CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe Hahn

~MERGED~ Parti Komunis Malaya/Komunis Malaya

[Copy link]
Post time 26-3-2007 12:35 PM | Show all posts
sebenarnya dunia hanya mengikut gerak telunjuk amerika, dimana satu masa dulu komunis mengancam penguasaan amerika keatas dunia secara tidak langsung pandangan dunia keatas komunis pun sebagai golongan jahat, malah kita dilarang melawat negara-negara komunis seperti cina, tapi sekarang komunis tidak mampu untuk mengancam amerika lagi, malah hubungan antara negara komunis cuba dipereratkan lagi seperti perhubungan cina-amerika, dan satu masa komunis adalah merupakan paksi kejahatan dunia sekarang dunia sudah berubah dan paksi kejahatan telah beralih kepada islam, dan islam dipandang sebagai pengancam dunia malah matapelajaran jihad diuniversiti al-azhar pun nak diubah oleh amerika kerana ia dikuatiri mengancam amerika dan sekutu-sekutunya.....  dan kita sebagai rakyat malaysia tak payahlah nak terpengaruh dengan dakyah-dakyah amerika ni yang melakukan untuk kepentingan mereka sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2007 09:03 AM | Show all posts

Reply #221 jerai's post

Ada betulnya...tapi cuba la tanya orang yang dalam kawasan hitam atau keluarga mereka dibunuh komunis samada mereka 'baik' atau 'jahat'.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 27-3-2007 08:03 AM
Ada betulnya...tapi cuba la tanya orang yang dalam kawasan hitam atau keluarga mereka dibunuh komunis samada mereka 'baik' atau 'jahat'.



aku bukan sokong komunis dan aku tak kata komunis tu baik mahupun pejuang kemerdekaan, cuma apa yang aku nak kata bila amerika sudah tak benci komunis malah bersahabat dengan komunis, adakah kita perlu mengikut jejak amerika dengan mengampunkan pejenayah komunis setelah depa peras-ugut dan  ramai keluarga kehilangan saidara tercinta mereka angkara komunis, sepatutnya kita haramkan mereka dari menjejakkan kaki mereka dibumi malaysia ini, kalaulah mereka kata askar dan polis talibarut british kita pun boleh katakan mereka tali barut tiongkok(cina) dan soviet, malah mereka lebih kejam dari british
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 02:51 PM | Show all posts
Tu la..maksud aku...sebaiknya tanya mereka yang duduk dalam kawasan hitam tu....

Sebut pasal Amerika dan komunis tu....Amerika mula bersahabat dengan China pada 70an...pada masa tu China masih tak sebulu dengan Soviet Union....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 10:29 AM | Show all posts
ini bermakna amerika hanya mengambil peluang sahaja setelah cina dan soviet tidak bersefahaman, percaya atau tidak sekiranya amerika nak menyerang iran suatu hari nanti dia mesti heret negara arab ikut serta sekali menyerang iran
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 07:38 AM | Show all posts
Aku tak kisah kalau Chin Peng nak balik ke Malaysia.Tapi dengan syarat dia taklah disambut sebagai seorang wira atau nasionalis seperti yang didakwa oleh pihak-pihak yang buta sejarah.Sebaliknya dia hendaklah dihadapkan ke mahkamah atas semua perbuatan jenayah Parti Komunis Malaya.Malah kalau boleh,dia didakwa di atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang Dipertuan Agong seperti yang dikenakan kepada kumpulan Al-Maunah beberapa tahun dulu.

Dosa Chin Peng dan para pemimpin PKM yang lain terlalu berat untuk diampunkan begitu saja oleh rakyat Malaysia terutama mereka yang pernah menjadi mangsa kezaliman mereka.Aku berani katakan Chin Peng tak jauh bezanya dengan Pol Pot di Kemboja,sanggup menumpahkan darah orang yang senegara dengan mereka demi memuaskan nafsu untuk berkuasa.Syukur Alhamdulillah,Allah masih melindungi kita dari hajat buruk manusia yang semacam ini.

[ Last edited by  jkkkj at 13-7-2007 06:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2007 11:32 AM | Show all posts
Jejak: Lebih 4,000 maut di tangan komunis
Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)


PKM diterajui Chin Peng jadi pasukan pembunuh bergerak secara gerila


DALAM menghitung detik menuju kemerdekaan, keamanan negara diuji buat kali terakhirnya dengan kehadiran komunis 態intang Tiga
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 11:32 AM | Show all posts
Perjanjian Haadyai penamat

AWAL Jun 1955, Kerajaan British di Tanah Melayu menerima sepucuk surat daripada wakil 慖bu Pejabat Pemerintah Tertinggi Tentera Pembebasan Malaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2007 03:36 PM | Show all posts
Paper ni tulis tak lengkap la...patut tulis PKM melancarkan semula pergerakan bersenjata pada 1968....ni tulis seolah2 lepas 1960 depa pi sembunyi dalam hutan buat macam takde benda lepas tu 1989 keluar balik letak senjata.....

patut Chin Peng and the Gang dapat cari tapak kat generasi baru sebab ramai ingat darurat habis 1960....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 03:44 PM | Show all posts

Reply #229 alphawolf's post

hehe..

biasa laa..

paper takkan kasi fakta yg btol @ sepenuhnya pada masyarakat umum...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 06:16 PM | Show all posts
...bandit2 yg serah diri kena tahan jap..brainwash then kluar...dpt tanah sikit utk cucuk tanam...SB jaga..... banyak lg bandit2 ni kat Perak,waima awal 80an..ada contact tembak dgn army. contoh: Sahom,Sg Siput Selatan.....  Pengkalan Hulu,Grik. Belum kita Cameron Highland(blue valley,tringkap,kg raja)   gile....kat tepi Hutan rawang pun bandit ni still susup awal 80an. siapa 'air=mata2 deme ye?"....hilanng kisah...tutup buku tp ramai org trtanya2. Sensitip kot.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 06:56 PM | Show all posts
aku pun x pahamm apasal ada org. sebok2 nk bwa cheng peng balik...mesti ada matlamat lain disebalik semua ini...takkanlah hanya semata-mata kesihan kan cheng peng nie...shj...sedangkan dulu ada seorang wantia melayu komunis yg dibuang di negeri China ...nk balik ke Malaysia pun tak bukan main susah lagi nk dapat...

aku takut bukan apa bila dia dibenarkan bwa balik ke Malaysia ada org. yang membuat sambutan besar-besaran kononnya kepulangan "wira" mereka...dan bagi anak2anak muda yg jahil sejarah akan syok & tumpang simpati lagi....mungkin org tua ini akan ke sana-sini buat road show...cerita tentang kehebatannya...mungkin membangkitkan semangat golongan2 yang bersimpati dgn perjuangannya terdahulu...
banyak masalah akan timbu...

pelik gak sedangkan Al-maunah tuu pun kena gantung sebab melakukan pemborantakan kpd YDA...inikan si Cheng Peng...yang menyebabkan berapa ramai isteri-isteri dan anak2 menjadi yatim piatu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 10:47 AM | Show all posts

Reply #232 Afrin's post

Tu la aku kata...mungkin Chin Peng kena tangkap sebaik masuk Malaysia....atau kalau tak ditangkap, silap2 kena bunuh punya dengan orang yang berdendam....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 09:17 PM | Show all posts
nenek aku dulu ditangkap bintang tiga sampaila...ni tak tahu kabar berita. aku rasa nak je jumpa chin peng dan sekutunya tanya apa dia orang dah buat kat nenek aku tu?????
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 10:43 PM | Show all posts
..maaf trlebih dulu d pinta sblum hamba utarakan persoalan ini: banyak kekejaman penjajah keatas anak bangsa Tanah Melayu telah kita MAAFKAN scara indirectly slpas bebrapa zaman/dekad/waktu slpas kekejaman itu dilakukan keatas 'kita',contoh:
                               1)Portugis,400 tahun lampau mmusnahkan kerajaan melayu Melaka dgn sgala kesan tamadun empayar tu lenyap x dpt dikesan(khususnya bukti arkeologi/tapak). Kita dh lama maafkan mrk,cicit piyut mrk jd anak M'sia dah. Team bola mrk dgn Figo,C.Ronaldo adalah pujaan kita jua.

                               2)Bangsatnya British porak rompak hasil mahsul Tanah Melayu..jajah....gantung mati Dato Maharajalela di Larut Matang....aibkan jenazah Mat Janggut pejuang Kelantan.....pakat dgn Siam pecah tanah saudara kita Pattani,Narathiwat,Satun. Pakat dgn Belanda pisah sedara Riau Bentan. Kita maafkan mrk. Kita hantar pelajar ke Britain. Mrk antara rakan dagang utama.

                              3)Kejamnya Jepun dulu...brp ramai anak watan mati jd buruh keretapi maut. brp ramai anak dara Melayu kna rogol. Watan di pancung..di seksa..brp ramai kebulur seksa hidup cam neraka. Belum 80 tahun period itu brlaku. Kita juga dh maafkan mrk juga kan? Jepun antara pelabur utama di sini. Rakan kongsi perindustrian pintar&elektronik. Kita x de simpan dendam pun,waima moyang buyut kita dulu mrk layan mcm binatang. Lt Adnan Saidi hancur mayat dek bonet Jepun kat S'pore.


    Ketepikan emosional,secara rasional....hamba pelik dgn 'bias' pemikiran kita.  Mrk2 diatas juga mmbunuh ramai datuk moyang kita.

   sorry...sori....kita sbenarnya dh maafkan ahli PKM jugak....cuma propaganda perlu utk trus 'scapegoat' mrk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 03:57 AM | Show all posts
Atuk saudara jadi tok penghulu di salah sebuah kg kat Pt Sulong, kena colek di bandar BP oleh komunis. Sampai sekarang tak tahu khabar berita. Dah tu rumah di kampung habis kena serang dengan komunis. Sampai sekarang masih ada kesan peluru kat dinding rumah. Nak maafkan Chin Peng dan ahli Bintang 3??? :@ :@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2007 01:22 PM | Show all posts
kalau tuhan boleh maafkan hambaNya kenapa kite manusia tak boleh buat begitu? kalau kite boleh maafkan org potugis, belanda, inggeris dan jepun serta mengalu-alukan kedatangan mereka serta mendapat rezeki yg murah hasil kedatangan mereka kenapa kita tak boleh kasi org tua tu balik sitiawan.

kalau nak emosional sgt pi ler kat ujung pasir dan libas semua keturunan potugis kat situ dgn parang. pas tu kalau jumpa bas pelancong yg bawak warga tua jepun pi libas pulak semua org dlm bas tu.

tuhan dah kasi akal; gunakan sebijaknya. kite org melayu ni lemah sebab emosional sgt. kalau kite gunakana akal/rasional mmg lama kite setanding dgn bangsa2 lain.

dgn sorang apek tua pun korang nak naik angin ke? please ler....get a life....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 08:00 PM | Show all posts

Reply #237 huskers's post

tak sangka aku ada gak orang yang berfikiran macam nie... ...

ko kenal tak sapa org. org potugis, belanda, inggeris dan jepun yang dulu datang kat sini dan membunuh@siksa rakyat kita...hidup ke lagi dia orang nie...dan ko tahu tak yang diaorang semua ini berperang utk kepentingan negara diaorang...si ChengPeng nie ...do pi bunuh org. Melayu..Cina ..India...& huru-hara kan negara nie dulu sebab apa...sebab NEGARA CHINA KE... ...

ko tahu tak ada orang dah buat tugu peringatan di nilai dan sarawak  menghargai perjuangan komunis sebagai "membebaskan" negara ini dp penjajah...ko tahu tak sekarang ini dah ada org. kat Malaysia ini mengeluarkan buku @ kajian kononya komunis nie lahh "perjuangan kemerdekaan"...dah banyak usaha.."bersepadu" seolah-oleh utk menunjukkan yang komunis nie lahh perjuangan sebenar di Malaysia ini...fakta sejarah ingin ditebalikan oleh mereka ini...benda ini dah berlaku sejak 2-3 tahun kebelakangan ini...dan kemuncaknya...adalah nk membawa si Cheng Peng nie balik...ko rasa "siapa" mereka di sebalik semua ini...banyak benda yang ko tak tahu ...tapi tak tahulah klu ko pun dah "terpengaruh" @ salah sorang dp kumpulan ini.... ...
tahu tak ada filem kita yg tidak dibenarkan tayangannya ...kerana unsur komunis ini....klu kita bijak kita boleh tahu tak kan semua ini berlaku secara "kebetulan"...pasti ada kumpulan2 yang mengerakakan "idologi" ini dan mempunyai matalamat yang kita tidak ketahui....jgn lahh mudah terpengaruh & simpati tampa menganalisa keadaan semasa dan persekitaran masa kini....mereka ini spt bayang2 yg berbagai rupa tampa kita kenali ...dan mempengaruhi anak-anak muda kita....tak mustahil satu hari nanti ada org akan mendakwa CPng nie lahh sebenarnya perjuangan kemerdekaan @ bapa kemerdekaan... ...dgn fakta2 sejarah yg diputarbelitkan...mungkin ramai yg akan terpengaruh...maka jadilah seperti "Hang Tuan" asalnya adalah dp keturunan Cina.. ...kita pula berdebat sesama kita...dan org yg mengeluarkan fakta ini hanya duduk tepi sambil tersenyum....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 08:03 PM | Show all posts
Petikan Utusan Malaysia :

Pemimpin komunis bukan tokoh pejuang
Saudara Pengarang,
SEBAGAI bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin melihat UKM berada di atas landasannya yang asal, saya terpanggil untuk memberi sumbangan buah fikiran terhadap tulisan Putera Malaysia pada hari Rabu 24 November 2004 yang lalu.

Malah, saya amat bersetuju dengan beliau bahawa memang ada usaha secara halus dan sudah pun berjaya untuk menaikkan martabat para bekas pemimpin komunis, paling tidak melalui memoir dan biografi.

Lebih daripada itu, orang-orang dalam UKM amat maklum tentang adanya seorang bekas pensyarah UKM (tahun-tahun 70-an) yang melarikan diri masuk ke dalam hutan, menjadi penasihat kanan kepada Chin Peng untuk berperang menentang kerajaan Malaysia. Dan untuk menang dalam peperangan itu, beliau memimpin radio propaganda komunis menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit menentang kerajaan Yang di-Pertuan Agong yang diiktiraf dunia.

Dia kemudian dilantik semula oleh UKM, diberi pangkat Profesor Madya dan kemudiannya Profesor, dan sudah punya gelaran Datuk.

Apa hebat sangatkah komunis ini? Dan adakah pemimpin UKM tidak sedar akan hal ini? Malangnya, ratusan pensyarah lain yang setia kepada kerajaan, bekerja dengan dedikasi dan setia kepada UKM lebih 20 hingga 25 tahun, amat sukar pula untuk dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya dan Profesor. Inilah kata pepatah Melayu, `Kera di hutan disusukan, anak diriba haus kelaparan'.

Satu perkara yang ingin saya persoalkan terhadap pentadbiran UKM, apakah pensyarah kontrak seperti bekas orang kanan komunis itu boleh diberi taraf Profesor Madya dan kemudian Profesor dan entah-entah untuk Dekan pula nanti, atas sifatnya sebagai pensyarah kontrak? Minta Kementerian Pengajian Tinggi siasat terhadap penyelewengan ini.

Untuk makluman Putera Malaysia, pembaca semua, dan Naib Canselor UKM juga, baru-baru ini saya telah menghadiri Majlis Pelancaran Buku Biografi Rashdan Baba di Bangi pada 8 Oktober 2004.

Dalam katalog Biografi dan Memoir memang jelas senarai yang panjang orang kanan pengganas komunis yang akan diterbitkan oleh penerbit UKM.

Selain Shamsiah Fakeh dan Ibrahim Chik, terdapat nama-nama Abdullah Majid Salleh (siapa orang ini?), Abdullah C.D. dan tidak ketinggalan memoir Rashid Maidin yang akan diterbitkan oleh penerbit UKM.

Saya juga dimaklumkan oleh orang dalam UKM bahawa sekumpulan pegawai UKM mendapat pembiayaan khas untuk beberapa kali berulang-alik ke Betong dan Yala untuk bertemu dengan pengkhianat bangsa yang mereka sanjung itu, Rashid Maidin.

Wah! Hebat betul UKM dalam usahanya untuk memberi martabat tokoh terhadap penentang kerajaan Malaysia. Wajarkah pucuk pimpinan UKM menghabiskan wang rakyat sebegini?

Saya harap Naib Canselor yang membuat ulasan dalam Utusan Malaysia pada 26 November 2004 mengotakan apa yang dia kata.

Buku-buku yang sudah terbit mestilah diberhentikan edarannya dan yang belum terbit hendaklah dikeluarkan dari senarai penerbitan UKM.

Mereka yang berperang dengan Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan Malaysia ada kala tetap pengganas dan pengkhianat bangsa walaupun mereka sudah dimaafkan.

Memoir atau biografi mereka tidak layak diterbitkan dan diedarkan oleh UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi milik kerajaan yang dibina di atas peluh dan keringat perjuangan UMNO dan bangsa Melayu yang telah banyak berkorban nyawa dan bermandikan darah berjuang menentang kezaliman pengganas komunis
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by Afrin at 25-7-2007 07:00 AM
tak sangka aku ada gak orang yang berfikiran macam nie... ...

ko kenal tak sapa org. org potugis, belanda, inggeris dan jepun yang dulu datang kat sini dan membunuh@siksa rakyat kita...hi ...


Ok, you're right. I was too emotional when I posted my opinion. Thanks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.350331 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list