Post time 5-5-2017 09:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
PembacaSenyap replied at 5-5-2017 08:36 PM
Makin lama tgk gamba lofattah ni makin nampak jelas iras raut wajah dorg.. org tua2 kata muka seiras ...
Omputih dah buat kajian. Sebenarnya people are attracted to their own face, (cara kajian tu ialah dengan menukar gambar respondents sendiri kepada opposite sex) sebab tu ramai orang end up with orang yang muka seiras. Rajin omputih buat research
K.LUMPUR: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 29, Neelofa bersyukur beroleh lima pencalonan pada edisi terbaru acara anugerah berprestij itu. Neelofa diumumkan sebagai finalis dalam dua kategori utama iaitu Pelakon Televisyen (TV) Wanita Popular dan Pengacara TV Popular. Bintang jelita itu juga dicalonkan dalam tiga kategori online sampingan iaitu Artis Berpengaruh di Laman Sosial, Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama melalui lakonannya dalam drama popular, Suri Hati Mr Pilot bersama Fattah Amin. "Alhamdulillah. Saya hanya mampu memanjat kesyukuran atas nikmat berterusan ini. Pastinya sokongan peminat termasuk pengikut LoFattah (gabungan dengan kelab peminat Fattah) terus menjadi pembakar semangat untuk memberi yang terbaik. "Saya tak meletakkan harapan tinggi. Saya percaya peminat sudah buat sehabis baik. Siapa pun yang menang, ia bukti dunia seni kita terus rancak dengan kehadiran bakat terbaik dan popular," katanya kepada BH Online.Usahawan hijab yang diiktiraf antara 300 individu berpengaruh di bawah usia 30 tahun di Asia pada 2017 oleh majalah Forbes itu mahu terus konsisten dalam merancang kerjaya seni. "Tak timbul tekanan untuk menang atau sebaliknya pada ABPBH 3.0. Saya hanya mahu menikmati momen indah ini. "Impak drama Suri Hati Mr Pilot yang diraih tahun lalu tak dapat saya lupakan. Ia bagaikan rahmat yang tak diduga. Ia membawa saya ke fasa baharu yang tak pernah saya rasa. "Terima kasih buat peminat tersayang termasuk Lofattah," katanya. ABPBH 3.0 akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 14 Mei ini.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/279246#cxrecs_s