Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Luangkan masa sejam sehari untuk bahasa Inggeris
Dalam artikel saya sebelum ini, Tips dan petua mahir dalam bahasa Inggerisdalam 2011, saya ada menulis dalam poin kelima di mana Usaha Perlu Berterusan.Saya menulis di mana usaha anda dalam meningkatkan kemahiran komunikasi bahasaInggeris anda perlulah berterusan. Ianya mesti dibuat setiap hari dan bukannya mengikut mood anda. Anda tidakboleh mahir jika sekadar 2 3 hari sehari sekali membaca dalam BI. Ini bermaknaanda perlu luangkan sekurang-kurangnya sejam sehari dalam aktiviti meningkatkankemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris anda. Mungkin ada yang memberi komen,’Cukupke sejam sahaja sehari?’ . Pada saya sejam sehari ini adalah masa yangminima yang perlu anda luangkan. Jika anda boleh luangkna lebih masa, ianyaadalah lebih baik untuk anda. Jika anda dalam persediaan untuk peperiksaanbahasa Inggeris seperti MUET, IELTS atau TOEFL maka anda perlu menghabiskanlebih banyak masa anda dalam persediaan anda itu.
Untuk mahir dalam bahasa Inggeris perlu ada konsistensi. Anda perlu carimasa. Pada saya ianya tidak sesukar mana kerana, masa sejam minima itu tidaksemestinya pembelajaran formal bahasa Inggeris tetapi boleh melibatkanaktiviti-aktiviti seperti:-
1. Membaca akhbar-akhbar bahasa Inggeris
2. Membaca buku-buku cerita Inggeris
3. Membaca majalah-majalah Inggeris
4. Menonton rancangan-rancangan bahasa Inggeris seperti dokumentari, beritadan sebagainya.
5. Mendengar rancangan-rancangan bahasa Inggeris di radio
6. Membaca buku-buku Tatabahasa BI
7. Membuat latihan-latihan bahasa Inggeris.
8. Menambahkan perbendaharaan kata BI secara terus dengan penggunaan kamusatau Thesaurus.
Aktiviti nombor 6, 7 dan 8 perlu anda buatsekurang-kurangnya sekali setiap minggu. Pembelajaran sebegini penting keranaanda perlu memantapkan aspek Grammar dan Vocabulary anda. Tidak cukup jika andasekadar menjalankan aktiviti-aktiviti lain sahaja kerana ini akanmemperlahankan proses anda meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggerisanda
Semua aktiviti ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh andatetapi juga anak-anak anda samaada di sekolah rendah, menengah dan jugauniversiti. Anda boleh pelbagaikan bentuk bacaan mereka mngikut minat merekaseperti novel, komik dan sebagainya. Tidak mengapa jika mereka ingin membacakomik asalkan ianya dalam bahasa Inggeris. Saya dulupun amat suka buku-bukucerita tulisan Enid Blyton dan juga komik-komik seperti Beano.
Untuk pelajar sekolah rendah anda juga boleh langganCartoon Network di Astro kerana sudah banyak rancangan yang berbentukpendidikan seperti WordWorld, Mickey Mouse Clubhouse, Diego dan sebagainya.
Apa yang penting ialah aktiviti ini mestilah dilakukansetiap hari tidak boleh ikut mood anda sekejap buat sekejap tidak.
INGAT!!! Luangkan sekurang-kurangnya sejam SEHARI.
Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya bermula6hb Feb dan 13 Feb di Putrajaya dan Sunway. Kursus Asas-Asas Tatabahasa untukpelajar sekolah menengah
saya akanbermula 12 Feb di Putrajaya.
Regards
Yusoff 0193090711 [email protected]
|