Ketika Zulaikha sampai di stesen bas, Watie yang semenjak tadi menunggu terus melambai-lambaikan tangan memanggilnya. Belum sempat Zulaikha hendak duduk Watie dengan tidak sabar berbicara.
“Awak pergi mana tadi Ika? Puas saya tunggu!” Watie tidak memberikan peluang Zulaikha menjawab sebaliknya dia berkata lagi,
“Ehh..awak nak tau tak… Tadi Edika Yusof tu tunggu bas kat sini jugaklah! Tadi dia lalu kat sini sorang-sorang. Pelik jugak apsal lak dia tunggu bas kat sini? Kenapa tak tunggu bas kat sekolah dia je? Kan selalunya bas akan lalu kat depan sekolah dia?” Watie menggulingkan bola matanya ke atas dan menggigit jari sedang meneka-neka.
“Err? Siapa?! Edika Yusof mana pulak?” jujur Zulaikha tidak memahami apa yang disampaikan oleh Watie yang kelihatan beria-ia tadi.
“Chhkk!” Watie mendecit sambil menepuk peha Zulaikha dan hujung matanya menjeling tajam kepada gadis naïf itu.
“Abang hensem yang kasi awak kain buat kesat darah tadi tulahhhhhh!” Watie mendengus.
“Ohhh…” Zulaikha terhangguk-hangguk mengingati semula kejadian pagi tadi.
“OH! OH! Saya lupa la nak pulangkan balik kain dia tadi!!!”, Zulaikha tercengang-cengang apabila teringatkan tentang kain itu.
Cepat-cepat dia membuka poket sisi beg sandangnya dan membelek-belek. Dikeluarkannya sehelai kain bandana dari dalam poket itu. Terdapat sedikit kesan darah di beberapa bahagian kain tersebut. Zulaikha terus bangkit berdiri memerhatikan sekeliling stesen bas. Dia cuba mencari kelibat remaja lelaki tinggi lampai yang digelar ‘Edika Yusoff’ oleh Watie dan Faezah itu. Namun agak sukar baginya untuk berbuat demikian dengan pandangan mata yang terhad lantaran tempat itu kini agak sibuk dengan pelajar-pelajar sekolah lain yang juga baru pulang dari sekolah-sekolah berdekatan.
“Jap eh Watie!” Zulaikha memberikan isyarat kepada Watie untuk tunggu disitu menjaga beg-beg mereka.
Zulaikha memanjangkan leher sambil matanya liar tercari-cariakan tuan punya bandana tersebut. Dengan tangannya menggenggam kain yangtercemar dengan kesan darah itu, dia berjalan mundar-mandir ke sekelilingstesen bas meninggalkan Watie. Matanya memerhatikan satu persatu remaja-remajalelaki yang memakai uniform sekolah namun tetap tidak ketemu. Tanpa disedarinyayang dia sebenarnya baru sahaja melintasi sisi “Edika Yusoff” yang ketika itu hanyamemakai sut sukan yang lengkap. Kerana itulah dia tidak perasankan lelaki itu.“Edika Yusof” ketika itu sedang rancak berborak dengan seorang pelajarperempuan. Namun dalam kerancakan berborak dia terperasankan kelibat seoranggadis berkulit putih melepak berambut panjang melepasi bahu diikat tocangmelepasinya sebentar tadi. Yang membuatkan “Edika Yusoff” menjenguk semulaadalah kerana terlihatkan kain bandana miliknya berada di tangan gadis yangmundar-mandir tadi itulah. Jikalau tidak kerana itu sekalipun matanya tetapakan secara automatik tergerak untuk melihat gadis menarik tersebut.
Sebuah bas mulai tiba untuk memasuki ruang terminal yangdisediakan bagi mengambil para penumpang. Hampir kesemuanya adalahpelajar-pelajar sekolah. Berpusu-pusu mereka berasak menuju ke arah birai terminalbas itu walaupun bas itu baru sahaja memasuki ruangnya dan belum pun berhentibergerak. Tiada sesiapa pun yang membuat usaha untuk beratur dengan tertib. Pada waktu yang sama, Zulaikha sedang berjalan betul-betuldi birai terminal tersebut. Bas bergerak menghampiri ruangan itu. Para pelajaryang masing-masing berebut hendak menaiki dahulu bas demi mendapatkan tempatduduk yang terhad, kelihatan sudah tidak memperdulikan lagi perkara lain.
Akibat diasak, Zulaikha yang berjalan di birai ruangmenunggu itu mulai hilang keseimbangan badannya. Dirinya mulai tergelincir keluar dari birai terminal yang tidak dilengkapi penghadang keselamatan. Kepalabas semakin bergerak hampir dengannya. Pemandu bas ketika itu langsung tidakmenyedari akan potensi bahaya di hadapan haluannya kerana sibuk melihat ke sisikanan bas melalui cermin sisi untuk memerhatikan takut-takut bas itu bergesel puladengan binaan terminal tersebut. Tatkala itu, tubuh Zulaikha mulai hendak jatuhbetul-betul di hadapan haluan bas yang semakin menghampiri. Untuk mengelakkandirinya dari terjatuh dan dilanggar bas, Zulaikha dengan cemas menggapai-gapaikantangannya cuba berpaut kepada sesuatu atau sesiapa. Namun kegilaan para pelajaryang langsung tidak menyedari akan situasi hidup dan mati Zulaikha ketika itutidak membantu. Zulaikha terjerit dan memejamkan matanya rapat-rapat menantisaat-saat tubuhnya dilanggar bas.
Di saat Zulaikha sudah menyerahkan dirinya kepada takdir, tiba-tibaentah dari mana muncul sepasang tangan yang tegap menangkap pergelangan tangannyayang masih terkapai-kapai dan menarik pantas gadis itu kembali ke atas biraiterminal. Kelopak mata Zulaikha masih terpejam rapat ketika merasakan dirinyaseakan sedang dipeluk dengan kemas. Mukanya terasa melekap di dada seseorang.Bau pewangi kolon memasuki ruangan nafasnya. Berbau maskulin. Tentu ianyalelaki. Walaupun terkepung dek suasana yang hingar-bingar sebegitu,segala tumpuan telinganya hanya mendengar bunyi degupan jantung yang gagah didalam dada lelaki tersebut. Merasakan dirinya sudah selamat, Zulaikha dengan perlahanmembukakan mata sambil menjarakkan mukanya ke belakang. Dia terpinga-pinga. Perkarapertama yang dilihat oleh anak matanya ialah sulaman corak jenama sukan di bahagiandada baju lelaki itu. Jelas, tubuh lelaki itu agak tinggi. Pandangan matanyakini memanjat ke atas mencari wajah hero tersebut.
“EdikaYusoff!” mulut Zulaikha sedikit ternganga mengeluarkan suara perlahan.Matanya membulat tercengang tidah berkerdip.
Ini adalah kali kedua di dalam satu hari Zulaikhabertentangan mata dengan lelaki itu.
“Haa?Edika?!” lelaki itu bertanya kembali tidak memahami.
Menyedari keadaan mereka itu agak janggal, lelaki itu mulaimelepaskan pelukan kemasnya tadi. Zulaikha yang masih berdiri kaku itu tidak segera menjawablantaran masih tergamam dan trauma dengan peristiwa cemas yang boleh mengancamnyawanya tadi. Pasangan anak matanya tidak berganjak dari merenung mata remajakacak itu. Beberapa pelajar yang kebetulan melihat kejadian tadi itu juga kiniturut memerhatikan mereka berdua. Mereka hanya bercakap-cakap sesama mereka.
“Errr….awakokay? Awak yang berdarah hidung kat padang tadi kan?” lelaki itu bertanyasambil melihat bandana miliknya yang masih berada didalam genggaman tanganZulaikha.
Zulaikha hanya mengangguk perlahan. Diangkat bandanatersebut dan dihulurkan kepada lelaki itu. Kain itu diambil dari tanganZulaikha.
“Terimakasih.” Ujar Zulaikha seraya cuba melangkah perlahan hendak meninggalkantempat itu.
Dengan tiba-tiba Zulaikha hampir rebah namun ‘Edika Yusoff’dengan segera memaut kedua-dua bahunya untuk menahan dari jatuh terduduk.Lelaki itu memapah Zulaikha ke tempat duduk yang berdekatan dan memintanyaduduk disitu. Lutut Zulaikha masih menggeletar akibat trauma dan itu membataskansedikit pergerakannya.
Lelaki itu dudukbertinggung di hadapan Zulaikha. Melihatkan Zulaikha masih tergamam dia leka memerhatikanrambut gadis itu yang jatuh ke dahi dan beralun-alun ditiup lembut dek anginyang sepoi-sepoi bahasa. Wajah comel persis gadis cina itu tidak menunjukkansebarang reaksi. Tidak menunggu dengan lebih lama, lelaki itu bersuara.
“Nama sayaZaini. Bukan Edika. Panggil saya Zack.” Zack tersenyum menampakkan barisangiginya.
“Ika.”Pendek sahaja balas Zulaikha.
“ZulaikhaAbdullah?” Tanya Zack sambil memerhatikan tag nama Zulaikha di baju uniformnya.
“Eh? Manatau?!” Bulat mata Zulaikha kehairanan bagaikan melihat aksi ahli silap matayang menakjubkan.
Zack hanya tersengih dengan kenaifan Zulaikha dan memandangke dada gadis itu yang terletak dengan jelas tag nama “ZULAIKHA ABDULLAH”. Zulaikha turut memeriksa tag nama di dadanya dan dia sedikit tersenyum malu kerana perkara semudah itu pun baginya menjadi terlalu hairan.
“Bilamasuk Islam?” Zack tersengih-sengih.
Zulaikha memandang Zack dengan muka yang pelik mendengarkansoalan itu.
“Sorry…gurauje.” Zack menyedari jenakanya tadi tidak mendapat sebarang respon. Mungkinkerana tidak sesuai. Dia hanya berniat cuba menenangkan Zulaikha yang kelihatanmasih dalam keadaan terkejut.
Masih tersenyum, Zack bangkit berdiri sambil memerhatikanwajah Zulaikha. Zulaikha turut mengangkat wajahnya namun hanya membiarkandirinya dipandang.
“Nampaknyahari ni memang nasib malang awak kan, Ika?” Zack cuba memecah tembok halimunandi hadapan mereka untuk memulakan perbualan. Senyumannya masih terukir dibibir.
“Sorry,kain tu kotor kena darah saya.” Lain yang ditanya lain pula jawapan balasdari Zulaikha. Wajahnya memberikan ekspresi kesal.
“Hmm…apakata..awakbawak balik dulu kain ni…basuh wangi-wangi..then hari lain kita jumpa kat siniawak pulangkan balik kat saya. Hmm? Nah.” Zack menghulurkan semulabandana itu.
Belum sempat Zulaikha menyambutnya, tiba-tiba seorangpelajar perempuan tergesa-gesa datang menghampiri.
“Zack?Yang tadi tiba-tiba je berlari laju ke sini tu apesal?” gadis itu bertanyasambil memerhatikan tangan kanan Zack sedang menghulurkan bandana kepadaZulaikha.
Zack hanya memandang kepada gadis itu sambil sedikit ketawa.
“Hari niZack jadi Superman! Saving the day!” kata Zack sambil mengalihkanpandangannya kepada Zulaikha tanpa menghentikan tawanya.
Dengan cepat-cepat Zulaikha mengambil kain bandana itusetelah menyedari, memang benarlah dia seharusnya memulangkan barangan orangitu dalam keadaan bersih sepertimana keadaan asalnya.
Gadis yang baru tiba itu melihat kepada Zulaikha yang jugaturut memandangnya. Dia melemparkan senyuman kepada Zulaikha yang tidakmemberikan sebarang reaksi. Namun di sudut fikiran Zulaikha gadis itu memangcantik. Penampilannya yang berambut berwarna sedikit perang agak gah dengan jamtangan dan beg sandang berjenama. Kelihatannya seperti anak orang kaya.Zulaikha tidak mengenali gadis cantik itu namun diperhatikan lencana di uniformsekolah gadis itu serupa dengan yang dipakainya. Tag namanya tertulis “Suria Ahmad”. Ya, teknik ajaib untuk mengetahui nama orang yang baru dikenali itudipelajarinya dari Zack tadi.
“Okaylah!Take care lah ya? Hari ni Ika balik and duduk je kat umah diam-diam. Jangankeluar…karang nasib malang apa lagi datang kat awak. Bye!” habis berpesanseraya dengan itu juga tangan Zack yang berwajah ceria itu ditarik oleh gadis bernamaSuria tadi meninggalkan Zulaikha.
Mereka berselisih pula dengan Watie yang berjalanmenghampiri Zulaikha. Watie berkali-kali berpaling semula ke belakang melihatkembali akan pasangan remaja yang ibarat sama cantik sama padan itu. Watie kiniberdiri di sebelah Zulaikha yang masih duduk. Gadis itu langsung tidak tahu akan hal Zulaikha yangnyaris-nyaris dilanggar bas tadi. Sambil masih memerhatikan Zack dan pelajar perempuantersebut Watie memuncungkan mulutnya.
“Ohhhhh….rupa-rupanya dengan akak tu lah abang Edika tu ber-couple yerrrr.” Watie telah melengkapkanlagi pengetahuan amnya.
“Zack...”bernada perlahan Zulaikha menyebut nama itu.
“Apadia?”Watie menyambung lagi, “Nama ‘Edika’ tu… Zack?”
Zulaikha hanya mengangguk perlahan sambil melihat bandana milik lelaki itu di tangannya.
Last edited by kambeng_masam on 5-1-2013 02:30 AM
|