CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

   Close [Copy link]
Post time 22-4-2017 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeah yeah..gigih menunggu sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2017 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Heluuuu demmmm. where r youuuusss ? Dh bekpes lom
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dam, eloklah kiranya waktu cuti ini digunakan untuk bersama dan mengapdate sambungan cerita
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
aerolz replied at 21-4-2017 11:05 PM
Jarang aku nak comment kat rumah Damm ni. Selalu baca je. Tp kisah tangga batu sekolah ni buat aku t ...

Cer cerita amende alah "kayong" tu.. Nak tau jgk.. Buleh la hilangkan tekanan menunggu sambungan dr damm..  

Tapi antu muka lain badan lain mmg glemer sejak dulu kot. Arwah abah aku cerita dulu, ada orang kepala b4b1 turun dari atas (macam terbang tapi takde sayap/kepak). Bertempiaran lari bebudak yg lepak2 kat pondok depan kampung. Tulaa.. Sapa suruh lepak memalam buta..  
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kivio at 23-4-2017 05:39 PM
kancilku_biru replied at 2-4-2017 01:07 AM
Kelab golf mana ye yg 1st bukak smpi malam? Rasa cam pernah dengar...

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kivio at 23-4-2017 05:39 PM
sekel replied at 31-3-2017 12:49 PM
sape tahu kelab golf mana tu ??

Kalau tak salah la

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2017 12:14 AM | Show all posts
cik.puan replied at 23-4-2017 02:10 PM
Cer cerita amende alah "kayong" tu.. Nak tau jgk.. Buleh la hilangkan tekanan menunggu sambungan d ...

Kalau tak silap macam hantu bangkit. Hehehhe. Katanya 7 keturunan. betul ke idak tak tahu la. Mungkin ada kaitan dengan jenis saka la kot. contohnya kalau keturunan yang mewarisi benda tu mati, masa/sebelum dia mati ibu jari kaki dia mesti di cucuk dengan jarum emas (?). Tak sure sangat. Something like that. Kalau tak, nanti dia akan kacau la waris2 yang masih hidup terutama yg rapat dengan nya selama 40hari utk mintak makan. Huhuhu.. Kebenaran nya tak tau la setakat mana. Cuma nya dulu heboh jugak satu sekolah pasal nenek senior aku yg satu dorm asrama dengan aku meninggal tp dari keturunan bangkit ni. Semua pakat taknak dekat dengan cucunya masa malam nenek dia meninggal sebab takut hantu tu datang Hahahah..

Tapi mmg ada satu malam tu, senyap sunyi semua blok sebab heboh pasal hantu ni muncul dan ketuk2 pintu rumah org kampung (since sekolah kat area kampung). Jadi malam tu, mmg kiteorg ramai2 ada dengar bunyi mcm lompat 3 kali. Tapi bunyi lompat tu berat sangat. memang jelas dengan kat level dorm luar. Pastu berhenti betul2 kat depan pintu dorm kiteorg hahahah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaiklah damm ada sambungan...nak lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
aerolz replied at 24-4-2017 12:14 AM
Kalau tak silap macam hantu bangkit. Hehehhe. Katanya 7 keturunan. betul ke idak tak tahu la. Mung ...

Terbayang dah hantu bangkit yang awak cerita ni...memang seramm
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Damm..cpt sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
aerolz replied at 24-4-2017 12:14 AM
Kalau tak silap macam hantu bangkit. Hehehhe. Katanya 7 keturunan. betul ke idak tak tahu la. Mung ...

Fuhhh... Sebaik baca siang xjadi bukak forum malam tadi line macam siput.
Baca siang2 pun dah seram, apatah lg baca malam..  

Tapi jarum emas tu mmg salah 1 medium nak berubat. Sbb kenal org yg mengubat pakai jarum emas. Jadi maybe ada betulnya kena cucuk jarum emas tu bagi dia xkacau..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 02:00 PM | Show all posts
aku br blk dr jepun..tringat crita misteri yurizawa
takleh blah bila lalu sebelah temple..konpom tringat crita tu...boleh imagine
seram tak hengat
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 05:56 PM | Show all posts
aku ada compile semua crita dam..
mula2 aku mintak kat mama izah, lepas tu aku sambung2 sampai crita pasal tangga batu nie...
sapa nak bgtau aku email..

Thanks a lot dam
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
MYviHaZz replied at 24-4-2017 02:33 PM
Terbayang dah hantu bangkit yang awak cerita ni...memang seramm

Huhuhuu. Agak2 rupa dia ada mcm poc kot. Hahahhaha. Memang scary.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
cik.puan replied at 25-4-2017 11:43 AM
Fuhhh... Sebaik baca siang xjadi bukak forum malam tadi line macam siput.
Baca siang2 pun dah ser ...

Ye la kot. Hahahah. Tak tahu jugak kesahihannya. Tp masa org tu meninggal mmg lepas tu org2 tua kat kampung cerita mcm2. Ada yg siap tumpang naik moto org kampung la. Rumah2 sedara mara abis kena ketuk malam2 sebab nak mintak makan. Huhuhuu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
aerolz replied at 25-4-2017 06:47 PM
Ye la kot. Hahahah. Tak tahu jugak kesahihannya. Tp masa org tu meninggal mmg lepas tu org2 tua ka ...

Ayooo... Seram betul..
Jangan kata mintak makan nasik, dia mintak penampar pun aku xnak bukak pintu..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 10:01 AM | Show all posts
bro dam punya teknik penceritaan mmg terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:41 AM | Show all posts
last week tertengok cerita the forest...
terus teringat cerita misteri yurizawa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 12:11 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 26-4-2017 12:13 PM

Cerita Bersiri - Tangga Batu Di Hujung Padang (Bahagian IV)


Masa terasa begitu cepat berlalu. Rasanya baru saja sampai kampung kelmarin, sekarang dah hari Sabtu. Macam tak ada makna cuti seminggu sebab kejap sangat. Bangun tidur hari Sabtu dah mula rasa blues.

Sepanjang di kampung, Rohani tak pernah mengadu pada keluarga tentang apa yang terjadi di asrama. Dia tak nak mereka kecewa sebab semua tumpang bangga apabila Rohani ditawarkan belajar di sekolah bagus. Peluang tinggal di asrama dan bersekolah di sana adalah jalan keluar baginya untuk menjadi seorang yang berjaya. Di kampung, sekolah yang ada setakat cukup syarat sahaja. Dengan masalah sosial berleluasa, keluarga Rohani memang mengharapkan dia meneruskan pelajaran di sekolah baru itu.

Lagi-lagi apabila setiap hari waktu di kampung, ramai jiran-jiran datang dan setiap kali itulah atuk dan nenek tak menang mulut menjadikan dia sebagai 'cucu trofi'. Dalam sejarah keluarga Rohani, belum ada yang sampai melanjutkan pengajian ke universiti dan semua mengharapkan dia jadi orang pertama dalam keluarga mempunyai ijazah.

Dia faham bukan niat atuk dan nenek nak riak, tapi sebagai anak yatim dengan mak dah meninggal, ayah pula dalam penjara, Rohani sahajalah satu-satunya harapan keluarga. Luruh hatinya setiap kali mendengar betapa bangga atuk dan nenek gebang pada jiran 'kehebatan' cucu mereka diterima belajar di sekolah bagus.

Mahu tak mahu, terpaksalah dia memendam rasa dan memberi senyuman palsu supaya keluarganya tidak risau. Hari Ahad, hari terakhir di kampung sebelum pulang dihabiskan bergembira bersama adik-adik. Walaupun di luar tampak ceria dan gembira, dalam hati Allah aja yang tahu betapa terseksa jiwa tak nak balik asrama.

Rohani dihantar oleh bapa saudara pulang ke asrama. Sayu hati melihat kereta Datsun buruk Pak Ngah meninggalkan perkarangan sekolah.

Tiba di dorm, Rohani merasakan ada sesuatu yang tak kena. Ecah bersama dua orang wanita, mungkin ahli keluarga sedang menyusun barang ke dalam dua bag besar yang diletakkan atas tilam. Barangan dalam locker Ecah semakin kosong.

Wajah Ecah muram.

"Ecah.." Tegur Rohani.

"Kak Long, aku nak bagitau kau something" Ecah menarik tangan Rohani duduk di atas tilam sementara ahli keluarganya mengemas barangan Ecah.

"Aku..aku dapat MRSM la Kak Long" Jelas Ecah sambil tangan memegang erat pergelangan tangan Rohani.

Rohani tersenyum kelat. Dia cuma mengangguk di sebalik usaha menahan dari menangis. Sampai hati Ecah tinggalkan dia, sudah lah Siti dan Lin tinggalkan mereka. Ida pun cuma tahan sebulan sahaja jadi 'outsider' sebelum berpindah ke sekolah lain.

"Takde mendelah Cah, tahniah la ko dapat MRSM, hebat tu" Dengan segala kudrat yang ada Rohani cuba berlagak cool. Terpancar kelegaan di wajah Ecah dan terus memeluk-meluk Rohani.

Sebelum mengucapkan selamat tinggal, mereka bertukar nombor telefon dan berjanji akan berhubungan sewaktu cuti sekolah. Rohani memberikan nombor telefon Kedai Runcit Ah Yong pada Ecah. Nombor telefon kedai runcit di dimana keluarganya sering membeli kelengkapan dapur memang diingati oleh semua ahli keluarga Rohani kerana Ah Yong menawarkan penghantaran barang ke rumah. Tak sanggup dia nak bagi nombor telefon kampung sebab dia tahu Ecah takkan menghubunginya, kalau iya pun cuma bertahan untuk beberapa ketika. Rohani menggumpal kertas diari tertulis nombor telefon rumah Ecah lalu dibuang ke dalam tong sampah sebaik Ecah dan keluarga keluar dari dorm.

Dia tak benci pada Ecah tapi dia terkilan, terkilan seorang demi seorang teman rapat pergi meninggalkannya. Apa-apa pun tak mengapalah, Ain kan masih ada.

Selesai solat Maghrib di surau, Rohani makin tak keruan. Ain masih tak kelihatan batang hidungnya. Mungkin sangkut dalam jem agaknya, maklumlah Melaka kan jauh.

Masuk dorm, dia melihat sayu katil Ecah yang hanya tinggal tilam tak bersarung. Rohani berbaring atas katil. Pedih jiwanya masih tak surut. Sekurang-kurangnya mulut lancang si Ain dapatlah menggembirakan hatinya yang lara.

Dia melihat katil-katil geng Kelantan yang cuma ada beg pakaian di atas tilam masing-masing tapi tak bertuan, kemudian Rohani terperasan akan sesuatu dan bingkas bangun.

Ada persamaan di antara katil Ecah dan Ain.

Kedua-duanya tak berbantal dan tilam tak bersarung.

Perlahan Rohani menuju ke locker Ain dan sebaik dibuka, dia terduduk di lantai, tersengguk-sengguk menangis.

Rohani menangis semahu-mahunya di depan locker Ain yang tidak berkunci dan kosong.

Malam itu dorm 13 cuma ada seorang penghuni sahaja.

Disebabkan terdapat ramai warga Aspuri pindah ke sekolah lain, rombakan penempatan Aspuri meletakkan Rohani di dorm 8, tingkat 2 Blok C manakala kesemua tingkat 3 Blok C dikosongkan. Sejak berpindah ke dorm baru, Rohani lebih senang bersendirian. Bukanlah dia tak ada teman langsung, cuma dah tak macam dulu yang kemana-mana berkepit dengan Ecah, Ida, Ain, Siti dan Lin. Pergi Dewan Makan sendirian, pergi prep sendirian, bilik air sendirian dan di kelas pun dia memilih duduk di meja paling belakang supaya tak perlu berpasangan.

Kejadian-kejadian aneh pun lama tak berlaku sampai Rohani dah tak kisah dengan tangga batu tersebut. Lagipun katilnya menghadap koridor jadi memang tak hadap langsung pemandangan belakang asrama.

Dua bulan sebelum para senior akan menghadapi peperiksaan SPM, rombakan sekali lagi dilakukan dimana junior dan senior bertukar blok, junior masuk Blok B manakala senior masuk Blok C. Ini untuk memudahkan pelajar Tingkatan 5 mengulangkaji pelajaran kerana Blok C merupakan bangunan baru dengan bilik dorm lebih luas dan juga semua dorm tingkat 3 akan digunakan sebagai bilik study. Para junior terpaksalah bersesak di Blok B yang cuma dua tingkat dan keluasan dorm yang lebih kecil.


Pada suatu malam Jumaat, lagi seminggu sebelum semua junior bercuti akhir tahun, Aspuri digemparkan dengan jeritan beberapa senior sekitar pukul 11:30 malam. Sebenarnya tak ada isu jerit menjerit di kalangan senior, konon-konon released tension lah tapi jeritan kali ini beramai-ramai macam kena histeria.

Apa lagi, bersidai lah semua junior di tingkap. Oleh kerana kekecohan berlaku di tingkat tiga, Rohani dan lain-lain tak nampak jelas apa yang sedang berlaku, cuma nampak senior bertempiaran lari turun tangga.

Raungan dan teriakan senior-senior yang masih tinggal atau terperangkap(?) semakin menjadi-jadi. Ustazah Fauziah dan pembantunya Kak Wan bergegas naik tangga menuju ke tingkat tiga.

"AKU DAH CAKAP JANGAN KACAU! KAU NAK AKU ROBOH RUMAH KAU TU?!!" Jelas kedengaran amaran keras Ustazah Fauziah di tingkat tiga.

Apa yang mengejutkan ialah apabila Ustazah Fauziah menyeret secara kasar seseorang turun ke bawah. Kata Rohani, Ustazah Fauziah mengenggam ubun kepala orang itu dan rambut menggerbangnya berjurai menutupi muka. Orang itu tak berpakaian dan merangkak-rangkak sambil merayu minta dilepaskan.

Kak Wan pula sedang pegang satu balang kaca dengan bahagian atasnya hanya dialas sehelai kain kuning. Dari gaya dia pegang dan turun tangga, macam pegang bom yang boleh meletup bila-bila masa. Setapak demi setapak Kak Wan turun sambil mata tepat melihat ke arah balang yang dipegang dengan kedua tangan.

Masa itu seluruh blok Aspuri kosong. Semua turun ke bawah untuk melihat kejadian aneh dengan lebih dekat. Sebaik sampai di bawah, Rohani nampak Ustaz Ali dan Cikgu Maliki dah siap dengan tali nylon hijau pekat, jenis yang dibuat untuk menaikkan dan mengikat bendera waktu perhimpunan.

Di tangan Ustaz Ali pula ada guni plastik tebal berwarna putih. Tanpa membuang masa, sebaik Ustazah Fauziah dan Kak Wan tiba di tingkat bawah, Ustaz Ali terus selubung orang itu dengan guni. Cikgu Maliki pula segera mengikat bahagian atas guni dan kemudian mengikat kain alas balang kaca sambil menegangkan kain tersebut.

"DAH, DAH MASUK TIDUR!" Teriak Ustazah Fauziah. Kalau sebelum ini, jegil aja mata dah macam lipas kudung semua berlari masuk dorm, tapi kali ini cuma atas angin arahannya itu.

Nak dijadikan drama, tiba-tiba ada yang menggelupur jatuh ke tanah dan berguling-guling macam kena sawan. Seorang demi seorang senior mula kena histeria. Kata Rohani dekat nak 20 orang, memang kecoh habislah.

Warga Aspura dah mula bertenggek di pagar Aspuri untuk menyaksikan sarkis yang sedang berlangsung. Tengah kelam-kabut, ada jeritan betul-betul di belakang Rohani, menjangkit ke junior pula histeria.

Pada mulanya Rohani anggap ini semua drama untuk menarik perhatian, tetapi bila terdengar setiap mereka yang kena histeria jerit perkara yang sama iaitu "Jangan dekatkan lelaki dan perempuan itu!" Dia tahu histeria yang melanda bukan dibuat-buat dan ada kena-mengena dengan penunggu tangga batu di belakang sekolah.

Bunyi ketawa terkekek-kekek macam orang tua nyaring kedengaran dari dalam guni. Ustaz Ali menendang-nendang guni tersebut sambil bertanya dengan keras "Ini semua kerja kau kan?!?!"

Lagi ditendang, lagi kuat ketawanya.

Untuk mengelakkan lebih ramai kena histeria, semua diarahkan ke Dewan Makan. Kata Rohani, punyalah panik waktu itu sampai pagar besi Aspuri rosak dirempuh.

Tangisan dan rungutan memenuhi ruang Dewan Makan. Tak kurang yang mula marah memaki-hamun pengurusan sekolah kerana 'merosakkan' telefon awam luar Dewan Makan sampai tak boleh nak telefon keluarga masing-masing. Ada juga sampai ugut nak saman sekolah.

Kata Rohani, dalam diam dia seakan suka dengan huru-hara melanda asrama. Mungkin terlalu lama bersendirian, kekecohan seperti ini sedikit sebanyak mengubah rutin harian yang tak berubah-ubah. Mungkin juga ini membawa kembali kenangan bersama rakan-rakan rapat seperti Ecah, Ain, Ida, Siti dan Lin sewaktu awal-awal dahulu.

Sedang dia berangan buat hal sendiri, beberapa ahli dormnya menghampiri;

"Rohani, kau dulu dorm 13 kan?" Tanya salah seorang dari mereka.

Terpinga-pinga, Rohani mengiyakan pertanyaan tersebut.

"Kitaorang dengar cerita, senior nampak orang kat tangga batu belakang tu masa study kat dorm lama kau"

"Okay..." Jawab Rohani acuh tak acuh.

Mereka berpandangan antara satu sama lain dan terus mendekati Rohani.

"Kitaorang nak pergi padang besar, tengok tangga batu tu" Bisik salah seorang.

Itu mungkin idea paling bodoh pernah di dengarnya tapi tanpa bertanya kenapa atau memikirkan akibatnya, Rohani terus berkata...

"JOM!"

Lima ahli dorm 8, termasuk Rohani menyelinap keluar dari Dewan Makan menuju ke padang besar. Tak susah pun untuk mereka curi-curi keluar kerana semua warden, termasuk Aspura dan Aspuri berserta pengawal keselamatan dikerahkan ke Aspuri.

Walaupun tiada kawalan, mereka tidak mengambil sebarang risiko dengan berlenggang kangkung menuju ke padang besar. Seperti ninja, kelima-lima junior mengambil masa mereka dengan bersembunyi di sebalik dinding, semak, tiang dan sebagainya.

Hampir tertangkap Rohani dan yang lain apabila sebuah kereta memasuki padang besar dari pintu pagar di bahagian selatan padang. Segera mereka bertiarap atas rumput dan memerhatikan kereta tersebut melintas padang dan berhenti berhampiran tangga batu.

Lampu kereta dibiarkan menyala menyuluh ke tangga batu. Beberapa orang keluar dari perut kereta. Dari jauh susah nak mengenalpasti siapa tapi dari bentuk badan, kelihatan semuanya adalah lelaki.

Salah seorang membawa beg kecil dan memasuki longkang untuk meletakkan beg tersebut di anak tangga pertama. Segera dia keluar dari longkang dan mengambil jarak selamat sebaik membuka zip beg.

Rohani tak perasan dari mana munculnya, tiba-tiba sepasang kekasih yang amat dikenalinya turun dari tangga lalu duduk bersebelahan beg. Si perempuan mengambil beg tersebut dan meletakkan atas peha dan kemudian pasangan misteri itu menyelongkar isi beg.

Dari tingkah-laku mereka yang berada di sana, jelas menunjukkan bahawa perbualan bersama pasangan misteri sedang berlaku. Disebabkan jarak agak jauh, Rohani dan lain tidak dapat menangkap butiran perbualan, ditambah pula gema raungan dan jeritan dari Blok C masih berlangsung.

Tidak berapa lama kemudian, makhluk hitam turun merangkak di tangga. Orang-orang di padang mula menjarakkan diri menjauhi sebaik makhluk itu berada di sebelah pasangan misteri.

Dari nafas rakan yang turun naik, Rohani tahu rakan-rakannya sedang ketakutan yang amat sangat. Dia dah pernah bersemuka dengan pasangan misteri dan makhluk itu jadi tak adalah terasa seriau sangat, itu pun peluh dingin menitik-nitik jatuh ke batang hidung.

"Wei hantu ape yang hitam tu?" Ada pula mulut bacul pergi menegur.

Kata Rohani, sebaik teguran itu, makhluk hitam itu terus menoleh ke arah mereka, menayangkan mata bersinar-sinar. Boleh pula ada yang bangun dan terus lari. Mangkuk hayun betul. Dah semua orang pun kena lari juga.

Jeritan "Woi siapa tu!" mengiringi larian Rohani dan lain-lain. Dalam hati, Rohani dah menyumpah-nyumpah. Apa hal lah bodoh sangat dia pergi setuju nak ikut tadi.

Tengah kelam-kabut, Rohani tak tahu mana yang lain dah pergi. Tahu-tahu aja dia dah bersendirian di koridor menuju ke bengkel kemahiran. Dah lah gelap. Nak panggil rakan-rakan lain takut tertangkap pula.

Dalam dia sedang mencari arah ke Dewan Makan, terdengar suara perempuan di hujung koridor.

"Kak Long..."

(Bersambung)
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeah...dh ada sambungan..thanks damm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.145130 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list