Terdapatjuga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini,yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘AlaihiSalam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 : ![](http://permai1.tripod.com/h_dd26.jpg)
Tafsirnya: "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurmayang masak. (SurahMaryam : 25) Ayatdi atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedangdalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalamkeadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurmayang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatancara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengankeadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi iaadalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baikdaripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang bolehmengakibatkan kesan sampingan yang lain. Unsurzat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang palingtinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangansusu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darahdan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurmaantara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurmatersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain danotak. Berdasarkanini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kitasupaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anasbermaksud : "RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurmasebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur.Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air. (Hadisriwayat Ahmad) |