|
[Jenayah]
Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur
[Copy link]
|
|
miss_kikilala posted on 5-12-2013 09:40 PM
cenderawasih
kereta smpai terbalik..penting la insurans untuk flood..tp ramai tak nak ambik sbb mahal sikit..tp kalau nk jdk..mcm2 boleh jdk..
|
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 5-12-2013 09:51 PM
bongok...dok abih2 dgn cheneh
dok tau lah...tenggelang doh rasanya gewe lama mung cheneh mu ...
mung sesuwai sgt2 jd warga cheneh mekkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib harap banjir di Pahang kembali pulih
5 Disember 2013
Najib harap banjir di Pahang kembali pulih Datuk Seri Najib Tun Razak disambut meriah oleh mangsa banjir di SK Sungai Puteri dan dalam masa yang sama menghilangkan seketika kesedihan mereka selepas rumah dinaiki air baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh Muhayudin Salleh
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap keadaan banjir di Pahang akan kembali pulih seperti sediakala secepat mungkin.
Perdana menteri berkata, semangat dan ketabahan yang dipamerkan mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Pekan masih jelas kelihatan walaupun sedang menghadapi saat-saat sukar.
"Ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, di mana 500 orang mangsa banjir ditempatkan, tengah hari tadi. Walaupun menghadapi saat-saat sukar, semangat dan ketabahan mangsa-mangsa banjir ini masih jelas kelihatan.
"Semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala secepat mungkin. Insya-Allah," katanya dalam akaun Facebook beliau hari ini.
Sebaik sahaja merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Najib bergegas ke Pahang bagi meninjau keadaan banjir yang semakin buruk di negeri itu.
Pahang antara negeri yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda sejak awal minggu ini.
Banjir di Pahang meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas petang semalam di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.
Sementara itu jumlah mangsa banjir di Pahang mula menunjukkan sedikit pengurangan kepada 29,270 orang berbanding 38,323 orang pagi ini. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
putr@polo posted on 5-12-2013 10:05 PM
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra de ...
Macam mana lah dia ni boleh terpilih jadi PM. Sakit hati tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak jadi sukarelawan. Ada sesiapa nak spon tiket flight utk aku tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang rumah jiran langsung majlis perkahwinan
5 Disember 2013
Tumpang rumah jiran langsung majlis perkahwinan Pasangan pengantin baharu Muhamad Muslim Mohamad Zuki, 20, bersama isterinya Saubah Osman, 18, menggunakan perahu ekoran kampung mereka dinaiki air di Kampung Pusu Sireh, Lubok Setol di sini hari ini. Tinjauan fotoBernama di sesetengah tempat di kawasan rendah mendapati air banjir sudah mula melimpah. - Foto Bernama
RANTAU PANJANG - Sepasang pengantin baru dari Kampung Pusu Sireh, Lubok Setol, di sini terpaksa menumpang rumah jiran untuk melangsungkan perkahwinan mereka apabila rumah pengantin perempuan yang menjadi lokasi majlis tersebut dinaiki air paras pinggang, sejak semalam.
Pengantin lelaki, Muhamad Muslim Muhamad Zuki, 20, berkata, dia terkejut dengan keadaan banjir di kampungnya berikutan segala persiapan telah dirancang dengan rapi pada hari bersejarah mereka.
"Saya terkejut melihat keadaan kampung kami kerana semuanya telah dirancang dan saya buat solat hajat supaya pada hari bersejarah kami, tidak berlaku banjir.
"Namun, saya reda dengan keadaan ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di kampung tersebut di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya, dia dan pasangannya, Suabah Osman, 18, tetap bersyukur kerana majlis itu berjalan lancar walaupun dalam keadaan banjir, malah majlis itu lebih istimewa daripada apa yang dijangkakan.
"Kami bersyukur kerana dalam keadaan kelam kabut, kami mendapat bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.
"Mereka membantu kami mengangkut semua peralatan rombongan ke rumah jiran untuk memudahkan kami melangsungkan majlis tersebut," katanya yang merupakan seorang guru di Pondok Al-Hidayah, Klang, Selangor.
Beliau juga bersyukur semua peralatan rombongan dan hantaran berada dalam keadaan baik.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan Azmi Osman meminta penduduk supaya sentiasa bersedia untuk berpindah memandangkan paras air semakin meningkat dari semasa ke semasa.
"Apa yang kita dapati di kawasan Rantau Panjang buat masa ini, kerja-kerja pemindahan belum dilakukan secara besar-besaran walaupun paras air di Sungai Golok di paras bahaya manakala keadaan di kawasan lain belum kritikal," katanya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
sukarelawan yg datang saat banjir mulai surut boleh sgt membantu ...
tolong mangsa banjir cuci rumah, kedai2... byk sgt kerja utk dibuat..
tapi kengkadang kalau takde arahan, diorang ni menambah semak saja... tercangak2 tak tahu nak buat apa..... pastu ralit bercengkerama (yg muda2 belia tu) |
|
|
|
|
|
|
|
ANNDHIA85 posted on 5-12-2013 10:19 PM
Macam mana lah dia ni boleh terpilih jadi PM. Sakit hati tengok.
perhimpunan agong umNO lagi penting drpd masalah banjir kat kuantan..
nak buat mcm mana..
|
|
|
|
|
|
|
|
C.K posted on 5-12-2013 08:55 PM
Baharu pulang dari misi banjir...air sangat dikit surut..arus masih deras....air dijangka pasang sek ...
yg berkeras mahu bolot bantuan tu takde ambil iktibar apa2 rasanya... masih selfish
|
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 5-12-2013 10:20 PM
Aku nak jadi sukarelawan. Ada sesiapa nak spon tiket flight utk aku tak?
sedara Muntz, dari melawak gini... apa kata kalau sedara edit post pertama tt... tepek info2 kat mana orang ramai bleh menderma tu... sian pulak tgk derang nak membantu tapi tak tahu mana nak cari.. thread ni dah berjela...
mana @slippergombak
|
|
|
|
|
|
|
|
Mulan posted on 5-12-2013 10:25 PM
sukarelawan yg datang saat banjir mulai surut boleh sgt membantu ...
tolong mangsa banjir cuci ru ...
kalau dorang ada sifat kemanusiaan.. tak perlu tunggu arahan...
buat apa saja yg leh bantu dorang... kurang bebanan dorang..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasangan pengantin baru Muhamad Muslim Mohamad Zuki, 20, (empat, kiri) dan isterinya Saubah Osman, 18, bersama ahli keluarga menunggu trak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk ke rumah isterinya berikutan kampung mereka dinaiki air di Kampung Pusu Sireh, Lubok Setol di Rantau Panjang, Kelantan, Khamis. Tinjauan mendapati air banjir sudah mula melimpahi kawasan rendah sesetengah kawasan. -fotoBERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
putr@polo posted on 5-12-2013 10:52 PM
Pasangan pengantin baru Muhamad Muslim Mohamad Zuki, 20, (empat, kiri) dan isterinya Saubah Osman, ...
hok ni saya tak setuju.......doh la bomba tak cukup org...die pulop nok nikoh tak dan dan....batalkan jela...
|
|
|
|
|
|
|
|
Area tnh putih satu penempatan 2500 org ada 2 dapur je
Takde bantuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
dr FB kuantan
Mohon bantuan semua pihak menghantar selimut , tikar baru atau lama makanan minuman dan bekalan air bersih untuk mangsa di pusat SJKC CHUNG CHING.. Sehingga petang tadi keadaan sgt kritikal.. Petugas emosi tidak stabil(marah) kpd mangsa yg memerlukan.. Pengurusan agihan bantuan tidak adil kerana diutamakan sanak saudara/kenalan rapat terlebih dahulu... Perasaan sy sgt hiba melihat petugas memarahi mangsa.... Mohon.. Mohon.. Mohon... YA ALLLAHH... YA ALLAHH... |
|
|
|
|
|
|
|
kucingTomey posted on 5-12-2013 10:56 PM
hok ni saya tak setuju.......doh la bomba tak cukup org...die pulop nok nikoh tak dan dan....batal ...
bongok kan...kalau gatal tak tertahan sekali pun, tolong jangan menyusahkan orang lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr FB Kuantan
Salam sume. Ada satu info nak dikongsikan. Niat bkn nak menakutkan, sekadar berkongsi dan peringatan untuk semua agar lebih bersedia dan berjaga jaga.
update dari seorg sukarelawan di kuantan. Moga kita semua berdoa agar mereka semua tabah atas dugaan ini. Sebar2 kan agar sampai ke pihak yg bkenaan utk mempercepatkan tindakan bantuan.
Bekalan makanan terputus di kuantan. Kesian tgk kanak kanak kelaparan.bby x cukup makanan.warga emas sakit kesejukan. Sukarelawan x menang tangan.tmpt penempatan banjir pn naik air. Xder alternatif.diorg terpaksa bertahan dlm air.sian bby ngn warga emas la. Suasana gelap dan sejuk sgt mlm ni. Bekalan air bersih pn kurang. Kami yg jd sukarelawan ni ptg td baru dpt mkn sbb bekalan x cukup. Hrp hrp makin pulih.tp info yg kitorg dpt maghrib td gelombang kedua start mlm ni. Dlm berita perdana diorg xbgtau sbb tkt org panik. Gelombang kedua makna nya banjir akan naik lg sekali. Ptg ni ader tmpt air dh surut tp amaran gelombang kedua start mlm ni.dlm berita diorg bgtau amaran hujan peringkat jingga. Bkt rangin seme tenggelam banjir.JPA x menang tgn. Letrik setengah tmpt dh ader tp kebanyakan xder lg. Sape sape yg masih ader duit td kuar sndr beli bekalan makanan.kebykn kedai lewat ptg td je buka sekejap utk org beli ape yg patut. Sedih la tgk keadaan ni..sayu ati... Seharian kami tggu bantuan tp smpi skrg blum ader lg. Setakat ptg td mkn nasi kawah lauk ikn masin jer..wt masa ni askar ngn bomba supply blanket tp x cukup. Kwsn aku byk dibantu oleh askar.. Dpt berita sat ni td kebanyakan lori roti dan telur di tahan di kwsn maran dan ditawarkn harga dua kali ganda harga barang2 tersebut. Bekalan makanan mmg kritikal.bdk bdk duk menangis je kelaparan.. Area sg.isap,jln gambang,jln pekan,permatang badak dan chendering tmpt plg worst.kemusnahan harta benda tertinggi setakat ni. Bekalan makanan masih belum smpi.. Doakan kami seme slmt.terkini ader berita ular masuk pst pemindahan banjir.tp x pasti pusat mana satu. Banjir besar yg teruk.kemusnahan harta benda besar besaran.haiwan ternakan bergelimpangan. Copy and paste. |
|
|
|
|
|
|
| |
|