CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikieda

Kasih belum mati - Siti Nordiana

  [Copy link]
Post time 19-11-2015 08:49 AM | Show all posts
budakmanentah replied at 19-11-2015 08:40 AM
lagu memori berkasih tu mcm kena je dgn life dia

agaknya masa gv itu ari, dia bayangkan lan krist ...

akak baru prasan benang ni dh btahun..huhuhu..

tp betullah...feeling sgt mase dia nyanyi lagu tu kan...akak pun terpana sekejap tgk dia nyanyi..papepun gegar vaganza kali ni best2 pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 09:00 AM | Show all posts
beldandy replied at 18-11-2015 05:07 PM
tapi org yg bertuah tu la yg buang dia kan...
buang tuah kekdahnya

allo kaka..teringat kt kaka dh lama x berkuntum kt bod resepi..hihi..yela kn ka,ade hikmah la dia dibuang,dia pun dh jd a better person..kalau x,mungkin masih menyeksi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:10 AM | Show all posts
I bace sambil dgr lagu istrumental tercipta untukku... sayu teruss...


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:13 AM | Show all posts
then i realize cerita ni tahun 2011 rupanya...adoii  
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:28 AM | Show all posts
hahaha thread lamaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:51 AM | Show all posts
setokinpurple replied at 19-11-2015 12:12 AM
sedihnyaa..merembes air mata malam2 ni. "dia dah tak sayangkan saya" teringat exbf pernah cakap mcm  ...

teringat sebulan sebelum nikah, bekas tunang aku leh keluar ayat camni... "hati saya dah kosong..." gara2 dia kenal pompuan lain kat fb

sudahnya sampai skang aku tak kawen, dia dah anak dua...tp bkn ngan pompuan tu... pompuan lain lepas lepas lepas tu...

huhuhuhuhuh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2015 11:00 AM | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 19-11-2015 09:00 AM
allo kaka..teringat kt kaka dh lama x berkuntum kt bod resepi..hihi..yela kn ka,ade hikmah la dia  ...

hihihi..ai rajin jenguk2 kat sana tp bod tu mcm x meriah sgt la
bod gossip je yg meriah sakan

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 05:24 PM | Show all posts
narami_chan replied at 19-11-2015 09:51 AM
teringat sebulan sebelum nikah, bekas tunang aku leh keluar ayat camni... "hati saya dah kosong... ...

aduhai..knp u x kawen2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 02:04 PM | Show all posts

hahaha...bertunang dgn 1st love kot....sakitnya bila buta2 kena tinggal... Tuhan je yg tau.
lgpun mak dh 3 series nyah...ada ke org nak?

hahahahaha! btw.... kang mod marah lak OT!  Go nana go! Looking forward tgk nana dlm GV!

Al-Fatihah utk Faizal dan Achik...

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 04:04 PM | Show all posts
narami_chan replied at 20-11-2015 02:04 PM
hahaha...bertunang dgn 1st love kot....sakitnya bila buta2 kena tinggal... Tuhan je yg tau.
lgpu ...

sis, senior iols zaman uni dulu kawen at the age almost 40..kene tinggal dgn first love jgk since zaman belajar..x move dia since then, then last year she met someone yg mmg betul2 syg kt dia..dia ckp dh penat syg gila2 kt org, end up kene dump..dh ade org nk dan jaga dia dgn baik kn,why not..dulu mmg cinta mati la tu siap declare xnk kawen..Allah knows best kn..iols doakan chuols bertemu jodoh jgk akhirnya..jgn sedih2 sis
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 10:23 PM | Show all posts
kuat semangat nana demi anak
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 02:34 AM | Show all posts
tumpang tepek kat sini ya

Ketika zaman kegemilangannya pada tahun 90-an, Siti Nordiana Alias, 31, merupakan antara penyanyi remaja yang paling mendapat perhatian. Pada waktu itu, usianya juga sekitar awal 20-an. Selain tampil dengan imej manis, penyanyi yang juga mesra disapa Nana begitu sinonim dengan lagu duet bersama vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Abdillah Murad atau lebih dikenali sebagai Achik.

Namun, rata-rata peminat menghadkan bakat nyanyian wanita kelahiran Felda Sendayan, Negeri Sembilan hanya sekadar boleh membawa lagu-lagu sedih dan berentak balada.

Nana akur. Dia tidak pernah menyalahkan peminat kerana menyedari, zaman sewaktu namanya melonjak naik, lagu-lagu ‘tangkap leleh’ adalah yang paling digemari oleh masyarakat.

Cuma apabila peredaran masa berlaku seiring dengan kemunculan genre-genre muzik baharu yang bagaikan cendawan selepas hujan, Nana turut tenggelam sebentar dalam perjuangan kariernya.

“Banyak yang telah berlaku sejak zaman Achik & Nana dahulu. Perkahwinan saya, kelahiran anak dan pemergian Achik bersama bekas suami, Faizal Yusup sedikit sebanyak menjadikan faktor fokus hidup saya terganggu sebentar.

“Namun saya masih sayangkan industri seni. Atas dasar itu, saya cekalkan diri untuk sahut cabaran apabila terpilih untuk menyertai program realiti Gegar Vaganza 2015,” tutur Nana ketika ditemui selepas konsert minggu kelima program tersebut di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Gegar Vaganza musim kedua ini disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) setiap Ahad pada pukul 9 malam bermula 18 Oktober lalu.

Keluar dari kepompong

Ternyata, niat Nana untuk menjadikan Gegar Vaganza 2015 sebagai platform untuk kembali dikenali bukan satu keputusan yang salah kerana program itu mengubah pandangan skeptikal peminat pada kebolehan dirinya.

Setelah hampir enam tahun kerjayanya mendatar, Nana berjaya memecahkan kepompong Achik & Nana apabila dia mempersembahkan genre lagu yang langsung tidak menggambarkan profil seninya sebelum ini.

Lebih menguja kan, dia menyambut cabaran yang datang setiap minggu dengan kemas, malah kemudian mengagumkan juri serta pemerhati seni.

Ironinya, Nana sendiri terkejut dengan kemampuan dirinya membuat persembahan yang keluar dari zon selesa. Jauh sekali untuk mendapat reaksi positif daripada peminat yang menonton.

“Bermula minggu kedua, selepas mendapat tugasan lagu Madah Berhelah nyanyian Ziana Zain, saya sudah mula gelisah. Bukan kerana takut tetapi risau, juri dan peminat tidak boleh terima cara nyanyian yang dipersembahkan.

“Walaupun lagu itu sering dinyanyikan untuk persembahan di majlis-majlis biasa, debaran untuk pentas pertandingan memang jauh berbeza,” luahnya yang sering mendapat pujian dan komen memberangsangkan sepanjang pertandingan.

Menurut Nana, dia memang sengaja meletakkan lagu-lagu yang lari jauh daripada kebiasaan seperti Kasihnya Laila milik Jinbara dan Nirmala oleh Datuk Siti Nurhaliza kerana mahu memberi peminat mendengar suaranya dari sudut berbeza.

Cuma dia masih juga menyelitkan sebuah lagu popularnya bersama Achik iaitu Memori Berkasih kerana mendapat terlalu banyak permintaan daripada peminat.

Anak pengkritik tetap

Walaupun pada saat menyanyikan lagu tersebut sewaktu minggu keempat bersama Lan Kristal, ingatannya melayang jauh mengenang arwah Achik tetapi Nana mencuba sedaya upaya agar tidak menitiskan air mata.

“Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi rakan baik saya sejak zaman remaja. Saya dengan Achik sama-sama mencipta nama menerusi jenama Achik & Nana, tentunya apabila menyanyikan kembali lagu kami, perasaan sebak itu ada.

“Tetapi saya puas hati dapat menyanyikan lagu tersebut kerana peminat berterima kasih apabila saya mengubat kerinduan mereka kepada arwah Achik,” jelasnya yang turut memberitahu disebabkan persembahannya itu, video sewaktu dia membuat persembahan dengan Achik diviralkan di laman sosial.

Selain bersedia untuk mendapat kritikan daripada juri dan peminat, Nana terlebih dahulu akan mendapat komen daripada anak tunggalnya, Rayyan Nakhaie, 7, yang akan mendengar setiap lagunya sebelum dipersembahkan.

Kata Nana, Rayyan akan memastikan setiap nyanyiannya di televisyen akan direkod agar dia dapat menontonnya berulang kali selepas itu.

Walaupun anak lelakinya itu tidak menunjukkan sebarang minat terhadap muzik tetapi untuk nyanyian ibunya, Rayyan memberikan pengecualian.

“Ketika perlu menyanyikan lagu Memori Berkasih, sebenarnya saya ingin mengubah sedikit cara nyanyian kerana tidak mahu terlalu sama sewaktu berduet dengan Achik.

“Tetapi Rayyan tidak benarkan, dia menyuruh saya menyanyi seperti biasa kerana menurutnya, dia melihat saya lebih menjiwai lirik apabila tidak membuat sebarang perubahan pada lagu tersebut,” cerita Nana sambil tertawa.

Bercakap tentang anak, Nana turut menyatakan dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berumah tangga dalam masa terdekat kerana mahu fokus pada karier dan Rayyan.

Tambahnya, bukan menolak jodoh tetapi jika boleh, dia mahu Rayyan sekurang-kurangnya mencecah umur sembilan tahun barulah soal perkahwinan difikirkan.

Dengan Gegar Vaganza 2015 berbaki tiga minggu sebelum ke peringkat akhir, Nana berjanji akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik.

“Setiap peserta mahu menang tetapi adat pertandingan, pasti ada yang tewas. Memang kalau diizinkan Allah, saya ingin jadi juara tetapi buat masa sekarang, tidak mahu terlalu memikirkan soal menang kalah kerana ia hanya akan menganggu fokus saya.

“Saya bersyukur dengan apa sahaja keputusan memandangkan program ini sudah banyak membuka pintu rezeki buat saya kerana menerusinya, orang kembali ingat siapa Siti Nordiana dan tahu sejauh mana bakat saya,” tuturnya sambil tersenyum mesra sebelum menutup perbualan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 08:29 AM | Show all posts
elamor replied at 21-11-2015 02:34 AM
tumpang tepek kat sini ya

pandainya anak dia siap xbg tukar2
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
narami_chan replied at 20-11-2015 02:04 PM
hahaha...bertunang dgn 1st love kot....sakitnya bila buta2 kena tinggal... Tuhan je yg tau.
lgpu ...

i ada pengalaman ditinggalkan ex buta2 kerana dia ada org lain
ditinggalkan sorg lg ex kerana dia rs
dia x mmpu nk sara i
meninggalkan ex lg satu kerana dia curang

dan beberapa ex lg
i nk ckp
meninggalkan org, ditinggalkan org
smua skt

tp xpa u.. yakin ya smua ada hikmah
bf yg ke7 i adalah kimie
n wth him i jmpa kebahagiaan

i phm sgt perasaan x blh lupa ex
but once u jmpa some1 special
u akn lupa your ex.

i doa yg terbaik utk u ya...

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kira memang nana ni perempuan baik sgt sbb dia tak memburukkan langsung ex husbandnya. Iols ingat dulu lpas menjanda dia start seksi skejap dan lepas tu dah bertudung. Orang baik Allah memang selalu uji... Skarang pon zaman dia naik balik Tuhan nak uji jugak tu... Kalu tak waspada diri boleh jgak jadi lalai... Iols doakan yg baik2 aja buat nana
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 18-11-2015 07:34 AM
PETALING JAYA: Penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 27, yang sebelum ini begitu kecewa dengan keruntuha ...

Sangat sedih hingga tidakm mampu lagi mengalirkan air mata... Iols paham prasaan ni..iols tahu... Sangat berat menanggung beban...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2015 11:05 AM | Show all posts
lazim replied at 21-11-2015 08:29 AM
pandainya anak dia siap xbg tukar2

kan   
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 11:09 AM | Show all posts

lagu mmg btl3 pilih sendiri rupanya. kadang naik konfius drg pilih ke astro bagi.. kalau merujuk tokram "kamu mcm conan, bg apa lagu pon kamu lawan"

kang pulak cite pilih lagu sndri. tp kalau pilih lagu sendri kira nana pndai pilih, variasi pilihan dia. xla mcm NW sokmo lagu rtm
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 21-11-2015 11:09 AM
lagu mmg btl3 pilih sendiri rupanya. kadang naik konfius drg pilih ke astro bagi.. kalau merujuk t ...

Iols tazzabarrrr nk tgk kak NW tersingkir noksss. Bkn x bgus tp gitu je lagunya,x mcabar langsung. Tme heshe nyanyi iols sempat msuk dapur bancuh milo segalaaaa,bosan glerrr! Tok kak birah plk npk bias komen yg sweet2 je utk heshe,tau la kwn2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 11:23 AM | Show all posts
lazim replied at 21-11-2015 11:09 AM
lagu mmg btl3 pilih sendiri rupanya. kadang naik konfius drg pilih ke astro bagi.. kalau merujuk t ...


kalo tgk masa nak bagi lagu tu, kdg2 nampak org tu pandang org nih sambil senyum2 sbb dah tau org nih dah dpt lagu dia

tapi dgrnya astro pun ada jgk tukar lagu

and yes... kira ok juga lagu2 yg dipilih nana. iols ingat lagu jinbara tu astro kasik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.322551 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list