|
~Cahaya Islam Penenang Jiwa [Ingat mengingati sesama kita]~
[Copy link]
|
|
salam ....
ada tak sesiapa leh kongsi ttg bab faraid .... |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara2 makruh ketika solat
Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda,
من صلى صلاة لوقتها وأسبغ وضوءها وأتم ركوعها وسجودها وخشوعها عرجت وهى بيضاء مسفرة تقول حفظك الله كما حفظتنى ومن صلى لغير وقتها ولم يسبغ وضوءها ولم يتم ركوعها ولا سجودها ولا خشوعها عرجت وهى سوداء مظلمة تقول ضيعك الله كما ضيعتنى حتى إذا كانت حيث شاء الله لفت كما يلف الثوب الخلق فيضرب بها وجهه
Maksudnya : Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya dan melengkapkan wuduknya serta menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan khusyuknya nescaya solat itu akan terangkat ke langit dalam keadaan putih dan cemerlang. Ujar solat itu : Semoga Allah memelihara engkau sebagaimana engkau memelihara aku. Barangsiapa menunaikan solat di luar waktunya dan tiada pula melengkapkan wuduknya serta tiada menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan khusyuknya nescaya solat itu akan terangkat dalam keadaan hitam legam. Ujar solat itu : Semoga Allah menyia-nyiakan engkau sebagaimana engkau menyiakan aku. Apabila ia telah sampai ke tempat yang ditetapkan Allah, maka ia pun dilipat-lipat sebagaimana dilipatkan baju yang koyak-koyak lalu dicampakkan solat itu kemuka orang yang melakukannya.
Huraian
Hadis ini mengingatkan kita tentang pentingnya memelihara solat dan mengetahui hal-hal yang mengurangkan pahala solat atau sesuatu yang menyebabkan solat kita ditolak oleh Allah SWT. Antara perkara yang mengurangkan pahala solat ialah apabila melakukan perkara-perkara makruh seperti berikut :
1. Mendongak kepala ke atas.
Hadis Nabi saw,
عن أنس بن مالك رضى الله عنه قال : قال رسول الله (ص) : ما بال أقوام يرفعون أبصارهم إلى السماء فى الصلاة فالشتد قوله فى دلك حتى قال لينتهن عن ذلك أو ليحطفن أبصارهم
Maksudnya : Mengapa ramai orang yang mendongakkan wajahnya ke langit ketika solat ? Baginda megeraskan suaranya ketika mengucapkan hal tersebut sampai baginda bersabda : Hendaklah mereka berhenti dari perbuatan itu atau mata mereka dibutakan.
2. Menoleh-noleh ke kanan atau ke kiri.
Dalilnya sabda Rasulullah saw,
لا يزال الله مقبلا على العبد فى الصلاة ما لم يلتفت , فإ دا صرف وجهه انصرف عنه
Maksudnya : Allah SWT sentasa menerima hamba-Nya ketika ia sedang solat selama mana ia tidak menolah. Jika ia menolah maka Allah SWT pun berpaling daripadanya.
3. Berdiri sambil bercekak pinggang.
Sabda Rasulullah saw,
الإختصار فى الصلاة راحة أهل النار
Maksudnya : Bercekak pinggang ketika solat adalah sikap istirehatnya ahli neraka.
4. Solat dalam keadaan mengantuk.
Sabda Rasulullah saw,
إذا نعس أحدكم فى الصلاة فلينم حتى يعلم ما يقرؤه
Maksudnya : Barangsiapa di antara kamu yang mengantuk ketika solat, maka hendaklah dia tidur terlebih dahulu sehinggalah ia menyedari apa yang dibacanya.
Makruh menguap ketika solat, berludah ke kiri atau ke kanan dan berlebihan membongkok atau menundukkan kepala ketika rukuk.
5. Solat ketika jamuan sudah dihidangkan.
Sabda Rasulullah saw,
إذا وضع العشاء وأقيمت الصلاة فابدؤوا بالعشاء
Maksudnya : Bila makanan malam sudah dihidangkan dan solat telah diqamatkan, maka makanlah dulu. (HR Muslim)
6. Solat dalam keadaan sakit perut hendak buang air besar atau kecil atau menahan kentut
Sabda Rasulullah saw,
لا يصل أحدكم بحضرة الطعام ولا هو يدافعه الأخبثان
Maksudnya : Janganlah seseorang dari kamu melakukan solat dekat dengan hidangan makanan dan janagnlah solat sambil menahan keluarnya sesuatu dari dua jalan iaitu depan dan belakang.
Namun jika waktu solat sudah hampir luput maka hendaklah dia menahannya selama mana tidak memberi mudarat pada dirinya.
7. Solat di tempat yang diragu-ragukan terkena najis.
Dalam sebuah hadis,
أن النبي (ص)نهى أن يصلى فى سبع : المزبلة , والمخزرة , والمقبرة , وقارعه الطريق , والحمام , ومعاطن الإبل , وفوق ظهر بيت الله تعالى
Maksudnya : Nabi melarang melakukan solat ditujuh tempat : Tempat pembuangan sampah, tempat penyembelihan binatang, di tanah perkuburan, ditengah jalan, di tempat mandi, tempat unta berpangkal (kandang unta) dan di atas Baitullah.
8. Lain-lain
Makruh meninggalkan surah pada rakaat yang pertama atau kedua selepas membaca surah al-Fatihah. Juga makruh menyaringkan bacaan pada tempat yang semestinya perlahan serta makruh menyaringkan suara di belakang imam.
Wallahualam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 222# hyun
thanks hyun ......appreciated !  |
|
|
|
|
|
|
|
Manual Bercinta: Perigi Timba Sama Mencari
Sel, 28 Dis 2010 17:58 | Ahmad Fahmi | Editor: Rasailul Ashwaq
0
"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?" saya bertanya.
Pada malam itu, alhamdulillah, diizinkan oleh Allah SWTsempat bertukar khabar, bertanya berita kepada seorang kenalan yangberstatus kakak, yang saya kenal hampir 15 tahun silam. Beliau jugaantara insan yang saya amat kagumi dan hormati. Akhlaknya baik dandalam bidang akademik, mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantappokoknya.
"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. Insyaallah kakak rasa nak sambung master," jawab beliau.
Dengan keputusan yang cemerlang, bukan satu hal yang sukar untukmendapat tawaran ini. Walaupun dengan usia yang muda, seawal 25 tahun.
"Ngomong-ngomong, sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?" saya cuba mencuit dengan nada bercanda.
"Erm, itu yang akak nak cerita dan minta pendapat Ami ni."
"Owh... beres. Ceritalah... kalau boleh saya bagi pandangan, ya sayabagi. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang baik,"jelas saya.
"Ada seorang yang suka pada akak, tapi akak tak berapa berminat kerana akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah."
"Bagus, seharusnya macam itulah," komentar saya. Menambah rancak perbualan.
"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga, dengan umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yang berani," jelas beliau.
Sudah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini, faktor akademik dan taraf hidup menjadi permasalahan.
Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusatserenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadijenazah. Dijalan raya yang "lurus". Itu baru dibuka cerita halkelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal.
Lantas kebimbangan yang dikongsi itu, sebenarnya wajar dan tidakdapat tidak, kita harus mengakuinya. Ralit masyarakat kita, umur 25tahun, adalah umur yang paling "cun" untuk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. Saya mengerti.
"Jadi sampai sekarang, tak ada lagi lah lelaki yang masuk merisik khabar?" tanya saya.
"Erm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dengan seorang lelaki ini. Baik perangai dan insyaallah soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana."
"Jadi nak minta pandangan Ami, macam mana nak buat?" tanya beliau.
Mainstream Masyarakat
Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati sigadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak,si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurangjuga, lelaki mengambil panduan bukan dari firman tertinggi, ayat-ayatcinta, al-Quran dan sunnah!
Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas ituakan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa danlumrah bagi masyarakat.
"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" cadangan "ganjil" saya.
"Ish Ami... seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.
Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.
Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminangwanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itudimulai oleh wanita itu sendiri. Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita,Rasulullah SAW dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta,cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinyaBaginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yangbersifat satu hala, tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantungkeadaan dan masa.
Seganlah!
Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!
Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan.Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allahdan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang dileher sekalipun.
Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di matamasyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpundicop sebagai tidak tahu malu!
Cara Menghubung
"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanyanombor telefon keluarga dia... aneh la dan malu lagi," jelas beliau.
"Haa... ada caranya dan malu itu tandanya ada iman," pintas saya.
Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramaiwanita ke pusat membeli-belah dengan menayang pusat, bertepuk tampardengan lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleserandi tempat awam tanpa segan dan malu. Buta hujung, buta pangkal. Mahumeminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidakbertempat. Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?
"Saya cadangkan, akak risik dia melalui orang tengah. Orang tengah ini bukan sebarang orang boleh jadi. Diaharus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya. Jika kitalihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia,Rasulullah SAW juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengahadalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita," terangsaya.
"Biasanya, orang tengah itu siapa?"
"Biasa orang tengah itu, pasangan yang sudah bernikah. Dan pasanganini baik antara akak dan lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasratmelalui isteri, dan akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami."
"Menarik... tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula."
"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan untuk sehari dua. Kita cuba untuk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam title yang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class."
"Hurmm..."
"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff.Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadislaku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun apa. Allah lebihmengetahui," saya memberi semangat.
"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."
"Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting.Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyaallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Apa-apa pun, doa, usaha dan tawakal itu kuncinya," jawab saya.
Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa core bisneskita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Denganmenyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izinAllah dipermudahkan.
Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji.Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) danwanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelakiyang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." - Surah An-Nur: Ayat 26
Biar memilih asal jangan salah pilih...
- Artikel iluvislam.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Doa Untuk kedua orang tua
dipetik dari aurAshifa : Ustaz Rachmat Setiawan...
Ya Allah ya Tuhanku....
sampaikan salawat kepada muhammad dan keluarganya,..
para sahabat, tabi'in
para syuhada'.........
Jadikantakutku pada orang tuaku seperti takut pada penguasa zalim dan berbuatbajik kepada keduanya kebajikan ibu yang penyayang
jadikan ketaatanku kepadanya dan kebajikanku kepada keduanya lebih menentramkan hatiku dari tidur orang yang mengantuk
lebih menyejukkan dadaku dari seteguk air disaat kehausan sehingga kudahulukan kehendak mereka diatas kehendakku
ku utamakan ridho mereka diatas diridho ku
kuanggap berlimpah kebajikannya kepadaku walaupun sedikit
dan ku anggap sedikit kebajikan ku atas mereka walau pun banyak
ya allah
rendahkan kepada mereka suaraku
indahkan kepada mereka ucapanku
haluskan kepada mereka tabiatku
jadikan akulah pencinta sejati mereka
balaslah kebaikan mereka telah mendidikku
berikan ganjaran kepada mereka telah mendidikku
jagalah mereka seperti mereka menjagaku
atas setiap derita yang menimpa mereka adalah ulahku
atas setiap kesakitan yang mereka derita adalah karena ku
atas setiap hak mereka yang kuabaikan
jadikanlah itu penghapus bagi dosa mereka
ketinggian derajat mereka
kelebihan kebaikan mereka
wahai yang mengubah keburukan dengan kebaikan dengan tak berhingga
untuk setiap ucapan mereka yang melanggar batas terhadapku
untuk setiap perlakuan mereka yang berlebihan atas ku
untuk setiap hakku yang mereka abaikan
untuk setiap kewajiban atas ku yang mereka abaikan
semua sudah ku berikan kepada mereka dan ku ikhlaskan atas mereka
ya allah
mereka memiliki hak yang terlalu besar atas diriku
kebaikan terlalu utama terhadap diriku
pemberian terlalu banyak atas diriku
sehingga kutakbisa membalasnya dengan adil
atau memberikan imbalan atas semua itu dengan sepadan
duhai tuhanku
bagaimana mungkin aku mampu membalasnya,...
begitu panjangnya waktu mereka disibukkan hanya untuk mengurusku
beratnya kelelahan mereka demi menjagaku
serta penanggungan mereka akan kesempitan demi memberikan ku keluasan
duhai,.....
aku takkan mungkin bisa memenuhi hak mereka dariku
aku takkan mungkun bisa memenuhi kewajibanku atas mereka
aku tidak mungkin sanggup menunaikan tugasku berkhidmat kepada mereka
maka sampaikan lah salawat kepada muhammad dan keluarganya,..........
jangan kau jadikan aku anak yang mendurhakai orang tuanya,.
pada hari ketika setiap diri akan dibalas akibat perbuatannya dan mereka tidak dianiaya,...
ya allah ....
sampaikan salawat kepada muhammad dan keluarganya
istimewakan kedua orang tuaku dengan keutamaan yang paling utama
dari apa yang kau istimewakan kepada orang2 tua kaum mukmin........
ya allah,....
jangan kau biarkan aku lupa menyebut mereka pada tiap shalatku
pada siang dan malamku,...
ampunilah aku dengan doaku kepadanya
ampunilah mereka atas kebajikannya kepadaku dengan ampunan yang sempurna
ridoilah mereka dengan syafaatku atas mereka dengan keridoan paripurna
ya allah
jika ampunan mu ,.. datang lebih terhadap mereka daripada kepadku,..
izinkan mereka memberikan syafaatnya kepadaku
dan jika ampunanmu labihdulu padaku mendahului mereka, izinkan daku mempersembahkan syafaatku terhadap mereka...
amin ya rabbal a'lamin |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
- RAHSIA 13 -
• Agarwajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kalisehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetesdan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, danberdo'a.
• Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kitamengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengandzikir dan do'a.
• Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlahsenyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (YaAllah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindahpula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
• Untuk punyabibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong ataumenyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
• Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasaseminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasaNabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyaksayuran, buah-buahan, dan air putih.
• Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu... ...
1 - Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah :Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud :Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafirtidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.. Itulah sebab mengapamereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th" jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat... " Sebaik-baik manusia ituadalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rasa malu itu ada 10 macam :
Pertama ; Rasa malu kerana berbuat salah, seperti rasa malu Nabi Adam ‘alaihissalam yang melarikan diri dari Allah SWT saat di syurga. Ketika Allah SWT bertanya , “Mengapa kamu melarikan dirimu dariKu wahai Adam?” Adam menjawab, “Tidak wahai Tuhanku, melainkan kerana rasa malu terhadap engkau”.
Kedua ; Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa sesaat pun tanpa tasbih, namun demikian pada hari kiamat kelak mereka berkata, “Mahasuci Engkau ya Allah, kami belum dapat menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan.”
Ketiga ; Rasa malu kerana pengagungan atau dikenali juga sebagai rasa malu kerana memiliki makrifah kepada Allah (mengenal Allah lalu mengagungkanNya). Ketahuilah wahai sahabat sekalian bahawasanya sejauh mana makrifah seseorang hamba terhadap Tuhannya maka sejauh itu pula rasa malunya terhadap Allah SWT.
Keempat ; Rasa malu kerana kehalusan budi seperti rasa malu Rasulullah SAW saat mengundang orang ramai pada acara walimah Saidatuna Zainab ra.Kerana mereka tidak segera pulang, Baginda bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian”.
Kelima ; Rasa malu kerana menjaga kesopanan , seperti rasa malu Ali ibn Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW kerana dia adalah suami kepada Puteri Rasulullah SAW.
Keenam ; Rasa malu kerana merasa diri terlalu hina seperti rasa malu seorang hamba yang memohon bermacam-macam keperluan kepada Allah SWT dengan menganggap bahawa ia adalah hamba yang terlalu hina di hadapan Allah SWT atas banyaknya hajat dan keperluannya kepada Allah SWT.
Ketujuh ; Rasa malu kerana cinta, iaitu rasa malu orang yang mencintai di hadapan kekasihnya bahkan ketika terlintas di dalam fikirannya saat berjauhan dengan kekasihnya, dia tetap merasa malu tanpa diketahui apa sebabnya, apalagi jika kekasihnya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.
Kelapan ; Rasa malu kerana ubudiyah, yakni rasa malu yang bercampur dengan cinta dan rasa takut. Seorang hamba yang merasa ubudiyahnya masih kurang, sementara kekuasaan Yang Disembah terlalu agung, sehingga ubudiyahnya yang kurang dan cacat serta tidak sempurna itu membuatnya rasa malu.
Kesembilan ; Rasa malu kerana kemuliaan, yakni rasa malu seorang hamba yang memiliki jiwa agung tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah terkorban dengan mengeluarkan sesuatu namun dia merasakan kekurangan dalam berbuat baik.
Kesepuluh ; Rasa malu terhadap diri sendiri, yakni rasa malu seseorang yang memiliki jiwa besar dan mulia andaikata dia memiliki rasa redha dengan kekurangan diri sendiri dan merasa puas pula melihat kekurangan orang selain dia. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri sehingga seakan dia memiliki dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab, jika seorang hamba merasa malu terhadap dirinya sendiri maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.
Allahumma, kurniakan kami hakikat rasa malu seperti yang Engkau kehendaki. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
~~~ HIKMAH SAKIT SEBAGAI PENGHAPUS DOSA ~~
Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satudugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa balabencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah samaada kecil atau besar.
Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidaksedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadapdirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalamipenyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atauahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.
Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, hartaatau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tandaAllah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuksampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?
Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang)melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah,Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itudengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akantiap-tiap sesuatu".
Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit ataumusibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada AllahSWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.
Menghapus dosa
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yangditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskansetiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapiuntuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripadamelakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosaitu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmahditurunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untukAllah menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.
Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnyamelainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohonyang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawadengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikandarjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pulamudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan ataumusibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kitadaripada segala dosa dan noda," ujarnya.
Sakit yang meninggikan darjat
Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan ataubala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allahmeninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihatsebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yangmengetahui.
Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitanterhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyaikedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepadaRabb.
"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri jugamenjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalahAllah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan puladarjat di sisi-Nya.
"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allahberkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnyadaripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?"ujarnya.
Sakit rohani punca kejahatan
Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemudengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah,doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatandan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.
Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapatdilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyatabukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badanyang lain.
Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batinseperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpuncadaripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinyaterlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.
"Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalubanyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinyamudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badanmelaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yangdiambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Adaorang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligusmenggelapkan hati.
"Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkanseluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampumelihat cahaya Islam yang sebenar," ujarnya.
Taubat menyucikan dosa dan noda
Menurut Zaharuddin, taubat nasuha dan penyelesalan terhadapdosa-dosa yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohaniseseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.
Katanya, Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba-hamba-Nya yangberlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengancara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah yangbermaksud:"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosaadalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
asslamualaikum .....mane pegi sumer org ek ?  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 229# fiqrah
ade.. kat umah lain...
ptg fiqrahh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply fiqrah
ade.. kat umah lain...
ptg fiqrahh
adabintang Post at 11-1-2011 15:50 
selamat petang cik Mod .....
oh ye ke .....hehehe merayau2 nak tambah kredit ler kot
jom minum petang {:1_144:} |
|
|
|
|
|
|
|
Facebook Ditutup - Misteri Atau Taktik? Isn, 10 Jan 2011 21:43 | Hanif Abdul Hamid | Editor: Team Berita
0
Dunia digemparkan mellaui satu laporan melaluiweeklyworldnews.com bahawa CEO Facebook Mark Zuckerberg telah membuatpengumuman melalui satu sidang akhbar di pejabatnya di Palo AltoCalifornia. Kemudian keluar pula berita rentetan daripada pengumumanitu, Pangarah Komunikasi Korporat Facebook Larry Yu bahawa perkara inihanyalah khabar angin sahaja.
Mungkin ramai yang pening bagaimana ini boleh berlaku. Bagaimanapula boleh ada satu sidang akhbar dan disiarkan oleh media internetweeklyworldnews.com tetapi kemudiannya dikatakan itu hanya khabarangin. Mengapa yang memberi penafian adalah Pengarah KomunikasiKorporat sahaja tetapi tidak Mark Zuckerberg sendiri?
Apakah Kemungkinan Disebalik Isu Ini?
Bermacam persoalan dan pendapat dikeluarkan daripada isu sensasi initerutama kesahihan dan logik akal. Mengikut laporan weeklyworldnews.combahawa pengumuman itu dibuat oleh Mark Zuckerberg di pejabatnya.Bagaimana pula satu isu itu dikatakan khabar angin apabila ia diperolehdari sidang akhbar? Adakah mungkin benar Mark sudah tertekan denganbeban kerja di facebook dan membuat keputusan atas dasar peribadi?Adakah penafian Larry Yu pula adalah bersifat komersil untukmempastikan isu ini reda sementara waktu bagi menenangkan MarkZuckerberg yang sedang tertekan?
Atau adakah ini hanya satu lagi episod taktik pemasaran dan kajianpenerimaan facebook oleh pengguna secara terancang? Ia amat logikkerana pengumuman dibuat secara rasmi dan kemudian penafian juga dibuatsecara rasmi. Bukankah itu kelihatan seperti sesuatu yang dirancang?
Apa logik dilakukan taktik sebegini? Apa faedahnya kepada facebook?Sedarkah anda, dalam proses penafian, Larry Yu secara tidak langsungtelah mengumumkan bahawa facebook akan memperoleh pembiayaan daripadaGoldman Sach dan Digitial Skies Technology dengan nilaian 50 biliondolar? Dia kemudian langsung tidak mahu memberi komen kritis tentanglaman yang mengeluarkan berita itu malah menjadikannya seolah satubahan jenaka. Bukankah isu ini hakikatnya boleh mengganggu gugatperjanjian facebook dan 2 buah syarikat besar tersebut? Mengapa iahanya menjadi komen jenaka kecil tentang pengeluar khabar angin ini?Bukankah kebiasaan syarikat besar akan menyaman kenyataan tidak benaryang menggugat operasi perniagaan mereka?
Taktik Pengiklanan dan Penyampaian Moden
Adakah ini satu kaedah facebook untuk mengkaji dan melihatpenerimaan pengguna facebook dunia semasa terhadapnya? Ini juga adalahkemungkinan yang logik kerana facebook mendapat pelbagai kritikan darisegi masalah teknikal. Dari mula ia mencipta nama didalam dunia siber,facebook tidak pernah sunyi daripada kritikan mengenai permasalahanteknikal dan komen pelanggan yang begitu ramai tidak puas hati denganperkhidmatannya.
Hakikatnya, andai perkhidmatannya teruk sekalipun, ia tidak memberiimpak yang begitu besar. Kritikan dan komen terhadap perkhidmatanadalah perkara yang ada setiap hari kepada gergasi internet duniaseperti Google dan Yahoo. Oleh yang demikian, ia bukannya isu besar.Pengguna facebook bukannya semakin mengecil tetapi semakin besar. Malahfacebook sudah menjadi satu kemestian teknikal bagi perniagaan onlinedan offline untuk mempunyai keterlibatan bersama facebook. Dan yanglebih penting, ia adalah percuma. Kritikan atas perkhidmatan percumafacebook tidak memberi kesan yang tinggi kepada operasi komersilnya.
Ini bagi saya adalah satu teknik pengiklanan moden. Facebookbukannya laman web yang menduduki tangga ke 100 tetapi tangga ke 2dunia selepas google. Mereka tidak perlu takut sekiranya isu inimemberi impak apabila pengguna bertepuk tangan mendengar beritapenutupannya kerana berjuta lagi pengguna menangis atas berita ini. Iahanya kaedah mempromosi apa yang sedang berlaku di facebook denganpenuh bergaya.
Facebook boleh memberitahu kepada dunia yang mengkritik, 'apa yanganda boleh lakukan sekiranya anda tidak menyukai kami?' bahawa merekahanya sekadar boleh mengkritik dan facebook akan terus berkembang danterus mendapat pembiayaan berbilion dolar pada masa mendatang. Ia jugasatu kaedah memberitahu dunia bahawa facebook tidak mungkin akan musnahdengan mudah dengan kekuatan yang ada dan kekuatan yang bakal tiba.
Hati tercuit dengan komen Larry Yu apabila dalam penafiannya diamembuat sebuah pertanyaan bahwa dia hairan bagaimana berita ini bolehtersebar begitu cepat. Bukankah Facebook itu pakar pemasaran viraldunia? Kadangkala saya rasakan ia seperti masuk bakul angkat sendiritetapi saya tidak nafikan ia satu taktik yang sungguh bergaya.
Manusia dan Facebook
Kita lupakan apa yang berlaku tentang facebook dan strateginya.Berita ini adalah sememangnya satu kaedah sahaja dan bukannya berita.Oleh itu usahlah memeningkan kepala adakah akaun facebook anda akanditutup atau tidak. Andai kata Mark Zuckerberg mahu berhenti danberehat, facebook tidak akan berhenti dan berehat. Sama ada ia beritabenar atau taktik, kita hanya membuang masa memikirkan hal tersebut.Ada perkara lain yang lebih bermanfat untuk kita fikirkan.
Ingin saya bertanya adakah ketika anda membaca berita sensasi ini,adakah anda mengambil perhatian tentang komen-komen dunia kepadafacebook? Dapatkah anda lihat bahawa facebook bukanlah satu perkarayang sentiasa disukai. Tidak kurang juga ia adalah platform yang tidakdisukai tetapi terpaksa digunakan.
Tidak hairan begitu ramai ulama Islam sebelum ini memberi komententang bahaya facebook kepada masyarakat dan kehidupan manusia itusendiri. Dari komen dunia, kita boleh melihat wujudnya manusia yangmana dunianya adalah didalam bilik dan didepan komputer bersamafacebook. Malah ada yang mengatakan mereka akan mati sekiranya facebookditutup. Sehingga begitu sekali pengaruh facebook ke atas kehidupanmanusia.
Hari ini facebook boleh menjadikan seorang manusia kaya dalamsehari, seorang ahli politik musnah dalam sehari, seorang yang tiadaapa menjadi selebriti dalam sehari, seorang bodoh kelihatan pandaidalam sehari dan pelbagai lagi. Isi facebook bergerak begitu pantassedangkan otak manusia memerlukan masa untuk menilai. Belum sempatsebuah isu dinilai, maka satu isu baru sudah terpampang di facebook.Bagi saya, inilah dia satu-satunya platform yang benar-benar berjayamenghipnotis penggunanya.
Manusia hidup mengikut apa yang facebook corakkan. Mereka tidaksempat mencorakkan kehidupan mereka supaya dapat dilihat dalam keadaanlega di dalam facebook. Mereka harus bersaing secara tidak sedar dalammempastikan mereka diberi perhatian kerana sistem facebook itu sendiriyang pantas memaksa mereka berbuat demikian.
Kerana itu, tidak hairan begitu banyak manusia memberitahu melaluikomen mereka bahawa mereka amat suka sekiranya facebook ditutup keranaseorang ibu dapat melihat anaknya tidak lagi bermasyarakat, tidak lagiberselera untuk makan bersama keluarga, seorang rakan hilang rakan dankepelbagaian lagi cerita. Apa yang anda perlu, bukalah blog dan forumyang bersembang tentang isu ini. Begitu banyak aduan tentang kerosakaninstitusi keluarga dan masyarakat dari bahana facebook ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Jadikan Facebook Itu Kehidupan
Facebook adalah alat. Jadi ia harus digunakan sebagai alat. Apa akan jadi jika alat yang kita gunakan akhrinya memperalatkan kita? Pernahkah kita terfikir mengapa Islam menekankan konsep muamalat dalam kehidupan? Adakah dengan facebook konsep muamalat itu menjadi normal?
Facebook adalah platform yang paling mudah di dunia untuk menghina agama, merosakkan kehidupan orang lain, meruntuhkan insititusi keluarga, menyebarkan penipuan, menyebarkan kerosakan akidah dan sebagainya. Malah semua itu mampu berlaku dengan berkesan. Apa yang lebih menyedihkan, pelaku perkara negatif ini mampu melakukannya dengan cara yang berani dan selamat.
Adakah saya terlalu jumud dengan memberi persepsi bahawa Islam memandang negatif terhadap pembaharuan dan kemajuan? Ini bukanlah persepsi lagi. Ini adalah realiti. Hari ini anda tidak sedar satu kesilapan kecil anda, telahpun dijaja keseluruh dunia dan berkembang daripada satu perkara kecil yang digubah menjadi seperti satu jenayah atau dosa besar. Sedar-sedar anda dibaling sebiji telur oleh orang yang tidak dikenali kerana mereka membenci anda. Mungkin kerana anda tidak tahu orang memanipulasi gambar anda di facebook ketika sedang merotan anak di halaman rumah.
Mungkin ia seperti satu fantasi mengarut dan mungkin ada yang mengatakan ia takkan terjadi. Tapi saya ingin bertanya, adakah ada sesiapa yang boleh pastikan ia takkan terjadi? Malah begitu banyak 'candid' telah menjatuhkan imej seseorang tanpa disedari oleh individu diseluruh dunia. Seorang alim mungkin sedang bersalam dengan adiknya, tetapi gambarnya diambil dan dikomen sebagai 'orang alim tahi kucing' dengan komen menggambarkan dia menyentuh bukan muhrim. Mungkin akan ada penjelasan tetapi adakah penjelasan itu mampu menjelaskan fitnah yang dibuat dengan berkesan?
Alangkah mudahnya fitnah kini tersebar di akhirnya. Amat mudah juga minda manusia dipandu oleh sistem manusia sendiri. Fikirkanlah sendiri betapa pentingnya kita kembali kepada agama. Orang yang memahami agama akan memahami konsep nilai dan mungkin dapat membentengkan diri dengan sistem berbahaya ini. Bagaimanakah mereka yang tidak bersedia. Semoga Allah memberi hidayah dan kesedaran kepada umat Islam khususnya untuk tidak terjerumus dalam kerosakan yang disistemkan oleh facebook. Wallahualam. Tajdid.
Biodata Kolumnis
Haniff Abdul Hamid adalah seorang pengamal OSH, penceramah motivasi bebas, usahawan dan penulis bebas. Beliau menghabiskan banyak masa dalam beberapa tahun yang sudah bekerja di dalam industri tenaga, minyak dan gas di Timur Tengah, Asia Barat dan Asean. Beliau mula menulis tentang politik, kerjaya, perniagaan, agama dan kehidupan secara kritis mengenai banyak isu sejak 2005. Kini menulis buku dan di laman web peribadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu Kha, 25 Nov 2010 22:14 | i luv islam
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa.Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidaktercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnyajiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmudan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa. Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginandan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak sertamempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapatdicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukanmenjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedarbahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagiaatau harus-harus yang lain. Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semuaitu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindaksewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi denganbetul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainyaapa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidakterengkuhnya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatanatau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukanmilik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyarismenghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusahamendapatkannya.
"Tiada suatu bencana punyang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkantelah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya.Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskanyang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yangluput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apayang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yangsombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terdapat 5 Perkara yang merupakan ubat hati yang resah dan jiwa yang gersang. Ia juga berfungsi sebagai penyejuk hati yang dilanda berbagai keluhan dan ketidaktenteraman.
Lima Perkara tersebut adalah:
1. Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta menghayati kandungan dan maknanya.
2. Berpuasa sunat ataupun makan yang setakat cukup, yakni tidak menuruti hawa nafsu
3. Tekun beribadah di malam hari seperti qiamullail atau solat tahajud
4. Berusaha mendekatkan diri dengan sentiasa berzikir bagi mengingati Allah
5. Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh dan alim ulama |
|
|
|
|
|
|
|
Ciri ciri Hati yang Sihat
Pertama:
Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.
Kedua:
Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.
Ketiga:
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT
Keempat:
Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.
Kelima:
Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.
Keenam:
Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.
Ketujuh:
Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.
4 Jenis Racun Hati
Pertama: Berlebihan dalam berbicara
Kedua:Berlebihan dalam memeandang
Ketiga: Berlebihan dalam makan
Keempat: Berlebihan dalam bergaul
Mudah-mudahan Allah memberikan kita kekuatan untuk melaksanakannya Amiin... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
~~~ ORG TAK KASIH ORG TAK SAYANG ~~~
Kecikhati saya, kenapa mak sayang dia lebih... mak asyik menyebelahi diaaje..yg salah semuanya saya... . sikit-sikit dia..yg jahat saya...Antara rungutan seorang anak yg tidak berpuashati dengan sikap pilihkasih emaknya.
Yealah, kau pandai... cikgu suka kau...kawan-kawan pun ramai yg suka kau..aku ni sape..dahlah tak pandai...tak cantik pulak tu... . Antara ngomelan seorang kawan.
Siapalah kita sebenarnya yg berhak memaksa semua org sayang kita, suka kita, ikut kehendak kita ? Siapa kita?
Andai katalah kita berhak meminta disayangi semua org, sehinggakanAngelina Jolie dan Brad Pitt yg tak pernah kita jumpa pun tetiba dtgcari kita... dek kerana sukakan kita... alangkah bertuahnya badan...
Fahamilah, kita ini hanya hamba Allah... .H.A.M.B.A A.L.L.A.H..
Dah di katakan hamba tu ... redhalah... REDHA... kalau ada yg taksayang dan tak suka kita. Ramai lagi yg lain suka dan sayang dengankita... di dunia ada berjuta-juta manusia..buat aje yg terbaik dan buatbaik dengan semua orang..nanti adalah yg akan sayang dan suka dengankita... Jangan sedih, cemburu dan iri hati dengan org yg kita anggaptak sayang kita.
Jodoh pertemuan, ajal dan maut itu, adalah ketentuan Allah.. kita hanya perlu buat yg terbaik untuk mendapatkan yg terbaik.
Seorang emak yg mempunyai 10 org anak... .suka hati dia lah nak sayanganak yg mana lebih... anak no.1 ke, no. 2 ke..no. 5 ke atau no.9 atauno. 10. Kita ni kan anak, dah jadi tanggung jawab kita menghormati,menyayangi dan memenuhi keperluan mereka ikut yg kita termampu...Jalankan saja tanggung jawab kita. Pedulikan emak sayang kita atautidak..
Ini..kononnya merajuk dengan emak... ayahmeninggal dunia pun sanggup tak balik..jenguk jenazah ayah....(benar-benar berlaku..baru-baru ini November 2010..bukan jauh punjarak antara rumah emak dengan anak ini..sehinggakan tak nak dtg jengukpun jenazah ayahnya... yg bertungkus-lumus cari rezeki membesarkananak... akhirnya inilah hadiah terakhir dari seorang anak... jenazahbukan minta diuruskan..jenguk pun tidak)... Bagaimana perasaan andakiranya anak anda berbuat begitu.. alangkah sedih dan remuknya hatiseorang emak yg melahirkan kita ke dunia ini..
Tidak adaemak / ayah yg tidak sayang sayang anak. (Melainkan ayah/emak yg kurangimannya..yg terpengaruh dengan bisikan syaitan... minumankegemaranya..arak... makanan kesukaannya..dadah..hiburan hariannyajudi... maksiat)
Sedangkan seorang emak yg hanya ada dua orang anak pun jadi masalah iri hati, cemburu..
Kesian emak.. nak jaga hati anak-anak. Tetapi anak tidak memikirkan hati dan perasaaan seorg emak.
Kita marah org tak sayang kita... Cuba renungi dalam-dalam dan fikirkan... siapa sebenarnya yg kita marah.
Kita sukakan kekasih kita... siapa yg pertemukan kita?.. bukankah itu kehendak Allah, dengan izin Allah kita dipertemukan..
Kita marahkan emak kita..siapa yg menentukan kita akan keluar ke dunia ini melalui rahim siapa... ... itukan kehendak Allah ta'ala.
Setiap perbuatan dan langkah kita ini, kiranya Allah TIDAK izinkan ..ianya TIDAK akan berlaku.
Emak sayang kita, tak suka kita... lebihkan adik-beradik yg lain... itukan kehendak Allah jua..dengan IZINNYA..
Kita dibenci... .terimalah ia ujian dari Allah... semak diri sendiri..kenapa kita dibenci..
Kita disayangi... terimalah ia ujian dari Allah... perbaiki lagi diri agar lebih ramai lagi yg menyayangi.
Bukankah itu semua ketentuan Yang Maha Kuasa... . Kita sendiri puntidak semua org yg kita suka, tak semua org yg kita sayang... .Tanyalah diri sendiri..kenapa aku tidak bersikap adil... sayang semuaorg..tidak pilih kasih..
Sedangkan Rasulullah s.a.w... kekasih Allah... pelbagai ujian yg Baginda lalui..dibenci sedara sendiri..
Inikan pula kita yg hanya hamba allah yang biasa-biasa saja..bukan rasul, bukan nabi, bulan wali, bukan alim ulama...
Kita... jalankan tanggung jawab kita sebagai seorang anak, sebagaiseorang teman, sebagai seorang pekerja... sebagai HAMBA ALLAH.
Suka hati dia lah nak sayang siapa... .. yg penting kita berusaha dan didik hati kita untuk sayang semua orang...
---Terima Kasih... . Mak, kerana mengandungkan, melahirkan danmembesarkan aku serta mendidik aku... itu dah cukup membuktikan kausayang padaku... . yang lain tidak perlu... .----
-credit tohttp://ilhamkaryasari.blogspot.com/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
~ PILIH CALON ISTERI BERIMAN KPD ALLAH ~
TIADA yang lebih membahagiakan buat seorang suami selain dikurniakan isteri yang solehah.
Allah berfirman yang bermaksud: "Maka wanita yang solehah ialah yangtaat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketikasuaminya tiada, oleh kerana Allah memelihara (mereka)". (Surahan-Nisaa' ayat 34)
Pernikahan menyingkap segala-galanya.Kelebihan dan kekurangan saling diimbangi dan ditampung bersama hinggamewujudkan keserasian dalam perkahwinan mereka buat selama-lamanya.
Isteri adalah orang penting bagi seorang suami hingga apa saja situasiyang berlaku sama ada ketika berada dalam kesusahan, kebuntuan ataukegembiraan isteri tempat bercerita, mengadu dan meluahkansegala-galanya.
Sebelum mengambil keputusan menyuntingpasangan untuk dijadikan teman hidup, seorang lelaki perlu membuatpilihan tepat supaya perkahwinan yang dibina berkekalan.
Malah, keluarga pihak wanita perlu menyegerakan perkahwinan apabilaanak mereka dilamar lelaki yang berakhlak mulia, sudah berkemampuan dandilihat mampu memikul tanggungjawab sebagai isteri.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila kamu didatangisesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mestimembenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuatdemikian, nescaya satu fitnah besar berlaku di bumi serta menjadikeburukan dan kerosakan yang berleluasa".
Diriwayatkandaripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah bersabda yangbermaksud: "Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya,kedudukannya atau keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka,pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung".
Hadisberkenaan adalah panduan kepada seorang lelaki untuk membina rumahtangganya. Maka lelaki perlu cari dan memilih wanita yang mempunyaiasas agama dalam membentuk kebahagiaan dalam rumah tangga.
Terbukti, wanita yang menjadi idaman setiap lelaki adalah yangmempunyai akhlak yang terpuji, berbudi bahasa, lembut pertuturannya,memelihara kehormatannya, bertanggungjawab terhadap urusan rumah tanggaserta menjalinkan hubungan baik dengan semua orang di sekelilingnya.
Terus terang dikatakan setiap lelaki mempunyai penilaian berbezamengenai 'kecantikan' yang dimiliki seorang wanita. Kecantikansebenarnya bermula dari dalaman iaitu mempunyai keimanan sertamelakukan perbuatan baik.
Janganlah sesekali menjadi wanita yang lengkap memiliki kecantikan, tetapi digunakan untuk tujuan maksiat dan kemungkaran.
Islam mengajar umatnya supaya berhati-hati dalam soal mencari pasangan hidup kerana ia menentukan kebahagiaan.
Nabi pernah ditanya mengenai sebaik-baik wanita, Baginda bersabda yangbermaksud: "Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkanapabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya". (Hadisriwayat Imam Ahmad)
Menerusi hadis berkenaan, Rasulullahmemberi keutamaan agar memilih calon isteri yang menjaga kehormatandirinya serta harta suaminya.
Perwatakan lemah-lembut danpenyayang memang tidak dapat dipisahkan daripada wanita. Peranan merekasebagai ibu berjaya mendidik serta melahirkan anak yang cemerlang didunia dan akhirat.
Calon isteri terbaik mungkin dapat dipilihberdasarkan kepada aspek kesuburannya. Ia perlu diteliti supaya kelakisteri mampu melahirkan anak yang ramai.
Rasulullah bersabdayang bermaksud: "Kahwinlah dengan gadis perawan kerana mereka itu lebihmanis bibirnya, lebih subur rahimnya dan lebih reda dengan yangsedikit". (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Tanda atau 'bayangan'kesuburan itu boleh diperhatikan melalui keadaan ibu atauadik-beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya ramai peluanguntuk melahirkan zuriat yang ramai lebih cerah.
Rasulullahturut menganjurkan supaya lelaki memilih wanita yang masih dara (belumberkahwin) kerana jika ada memilih janda umpamanya mungkin cenderunguntuk membandingkan antara suami dan bekas suaminya dulu.
Memilih calon isteri dari kalangan kaum keluarga seperti sepupu pulatidak digalakkan bagi memelihara zuriat, menghindari penyakit ataukecacatan disebabkan keturunan.
Sabda Baginda lagi:"Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan)dan janganlah mengahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelakkelahiran anak yang lemah dan tidak sihat".
Kelahiran zuriatyang soleh dan solehah bakal membentuk generasi yang dapat meninggikansyariat Allah serta memakmurkan dunia ini.
Justeru, peranan wanita amat besar kepada pembangunan ummah dan masyarakat dalam membina tamadun dunia.
Islam menetapkan peraturan yang mana antara lelaki dan perempuan itumesti bersesuaian dari segi kecerdasan, kemahuan dan tingkah lakunyasupaya bertambah kuat pertalian jodoh di antara kedua-duanya.
Allah berfirman yang bermaksud: "Perempuan itu pakaian kamu dan kamu pakaian perempuan". (Surah al-Baqarah ayat 187)
Maka 'pakaian' itu perlu bersesuaian dengan badan orang yang memakainya.
Kemudian tidak halal bagi seseorang lelaki menikahi wanita penzina.Namun larangan berkenaan 'mansuh' apabila wanita yang pada awalnyaseorang penzina, tetapi sudah meninggalkan perbuatan lamanya danbertaubat.
Menurut Abdullah bin Abbas: "Awalnya zina akhirnya nikah, awalnya haram akhirnya halal." (Diriwayatkan Ibnu Abi Syaibah).
Allah berfirman yang bermaksud: "Kecuali orang-orang yang bertaubatsesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah MahaPengampun lagi Maha Penyayang". (Surah an-Nur ayat 5)
Kesimpulannya, dalam membuat pilihan calon isteri bukan satu perkararemeh kerana hakikatnya suami yang bakal menjaga urusan dan hal ehwalrumah tangga.
Lelaki perlu menunjukkan kebijaksanaan merekadengan memilih wanita yang mempunyai ciri-ciri yang baik dan berpegangkepada agama Allah supaya urusan rumah tangga kelak berlangsung denganbaik, terancang serta terurus.
Amalkan bacaan doa seperti:"Ya Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan anak-anak yangmenggirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagiorang-orang yang bertakwa". (Surah al-Furqan ayat 74)
Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya(UM), Rahimi Md Saad, berkata perkahwinan adalah ikatan amanah iaitusetiap pasangan perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing.
"Apabila seseorang lelaki baik mengambil keputusan mengahwini seorangperempuan yang kurang baik, jadi dia bertanggungjawab untuk memperbaikikekurangan isteri yang dikahwininya.
"Perkara ini memangboleh terjadi kerana walaupun kita sering mendengar bahawa 'jodoh ditangan Tuhan' tetapi kita perlu ingat manusia adalah makhluk yangdiberikan kemampuan untuk berusaha mendapat sesuatu.
"Berdasarkan pertimbangan yang berbeza-beza pada setiap individu, tidakmustahil seorang itu mendapat pasangan yang kurang baik, tetapi manusiamasih lagi boleh melakukan perubahan terbaik dalam hidupnya," katanya.
Beliau berkata Rasulullah memberi keutamaan kepada aspek agama dalam pemilihan isteri.
"Tetapi ada tiga kriteria lain yang disebutkan baginda iaitu kecantikan, keturunan serta harta yang tidak boleh diketepikan.
"Baginda berpesan jika kamu memilih atas dasar agama maka ia membawalebih kebaikan. Kerana itu, ulama fiqh membincangkan kriteria pemilihanitu secara lebih meluas dalam skop 'kafaah' atau kufu iaitu bolehdiambil kira, tetapi tidak jadikan sebagai keutamaan.
"Sifatpemalu yang menjadi fitrah bagi wanita Muslimah mestilah dikekalkan,tetapi bukan bermakna mereka langsung tidak boleh bergaul dengan oranglain," katanya.
Rahimi berkata Islam melihat ikatanperkahwinan sebagai sesuatu yang sangat suci dengan memberi perhatiankepada proses praperkahwinan supaya kekal sepanjang hayat.
"Antara ruang yang diberikan kepada lelaki ialah boleh melihat wanitayang bertujuan untuk dijadikan isteri (bukan memandang untuk tujuanberseronok).
"Namun begitu, syariat menetapkan panduan danbatas tertentu yang hanya boleh melihat tapak tangan dan muka. Ia lebihkepada ilmu yang disebutkan Imam Syafie sebagai ilmu firasat," katanya.
Menurutnya jika salah seorang dari pasangan pernah melakukan kesalahanseperti berzina dengan bekas kekasihnya kemudian berkenalan danberkahwin pula dengan individu yang baik peribadinya, seseorang ituperlu bertaubat daripada kesalahan lama dan berusaha untuk mencariseseorang yang dapat membantu memperbaiki dirinya.
"Ia membuka ruang lebih luas bagi mendapatkan pasangan baik dengan syarat taubatnya adalah taubat nasuha," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah ditujukan untuk ucapan kepada para maksiat.
Dengar lah wahai Pembuat Dosa!..
Loceng loceng pertempuran telahpun berbunyi..
Tuhan telah berseru di dalam Al Quran.."Barangsiapa yang menolong agamaKu, maka dia akan mendapat pertolonganKu"
Tuhan telah memanggil kamu dari dalam hati kamu sendiri wahai para pembuat maksiat.
Berjuanglah demi ALLAH walau kelihatan engkaulah penghuni Neraka Jahannam
Berjuanglah di medan pertempuran Kuffar walaupun diri kau Penuh dengan dosa..
Walau kau baru sahaja berzina
Walau kau baru sahaja merompak
Walau kau baru sahaja berjudi...
Andai kau tidak dipilih sebagai tetamu kehormat Syurga...
Sekurang kurangnya kau patut berbangga bahawa engkaulah Pejuang Tuhan satu ketika dulu
sekurang kurangnya kau mampu tersenyum saat kau dilempar ke neraka..
Sekurang kurangnya hati kau gembira ke Neraka kerana perjuangan engkau...
Sekurang kurangnya kau masih berasa bersyukur bahawa
ALLAH masih mempedulikan kau...
Walaupun dengan Murka-Nya...
-Madah untuk Tentera Yang Mengejar Neraka Demi Merasa Nikmat Melihat Syurga Dengan Lebih Dekat- |
|
|
|
|
|
|
|
Bila langit mula mendung
Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)
~~ Sesungguhnya Setiap Rezeki Itu Datang Dari ALLAH S.W.T~~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|