawan)...
dia sumbat nasi ikut muncung botol gitu lah hidup-hidup.
Dan yang paling sedih sekali, ada yang ambik polistrin dalam tong sampah bekas orang makan dah, basuh dengan air hujan, dan gi ambik nasi....!
Pernah terfikirkah anda ada berlakunya kejadian demikian di musim pesta main air dan pesta menderma bantuan dan sumbangan seperti itu...?
Ada yang baru lepas bersalin sebelas hari, terpaksa duduk di bawah tangga bangunan sekolah...
sebab tak cukup tempat.... bilik darjah semua dah penuh.... bahkan ramai yang tidur atas koridor...!

Menu memang mudah.... pagi makan meehoon (panaskan kuali, kemudian dibukanya ayam yeos dalam tin
dalam tujuh lapan tin, dimasukkan semuanya dalam kuali, last sekali
dimasukkan meehon yang telah direndam sekejap, dan digaul.. meehoon goreng)... meehon keras macam dawai.
Siap untuk 500 orang.... yang berpindah ke situ dekat 3 ribu.
Tengahari, nasi putih lauk sardin...
(buka tin, masukkan semua isinya dalam dalam kuali, nampak berbobok macam nak gelegak sikit, siap...! menu tengahari.
Malam pun menu yang sama.
Esok pun sama. Lusa pun sama.
Dalam keadaan elektrik tak ada, air paip tak ada, line handphone pun tak ada.

Bayangkan....!
Jiran belakang rumah aku.... orang tua umur dah 80 lebih, sekelamin.... dua-dua dah 80 lebih.
Isteri pun dah uzur tak berapa boleh berjalan.
Masa di pusat pemindahan, kakak aku call dia, nak tanya khabar berita.... orang tua ni ada dua anak yang duduk sekitar Kuantan....
masa air baru cecah lantai rumah, dia call anak yg pertama, rupanya nak sulong dia dah ada di pusat pemindahan.
Dan pusat itu pula terkepung tidak boleh kemana-mana.
Bahkan kalau dapat keluar dari sekolah itupun, tak mungkin dia dapat sampai ke rumah orang tuanya.... air cukup dalam di tengah jalan.
Masing-masing terkepung.
Dia call anak kedua yang duduk di tempat lain.... Pun sama jugak...
anak yang ni pun dah ada di pusat pindah banjir dan terkepung juga.
Bayangkan masa tu semua penduduk taman tu dah pindah.... tinggal dia sekelamin dalam rumah...
dia nak keluar dengan kereta pun dah tak lepas.... kat jalan keluar dalam taman perumahan itu air dah separas pinggang....
air naik sedikit demi sedikit.... masa maghrib, air dalam
rumah dah tenggelam buku lali.... masa ni boleh kata semua penduduk dah pindah, kecuali orang tua ni sekelamin je...
lepas Isyak, air dah naik satu kaki..... (lorong ini paling lambat air naik.... di lorong lain, masa tu, air dalam rumah dah paras dada).....
Akhirnya, lepas pukul 12 malam dah, ada trak askar mari ambil dan hantar ke sekolah berdekatan....
(mungkin menantunya yang bersusah- payah lapurkan kpd pihak berkuasa).

Bila banjir dah surut, sebahagian besar mangsa dan balik ke rumah masing-masing, jalan ke pusat perpindahan dah clear, tak ada air
walau setitik pun tengah jalan.....
bila suratkhabar dan tv dan war-warkan, bila dapat tahu wartawan
dan pemberita tv ramai ke tempat banjir, maka berbondong-bondonglah kenderaan berebut-rebut membawa bekalan macam-macam ke tempat
pusat perpindahan banjir.... dengan lori pick-up nya, dengan van nya, trak, bas, semua ada....
ada yg bawa beras, roti, pakaian, selimut, toto, maggi, panadol... macam-macam, semua ada.....
ada yang konvo dari KL sampai 20 buah kenderaan 4x4... pada kenderaan siap tulis banner besar-besar,
dari pemuda parti melayu lah, dari jabatan itu lah,
agensi inilah, atas nama misi bantuan banjir....!
Wartawan pun berkejar-kejar pergi ke tempat yang terlibat dengan
kunjungan rombongan yang hantar bantuan itu....
ditemuramah ketua misi.... cakaplah begitu begini untuk nak bagitahu mereka turut simpati dengan mangsa banjir.

Banyak sangat kalau nak cerita.... tapi setakat ini. —
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2013 09:29 PM | Show all posts
miss_pooh posted on 11-12-2013 09:04 PM
hanya nak share satu kisah banjir yang dapat dari fesbuk..sedih baca..
https://www.facebook.com/azr ...

memang sedih. lagi-lagi part makan minum tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 09:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2013 09:37 PM | Show all posts
slippergombak posted on 11-12-2013 09:03 PM
cer citer sket set2 natang berayuk mok nih tgh buat mender nih...... volunteer mangsa banjir kaaa te ...

macam babije
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 09:45 PM | Show all posts
bianglala posted on 11-12-2013 09:29 PM
memang sedih. lagi-lagi part makan minum tu.

kesian sangat..
ni la jadi bila rasa kemanusiaan makin terhakis...agaknya pihak yg kata sekolah tu x ada dalam senarai so x bole salur bantuan baru nak terhegeh2 bukak mata bagi bantuan bila ada yg dah mati sebab x makan beberapa hari....
kenapa la dorang terlalu ambil mudah soal nyawa..

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_kikilala posted on 11-12-2013 06:33 PM

yg baju biru pilih bee end tu cm bdk skolah aku dulu.ketua pemuda ameno ktn x silap..pangai cm haram..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 09:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 10:16 PM | Show all posts
miss_kikilala posted on 11-12-2013 06:27 PM
KUANTAN

terima kasih pd sukarelawan yg dtg membantu membersih, mencuci dan mengemas bgnn KAFA ALI ...

alhamdulillah ramai yg dtg membantu seawal 7 pagi..
insyaallah minggu depan kelas kafa program cuti sekolah akan disambung semula
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_pooh posted on 11-12-2013 09:04 PM
hanya nak share satu kisah banjir yang dapat dari fesbuk..sedih baca..
https://www.facebook.com/azr ...

Sedihnya kisah sebenar... Kalaulah aku kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 10:55 PM | Show all posts
miss_kikilala posted on 11-12-2013 07:51 PM

Bongok
Org umno ni selamanya low iq
Kalau x boleh pilih pembangkang umum jd negara komunis sajalah

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 11:05 PM | Show all posts
miss_pooh posted on 11-12-2013 09:04 PM
hanya nak share satu kisah banjir yang dapat dari fesbuk..sedih baca..
https://www.facebook.com/azr ...

Kalau x merasa bersabung nyawa & kebuluran sbg mngsa bnjir memang x paham
Kalau kena kat aku maunya kering air mata
Dah lah harta bnda musnah...

Komplen lebih2 kang dikata x brsyukur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2013 11:07 PM | Show all posts
miss_pooh posted on 11-12-2013 09:45 PM
kesian sangat..
ni la jadi bila rasa kemanusiaan makin terhakis...agaknya pihak yg kata sekolah ...

Yes
Memang alasan jkm... pusat pemindahan yg x dpt bekalan makanan tu sbb pusat x berdaftar
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 11:08 PM | Show all posts
buat mangsa banjir yg selalu banjir, kenalah beli sampan/bot murah standby utk banjir.dan buat locker bawah tanah kedap air utk simpan semua brg keperluan..sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 11:11 PM | Show all posts
miss_pooh posted on 11-12-2013 09:04 PM
hanya nak share satu kisah banjir yang dapat dari fesbuk..sedih baca..
https://www.facebook.com/azr ...

kelakar saja membaca pihak2 yg tak puas hati dgn nukilan tu...ayat2 biasa mereka yg tak kena setitis pun tempias banjir:
-politik politik politik
-kerajaan dah bagi macam2 masih nak banyak bunyi
-anggap saja ini ujian allah
-syukur syukur syukur
-jangan asik nak salahkan orang saja
-pembangkang ni tak abih2 nak buat pitnah
dan....yg paling best: selama ni korang mungkin tak hirau ada jiran kelaparan, sbb tu tuhan kasi ko kelaparan kat pusat penempatan banjir
  
dan aku paling suka dgn komen ini...terutamanya tang highlight itu...dan aku rasa hat kaler merah tu kena sebijik2 kat puak yg "asik2 politik, asik2 politik..banjir pon nak dipolitikkan"...DASAR HIDUP DLM DENIAL

Ashraf Rahman
Banyak pengajaran yg boleh kita dapat dari kisah banjir yg diceritakan..itu pun kalau yg membacanya celik hati dan insaf dengan kekuasaan Allah..aku rasa yg bercerita ni pun bukan nk cerita ttg kesalahan siapa pun..dan aku x jumpa pun mana2 nama parti politik yg disebutkan baik BN mahupun PR..mungkin mana2 pihak atau parti yg terasa tu sebenarnya cuba menafikan kebenaran yg mereka sendiri nampak..sbb tu mereka terasa seperti ditunding kesalahan tu kpd mereka...Apapun kita belajar dan ambil iktibar dari cerita yg disampaikan..moga satu hari nanti perkara yg sama dapat ditangani dengan lebih teratur..dan aku harap org yg x menghargai cerita ni biar dia terperangkap dalam keadaan banjir..kemudian baru dia tahu apa yg dimaksudkan dengan musibah..apa yg dimaksudkan dengan pengharapan...lapar.. sakit..sejuk..bantuan..dan yg paling penting biar dia tahu apa erti kemanusiaan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 11:32 PM | Show all posts
miss_pooh posted on 11-12-2013 09:04 PM
hanya nak share satu kisah banjir yang dapat dari fesbuk..sedih baca..
https://www.facebook.com/azr ...

huwaa...sedihnya baca cite ni....
kt paper cite pasal bantuan je sana sini...
rasanya sianr harian je cite detail...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.315456 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list