CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Banjir sudah merebak ke 6 negeri ....Johor, pahang , terengganu , selangor , kel

[Copy link]
Post time 6-1-2021 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku yg dok kat belah utara semenanjung ni hujan berlarutan sejak petang semalam lagi sampai sekarang ni. Jangan la banjir kat belah sini pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2021 07:01 AM | Show all posts
Nah bukti pada 2 hb jan dah pun berlaku air pasang besar kat kuantan .




[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[

http://www.onenews.my/ombak-besa ... g-besar-di-kuantan/
Ombak besar, fenomena air pasang besar di KuantanJanuary 2, 2021119
0





Di Kuantan, terutama di pinggir pantai mengalami fenomena air pasang besar yang menyaksikan beberapa kawasan dilanda ombak besar berbanding hari biasa.

Tinjauan di sekitar kawasan jeti nelayan Tanjung Api dan Tanjung Lumpur mendapati air laut adalah bergelora dan air pasang berlaku bermula malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk (peringkat jingga) dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor

Dalam tempoh berkenaan, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di negeri-negeri pantai timur Semenanjung.

Keadaan itu berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur tidak kukuh.






Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lel....pepanjang thread ni just pasal banjir disebabkan ape..., bile bace komen ...gigih FM & blastoff cube explain ke dizekni...so sweet la korang...marah2 pun still terangkan pepanjang


Apepun semoga banjir cepat surut.....sedih tgk mangsa yg terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 07:09 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-1-2021 03:13 PM
blastoff replied at 5-1-2021 03:01 PM
Nah bukti pada 2 hb jan dah pun berlaku air pasang besar kat kuantan .

Apa yang awak nak buktikan ni sebenarnya? Setakat ini di bandar Kuantan tu banjir bukan disebabkan oleh limpahan air dari sungai.

Bukankah air pasang tu berlaku setiap hari?

Di London ni berpuluh kilometres dari laut tetapi setiap hari ada air pasang!




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2021 07:14 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 6-1-2021 07:26 AM
FOTHER-MUCKER replied at 6-1-2021 07:09 AM
Apa yang awak nak buktikan ni sebenarnya? Setakat ini di bandar Kuantan tu banjir bukan disebabkan ...

kau tak tahu beza ke air pasang besar dgn air pasang biasa ?

Air pasang besar bukannya berlaku selalu lah, kalau berlaku boleh melimpah ke sungai hingga menyebabkan air sungai jadi banyak tak terkira, di area pesisir pantai plak boleh melimpah ke daratan hingga berlaku banjir tapi tak dalam le kalau kat area situ.

link nih ada di buat gambarajah tunjukkan mcm mana air pasang besar menyebabkan banjir ..

FENOMENA AIR PASANG BESARwww2.selangor.gov.my › kualalangat › resources › Inf...



PDF



Apabila kedudukan matahari, bumi dan bulan dalam keadaan selari, fenomena air pasang besar akan terjadi. Pantai di Selangor mengalami air pasang surut ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 07:20 AM | Show all posts
blastoff replied at 5-1-2021 03:14 PM
kau tak tahu beza ke air pasang besar dgn air pasang biasa ?

Air pasang besar bukannya berla ...

Yang pasti setakat ini banjir di bandar Kuantan tu bukan disebabkan oleh limpahan air sungai pahang. Itu sahaja saya nak cakap!
Gambar sungai Kuantan pun dah saya letak di thread ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-1-2021 07:24 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 6-1-2021 07:20 AM
Yang pasti setakat ini banjir di bandar Kuantan tu bukan disebabkan oleh limpahan air sungai pahan ...

gambar sungai kuantan tu waktu bila hari apa ?

Kalau hari dah surut airnya memang lah tak nampak melepasi tebing , perlu di tunjuk lah dari mula NAK banjir hingga lepas banjir utk betul2 pasti airnya TAK PERNAH melepasi tebing kannnn.... so camna kau nak tunjukkan tuh ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2021 07:28 AM | Show all posts





Detik2 4Wheel Drive Di Hanyut Arus Deras || Info Terkini Banjir Johor•5 Jan 2021









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2021 07:33 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 6-1-2021 07:20 AM
Yang pasti setakat ini banjir di bandar Kuantan tu bukan disebabkan oleh limpahan air sungai pahan ...

Baca yg font biru tuh , makcik ittew explain kat kau menurut pengalaman penduduk situ yg area kuantan YG BERADA DI LALUAN SUNGAI turut terjejas teruk apabila air sungai pahang melimpah .




'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/sungai-pahang-di-temerloh-mula-cecah-tebing/

Sungai Pahang di Temerloh mula cecah tebing




PENDUDUK meninjau keadaan Sungai Pahang di Taman Esplanade Temerloh yang semakin mencecah tebing meskipun cuaca tidak hujan di daerah itu sejak pagi tadi. - FOTO/MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK


  • Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK
  • 4 Januari 2021, 8:34 pm


TEMERLOH: Paras air Sungai Pahang di sini yang semakin mencecah tebing dikhuatiri melimpah dan membanjiri seluruh daerah ini jika cuaca kembali buruk.
Setakat petang ini, paras air Sungai Pahang di sini mencatat bacaan di aras amaran 32.25 meter menghampiri takat bahaya 33 meter.
Seorang penduduk, Shahruddin Bachik, 56, berkata, Temerloh serta daerah lain dikhuatiri terjejas teruk sekiranya air Sungai Pahang di sini mula melimpah.
“Melalui pengalaman penduduk daerah ini, kalau air Sungai Pahang di sini mula melimpah, hampir semua kawasan akan terjejas teruk.
“Daerah-daerah lain seperti Maran, Kuantan dan Pekan yang menjadi laluan sungai ini juga akan sama terjejas, bimbang lebih teruk.
“Kita semua berharap keadaan cuaca akan terus pulih dan air sungai kembali surut dalam masa terdekat ini,” katanya.
Sementara itu, sebanyak 11 stesen amaran banjir (SAB) di negeri ini merekodkan bacaan paras air sungai melepasi paras bahaya.
Paras air Sungai Jelai di stesen Kuala Medang, Jeram Bungor serta Bukit Betong di Lipis masing-masing mencatat bacaan 86.08 meter, 63.01 meter dan 73.56 meter.
Bacaan SAB bagi Sungai Pahang di laluan daerah Jerantut dan Maran pula merekodkan 55.58m serta 19.18 meter.
Sungai Tembeling di Jerantut serta Sungai Kuantan di Kuantan turut mencatat bacaan melepasi paras bahaya iaitu 69.89 meter dan 8.31 meter.
Ia sekali gus memberi petanda yang sangat tidak menyenangkan meskipun cuaca hari ini tampak lebih baik berbanding semalam. – UTUSAN














Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 07:34 AM | Show all posts
blastoff replied at 5-1-2021 03:24 PM
gambar sungai kuantan tu waktu bila hari apa ?

Kalau hari dah surut airnya memang lah tak namp ...

Kawan saya duduk di Kuantan dia bagi tau saya banjir di di bandar Kuantan tu bukan disebabkan oleh air sungai. Ianya disebabkan oleh hujan terlalu lebat dalam masa yang lama. Sudah betul awak ni. Saya nak tipu dan nak buat theory buat apa? Saya tak dapat apa apa pun.

Gambar tu saya ambil dari Facebook Kuantan banjir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2021 07:39 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 6-1-2021 07:40 AM
FOTHER-MUCKER replied at 6-1-2021 07:34 AM
Kawan saya duduk di Kuantan dia bagi tau saya banjir di di bandar Kuantan tu bukan disebabkan oleh ...

Ni masuk dlm news penduduk taman gambang damai KUANTAN sundrik sebut air mula naik kerana limpahan air sungai berhampiran ekoran hujan lebat.

So kata2 kawan kau vs kata2 penduduk taman tuh yg masuk news ler lani .. mana nak caya ? Kau tak tipu tapi kawan kau ?


'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Sementara itu, penduduk Taman Gambang Damai di sini berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran limpahan air yang berlaku di kawasan perumahan itu sejak pagi Ahad.

Seorang penduduk, Noor Syazuan Zulkifli, 36, berkata, air mula naik di kawasan itu ekoran limpahan air dari sungai berhampiran disebabkan hujan lebat berterusan sejak Sabtu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ang-bertambah-buruk
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2021 07:45 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 6-1-2021 07:55 AM

Rumah2 MASIH tenggelam hingga nampak bumbung je... makna air masih tak surut lagi ler di certain area ....


[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[



rumah 2 tingkat hilang dari pandangan banjir besar•5 Jan 2021







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2021 07:49 AM | Show all posts
Tengok kederasan air yg turun melalui jalan di lereng2 bukit cameron highland .....


BANJIR LUMPUR DI CAMERON HIGHLAND / GUA MUSANG 3.1.2021•3 Jan 2021







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2021 07:53 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 6-1-2021 07:54 AM

Masih dok hujan lagi bermakna air boleh meningkat lah sama di sungai2 dan kawasan perumahan .


]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]
https://suaramerdeka.com.my/mang ... ng-terus-meningkat/
Wednesday, January 6 2021

Mangsa banjir di Pahang terus meningkat

SITUASI banjir di Pahang masih belum reda apabila seramai 17,104 mangsa dilapor dipindahkan ke 242 pusat pemindahan sementara (PPS).


Malah terbaharu, Bera menjadi daerah baharu yang terjejas akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu lapor Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Sementara itu, di Perak pula situasi banjir semakin memburuk apabila lebih 1,000 orang sehingga pukul 7.30 pagi tadi ditempatkan di 11 PPS.

Di Johor pula, Malaysiakini melaporkan keadaan banjir di sana mulai pulih apabila mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS berkurangan.

Katanya, setakat pukul 7.30 pagi tadi, seramai 5,485 orang dipindahkan ke PPS, namun tujuh daerah di negeri itu masih lagi dinaiki air.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2021 07:56 AM | Show all posts



Bandar Mentakab eletrik terpaksa dipotong air banjir makin menaik•5 Jan 2021






Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 08:01 AM | Show all posts
blastoff replied at 5-1-2021 03:33 PM
Baca yg font biru tuh , makcik ittew explain kat kau menurut pengalaman penduduk situ yg area kuan ...

Saya bagi tau di Kuantan lah, yang kau nak pusing sampai temerloh ni buat apa?

Apa kata awak cari di Facebook "pahangku media" engku Omar, dia ada bagi tau air sungai tak melimpah lansung. Air pasang tidak memberi kesan apa apa pada banjir di Kuantan tu.

Sususah betul awak ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2021 08:03 AM | Show all posts



KUANTANRumah ranap sebaik penghuni keluar•5 Jan 2021







Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 5-1-2021 08:18 PM
Agong pun turun....

Yg agong turun ni  area mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2021 08:05 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 6-1-2021 08:01 AM
Saya bagi tau di Kuantan lah, yang kau nak pusing sampai temerloh ni buat apa?

Apa kata awak ca ...

yg makcik tu sebut di taman gambang damai terletak di kuantan lahhh bukannya di temerloh.... kau gi google maps la taman gambang damai .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2021 08:11 AM | Show all posts



Dah pesan banjir jangan main air, kan dah kena lintah•5 Jan 2021







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.060813 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list