|
Reply 220# nhid_tam
thanx nhid_tam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 215# shimah81
mana tau?hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 214# merahsilver
entah buak alisha ni..ckp ikut sedap mulut je!
mana sesuai, najmi ke azmal zakwan yg jadi hero? ;)
bt poll boleh?hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
ada sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
azmal nampak lebih matang dan hebat |
|
|
|
|
|
|
|
1 vote for azmal zakwan hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 227# ihtisyam
gelak la..takde hal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 228# anakhalal
hahahhaahaha......teruskan update cter ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe..Insya ALLAH... |
|
|
|
|
|
|
|
chapter 24 |
|
|
|
|
|
|
|
bila hati sudah berkenan ...bawa beg plastik nampak kacak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 232# suyfea
pakai t-shirt terbalik pun nmpk lawa... hahaha..God bless! |
|
|
|
|
|
|
|
What hurts the most
Was being so close
And havin' so much to say
And watchin' you walk away
And never knowin'
What could've been
And not seein' that lovin' you
Is what I was tryin' to do
for my dear R.T: God bless the broken road... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 25
Malam 13 Ramadhan yang hening. Najmi meraup wajahnya dengan tapak tangan. Panjang doa yang dia panjatkan kepada Allah usai solat malam itu. Semoga Allah memperkenankan segala permintaannya sebagai seorang hamba Allah yang sangat kerdil kudratnya. Dia masih berteleku di atas sejadah. Terasa agak dingin tapi malas dia untuk bangun merendahkan sedikit suhu penghawa dingin di biliknnya. Dia bersila di atas sejadah dan kepalanya ditundukkan merenung sejadah.
Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... bisiknya beberapa kali. Betapa tenangnya dia rasakan saat itu. Hanya ada dia dan Dia. Segudang rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Allah di atas semua kesempatan yang Dia berikan untuk dia masih berpeluang untuk menikmat berkatnya bulan Ramadhan. Dia sentiasa berdoa agar dipanjangkan umur untuk bertemu kembali dengan Ramadhan. Andai ini Ramadhannya yang terakhir, semoga segala amalannya diterima oleh Allah. Dia diam. Diam untuk terus merasai betapa heningnya malam yang menginjak ke waktu sahur itu. Diam untuk menikmati dalam sunyi segala nikmat yang Allah telah kurniakan.
Najmi berpaling ke arah katil. Dia mengecilkan mata untuk melihat jam yang terletak elok di meja kecil disebelah katil itu. 4.08 pagi, desisnya perlahan. Lambat- lambat dia bangun. Sejadah dicapai dan dilipat dua. Dia letak pula di tempat penyangkut. Dia bergerak pula menghampiri tingkap dan melangut di situ. Senyap sunyi. Semua rumah di kawasan itu masih gelap. Dia senang begitu. Seronok pula bila yang dia dengar dia telinga hanya sayup- sayup bunyi kenderaan di jalan besar sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Di satu sudut lain pada malam 13 Ramadhan itu...
Azmal membetulkan kopiah putih di kepalanya. Sejadah yang masih setia di tangannya dilipat dan diletakkan ke katil. Quran yang juga damai di atas katil dia capai dan dia letak ke atas rehal di meja kerjanya. Sempat juga dia membetulkan susunan buku- bukunya di atas meja. Dia mencapai remote control dan lampu bilik dipadamkan. Lebih enak begini. Sendiri. Saat dia membaca Qalam Allah tadi, hati terasa sebak. Entah mengapa, dia tidak pasti. Ya Allah, janganlah Kau masukkan aku ke dalam golongan yang ingkar.
Ringan sahaja kakinya melangkah keluar ke beranda di biliknya. Dia melabuhkan punggung ke kerusi plastik di situ. Nafas panjang dia hela. Alangkah damainya! bisik hatinya. Syukran Ya Allah! Terima kasih di atas kesempatan yang Engkau berikan kepadaku untuk sekali lagi merebut setiap ganjaran yang Engkau janjikan kepada ku, kepada kami, hambaMu yang lemah pada bulan yang penuh karamah ini. Mohon untuk bertemu lagi dengan bulan penuh berkat ini tahun hadapan Ya Allah, rayu Azmal Zakwan dalam hati. Sesungguhnya dia sedar bahawa tiada hijab untuk Allah mendengar setiap doa hambaNya.
Langit gelap sungguh. Mujur ada bintang yang berkelip- kelip di dada langit. Spontan Azmal tersenyum sendiri. Cantiklah! Dia suka star gazing. Itu selalu mengingatkan dia pada kebesaran Allah. Eh, mana Inche Bulan? Merajuk kah kerana manusia lebih gemar memuji bintang? Inche Bulan, bintang juga sedih tanpa bulan. Muncullah! Azmal senyum lagi. Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! Dia berzikir perlahan. Sungguh, saat itu hatinya terasa begitu dekat pada Pencipta. |
|
|
|
|
|
|
|
Najmi dan Azmal Zakwan berada di dua tempat yang berbeza, di waktu yang sama. Masing- masing bergerak mencapai kunci kereta dan kunci rumah. Ke mana? Orang bujang, biasalah, keluar mencari juadah untuk bersahur. Kebetulan, Abul, rakan serumah Azmal pulang ke kampung. Azim, rakan srumah Najmi pula masih berada di tempat kerja dan hanya pulang selepas Subuh nanti. Najmi masih belum pasti akan destinasinya manakala Azmal pula sudah mula merangka perjalanan di benaknya.
Najmi memperlahankan keretanya untuk mencari parkir. Tak sangka pula ramai juga yang datang untuk bersahur di Restoran Mamak Sempoi itu. Ahaa.. tu dia! Dengan cermat dia meletakkan keretanya di sebelah kereta Honda Civic berwarna perak. Dia berjalan dengan santai ke arah restoran. Fikirnya, kalau penuh sangat, bungkus sajalah. Makan di rumah saja. Emm... Betul, hampir semua meja sudah ada ‘penduduk’ (tak kan penghuni pula kan?).
Eh, macam pernah tengok je mamat yang tu... Azmal berfikir sendiri. Otaknya dikerah untuk berfikir dengan lebih cepat. Dan, okay! Dia ingat!
“Najmi!” panggil Azmal. “Najmi!!” seru Azmal lagi saat Najmi nampaknya sudah pusing keliling mencari gerangan yang memanggil namanya. Dia melambaikan tangan kepada Najmi dan cepat saja Najmi menyedari keberadaannya di situ. Najmi menghampiri sambil tersenyum lebar. Mereka berjabat tangan.
“Tak sangka jumpa kat sini,” kata Najmi. Azmal menjemputnya duduk sekali. Najmi balas dengan ucap terima kasih.
“Biasalah, orang bujang macam aku ni. Dapur jarang berasap,” kata Azmal. Najmi turut mengiyakan kata- kata Azmal itu.
Mereka berbual – bual sambil menjamu selera. Nasi kukus dengan ayam goreng panas benar- benar membuka selera. Mereka saling berkongsi rasa mengenai kerja dan hidup. Mereka juga mengimbau kembali kenangan menyambut Ramadhan di bumi UIA. Segala macam memori mereka kongsikan dari pelbagai juadah di Bazaar Ramadhan hinggalah kepada lamanya solat Terawih di masjid UIA. Sesekali pecah tawa mereka.
“Aku rasa rindu pula nak makan spaghetti kat Babush,” cetus Najmi tiba- tiba. “Tempat dating dengan Icha dulu,” sambung Najmi sambil ketawa kecil. Azmal menelan liur yang terasa berpasir. Dia berdehem perlahan. Icha...
“Ohoo... Tu dia eh... Orang hantaq p sana suruh blajaq, hang p dating!” usik Azmal. Najmi ketawa.
“Pembakar semangat,” jawab Najmi dengan senyum mekar di bibir.
“Bila nak langsung ni?” Azmal bertanya. Ikhlas ni! Desis hatinya.
“Insya Allah bulan 11. Sepatutnya bulan 12 tapi terpaksa cepatkan tarikh. Aku kena pergi kursus sebulan kat Melaka time tu,” balas Najmi.
“Ooo... Kira dah ready la ni?” Azmal bertanya dalam nada mengusik.
Najmi ketawa kecil. “Insya Allah. Kau pulak, bila?” Najmi pula yang bertanya.
Spontan Azmal tersenyum kelat. “Tak ada calon lagi,” kata Azmal.
“Boraklah kau! Tak percaya aku!” Najmi tidak percaya pula. Azmal tersengih.
“Serius!” balas Azmal. Orang yang aku suka dah jadi milik orang, bisik hati kecil Azmal. Eh betul ke aku suka dia?
“Tak apa... Nanti bila dah ada calon, jangan lupa jemput aku dengan Alisha makan nasi minyak,” kata Najmi. Azmal tersengih- sengih.
Sempat mereka bertukar- tukar nombor telefon semasa bergerak keluar dari restoran. Jam sudah menunjukkan pukul 530 pagi. “Facebook? Aku tak join,” kata Najmi saat Azmal bertanya. Terangkat kening Azmal. Ada lagi orang tak join FB? “Aku tak berapa gemar la mende- mende macam tu,” kata Najmi bila melihat Azmal seakan terkedu. Azmal mengangguk- angguk.
“Lah, ni kereta kau ke?” tanya Najmi spontan.
Azmal mengangguk. “Yelah... Kenapa?”
“Tak sangka aku parking sebelah kereta kau,” kata Najmi sambil ketawa kecil. Dia melangkah ke arah Vios hitamnya.
“Kalau dah jodoh,” selamba Azmal berkata. Najmi sekadar ketawa.
Azmal tersenyum sendiri saat memandu pulang ke rumah. Nice guy, desisnya perlahan.
Najmi tersenyum sendiri tika memandu pulang ke rumahnya. Nice guy, hatinya berkata begitu. |
|
|
|
|
|
|
|
kebetulang yang sama ntara najmi & azmal.....apakah tandanye ni ?? |
|
|
|
|
|
|
|
nama pun kebetulang...hehehe.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|