TERRY (kanan) menghasilkan gol pertama England pada
perlawanan menentang Amerika Syarikat semalam.
LONDON - Fabio Capello mengakui bahawa pemilihan kapten skuad kebangsaan England merupakan antara satu keputusan yang cukup sukar dibuat sepanjang kariernya.
Semalam, Capello menyaksikan John Terry berjaya mengetuai England mencatat kemenangan 2-0 ke atas Amerika Syarikat pada aksi persahabatan.
Terry mengetuai England buat kali pertama sejak England dikendalikan Capello pada September tahun lalu.
Dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini, Capello telah memberi kepercayaan sebagai kapten England kepada Steven Gerrard dan Rio Ferdinand.
"Ini bukan satu keputusan yang mudah. Kami memiliki kapten yang hebat tetapi saya harus membuat keputusan," ujar Capello.
Dalam pada itu, Capello ternyata lega selepas menyaksikan prestasi anak buahnya ketika menewaskan Amerika Syarikat kelmarin.
Malah jurulatih kelahiran Itali itu juga melahirkan rasa kagum terhadap peranan Terry pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley itu.
"Saya gembira dengan prestasi John Terry. Dia beraksi dengan cukup baik. Saya berpuas hati dengan cara kami bermain," kata Capello.
Terry menjaringkan gol pertama buat England pada penghujung babak pertama sebelum Steven Gerrard menambah jaringan pada minit ke-59.
"Jaringan tersebut amat penting untuknya (Terry). Kini, dia pasti berasa lega dan lebih gembira.
"Pada perlawanan ini juga saya dapat menyaksikan banyak pergerakan yang baik sama seperti yang kami lakukan ketika latihan," kata Capello.
Capello juga memaklumkan bahawa semua tujuh pemain yang beraksi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara minggu lepas, akan diberi kebenaran untuk berehat dan tidak perlu menyertai kunjungan England ke Trinidad & Tobago pada perlawanan persahabatan Ahad ini. - Agensi
Originally posted by hyphrigian at 29-5-2008 09:08 PM
tim yang tadak kena mengena dengan euro 2008 pun nak buat friendly dan berita pasai tim sampah ni lebih dari berita tim yang masuk euro....
aku naik muak tgk sportscenter, tiap2 mlm highlight news psl england team. pdhl layak euro pun tak
thread ni kena lock kejap, smp july. then baru bley bukak balik... hehehhe :@
Originally posted by eden_torai14 at 30-5-2008 11:23 AM
Capello lega dalam resah TERRY (kanan) menghasilkan gol pertama England pada
perlawanan menentang Amerika Syarikat semalam.
...