CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rhoyo

OBE/Astral Projection atau Roh Keluar Dari Badan

[Copy link]
Post time 30-11-2008 12:51 PM | Show all posts

..

astral travel ni nk pakai flight attendant x?...aku tgh carik part time ni!!,,,haha!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 01:24 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 28-11-2008 12:30 AM

Pertamanya untuk apa tujuannya kita amal astral travel ni? Kalau gunauntuk rawatan sihir lebih baiklah belajar rawatan Quran, jauh lebihhebat lagi kesannya, tak payah kita latih supaya perasaan kita merayapkeluar dari badan kita masa kita tidor, nanti dia tak dapat masuk baliknanti susah kita....  tak payahlah kita tarik2 energi alam ni masukdalam badan kita, aku dah tulis energy healing ni asalnya dari mana,ini bukan bermakna kita menolak sains, benda tu semua metafizik cubadibungkus dengan fakta sains.


Tujuannya?.Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa batasan. Apa salahnya juga mengetahui kelebihan yang ada pada diri, sedangkan itu akan lebih membuatkan kita tahu betapa besarnya kuasa Allah tersebut. Mengetahui mengenai astral travel, x membuatkan kita menjadi Tuhan,kupia. Saya sokong kalau ia diharamkan, jika ia menggunakan mantera-mantera.Spt jua yoga.

Mengenai tarik masuk energi alam. Kenapa agaknya salah?. Adakah hanya kerana Islam tidak pernah menyebut mengenai ini?. Energi ini adalah tenaga. Tenaga ni ada kat mana-mana dan sumber tenaga terbesar ialah matahari. Kemudian pergi ke pokok, pokok dimakan herbivor, herbivor di makan karnivor / omnivor dan seterusnya. Dalam rantaian tersebut terjadilah transfer energi. Maka, dengan mekanisme alam yang terjadi ini, sudah terbukti bahawa transfer energi memang wujud dan memang terjadi tanpa kita sedari. Kalau tidak ada energi dalam rantaian tersebut,bagaimana pokok nak membesar, bagaimana karnivor, omnivor dan herbivor nak hidup??.

Jadi, jelaslah energi sebenarnya sangat diperlukan badan dan sangat bermanfaat dan ia wujud di persekitaran kita. Saya rasa kupia dah konfius. Metafizik tersebut adalah sains. Ia tidak dibungkus dengan sains, tetapi ia sendiri adalah sains dan terbukti seiring dengan perkembangan sains manusia. Mungkin pada zaman Rasulullah hal ini tidak dapat dibuktikan lagi kerana kerendahan level sains ketika itu, namun saya telah buktikan pada Tuan Kupia bahawa, sains ini juga wujud dalam Islam. Terutamanya aura...


Aku sangat bimbang tentang Astaral travel (termasuklah OBE) ni dahterang lagi bersuluh asalnya memang ajaran ugama budha... aku pernahbaca buku dalai llama mengenai apa bendanya astral travel ni dalamkonsep agama budha (tak berapa ambil beratlah  masa tu sebab dahlama).  macam yang zulyusfof tulis panjang lebar tu di dalamnya adaungkapan (penyatuan dengan alam)... ini sangat bahaya bagi orangIslam.  ungkapan ini sebenarnya selepas di ubahsuai di barat... ajaranasal budha sebenarnya penyatuan dia dengan tuhan dia semasa dia masihhidup lagi (konsep penyatuan yang sama dengan wahdatul wujud dalamtareqat menyeleweng.. ***Bukan semua tareqat salah ada tareqat sufiyang betul***).  Macam orang sadhu dalam agama hindu, pegi betapa,mengasingkan diri, tak boleh makan daging, membunuh nafsu dalamperjalanan dia untuk bersatu dengan brahma dia... astral travel punsalah satu dari praktik dia dalam perjalanan ni..  


Sebenarnya tidak perlulah berfikiran bahawa orang lain terlalu naif. Sampai nak bersatu dengan Tuhan la apa la. Padahal benda tu narrow je. Ini boleh pula menambah sana sini nak membuatkan benda yang kecil bertambah buruk. Konsep penyatuan dengan alam tu maksudnya kita adalah makhluk yang kecil (mikro) dan alam (makro). Apabila kita harmoni dengan alam, maka kita akan mendapatkan manfaat darinya. Macam kalau kita buat pencemaran alam, akhirnya, kita yang akan berasakan kesannya. Kalau kita tanam pokok, udara menjadi segar, alam menjadi bersih, akhirnya kita yang akan mendapat kebaikannya.Ini kiranya seperti what you give you get back.

Mengenai orang sadhu tu, dia buat astral travel untuk bersatu dengan Tuhan Brahma dia tu. Tapi kalau orang Islam atau forummer kat sini, saya tak nampak pun mereka menggunakan astral travel untuk tujuan itu. Penggunaannya sama, tetapi pada tujuan yang lain. Apakah cuba kupia katakan, apa sahaja yang dibawa oleh orang bukan Islam, maka orang Islam tidak boleh mempelajarinya???. Kalau macam tu, ada banyak lagi ilmu-ilmu sains yang invented by the non-Muslims, tapi ramai je orang Islam berebut-rebut nak pergi ke UK untuk mempelajari ilmu yang mereka ajar. Jadi adakah itu salah juga???


Pada dasarnya tak lah sampai orang Islam jatuh murtad bila amal semuatu sebab banyak dah diubah suai di barat, ritual2 semua dahdikeluarkan.  Yang aku bantah ni orang Islam kita yang berlebih-lebihsangat nak mengamalkan semua tu untuk apa? sampai tak mau mengkaji danmencari dalam agama sendiri - pasal kerohanian, pasal roh semuanyalebih dari ada dalam agama kita sendiri (janganlah kaji dalam falsafahwahdatul wujud sama je jalannya tu).

Nabi Muhammad saw melarang orang Islam meniru atau menyamai amalan agama orang lain.


Mengenai roh, saya tidak mahu sentuh sebab dalam Quran sendiri dah disebutkan bahawa kita ni tak diajar Allah mengenainya, melainkan sedikit sahaja. Maka jika hendak mempelajari, atau mengetahui mengenai roh, sudah tentu ada pada ajaran Hinduism, saya juga ada baca sikit dalam Bible. Ini saya bercakap mengenai roh, bukan mengenai ketuhanan mereka atau apa.  Bukan semua ilmu diturunkan dalam Quran (maksud saya, memandangkan ilmu-ilmu diturunkan kepada manusia sedikit demi sedikit mengikut masa), maka adalah perlu juga membuatkan kajian berdasarkan pandangan atau rujukan dari kitab-kitab yang datang sebelumnya. Kalau tidak, mengapa agaknya Allah menyuruh kita mengimani kitab-kitab yang pernah datang sebelumnya?. Tetapi bukan mengimani membabi buta tetapi mengimani dengan kajian.

[ Last edited by  hashimsamsul at 30-11-2008 01:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 01:47 PM | Show all posts

Reply #140 kiblatku30's post

Bukan semua perawat metafizik menipu. Tuan boleh datang sendiri ke Pusat Rawatan yang saya letakkan pada siggy saya dan buktikan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by kiblatku30 at 30-11-2008 12:49 PM
aku sokong ko kupia...tapi pasal kenyataan ko tentang sebahagian ahlidarulsyifa pengamal sufi aku kurang setuju.Ko berkawan dgn diorang ke?hmm...bkn nk riak la ye,tapi otai kt darulsyifa itu ayah kepada kawanaku dan ramai di antara murid2 Harun Din jiran2 kt umah aku ni.dan utkpengetahuan ko,bandar baru bangi ni dh mcm tempat hidup mati aku.So ktsini aku inginkan bagitau le kt ko tentang mereka2 ni,apa yg otai tucerita kt aku,SUFISM tu ilmu MANUSIA semata2.Dalam Al-Quran pun xde disebut tentang SUFI.Dia bagitau cara berubat kt darulsyifa 100% mengikutAl-Quran dan hadis.Aku sendiri penah tgk cara berubat kt sana.Diorangbkn mcm ustaz "tipu" arief cakra alam tu!!...ok ini salah 1 contoh ygaku tgk: kes 1-Seorang ibu datang mengadu tentang mcm mane nk lembutkan
hati suami dia yg gila judi dan panas baran.Nk tau apa ubatnya?(merujukpada otai2 kt darulsyifa)...dia x tido,tak buat astral travel ygmengarut tu,apa yg dia buat hanyalah KAUNSELING...bukan KAUNSELITtau!!.... klu ko cuba tabur fitnah lagi,itu hak ko.aku cuma menyampaikan kebenaran tentang darulsyifa.


Jangan cepat marah, ada silap faham kat sini kot...
Pertamanya aku tak pernah merendah-rendahkan pusat rawatan Darul Syifa',  mungkin ada yang aku tersilap tulis.  Aku tak pernah menuduh darul syifa' menjalankan rawatan yang bukan2, aku tau darul syifa' menjalankan rawatan Quran 100%, aku pun dah pernah menyaksikan sendiri.  Seperti orang lain aku juga menghormati Ustaz Dato' Harun Din al-hafiz.

Aku pernah bagi tau pusat rawatan Darul Syifa' satu-satunya rawatan menggunakan air dan "daun bidara" yang benar2 mengikut sunnah Nabi.

Aku tak rekomen orang pegi sana sebab terlalu popular, ramai sangat pengunjung, kesian orang nak kena pegi pagi2 subuh lagi, kena buat appointment dulu, Ustaz Harun cuma hadir seminggu sekali, orang berebut-berebut nak berubat dengan dia.  Bila pesakit dah terlalu ramai faham2lah macam mana ustaz2 tu nak bagi tumpuan lebih sikit pada satu-satu pesakit.  Ini sahaja masalahnya jangan salah faham lagi.   Bagi peluang ustaz2 yang kat Ampang kat cheras tu sama.

Tentang sufi tu di mana-mana pun ada bukan pukul rata semua Ustaz2 di Darul Syifa', tareqat sufi ni ramai pengikut di Malaysia, lagi pun bukan aku tuduh semua tareqat menyeleweng, ada yang betul-betul ikut sunnah, solat, puasa, mengaji, berzikir.  Cuma depa terlampau melebihkan zikir dengan zuhud, ini sahaja sedikit kekurangan pada aku.

Darul syifa' menjalankan rawatan AL-QURAN 100%, aku tak pernah mengatakan lain daripada itu.  Sama juga dengan pusat rawatan Darus Salam aliran Ustaz Ismail Kamus pun menjalankan rawatan al-Quran 100%, tapi aku selalu complaint Darus Salam sebab diaorang menggalakan penggunaan barangan yang bercampur aduk dengan barangan yang digunakan dalam rawatan tradisi Melayu.

HARAP MAKLUM.

[ Last edited by  kupia at 30-11-2008 02:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 03:00 PM | Show all posts

Reply #142 hashimsamsul's post

Dah banyak saya jelaskan asas bantahan saya tentang astral travel, OBE dan energy healing, tak perlu rasanya saya ulang lagi kot?

Mengapa terlalu berbangga dengan amalan dari ajaran ugama hindu dan budha ini? Apakah ada terdapat kekurangan dalam Islam yang di bawa oleh Muhammad SAW?

Saya minta tuan mendapatkan istilah yang jelas tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan "METAFIZIK".  Tidak guna kita berbalah tentang pemahaman istilah yang berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 03:04 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 30-11-2008 02:44 PM


Jangan cepat marah, ada silap faham kat sini kot...
Pertamanya aku tak pernah merendah-rendahkan pusat rawatan Darul Syifa',  mungkin ada yang aku tersilap tulis.  Aku tak pernah menuduh da ...


ok.aku pun mintak maaf klu aku terkasar sgt tadi. sape x marahkan, darulsyifa ni kebanggaan kami orang bandar baru bangi.
bukan mendewa2 kan beliau seperti pengamal sufi yg ada kt dunia ni...harap maklum.
aku pun tak pandang langsung sape2 yg bwk sufism ni.bagi aku le,ini pandangan aku sahaja...diorang ni lebihkan hakikat dari syariat n diorang iman datang dulu baru amalan.mcm mane nk nk ada keimanan klu xde amalan..betul x?
aku harap saudara kupia berada sama jalan dgn aku,jalan yg tidak memandang pada sape2 yg mengambil jalan SUFISM.
aku dok usha2 SUFISM ni,apa yg aku nampak diorang ni ada sket2 pengaruh HINDU le...itu pandangan aku je.Tapi
aku hormat le dgn pegangan diorang.ALLAH MAHA ADIL...hanya Dia yg layak jatuhkan hukuman.
ok bro!...selamat berkenalan.
assalamualaikum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2008 03:07 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 30-11-2008 02:44 PM


Jangan cepat marah, ada silap faham kat sini kot...
Pertamanya aku tak pernah merendah-rendahkan pusat rawatan Darul Syifa',  mungkin ada yang aku tersilap tulis.  Aku tak pernah menuduh da ...


sebagai makluman,
  darulsyifa di gerakkan bkn hanya oleh Ustaz Harun Din sahaja,klu dia je yg handle,aku rasa org q dari bangi sampai ke perlis le jwb nye.MURID2 dia ramai membantu kt sana.Mungkin psikologi org kita ni lain...bile berawat dgn Ustaz Harun Din mungkin semangat depa nk pulih dari penyakit lebih sket le berbanding berawat dgn murid2 Ustaz.Tapi sama je...cuma
psikologi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 03:08 PM | Show all posts

Reply #145 kupia's post

Dan saya juga telah buktikan kepada Tuan bahawa kepercayaan mengenai aura telah wujud sejak seikan lama, begitu juga pada zaman Rasulullah.

Di dalam Islam ada banyak cara rawatan yang baik. Tetapi, Islam juga tidak melarang kita mempelajari benda yang lain sebab ilmu itu sangat luas. Tidak mungkin ia dapat dimasukkan dalam satu kitab sahaja. Kerana itulah, kadangkala, bila nak memahami sesuatu, kena juga melihat kepada apa yang datang sebelum itu. Saya berbangga dengan rawatan Islam kerana ia adalah dari agama saya, tetapi pada masa yang sama, saya berasakan tidak salah menambah ilmu dengan mengambil dari agama lain juga asal sahaja ia memberikan manfaat kepada kita dan tidak mengakibatkan kita lupa yang kita ni hamba Allah sahaja

Cuma saya nasihatkan Tuan, Islam tidak menyuruh kita menjadi sebegini jumud. Pada masa yang sama, ia juga tidak menyuruh kita menjadi naif dan mengikut nafsu tanpa perlu berfikir.

[ Last edited by  hashimsamsul at 30-11-2008 03:14 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 08:20 PM | Show all posts
pada pendapat saya yang tak seberapa ini...Islam itu amat indah dan cantik ajarannya, Islam menganjurkan penganutnya menggunakan akal untuk berfikir...Inilah kelebihan yang ALLAH S.W.T bagi pada kita untuk digunapakai untuk fikir mana elok dan tak elok...Tak salah rasanya belajar dan ambil tahu tentang OBE ini sebab..ini juga ilmu ALLAH.. Segalanya ilmu dia...kita takder apa2...tak salah kalau belajar ilmu yang salah...tapi salah kalau amalkan ilmu yang salah tu...

Tak perlulah kita taksub dengan ilmu ilmu sebegini kalau pada diri sendiri..masih terlalu kerdil untuk mengenal penciptanya...

Kalau ada tersalah kata..maafkan saya...yang baik itu dari Allah...yang buruk itu dari saya sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by hashimsamsul at 30-11-2008 03:08 PM
Dan saya juga telah buktikan kepada Tuan bahawa kepercayaan mengenaiaura telah wujud sejak seikan lama, begitu juga pada zaman Rasulullah.

Di dalam Islam ada banyak cara rawatan yang baik. Tetapi, Islam jugatidak melarang kita mempelajari benda yang lain sebab ilmu itu sangatluas. Tidak mungkin ia dapat dimasukkan dalam satu kitab sahaja. Keranaitulah, kadangkala, bila nak memahami sesuatu, kena juga melihat kepadaapa yang datang sebelum itu. Saya berbangga dengan rawatan Islam keranaia adalah dari agama saya, tetapi pada masa yang sama, saya berasakantidak salah menambah ilmu dengan mengambil dari agama lain juga asalsahaja ia memberikan manfaat kepada kita dan tidak mengakibatkan kitalupa yang kita ni hamba Allah sahaja

Cuma saya nasihatkan Tuan, Islam tidak menyuruh kita menjadi sebeginijumud. Pada masa yang sama, ia juga tidak menyuruh kita menjadi naifdan mengikut nafsu tanpa perlu berfikir.


Don't say I didn't warn you!... what else to say, I wish you luck...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 08:41 PM | Show all posts

Reply #150 kupia's post

Kalau begitu tak payah la juga sibuk-sibuk pergi belajar di luar negara sana dan mendapatkan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk diri Tuan. Apa guna berhabis duit beribu-ribu dan berkorban bagai. Akhirnya bukan boleh pun, sebab tidak dibenarkan Islam
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 08:45 PM | Show all posts

Reply #150 kupia's post

Ini semua jasa orang-orang Yahudi yang berasaskan kajian Yahudi...sekarang ia pun digunakan umat Islam.

http://eforum4.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D1

Kalau umat Islam begitu menyombong, dengan berkata ini tak boleh itu tak boleh, padahal benda itu, bukannya menyekutukan Tuhan pun, dan tidak lebih daripada sekadar ilmu, maka teruslah hidup dalam kejumudan kerana bodoh sombong tersebut. Sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 09:02 PM | Show all posts
Originally posted by hashimsamsul at 30-11-2008 08:45 PM

Ini semua jasa orang-orang Yahudi yang berasaskan kajian Yahudi...sekarang ia pun digunakan umat Islam.
http://eforum4.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D1

Kalau umat Islam begitu menyombong, dengan berkata ini tak boleh itutak boleh, padahal benda itu, bukannya menyekutukan Tuhan pun, dantidak lebih daripada sekadar ilmu, maka teruslah hidup dalam kejumudankerana bodoh sombong tersebut. Sekian...


Awak boleh kata saya jumud atau bodoh sombong atau lain-lain, tapi jangan lempar tuduhan  yang saya melarang umat Islam menuntut ilmu...  awak sendiri yang kata ilmu tu luas jadi agama hindu dan budha bukanlah satu-satunya punca ilmu yang boleh dipelajari... sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 09:21 PM | Show all posts

Reply #153 kupia's post

Saya tidak cakap pun agama Hindu dan Buddha sahaja punca ilmu. Jangan tuduh yang bukan. Saya kata kaji BUKU-BUKU YANG DATANG SEBELUMNYA. Adakah semua buku-buku / kitab yang Allah turunkan, hanya untuk orang Buddha dan Hindu???. Awak belajar jauh-jauh, patutnya tahu. Menyombong dan kemudiannya berpuas hati dengan apa yang ada adalah tidak digalakkan, sedangkan perlu bergerak seiring, supaya tidak ketinggalan. Kenapa mesti menyombong dan mengutuk ilmu agama lain?

[ Last edited by  hashimsamsul at 30-11-2008 10:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 11:38 PM | Show all posts
Originally posted by hashimsamsul at 30-11-2008 09:21 PM
Saya tidak cakap pun agama Hindu dan Buddha sahaja punca ilmu. Jangantuduh yang bukan. Saya kata kaji BUKU-BUKU YANG DATANG SEBELUMNYA.Adakah semua buku-buku / kitab yang Allah turunkan, hanya untuk orangBuddha dan Hindu???. Awak belajar jauh-jauh, patutnya tahu. Menyombongdan kemudiannya berpuas hati dengan apa yang ada adalah tidakdigalakkan, sedangkan perlu bergerak seiring, supaya tidak ketinggalan.Kenapa mesti menyombong dan mengutuk ilmu agama lain?


Allah tak pernah menurunkan kitab pada budha atau hindu, Allah turunkan kitab pada Nabi2 dan Rasul2 Nya.  Apa relevennya dengan persoalan yang kita bincangkan?  Saya tak mengerti apa maksud buku-buku yang datang sebelumnya?

Yang kita bincang dalam thread ni
1.  ASTRAL TRAVEL atau OBE.

Yang kita bincang sebelum ini:
2.  ENERGY HEALING
3.  AURA
4. CHAKRA.

Tolong jangan libatkan yang lain dari yang 4 di atas, kalau dilibatkan juga bermakna itu satu fitnah.
MENGKAJI DAN MEMBACANYA untuk tujuan mengetahui TIDAK SALAH .
Yang salah MEMBACA, MENGKAJI DAN MENGAMALKANNYA untuk tujuan apa sekalipun.


Sebab apa salah?  

1.  Sebab asal ilmu ini adalah ilmu yang dicipta dan digunapakai oleh orang hindu dan budha dalam amalan kepercayaan agama mereka baik rohani atau jasmani, walau sekali pun ilmu2 ini telah diubahsuai oleh orang-orang barat setelah dikaji mereka, pada pemahaman saya ianya TETAP SALAH.

2. Rasulullah saw melarang orang Islam mengamalkanya melalui dalil yang telah saya tuliskan sebelum ini.

3. Sama dengan dalil-dalil lain yang digunakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mengharamkan YOGA.

Jadi saya berkeyakinan dan beriktiqad ianya tetap salah kerana saya mematuhi larangan Rasulullah saw.

Walau apa pun lagi yang akan saya perkatakan dalam lingkungan skop yang 4 diatas, tuan tetap mengatakan ianya TIDAK SALAH kerana itu adalah keyakinan tuan yang tidak mungkin boleh diubah lagi.  

Jadi kalau saya teruskan juga berhujah, keputusannya tetap sama... SALAH dan TIDAK SALAH... Itulah puncanya yang saya tulis di atas tidak ada apa lagi yang boleh dikatakan, I wish you luck.

Terserah kepada pembaca untuk menilai sendiri mengikut kefahaman dan kepercayaan masing-masing SALAH atau TIDAK SALAH. Semua orang ada hak menentukan keyakinan dan pendirian masing-masing, hak asasi yang mesti dihormati kerana tidak ditemui jalan penyelesaian yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 12:00 AM | Show all posts
Allah tak pernah menurunkan kitab pada budha atau hindu, Allah turunkankitab pada Nabi2 dan Rasul2 Nya.  Apa relevennya dengan persoalan yangkita bincangkan?  Saya tak mengerti apa maksud buku-buku yang datangsebelumnya?

Yang kita bincang dalam thread ni
1.  ASTRAL TRAVEL atau OBE.

Yang kita bincang sebelum ini:
2.  ENERGY HEALING
3.  AURA
4. CHAKRA.


Mengikut kajian, ada 100,000 orang Rasul dan Nabi yang diutus oleh Allah untuk menyebarkan risalahnya, namun, oleh kerana tiada usaha yang dilakukan oleh orang pada zaman itu untuk memastikan kitab-kitab terjaga, maka kitab-kitab tu hancur dan hilang begitu sahaja. Walau bagaimanapun, saya percaya, Hinduism menerima salah satu dari risalah-risalah tersebut. Ini kerana kalau Tuan baca kepada Gita (kitab orang Hindu), ketuhanan asasnya masih sama dengan Islam iaitu percaya kepada Tuhan yang satu, namun ia dinodai dengan dewa-dewa dan kepercayaan bahawa benda-benda ciptaan Tuhan adalah Tuhan. Jadi, ia releven..kerana keesaan Tuhan ada di dalamnya, cuma ia ternoda.

Tolong jangan libatkan yang lain dari yang 4 di atas, kalau dilibatkan juga bermakna itu satu fitnah.
MENGKAJI DAN MEMBACANYA untuk tujuan mengetahui TIDAK SALAH .
Yang salah MEMBACA, MENGKAJI DAN MENGAMALKANNYA untuk tujuan apa sekalipun.


Jika demikianlah hendaknya, apa sahaja yang dikeluarkan oleh selain orang bukan Islam atau dari agama lain, sekalipun ia ada manfaatnya, maka perlulah ditinggalkan juga. Seperti yoga, ia sebenarnya bukan apa-apa, melainkan gerakan strecthing dan sebagainya. Yang menjadikan ianya haram ialah kerana adanya mantera-mantera (full set yoga), namun kalau bukan, ia boleh diamalkan, cuma tidak digalakkan.

[ Last edited by  hashimsamsul at 1-12-2008 12:04 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2008 01:54 AM | Show all posts
bnda astral travel ni kdg2 ble jadi auto matic biler keadaan nye betol..tak semestinye kite blaja cara hindu baru jadi...mmg ada yang kene OMMMMMM baru dpt astral.....tu cara diorg la kan....

konsep nye senang je...astral ni bkannye ilmu org buddha ke hindu ke aper ke....its a fenomena...cm menenangkan jiwa...tu mmg fenomena kan....so hindu ada invent cara dier sendri  ....tapi ingat lah......ilmu tu Allah punye...so i dont see anything yg membuatkan kiter ni mendua kan Allah ke aper ke dlm obe ni...ada kite tunjuk aurat ke..tade gak....why?..psl bnda ni fenomena...jz how true is the fenomena kite tak tau pasal maybe its a lucid dream, a dream that we can actually control....tu jer...aper la nk kate bnda cmni pon takleh....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 03:33 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 30-11-2008 11:38 PM


Allah tak pernah menurunkan kitab pada budha atau hindu, Allah turunkan kitab pada Nabi2 dan Rasul2 Nya.  Apa relevennya dengan persoalan yang kita bincangkan?  Saya tak mengerti apa maksud  ...


YEAH!!betul tu bro!! aku sokong 100%!! buat pe nk kaji kitab2 sebelum kedatangan RASULULLAH?
bkn ke before baginda Nabi  Muhammad menyampaikan ISLAM, Allah dah lenyapkan segala ilmu dan kitab2 sebelum zaman
baginda..
Allah Maha Besar,Dia tak zalim.Kita harus bersyukur coz panduan kita ada 1 je..AL-QURAN. xpayah kita nk serabut2
p-k pasal ilmu2 sebelum ISLAM wujud.Tapi tu le,orang MELAYU islam kt malaysia ni,yg wajib amek ringan,yg sunnat waimma makruh sekalipun , itu yg di ambil berat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 10:58 AM | Show all posts

Reply #158 kiblatku30's post

Maaf, Allah tidak lenyapkan kitab-kitab itu semuanya.Ia masih ada, cuma telah ternoda. Walau bagaimanapun, Allah menyuruh kita mengimani kitab-kitab tersebut, tapi bukan mengimani membabi buta kerana Allah telah memberikan panduan dan peringatan mengenai buku-buku tersebut. Mana-mana yang baik kita ambil, mana yang buruk dan boleh memesongkan akidah, kita tolak ke tepi. Sebab itulah Nabi suruh kita MEMBACA.

Di sini bukan pasal serabut ke tak serabut, tetapi orang Islam juga perlu menerima kenyataan bahawa kita tidak tahu semua benda. Tak perlulah menyombong diri kata umat Nabi Muhammad la, Quran ada kat tangan kita, dan menyangka semua benda kita tahu hanya kerana dua benda tu.

Tidak juga...ramai yang mengambil berat mengenai benda yang wajib. Sebab tu saya tak faham, kenapa Tuan dan Tuan Kupia boleh fikir umat Islam begitu naif sangat-sangat. Macam sebelum nak amalkan sesuatu tu, mereka tidak boleh berfikir secara rasional la kononnya. Sampai mengatakan mereka akan menduakan Tuhan la, tak beratkan yang wajib la...Kenapa perlu merendah-rendahkan sangat sampai macam tu.

Bagi saya, masalah kita sekarang, orang Islam, adalah sangat berpotensi, kerana Quran ada di tangan, namun kerana perasaan berlagak bagus (semua tahu) sampai tolak ke tepi yang lain..itulah masalahnya sekarang. Padahal, secara sedar tak sedar, seharian kita mencedok ilmu-ilmu dari orang bukan Islam...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 11:56 AM | Show all posts
Originally posted by reez54 at 1-12-2008 01:54 AM
bnda astral travel ni kdg2 ble jadi auto matic biler keadaan nyebetol..tak semestinye kite blaja cara hindu baru jadi...mmg ada yangkene OMMMMMM baru dpt astral.....tu cara diorg la kan....


Betul.Yang membezakan ialah mantera yang digunakan di dalamnya. Mereka menggunakan perkataan OMMMMMM kerana itu adalah nama Tuhan mereka. Namun, ada sahaja yang tidak payah menggunakan OMMMM...sebaliknya menggunakan zikir-zikir sahaja, langsung sahaja dapat membuat astral. Jadi bolehlah saya simpulkan di sini bahawa astral akan terjadi apabila kita tenang dan berada dalam keadaan separa sedar.

konsep nye senang je...astral ni bkannye ilmu org buddha ke hindu keaper ke....its a fenomena...cm menenangkan jiwa...tu mmg fenomenakan....so hindu ada invent cara dier sendri  ....tapi ingatlah......ilmu tu Allah punye...so i dont see anything yg membuatkankiter ni mendua kan Allah ke aper ke dlm obe ni...ada kite tunjuk auratke..tade gak....why?..psl bnda ni fenomena...jz how true is thefenomena kite tak tau pasal maybe its a lucid dream, a dream that wecan actually control....tu jer...aper la nk kate bnda cmni pontakleh....


Betul, inilah saya cuba sampaikan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.369966 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list