CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Az_zy

Alam Jin, Confronted by jin kafir & tukang sihir

  [Copy link]
 Author| Post time 30-8-2010 02:03 PM | Show all posts
sapa suruh masuk awal...panggung on 15 min iklan...lain kali jgn mkn pop corn awal2
sw00sh Post at 30-8-2010 08:05



    hee he..korang ni klakar tul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2010 02:06 PM | Show all posts
Syeikh Abdul Qadir Jailani ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2010 02:13 PM | Show all posts
Bila anak yg bongsu tu dah umor 4 tahun lebih..bibik dah tak ada.  balik indon..jadi akak kena buat kerja umah sendiri..si bongsu hantar rumah org jaga..sampai la umur 5 tahun..
si bongsu dah umur 6 tahun alhamdulillah rezeki kami murah..dpt  beli rumah double storey. jadi kami pindah..kami x beritahu pd sesiapa kecuali kakak, Adi & sorang adik perempuannya..mak saudara & cousin2 yg lain pun x beritahu.  husband x nak diorang tahu mana kami tinggal...kalau tahu diorang bawa bala lagi la...lagi teruk kot kalau dpat tanam2 dlm tanah ni..tanam depan rumah ker...eee..minta selisih malaikat 44

Tapi memang banyak kali diorang tanya pd Adi & adik perempuannya (zura) mana kami tinggal..tapi Adi & zura cakap tak tau..akak kata tolonglah jgan sekali2 cakap..kesian kat anak2 akak sebabnya kalau tak kena kat mak bapa kena kat anak..nauzubillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2010 02:22 PM | Show all posts
Syeikh Abdul Qadir Jailani ker?
tarabas1976 Post at 30-8-2010 14:06



    Ya betul..awak tau ke sejarah dia..ustaz tak elaborate siapa dia..cuma kata wali Allah, org arab, mengajar & mendalami ilmu agama.. sejarah detail akak x tau..blum sempat nak baca kat mana2 lagi sejarahnya...maaflah ye akak bukan pelajar ilmu wahyu ke..atau g blajar sampai mesir ke..akak blajar mengira je..semua berlaku hanya dari pengalaman... salasilahya cam mana ye..boleh bagitau sikit ke..trima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 02:24 PM | Show all posts
Salam..semua..dah ready ke persiapan nak raya ni..akak sronok ni kuih raya dah dpt..hee he

Ok.. ...
Az_zy Post at 30-8-2010 13:52



btul ke kupu2 nih masuk kategori "hantar2" nih..
kalu gitu penuh kat depan umah saya kak..
besau,kicik,kaler coklat la,putih la..
errrr...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 02:24 PM | Show all posts
hee he..korang ni klakar tul...
Az_zy Post at 30-8-2010 14:03



   ni utk menghilangkan bosan je kak...mmg betul pasal guru tu...kalau x silap imam syafie ada ckp..sapa yg yg ajar dia walaupun sepotong ayat,dia anggap sebagai guru dan adab2 antara guru dan murid dia akan jaga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2010 02:28 PM | Show all posts
Sejarah ringkas Syeikh Abdul Qadir Jilani.


Nama beliau dan keturunan sebelah ayah.

Mahyuddin Abu Muhammad Abdul Qadir Al Jilani bin Abu Saleh Musa bin Abdullah bin Yahya Al Jahid bin Al Imam Muhammad bin Al Imam Daud bin Al Imam Musa bin Al Imam Abdullah bin Al Imam Musa Al Jaun bin Al Imam Abdullah Al Mohd (lebih dikenali sebagai Al Majl) bin Al Imam Hassan alMuthni bin Al Imam Al Hassan Al Bast bin Al Imam AmirulMukmin ‘Ali bin Abu Talib, KarramAllahu wajhah.


Keturunan dari sebelah ibunya

Nama ibunya Fatimah binti Al Imam Abdullah bin Mahmud bin Kamaludin Isa bin Jamaluddin bin Al Imam Abdullah Al Sauma’i (lebih dikenali Al Zahid) bin Sayyidina Ali Zainal ‘Abidin bin Al Imam Al Hussein bin Al Imam ‘Ali bin Abu Talib, saudara Al Mustafa(s.a.w.) yang berkahwin dengan Fatimah Az Zahra Al Batul.


Beliau mendapat penggilan Al Jalani daripada Jilan, sebuah wilayah merdeka dari Negara Tabristan juga dikenali sebagai Kilan.

Abdul Qadir dilahirkan disini pada tahun 470H dan beliau kembali kerahmatullah pada 671H pada malam Sabtu , 10 Rabi’awal pada umur 91 tahun. Beliau dimakamkan diserambi madrasahnya. Nasaruddin mengkebumikan beliau pada paginya sambil membacakan Qasidah yang berbunyi “ Kesedihan (merujuk kepada kematian) pada pagi ini merupakan kekalahan Jilani, dimana beliau merupakan sumber makrifah yang terkenal”


Penampilan Abdul Qadir.

Al Imam Muwafik Al Din Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah Al Muqaddisi berkata, “Shaykh Al Islam Al Shaykh Mahyuddin Abu Muhammad Abdul Qadir alJilani r.a. Merupakan seorang yang kurus dan tinggi dan berupa baik dengan bulu keningnya bercantum. Suara beliau nyaring dan beliau berpengetahuan luas.

Rumah yang dimana beliau dibesarkan dikenali sebagai Rumah Kemuliaan dan Pengetahuan. Ini kerana keturunan beliau dari ayah dan ibunya merupakan golongan yang berilmu dan berkedudukan. Penduduk setempat juga menggelarkan rumah tersebut rumah yang mulia.

Tidak salah jika Abd Qadir dibesarkan sejak kecil disitu dan menghafal Al Quran sejak kecil dan sehinggalah pada umur beliau 18 tahun, beliau mula merantau ke Baghdad pada tahun 488H. Pemergian beliau adalah untuk menambahkan ilmu beliau pada jalan Allah seperti yang difimankan Allah dlm surah Nisa ayat 100.


Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.




Abdul Qadir mengikut jejak langkah keturunannya yang juga dikenali sebagai keluarga Ilmuwan dan beiman demi mencapai cita-citanya menjadi seorang yang adil dan mulia disisi Allah dan Umat Islam.

Allah berfirman: Surah At Thur ayat 21:


Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka[1426], dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.


Abdul Qadir merupakan seorang insane yang terpelihara oleh Allah. Ini dapat dibuktikan dari cerita masyarakat sekeliling. Semasa muda beliau berkerja sebagai petani. Pada suatu hari, semasa beliau sedang membajak tanah menggunakan seekor lembu, tiba-tiba lembut tersebut memalingkan mukanya kearah beliau dan berkata ”Oh Abdul Qadir, Allah tidak menciptakan kamu untuk kerja ini”

Dari sumber yang lain pula menyatakan, Abdul Qadir memanjat keatas atap rumahnya dan melihat fenomena luar biasa iaitu jemaah Haji berkumpul di Arafah, dan jemaah lagi satu pula sedang mengelilingi Ka’abah.

Kedua-dua kejadian itu membuatkan beliau berasa takut dan terkejut. Beliau memberitahu pada ibunya dan ibunya berkata “ Ini membuktikan bahawa Allah telah memilih mu untuk diberi pengetahuan”

Selepas kejadian tersebut Abdul Qadir berhasrat untuk ke Baghdad dengan tujuan untuk mendalami lagi ilmu pengetahuan dengan para-para Ulama disana. Ini kerana pada ketika itu Baghdad merupakan pusat Ilmu dunia.

Sebelum berangkat ke Baghdad, Abdul Qadir meminta kebenaran dari ibunya agar Allah sentiasa disampingnya dalam usahanya. Ibunya menjaminkan beliau akan keselamatan dengan syarat beliau hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak sesekali menipu.

Dan dalam perjalanan beliau ke Baghdad, sekumpulan perompak telah datang kepada beliau, dan menanyakan kepada beliau, berapa wang yang Abdul Qadir ada. Abdul Qadir menjawab dengan jujur seperti mana yang telah dinasihatkan oleh ibunya. Beliau menyatakan jumlah wang yang ada didalam poketnya. Akibat dari kejujurannya itu, perompak berkenaan berasa sedih dan bertaubat atas perbuatannya itu. Perompak itu bertanya pada Abdul Qadir, mengapa beliau berkata benar sedangkan beliau tahu akan dirompak. Lalu Abdul Qadir menceritakan halnya bersama ibunya yang beliau telah berjanji atas nama Allah pada ibunya yang beliau akan bercakap benar dan jujur. Perompak tersebut merasa hairan dan takjub atas kejujuran Abdul Qadir menjaga janjinya dengan usianya yang semuda itu, manakala perompak itu memikirkan hal dirinya yang telah sekian lama hidup merompak dan bercanggah dengan Islam.


Firman Allah Surah At Taubah ayat 119:


Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.


Abdul Qadir meneruskan perjalannannya dan sampai di Baghdad pada tahun 488H dan memulakan pengajian beliau dengan ulama-ulama dan orang-orang saleh.


Kesimpulannya

Syaikh Abdul Qadir Jilani dibesarkan dengan baik. Beliau merupaka seorang yang alim, jujur, ikhlas dan benar. Kesemua nilai-nilai ini menjadi simbol kepada Tareqat Qadariah yang terus menerus berkembang hasil usaha dari pengesasnya iaitu Syaikh Abdul Qadir Jilani dan tareqat ini berdasarkan pengalaman peribadi beliau tentang Islam, Iman, dan Ihsan. Ini akan mengajar kita tentang Ikhlas, Wara’ , Zuhud, Taqwa, penyerahan diri sendiri, ketabahan, kehambaan kepada Allah, mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhkan diri dari syaitan, menghayati kitab syariah, membersihkan hati daripada perkara yang memusnahkannya, membersihkan kata-kata, sentiasa membuat suruhan Allah atas sebab untuk mencari keredhaannya, bersungguh-sungguh dalam menentang kehendak nafsu, dan mengamalkan perbuatan yang mulia.


Kesemua cara ini disuruh oleh Abdul Qadir, dimana beliau adalah pendokong jalan Tasawuf yang bermakna juga beliau merupakan seorang pengajar. Didalam kitabnya, Abdul Qadir menggunakan perubahan dalam menyampaikan perbezaan hamba dan kehendak nafsu.

kredit kepada http://jalansufi.com/islam/kesufian/ahli-sufi/abdul-qadir-jilani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 02:38 PM | Show all posts
Azzy,
sila sambung cerita anda..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2010 02:48 PM | Show all posts
Berbalik pada cerita Adi.. Adi ni ada 3 org adik perempuan & 6 org adik lelaki.  adik2 lelakinya ini ok la x dikacau sangat..

Tapi 2 antara 3 orng ni telah diletakkan pelesit pd mereka.  kecuali zura ni pandai sikit..dia siang2 dah g berubat kat Darul Syifa' kat Bangi.  skarang ni pon mungkin on & off g sana kot.  tak tahu..lama x dengar berita.

Cerita tentang pelesit ni..adik no 3 (azlin) masih blajar kat Poli utara sana..kawan2 dah takut kata dia ni sekejap ketawa sekejap bersedih..sekejap nampak kat kelas sekejap nampak kat koridor dok gelak2.. (yang kat dlm kelas tu memang dia..tapi yang kat koridor tu la pelesit yg diletakkan oleh tok moh keparat tu)

Semua kawan2 dah takut..dulu x sedar diri..ustaz (warden diorng jugak kot) dah cuma ubatkan..ok..pastu datang balik..gelak2, sedih2, pengsan.. lama2 ustaz tu panggil kakak dia zura..suruh bawa berubat..ustaz tu dah letih..x tahan dah..ustaz tu kata ni bukan benda2 kat Poli ni..ni benda2 datang dari keluarga atau saka.. ciss celaka punya tok moh  

Itu yg zura bawa g Darul Syifa..anak murid Prof Harun Din yg rawat dia tu pun cakap benda ni makan masa berubat sbab ada kaitan ngan keluarga.. bagi akak kan kalau degil sangat hantunya kasi sembelih aje hantu tu ngan tuannya sekali...

Adik lelaki yg lain usaha juga ubatkan.  Seorang ustaz kt Sg Buloh kata benda ni sangat jahat ..memecah belahkan keluarga..bagi hancur keluarga..memang la pelesit memang suka pecah belahkan bukan saja keluarga malah jiran tetangga.. nanti akak sambung serba sedikit psal pelesit ni.. sbab tu tok moh letak kat perempuan sbab pelesit = perempuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 03:10 PM | Show all posts
Kalo jumpe belalang pelesit, pisahkan kepala ngan badan. pastu letakkan dalam 2 botol isikan dengan air zam-2, cuka dan lada hitam. Kemudian kuncikan dengan huruf lam jalalah. Bayangkan benda tu terikat/terkunci dalam simpulan huruf lam.

Berikutnya bacalah ayatul kursi 313x dan kemdian tanam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2010 03:41 PM | Show all posts
Sejarah ringkas Syeikh Abdul Qadir Jilani.


Nama beliau dan keturunan sebelah ayah.

Mahyuddin ...
sw00sh Post at 30-8-2010 14:28



    Terima kasih..terima kasih.. Syeikh Abdul Qadir Jilani dari keturunan Nabi Muhammad s.a.w.  terima kasihlah kongsi ilmu kat sini..jasa mu dikenang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2010 03:47 PM | Show all posts
Kalo jumpe belalang pelesit, pisahkan kepala ngan badan. pastu letakkan dalam 2 botol isikan dengan  ...
tarabas1976 Post at 30-8-2010 15:10



    Terima kasih juga pd kamu kerana berkongsi ilmu kat sini..cara yg ni akak tak tahu.. dulu x de tempat sangat nak refer..tak tahu cara terbaik nak dispose benda ni...tapi x pe berguna utk bekalan masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 03:59 PM | Show all posts
beberapa lama lepas tu kakak akak beritahu yg mak saudara kami tu beritahu kat dia sangat susah hati ...
Az_zy Post at 26-8-2010 17:28



    maaf kak azy...ai nk tanya skit bleh...just nk buat perbandingan.....mak  saudara n anak2 dia tuh rural people ka urban people?? just curious jah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 04:08 PM | Show all posts
Reply 232# Az_zy


   jgn berterima kasih dgn saya kak...kredit kepada empunya blog...just copy paste je pun..x susah
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 04:13 PM | Show all posts
best!!!banyak ilmu dapat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2010 05:07 PM | Show all posts
maaf kak azy...ai nk tanya skit bleh...just nk buat perbandingan.....mak  saudara n anak2  ...
melia_star Post at 30-8-2010 15:59



    mak saudara ni nak kata rural pun x sebab klau ikutkan kg dia 45minit - 1 jam je ke KL.  tapi masa Malaysia Merdeka dulu dia dah anak dara la.. dulu dia x sekolah takat darjah 2 kot..masa Jepun jajah..datuk & nenek akak x bagi blajar. takut Jepun bawa lari..sbab ada sorang anak lelaki dia Jepun dah bawa lari..

Yang anak2 lelaki dia ni yg sesat barat ni..sbenarnya blajar ok jer..kira pandailah jugak..tapi yg sengalnya..tamak & sombong.  segala benda tamak..baik harta atau ilmu..tok moh jadi cam tu sejak duduk kat sempadan siam sana..dulu dengar nak belajar agama..ok betul caranya..tapi sifat x puas hati..nak hebat lagi..x belajar dari basic..tiba2 nak tahu rahsia Allah & jin.. tiba2 nak taraf wali..mana boleh cam tu.. x puas hati sbab tak boleh buat magic kot..tu yg dok ikut jin kafir plak tu berguru ngan tok siam.. nauzubillah..esok2 mati mcamana la seksa..anak2 pulak kena kacau la bila benda2 tu dah jadi saka..nauzubillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2010 06:49 PM | Show all posts
mak saudara ni nak kata rural pun x sebab klau ikutkan kg dia 45minit - 1 jam je ke KL.  t ...
Az_zy Post at 30-8-2010 17:07



    ni la masalahnye kalau ada saka nih..
cucu cicit yang akan dtg yg rasa susahnye kemudian hari...
mel paling xsuka btuk kalau ade yg terlibat dgn saka2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:40 AM | Show all posts
cant wait for the story to be continued.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 02:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by Saat at 31-8-2010 02:51

sheikh abdul kadir pengasas tarikat qadiriah. Dimalaysia ada gurunya tapi dah meninggal iaitu Arwah Tuan Guru Hj. shamsudin. cucu dia generasi ke 18 skang ade di malaysia. sheikh afifuddin ada kuar kat paper....agong dan ramai menteri dah gi jumpa dia nie.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:08 PM | Show all posts
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani cukup terkenal di kalangan ahli sufi... Dan beliau diberi gelaran Sultanul Awliya (ketua para wali)... misteri gak mcm mane kak azzy boleh tersebut nama beliau ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.677514 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list