|
M3: Citra Bahasa, Penyerlah Nusantara [Next Task: 17 Dec]
[Copy link]
|
|
Reply 214# rukiaichigo
jawapan telah diterima.thanks. |
|
|
|
|
|
|
|
dah masuk minggu ke3 da pertandingan nieh...
lama x masuk sini... ada masa nanti lehla baca karya2 ...
shana85 Post at 23-8-2011 08:03
shana, nanti lepas baca,hantarkan jawapan shana ya melalui pm. |
|
|
|
|
|
|
|
yeke kak tahun 1998..motip iols bacer masa tahun 2001....tahun tue iols spm :matilaa mengak ...
ctsueraya Post at 22-8-2011 22:36
tahun 2001,tgh nak cari keje sementara sambil belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
mencabar ek?? aku rs mcm senang jer sbb boleh terus jumpa kalo gugel!!!
rukiaichigo Post at 23-8-2011 13:01
haruslah gunakan gugel. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by eddysheddy at 23-8-2011 14:03
NAMA PESERTA : Eddysheddy
KUMPULAN : Team B
AHLI PANEL : RosesArered
FASA : 1
Bila nak pergi?” Aamir yang sedari tadi tunduk menjamah sarapan pagi mendongak memandang abahnya yang masih tidak berganjak matanya menghadap akhbar utusan tempatan. Suasana agak suram pagi itu, sama seperti malam semalam juga ketika Aamir menyuarakan hasrat untuk menyertai kem sukarelawan yang akan membuat lawatan ke perkampungan orang asli di kawasan pedalaman negeri Pahang, Sabah dan Sarawak.
“InsyaAllah kalau tak ada halangan minggu depan abah.” jawab Aamir perlahan kemudian matanya menangkap sebening mata yang sayu di hadapannya. Ibu! Walaupun tidak banyak bercakap mahupun membantah seperti abahnya tetapi dia tahu jauh di sudut hati ibu agak keberatan untuk merelakannya menyertai pasukan sukarelawan itu.
“Aamir nak naik atas dulu, tengahari ini ada perjumpaan dan taklimat mengenai program sukarelawan tu nanti.” Aamir tidak sanggup lagi untuk bertentang mata dengan kedua orang tuanya. Dia tahu harapan mereka amat menggunung untuk melihat Aamir berada di sisi mereka setelah 4 tahun dia melanjtkan pelajaran di Kursk State Medical University, Rusia. Akan tetapi tidak sampai sebulan sejurus dia tamat pengajian dan kembali ke pangkuan keluarganya, Aamir memberitahu bahawa dia akan menyertai Program e-Kasih yang dianjurkan oleh salah sebuah pertubuhan badan bukan Kerajaan (NGO) bagi mengenalpasti masyarakat orang asli yang keciciran pelajaran , tidak mempunyai pengenalan diri di samping memberi rawatan perubatan percuma kepada golongan tersebut selama setahun.
“Mir…” langkah Aamir terpaku lantas dia menoleh….
Sambungan KAMI
“Mir…” langkah Aamir terpaku lantas dia menoleh…. dia cukup kenal suara lembut itu. Suara yang sering dikenangnya dalam susah dan senang. Setelah lama berdiam, akhirnya ibunya, Mak Limah bersuara.
"Tolong jangan pergi Mir. Mak harap sangat. Empat tahun Aamir tiada di sisi kami. Empat tahun rumah ini sunyi sepi. Aamir anak tunggal mak dan abah, kami tidak ada sesiapa,” ujar Mak Limah merayu sayu.
Aamir memandang ibunya. Hatinya yang telah membulat nekad berubah serba salah. Namun, dia melihat tidak ada jalan lain.
“Mak, Aamir… suaranya terhenti.
“Aamir kan sudah habis belajar, carilah kerja dulu di sini. Apa lagi perlu tunggu. Orang lain tamat belajar mahu cepat-cepat bekerja, tapi Aamir lain pula. Sudah empat tahun Aamir tinggalkan kami, kini Aamir mahu pergi setahun lagi" ujar ibu.
“Mak, tak boleh mak. Aamir sudah fikir masak-masak. Aamir mahu berbakti kepada masyarakat. Peluang bukan datang selalu. Aamir mahu membantu mereka yang memerlukan…
Belum sempat dia menghabiskan kata ibunya menempelak.
“Habis? Mak dan abah, tidak memerlukan Aamir ke? Amir tak sayang Mak, tak sayang Ayah?
Aamir tersentak apabila ibu membalas kata-katanya pantas. Jarang sekali dia melihat ibunya meninggikan suara.
“Bukan begitu mak…
Aamir melihat ibunya, ibunya membuang pandangan ke sisi. Aamir melihat bahu ibunya tersengguk-sengguk. Ibu menangis! Aamir seperti mahu memegang bahu ibunya, dia seakan mahu meredakan tangisnya, namun hasratnya dimatikan. Dia membawa kakinya melangkah longlai ke dalam biliknya.
Dia membiarkan wanita berusia 41 tahun itu memujuk rajuk sendiri.
---
Aamir terbongkang di atas katilnya di dalam bilik. Biliknya sederhana besar. Maklumlah keluarganya hanyalah keluarga berpendapatan sederhana. Bapanya, Pak Samad seorang guru dan ibunya suri rumah biasa. Di rumah teres tiga bilik di satu taman perumahan di Sungai Buloh itulah dia dibesarkan.
Akhbar utusan tempatan yang telah dibacanya sudah tercerai barai di lantai. Sudah tiga minggu dia meninggalkan negara pencetus ideologi komunis itu namun hatinya tidak tenteram.
Fikirannya kusut. Matanya hanya memandang kosong ke arah kipas yang berpusing ligat. Dia tahu dia telah melukai hati ibu dan bapanya. Matanya sembap kerana baru menangis.
“Mak, maafkan Aamir. Kalaulah mak tahu kebenarannya, ia lebih memeritkan. Aamir tak bermaksud melukai hati mak dan abah,” getus Aamir dalam hatinya.
Dia kemudian mengiringkan badannya ke lambung kiri. Terlihat di sebelahnya, komputer ribanya yang masih bernyala sejak malam tadi. Baru dia tersedar bahawa dia tertidur malam tadi tanpa sempat dia memadamnya.
Dia melayari internet. Jarinya pantas memasukkan keyword mengikut naluri hatinya.
“Belum ada berita,” dia menghela nafas panjang.
BELUM HABIS |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by eddysheddy at 23-8-2011 14:08
kerana kesibukan, saya akan menghantar karya dengan menyambung sedikit dengan sedikit. I think its gonna be fun |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 227# eddysheddy
eddy cpt pilih ahli panel ke-2 plak...esok nak tutup ...
ctsueraya ckp die wat pantun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by eddysheddy at 23-8-2011 22:11
Episod 2
Mak Limah menumbuk bawang tengah hari itu. Dia menyeka air mata yang membasahi kelopak matanya. Dia tidak pasti sama ada itu air mata kerana tangisnya mengenangkan anaknya yang seorang itu atau pedih dek bawang.
Mak Limah yang memakai baju kurung kedah biru tua dengan serkup kepala warna jingga berpura-pura tidak menangis apabila melihat kelibat suaminya, Pak Zainal masuk ke dapur. Lelaki itu kelihatan tenang, namun Mak Limah tahu gejolak rasa lelaki itu. Pak Zainal memang tidak begitu mesra dengan Aamir tapi Mak Limah tahu jauh di sudut hati lelaki itu tersimpan rasa sayang yang agung buat anak mereka itu.
Hakikat bahawa Pak Zainal dibesarkan oleh datuk Aamir yang merupakan seorang askar menyebabkan Pak Zainal agak tegas orangnya. Sesuailah dengan jawatan yang disandang Pak Zainal pada masa ini sebagai guru disiplin sekolah.
“Nak saya beritahu dia ke?” tanya Pak Zainal tiba-tiba.
“Entahlah bang…. Eh, Janganlah. Saya tengok dia runsing semacam sahaja. Saya rasa dia ada masalah. Saya tak nak tambah masalah dia.
Sepanjang dua tiga minggu dia balik ni, dia banyak terperap di rumah. Tak banyak bercakap dan berjumpa kita. Saya sedih bang, dah lah empat tahun, kita tidak jumpa dia. Bila dia pulang, begini pula gayanya.
“Sudahlah awak jangan fikir bukan-bukan. Anak kita tu memang pendiam pun orangnya selama ni pun kan?
“Dengan awak sahaja dia diam. Dengan saya dia manja. Saya yang melahirkan dia, saya boleh merasakannya.
Pak Zainal menghampiri Mak Limah. Pak Zainal mengambil penumbuk lesung dari tangan Mak Limah.
“Dahlah, biar saya tolong, awak pergi berehatlah. Tengah hari ni nanti awak nak jumpa Maisarah kan?” kata Pak Zainal.
Mak Limah terasa ingin menangis melihat kebaikan suaminya itu. Dalam ketegasannya, hatinya begitu lembut. Lelaki itu cukup memahaminya. Walaupun dahulu, dia pernah enggan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya itu, namun kini dia sedar bahawa lelaki itulah sebaik-baik belahan jiwanya.
“Saya kagum dengan awak. Awak ni terlalu banyak fikirkan anak sahaja. Saya risaukan awak tu,” kata Pak Zainal.
Mak Limah menjauhkan diri dari lesung. Dia mengundur duduk bersandar di dinding dapur. Matanya memerhatikan suaminya. Dia cuba mengukir senyum lemah.
Pak Zainal turut mengalirkan air mata. Tidak tahu kerana bawang atau kerana apa
----
Aamir! Aamir! Mir!
Lamunan Aamir terhenti. Dia terpinga-pinga. Semua mata terpusat padanya. Dia malu tetapi berubah selamba. Dia pura-pura membetulkan kolarnya dengan lagaknya.
“Saya panggil awak Aamir,” kata Puan Jamaliah, pengerusi badan NGO yang menganjurkan aktiviti sukarelawan membantu orang asli.
“Jadi, apa pandangan awak tentang trip dan kem kita nanti?”
“Ehemmm.. (berdehem kononnya sakit tekak)
“Oh, saya setuju apa yang kita bincangkan. Tidak ada masalah. Kalau puan nak buat lebih dari setahun pun tidak mengapa,” ujar Aamir.
Kata-kata Aamir itu disambut dengan gelak tawa 10 orang yang menghadiri mesyuarat petang itu. Aamir tersengih.
Ramlan yang berada di sebelahnya, mencuit bahunya. “Sejak bila kau pandai buat lawak.’ Aamir hanya tersenyum ke arah kawan lamanya itu.
Sebetulnya Ramlanlah yang mengajaknya menyertai kem tersebut. Pertemuannya secara tidak sengaja kira-kira dua minggu lalu semasa Aamir minum bersendirian di kedai kopi telah memperkenalkannya kepada kem tersebut.
Pada masa itu, Ramlan terkejut melihat Aamir, sahabat lamanya semasa bersekolah di Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Buloh (2) yang sudah pulang ke tanah air. Tidak sangka, sudah empat tahun masa berlalu.
Memandangkan Aamir mengikuti pengajian perubatan, jadi Ramlan fikir, Aamir seorang yang sesuai untuk diajak menyertai sama kem tersebut yang bertujuan menjaga kebajikan dan kesihatan orang asli.
Aamir tidak menunggu lama untuk membuat keputusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by eddysheddy at 23-8-2011 22:30
Reply eddysheddy
eddy cpt pilih ahli panel ke-2 plak...esok nak tutup ...
ctsueraya ckp di ...
dauswq Post at 23-8-2011 18:37
memandangkan takde org pilih lagi, kesian pulak. I pilih cloudnine_mm untuk yg ke-2 |
|
|
|
|
|
|
|
motipp karangan eddy bersambung-sambung...
byk betul iklan...
cepat tepek sambungannya eddy.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by azharazhar91 at 24-8-2011 23:14
Awan indah Melukis Bayangan,
Kesuma Hati pemilik jiwa,
Salam pertemuan untuk ahli kayangan,
Dari Adirfs dan Azhar pembuka tinta.
Jejarum tajam buat tatapan,
Sekilas pandang tak Nampak kejam,
Cinta Ungu sentuhannya tampan,
Mencurah soalan yang teramat dalam.
Lagu ini telah menjadi lagu soundtrack untuk filem yang dibintangi olehNasha Aziz dan Rosyam Nor?
Bintang Menghilang Bulan Menjelang,
Kisah kasih adam dan hawa,
Laila Isabella filem yang gemilang,
Dibantu iringan suara emas "Untuk Selamanya".
.
Tamat Sudah Tugasan Ketiga,
Dari Kumpulan Yang Pertama,
{:1_125:}Azhar dan Adifrs memohon jasa,{:1_125:}
{:1_126:}Jika terdapat kedaifan kata,
:re:Jari disusan menutup semua.:re:
Mungkin ini pertemuan terakhir kita,
Dimedan percaturan bahasa,
;)Jika berkesempatan jumpa disana,;)
Jika disingkirkan terima kasih kepada CT CARI yang sempurna.
Semoga Minggu ketiga ditutup dengan penuh bergaya,
Sebelum kita menikmati hari raya,
Salam lebaran untuk semua,
Untuk pengajur, juri, pembaca dan pengundi khasnya,
Dari Adifrs dan azhar buat kerabat CT Cari yang tercinta.
|
|
|
|
|
|
|
|
NAMA PESERTA : Eddysheddy
KUMPULAN : Team B
AHLI PANEL : RosesArered
FASA : 1
Bila nak pergi?” ...
eddysheddy Post at 23-8-2011 13:59
ala-ala citer bersiri gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 234# azharazhar91
mak aiii,cepatnya korang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 236# sixret
awal ke kak sixret???? bkn 24 last ke.. tu yg dok kelam kelibut ni{:1_130:}
tulis ape yg ade je..aduhhs |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 237# azharazhar91
awal la dari kump akak ni ha.kami masih mencari jawapan lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 238# sixret
akak stok MARVELOUS-licious biase laa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|