CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Merged] Norman masih lagi BERHUTANG hantaran kawen dengan Abby

  [Copy link]
Post time 16-9-2010 12:01 AM | Show all posts
abby baru hapdet status kat fb...
airwickss Post at 15-9-2010 23:42



    mesti normiang ni malu skang ni.. entah mana nak sorokkan muka dia..padan muka.
hutang lama belum selesai, ada hati nak buat utang baru(read kawin baru)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2010 12:02 AM | Show all posts
jantan mcm tu pun memey nak kutip buat laki
masih ada peluang untuk berundur diri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 12:14 AM | Show all posts
sikap yang paling buruk bagi wanita dan lelaki ialah memburuk dan memalukan pasangan masing2 selepas ...
seludang Post at 15-9-2010 10:39



   minta maaf terlebih dulu....saya rasa "seludang" tidak baca habis @ tidak faham apa yang telah abby nyatakan di page yg awal....she did mentioned she has been asking NH secara baik akan hutang yg perlu dijelaskan berkali2 tetapi NH hanya buat dekkk je...buat muka tebal & muka tak malu...ignore what abby has been asking...infact dlm FB Abby dia memang sudah lama mentioned NH perlu settlekan perkara yg paling penting & mustahak sebelum apa2 sudah agak lama abby mentioned ayat tu dlm FB dia...tp tidak pernah pula Abby mentioned apakah benda yg penting itu yg perlu NH settlekan..bila kami rakan2 FB bertanyakan pd dia apakah benda yg dimaksudkannya....abby hanya menjawab adala...hanya dia & NH yg tahu dia tak nak langsung mentioned perkara sebenar dia kata dia akan cuba selesaikan secara baik dgn NH....kalau betul dia berniat jahat ingin memalukan NH & mengaibkan NH....siang2 lagi dia dah mentioned perkara tersebut didlm FBnya bila peminat & penyokongnya menanyakan isu yg sebenar....

Jadi pada saya....saat ini....Abby bukan berniat utk mengaibkan & memalukan NH...dia hanya inginkan NH bertanggungjawab....kalau NH mampu utk berkahwin lain....maknanya NH juga patut mampu menjelaskan hutang tersebut.....Abby tidak mampu lagi utk membawa apa2 kes samada nafkah anak mahupun isu hantaran tidak berbayar ini ke mahkamah...kalau ikutkan dia boleh bawa isu ini ke mahkamah (kalau saya salah...minta maaf) tapi dia sudah maklumkan dia tidak mampu...sebab semua perbelanjaan samada anak2 mahupun utk diri sendiri...dia perlu bekerja keras bertungkus lumus mencari rezeki utk membesarkan anak2 kalau mengharapkan NH...perbelanjaan hari raya pun tidak diendahkannya yg NH tahu dia hendak tumpukan hari pertunangan dia....alangkan sedih & peritnyanya bagi abby utk menanguung seorg2.....fikir2kan lah...jgn hanya pandai menuduh orang....cuba "put yourself into her shoes.....or put your love ones having this problem..do you think that you will do the same thing????
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 12:20 AM | Show all posts
NH = AC Mizal No 2
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 12:26 AM | Show all posts
haihs..jantan hidup ber"TUHAN" kan nafsu n anu saja ke..duit skupang pun takde
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 12:59 AM | Show all posts
abby baru hapdet status kat fb...
airwickss Post at 15-9-2010 23:42
a..

kira2 normiang nak saman abby la nih...! adakah dia berwang utk membayar loyar yg membelanya..???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2010 01:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by PoSh78 at 16-9-2010 01:28

abby shedih..sobsss
Credit to Fanpage Abby

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 01:41 AM | Show all posts
i really pitty her la kan..dun know apa yg jadik between them bila dorang still in marriage dulu..
but i can see that abby ni yg banyak jaga anak2 die..susah senang ngan anak die..
tak silap baru2 nih...program baby kiko tu...yg abby nya time tu...die cam ralit sikit nak pi ka apa ka...cam kalut la sikit sebab cam tak de sapa nak jaga anak2 die..mase tu anak 1st die tu nak pi sekolah..so anak kecik die lak cam  takde org jaga camtu la..die lak nak kene pi soping kiko tu..bila i tgk die kalut camtu..i cam ckp..sian si abby nih....sayang tul die kat anak2 die..
my advise tu abby..sabar la abby...Allah tu selalu tolong hamba die...nak2 lak abby ada anak2 kan..insyallah rezeki anak tu limpah ruah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2010 01:42 AM | Show all posts
Ishhh... Apakah ini usaha terakhir Abby Ababi untuk menghalang perkahwinan Normiang dan Memek???

Sama-sama kita tunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 01:57 AM | Show all posts
haruslah duit hantaran pun hutang.....retis tehangat pun cuma pakai proton tiara jek.
camner nk jelaskan hutang hantaran yg berbelas ribu tuh???
tp pandai pulak nk kawen baru...ntah bape puluh ribu la hantara si memey nih plak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 02:45 AM | Show all posts
Reply  azwalissa


moga2 memey beranak tiap2 tahun...
Syd Post at 15-9-2010 08:43


kalo memey kawen umur 24 n umur 25 dah dpt 1st baby, n dia monopous umur 40.. anak2 dia dah ada 15 org.





so produktif
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 03:05 AM | Show all posts
Norman ni x gentleman lgsg laaa...kalau dah tau nak naik pelamin lagi skali settle kan la dulu hutang2 lame..ntah2 kali ni nikah pun pakai duit Memey kot?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 03:50 AM | Show all posts
Jgn sedih abby.. Uve done the right thing. Nafkah mmg hak u n anak2...kira ambil la iktibar dr kisah abby ni. Kepada gadis2 di luar sana.. Kalau awal2 bakal suami dah ada aura2 x bertanggungjawab.. Jgn la harap mereka akan berubah lps kawen. Silap2 sampai ke ujung nyawa nan ado..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2010 06:26 AM | Show all posts
buruk tul pangai normiang nehhh

1. sibuk mengejar chenta dengan betina lain, wpun dah berbini anak berderet
2. sibuk menguli si memey, tak balik umah, abaikan tanggungjawab as ayah/laki waktu abby sarat mengandung dan nak bersalin sgt dah
3. sibuk kena tangkap basah
4. sibuk nak berbini wpun tak berduit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2010 06:26 AM | Show all posts
tolong malu laaa normiang dan famili

ugut ugut orang laks....

bayar jelahhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2010 06:30 AM | Show all posts
Abby tuntut hutang kahwin

Oleh YUSMAN AWANG dan JESSABELL SOO
[email protected]

KUALA LUMPUR - Pelakon Abby Abadi menyifatkan dirinya mangsa yang teraniaya dan dianiayai selepas berkahwin dan kemudian bercerai dengan pelakon Norman Hakim yang baru melangsungkan pertunangan dengan pelakon Memey Suhaiza Suhaimi Isnin lepas.

Abby, 32, yang mengahwini Norman, 34, pada 8 Januari 2002 mendakwa bekas suaminya itu belum menjelaskan hutang wang hantaran perkahwinan mereka sebanyak RM11,111.11.

Malah Abby juga mendedahkan Norman masih ada beberapa hutang tertunggak dengannya.

"Norman memang ada beberapa hutang yang dia belum jelaskan kepada saya selain wang hantaran itu," ujar Abby ketika dihubungi semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2010 07:07 AM | Show all posts

Hutang Lapok Hantaran Perkahwinan 8 Tahun Lepas DiTagih Semula!

NEGARA
Abby tuntut hutang kahwinOleh YUSMAN AWANG dan JESSABELL SOO
[email protected]
15 September 2010



ABBY ABADI



KUALA LUMPUR - Pelakon Abby Abadi menyifatkan dirinya mangsa yang teraniaya dan dianiayai selepas berkahwin dan kemudian bercerai dengan pelakon Norman Hakim yang baru melangsungkan pertunangan dengan pelakon Memey Suhaiza Suhaimi Isnin lepas.

Abby, 32, yang mengahwini Norman, 34, pada 8 Januari 2002 mendakwa bekas suaminya itu belum menjelaskan hutang wang hantaran perkahwinan mereka sebanyak RM11,111.11.


Malah Abby juga mendedahkan Norman masih ada beberapa hutang tertunggak dengannya.

"Norman memang ada beberapa hutang yang dia belum jelaskan kepada saya selain wang hantaran itu," ujar Abby ketika dihubungi semalam.

p/s Nah abis terbongkar sume........! Sebenarnya hantaran tu adat jer...klu dah janji beban takyah le...dan klu ada persetujuan pakat-pakat sama-sama tanggung.  tapi klu dah janji tunaikan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 07:21 AM | Show all posts
kepada yg berkenaan, sila tunaikan janji ye.. harap muka jek tp pangai very the hancussss... :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2010 07:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2010 07:34 AM | Show all posts
'Saya tak hutang Abby'
Oleh Amir Abd Hamid

2010/09/16

KUALA LUMPUR: “Tidak timbul langsung soal hutang wang hantaran kerana saya dan Abby sudah berbincang dan bersetuju bersama membelanjakan wang terbabit untuk majlis perkahwinan,” kata aktor Norman Hakim, 34, mengenai dakwaan bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi, 32, yang disiarkan Harian Metro semalam bertajuk ‘Norman hutang hantaran RM11,111.11’.

Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nor Hakim Zaidon, wang berkenaan dipersetujui bersama untuk kos majlis persandingan pada 31 Ogos 2002 di Perdana Grand Ballroom, Dewan Felda, Jalan Semarak, di sini, selepas mereka selamat bernikah pada 8 Januari tahun yang sama.


“Kami (merujuk kepada dia dan Abby) sudah belanjakan wang itu atas persetujuan bersama untuk membuat majlis perkahwinan besar. Apabila terjadi perselisihan faham tiba-tiba dah jadi hutang. Kami saja yang tahu masa mula-mula nak kahwin dulu.


“Apapun saya sebenarnya tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan kami dengan mengeluarkan macam-macam kenyataan. Cuma saya sedih sebab isu ini timbul ketika saya masih belum masuk kerja kerana dalam mood raya dan bertunang,” katanya.


Ditanya adakah dia akan melayani tuntutan hutang hantaran didakwa bekas isterinya itu, Norman yang kesal, kecewa dan sedih dengan dakwaan berkenaan menyatakan dia tidak berhutang apa-apa pun dengan Abby.


“Keperluan ada dua iaitu material dan kasih sayang. Janganlah segala kasih sayang tak nampak langsung hingga saya seolah-olah kejam, tak pernah memberi sumbangan dan tak berfungsi kepada keluarga.


“Selama ini apa jua kenyataan (Abby), saya cuma tunggu dan lihat sebab nak jaga hubungan baik dengan bekas isteri. Bagaimanapun jika terus tunggu dan lihat, orang akan memperkatakan ia betul walaupun hakikatnya jelas bias (berat sebelah).


“Anak-anak telefon saya tanya saya ok ke? Bagaimana dengan maruah dan hati keluarga dan saudara mara apabila keluar dakwaan sebegini,” katanya.


Norman berkata, selama ini dia mengandaikan Abby takkan terlalu berkira dengannya kerana dia juga bersikap sama terhadap bekas isterinya itu.


Tiba-tiba, katanya, dia langsung tidak menyangka dan sungguh terkejut apabila membaca laporan semalam apabila Abby meminta dia menjelaskan hutang hantaran kahwin RM11,111.11 yang realitinya sudah dibelanjakan bersama.


Seperkara lagi dikesalkan Norman ialah apabila Abby mengungkit jumlah sen perbelanjaan untuk tiga cahaya mata mereka iaitu Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2. “Takkanlah saya nak beritahu secara tepat segala jumlah nafkah anak dalam media. Janganlah jadikan anak-anak umpama perisai dijaja aib merata tempat.

“Benar, perbelanjaan anak ada orang serah duit bulat-bulat kepada isteri. Tetapi saya beri ikut tahap kemampuan dan saya rekodkan supaya ia mencukupi untuk keperluan. Dalam hal ini perlulah lebih fleksibel serta bersama tunai tanggungjawab.


“Selepas itu dakwa pula saya tak meluangkan masa untuk anak umpama saya macam dah meninggal dunia dan tak wujud...padahal saya beraya dengan mereka,” katanya.


Apapun, Norman berkata dia memberikan kenyataan kali ini adalah untuk menjernihkan status bahagian dirinya yang digambarkan seolah-olah sangat kejam, bersifat tidak adil dan tidak bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 11:24 PM GMT+8 , Processed in 1.553820 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list