CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolz

Terbuka Hijab Sebelum Meninggal

[Copy link]
Post time 1-3-2015 08:17 AM | Show all posts
suka thread ni..banyak citer yang boleh jadi pengajaran..semoga kita yang hidup ni teruskan beramal..ikhlas keranaNya..

macam nenek saya, dia ni Allah kurniakan mata halus..boleh nampak apa yang kita tak boleh nampak
masa hari -hari terakhirnya sebelum meninggal, dia makin kerap nampak makhluk Allah yang lain ni. Kita orang yang pulak yang terpinga-pinga bila dia tunjuk ada sekumpulan orang sedang berada di satu sudut ruang rumah, padalah tak ada sorang pun kat situ, ada kerusi meja je.

hari arwah meninggal, solat jenazah sampai tak muat ruang tamu, sampai ada yg solat kat luar. Pagi itu mendung dan angin sejuk..lepas tu hujan renyai..kebumi dalam pukul 11 pagi. Sampai di kubur, bau wangi semerbak.

Nenek saya ni guru mengaji Quran,  sama macam arwah atuk dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 09:42 AM | Show all posts
LC ada similar story about this... Arwah my dad masuk hospital 2 kali... Masa kali pertama for 2 weeks. Masa tu dia dah nampak okay... My dad diagnosis cancer hati.. Dapat tau pun sbb tiba2 badan esp mata dia kekuningan... So, lepas discharge kali pertama, 1st thing dia buat dia nak pergi bank... So, dia keluarkan duit dan bagi LC utk bayar bills and certain things... Actually walaupun LC dah besar dan anak 2, arwah my dad mmg settle all my bills.  LC hanya perlu bayar duit rumah & kereta installment aje.   Tapi, dia ada bagi extra  money.  1 portion dia kata guna utk extra expenses, and another portion dia kata jangan sesekali pakai duit ini.  Hanya gunakan bila smp waktu nya... LC masa tu tak faham apa yang my arwah my dad maksudkan...  Selain daripada itu, dia ada bagi instruction apa yang LC harus buat jika dia x mampu (coma or tiada lagi).

After 1 week my arwah dad tiba2 sakit semula dan admitted to hospita again... Lepas 2 hari admitted dia terus koma... Selama 2 minggu LC jaga dia, duit yang extra tu LC guna utk perbelanjaan kat hospital... Bila arwah my dad meninggal mmg sedih sangat... Rupanya duit yang lagi satu portion tu mmg cukup2 untuk perbelanjaan terakhir arwah untuk kembali ke Penciptanya....

LC ingat lagi masa malam terakakhir dia kat rumah sebelum sakit teruk, dia angkat tilam dia and tidur kat living hall sbb selalunya cucu2 dia akan menepek tidur kat bilik dia.  LC mmg rasa x sedap hati, LC duduk kat sofa tunggu dia tidur.  Tapi dia xnak tidur.. Dia suruh LC masuk tidur tapi LC insist nak temankan dia.  Dia merayu2 suruh LC masuk tidur.  LC pulak merayu2 dengan dia nak temankan dia... Ntah camne, tiba2 dia rasa sakit yang teramat kat bahagian perut dia... LC terus panggil ambulans dan admittedkan dia... Tapi LC tak terkilan sbb dapat jaga dia... Setiap malam LC tidur sebelah dia kat hospital sambil berborak tapi one-way conversation ler..  Masa dia pergi malam tu, LC balik sekejap rumah sbb dah lama x balik, lagipun my sisters kebetulan dtg melawat. LC siap pesan dgn arwah my dad, jangan buat apa2... Mmg LC berat hati betul nak balik jap.. Mmg dah ajal dia, baru aje otw back to hospital, tiba2 one of my sis call and kata my abah dah pergi... Perasaan masa tu mmy x blh dibayangkanlah... My sisters kata, maybe arwah my dad xnak LC tgk dia pergi....

I really miss him... Semoga Allah SWT tempatkan arwah my dad di kalangan mereka beriman dan dijauhkan dari seksa kubur dan api neraka, Aamiin... Al-fatihah.

Sorry sgt terlari tajuk...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman aku sendiri. Aku terdengar suara orang sedang mengaji empat hari berturut2 tanpa henti. Masa tu aku dok kat spital teman arwah abah aku. Kami eksiden dan arwah abah aku strok sebab eksiden tu dan Alhamdulillah aku xde apa2. Empat hari kemudian Allah s.w.t telah menjemput arwah abah aku. Selepas saje arwah abah aku pegi dijemput ilahi, suara yang terngiang2 di telinga aku hilang sekelip mata.

Ya Allah. Rindunya aku kat arwah. Aku adalah anak bongsu dan manja dgn arwah abah. Sampai sekarang aku tertanya2, petanda apa suara org mengaji beramai2 di telingaku. Sob.sob. huwaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 04:26 PM | Show all posts
Edited by lavender_aqua at 2-3-2015 04:29 PM

ni kisah coursemate aqua
kami tak rapat sangat, kawan biasa je. kenal pun sbb roommate dia bff aqua sejak kat matriks.  bila sekali2 gi bilik cik S ni, sekali sekala arwah ada la kat bilik.

masa degree baru 1 kelas. arwah meninggal masa kami 2nd year. accident kena langgar dengan bas awam. sehari sebelum arwah meninggal, arwah duduk depan aqua. masa tu aqua ingat lagi, kelas ekonomi. arwah tanya pensyarah, sir what is the different of black market and grey market? masa arwah tanya, aqua dapat rasakan sekeliling aqua senyap. tau2 je la budak universiti, kadang bising gak dalam kelas kan walaupun pensyarah ada. aqua tak tau napa, aqua begitu khusyuk dan fokus dengan soalan arwah padahal sebelum ni aqua buat tak kisah je kalau kawan2 tanya soalan kat pensyarah. lepas tu, pensyarah aqua minta masa nak cari jawapan, sebab yang dia ajar kami black market, grey market kami belajar dalam International Business kalau tak salah.

esok pagi aqua ada kelas. tiba2 M datang kat aqua dan cakap, Y (aqua) tau tak arwah accident? aqua tanya accident, dengan apa? M pun cerita la. kawan kelas kitorang lagi sorang, panggil D la, dia kena saman. jadi D dgn arwah nak pergi balai polis tapi tak tau jalan. so boyfriend D, R yang bawa. situasi dia macam ni, motor arwah- R yang bawa, motor D- arwah yang bawa, D bonceng kat belakang arwah. masa sampai 1 trafik light, R dah lepas tapi D dengan arwah kat belakang. masa gerak tu, ada bas dari arah bertentangan belok padahal lampu merah. D tercampak ke tepi jalan, tapi arwah terperosok bawah bas. beberapa hari lepas D dah tenang, D cerita kat kami. arwah nak selamatkan motor D sebab tu arwah terperosok bawah bas sebab dia pegang handle motor kuat2. kalau arwah tak pegang kuat2 maybe arwah pun tercampak sama macam D.

orang kata dah ajal dia macam tu kan. badan arwah ok, yang teruk kepala arwah walaupun pakai helmet. terkejut kami semua kat fakulti dengan berita accident tu. mula2 budak2 pakat kata arwah kat icu, tapi pastu masa kecoh2 ada sorang senior approach aqua bagitau arwah dah meninggal kat atas jalan. bawa ke hospital pun untuk bedah siasat and mandi jenazah. kesian gak la mak arwah, terkejut dapat berita anak meninggal. dean kitorang pun terkejut, sebab tu 1st case student fakulti meninggal accident. siapa sangka, dean yang garang-heartless tu menangis (ada member inform) juga masa kat hospital sebab dia bawa dokumen arwah untuk proses hospital dan polis.

arwah memang disiap kafan bagai dari hospital, petang tu terus bawa balik felda. arwah orang felda. kawan2 dia pakat kemas barang2 arwah, sumbat dalam bas. masa tu ad-hoc la, ada bas U bawa 1 rombongan yang nak gi ziarah keluarga arwah. kawan2 lain pun ramai konvoi dengan kereta. masa tu aqua mampu menangis je, sebab baru sangat aqua tengok arwah tau2 dia dah takde. masa tu terngiang2 time dia tanya soalan, time dia datang bilik aqua tanya pasal kelas tasmik, tanya esaimen. dahla bilik arwah betul2 bawah bilik aqua. dah lama arwah pergi, sejak 29.7.2009. Al-Fatihah untuk arwah.

cuma next kelas ekonomi, masa pensyarah nak jawab, dia tanya mana student yang tanya soalan hari tu? kami semua cakap, she passed away. pensyarah kami ingat kami main2 kot, tapi beria kami yakinkan dia arwah dah takde.

sorry kalau tak berapa nak ada unsur2 mistik ke apa.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 04:37 PM | Show all posts
baru nampak thread ni...tak baca habis pun...baca first 2 page and last page...

just nak citer... pengalaman family...

1) Arwah Nenek (ibu kepada mak)... beberapa bulan sebelum dia meninggal...dia kene stroke...half paralysed.... so dia memang bed ridden lah...ada nurse yang selalu dtg rumah rawat dia itu ini...but mandi kan dan makan kan family lah....selama dia bed ridden tak ada lah apa2...or maybe tak perasan...tapi... 10days before dia meninggal...dia tiba2 sakit kuat....so bawak balik pegi hospital.....ada sekali tu....dia panggil mak...dia kata...tolong bagi minum kat si polan bin si polan...kesian jauh2 datang tak dibagi minum....mak pun tanya my late uncle(abg mak yang tua)..dia kata si polan tu saudara jauh..tapi waktu my late uncle kecik dia dah meninggal.....

then the next day mak pegi hospital... nenek tanya dengan dia....mana my late uncle tu...mak kata belum datang...then dia tanya kenapa... so nenek kata.. "Si polan bin polan datang tadi...semua org tak ada sini...jadi aku tak mampu nak bangun bagi air utk minum, aku sedekah bacaan Quran...sampai sini je (dia sebut bacaan Surah tu...i dah tak ingat), tolong suruh abg (my late uncle) sambung kan"....so bila my late uncle dtg pegi hospital...mak cerita, dia kata ohhh si polan bin si polan tu abg arwah nenek.....and dia pun continue sedekah baccan Quran yang Arwah nenek start pada mula nya....Arwah nenek pergi a few days after Doctor said "she's living only on machine"...actually dia dah pergi..tapi my uncles tak nak terima so they let her "live" on machine for few days...until they decided to tell everyone to cleaned up the house....ramai nya yang datang... org2 yang tak di kenali pun datang....satu rumah bau harum waktu dia meninggal. arwah nenek ni house wife je, tak kerja..tapi dia jenis yang solat tak tinggal, puasa tak tinggal...puasa sunat... puasa 6 pun tak tinggal....


2) Late uncle (abg mak yang tua)... yang ni i terkilan sangat sebab tak sempat jumpa. sangat2 terkilan tapi bila tengok jenazah dia...memang happy. my Late uncle ni pun org nya jenis tak tinggal solat, tak tinggal puasa...selalu puasa....puasa sunat memang sentiasa buat.. weeks befor dia meninggal, dia ada bagi duit kat his wife...dia kata utk uruskan kalau dia meninggal...but she was too blur to understand....
the day dia meninggal...pagi nya lepas solat subuh, dia pergi kedai runchit dekat rumah...beli brg utk dia masak...then he cooked....anak dia tanya...byk jugak ayah masak, dia kata semua org boleh makan krg malam bila mau. then around 10am dia turun bawah...rumah dia dua tingkat(jenis tangga kat luar rumah), yang tinggal kat bawah is his son and family.... dia dgn wife and other kids kat atas..... so dia turun bawah, dia cari my cousin...dia bagi duit utk bekalan sekolah on monday dia kata...selalu nya dia bagi on sunday, but ni on saturday....sekali my cousin tanya..eh kenapa bagi awal..dia just ckp takut tak sempat....
then dia mandi kat bawah...1st time mandi kat bawah.... my cousin tercium bau harum sangat...haruman yang tak pernah tercium selama ni...bila habis mandi je...dia tanya my late uncle..."ayah pakai sabun apa..wangi lah", he just showed to him... dia guna lux... dalam hati my cousin, dia guna the same lux tapi tak pernah bau wangi mcm tu.....

tghari..dia makan...lepas tu siap2 and solat zohor...lepas solat je..dia tgk tv...dgn anak dia and one of my aunt (mak punya sister)...waktu tgk tv tu..dia tiba2 bangun...pergi buka pintu bilik my cousin...dia tgk wife dia, anak pompuan dia and menantu pompuan dia....dia senyum and tanya kat menantu dia..dah makan ubat? she said sudah..he smiled and tutup pintu....then he went towards front door and rebah.....that was the last thing he did....

dia meninggal hari sabtu...tghari...almost 2pm.... sebab kiteorang jauh...and one of my uncle jauh....so dia tak di kuburkan terus hari tu....
jenazah nya di simpan semalaman kan rumah....org ramai dtg tak putus2 utk membaca yassin.... we arrived late...dalam 10 lalu malam.... tak berani nak tgk jenzah dia...terkilan sangat... sangat2 terkilan. padahal 3weeks before that i nak pergi jumpa dia tapi masa tu still recovering from Chicken pox so tak nak jangkit kat org lain...tapi hati kuat nak jumpa dia.

the next day dia di mandikan kat masjid jam 9pagi.... lepas di kafan kan je....satu masjid bau harum...he looks so pure...so fair...so clean....and rupa dia pun mcm org senyum...cantik sangat....tempat dia disemadikan pun tak byk masalah.... senang je cari....senang je korek.... everything so senang.... rindu nya dgn arwah....rindu sangat...i really love him...walaupun waktu kecil2 i tak suka jumpa dia sebab dia garang, tak pakai tudung dia marah,....kalau bergaul dgn sepupu2 lelaki dia marah...dia tak suka pergaulan bercampur lelaki dan perempuan....tapi bila dah besar2....jadi rapat dan sayang.....tak sangka dia pergi...actually masih susah nak terima kenyataan...cuma terpaksa redha.. Semoga Alla merahmati beliau dan menempatkan beliau dikalangan org2 yang beriman....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 08:51 PM | Show all posts
Edited by lavender_aqua at 2-3-2015 08:54 PM

baru teringat 2 kisah

1. ni pasal arwah tok sedara. aqua tak ada banyak kenangan dengan arwah tok sebab dia meninggal masa tu aqua baru darjah 1 atau 2 camtu. lagipun jarang jumpa, harap raya atau kalau lapang balik kampung baru jumpa.tapi masa arwah sakit, kami pergi ziarah kat hospital. nampak sihat takde la teruk2 pun. 1 hari, arwah terpacak depan rumah kami, dengan seekor ikan (lupa la ikan apa). arwah ni duduk dekat laut, so senang la nak dapat ikan2 ni. wife dia memang marah la, baru keluar hospital terus datang rumah kami di kedah, bukan balik rumah sendiri. tak jauh sangat la penang dengan kedah sebab aqua tinggal area Kulim. tapi sebab arwah datang dengan bas kira agak menyusahkan juga la. arwah datang kata nak tengok mama. mama ni anak sedara perempuan sulung. mak mama kakak kepada arwah tok. dulu2 masa mama kecik, mama yang tolong arwah kat kedai runcit kampung. btw, arwah datang request nak makan gulai ikan mama masak. lepas tu arwah tidur 1 malam. esok pagi arwah balik, mama kata tunggu la abah habis kerja baru hantar, dia kata takpe dia boleh balik sendiri. tak sampai sebulan lepas tu arwah meninggal. yang pelik sikit tu, anak perempuan dia tak lawat, tapi mama yang pangkat anak sedara dia datang tengok. mama kata maybe arwah rasa dah nak sampai masa, tu yang dia datang kulim.

2. ni kisah makcik aqua. dia adik abah, anak ke-5 dalam family besar abah. orang kata kita akan perasan tanda2 tu lepas orang tu pergi selama-lamanya. betul, sebab aqua perasan pun lepas arwah makcik meninggal. tu pun takdelah on the spot, terperasan masa tengah belek2 gambar. kisahnya macam ni, 2003 abang aqua kawen. masa tu tengah tunggu kereta pengantin sampai, makcik kata kat aqua, jom ambil gambar boleh buat kenangan. aqua masa tu ikut je la sebab bosan tunggu kereta tak sampai2. masa tu 3.5.2003. lebih kurang 11 bulan kemudian, april 2004 makcik meninggal. mula2 tu makcik masuk ijn sebab nak operate jantung. lepas operate doktor kata paru2 makcik dijangkiti kuman. masa makcik masih dalam keadaan sedar dan boleh buat pertimbangan yang waras, habis semua harta2 dia, epf, hakmilik tukar ke nama makcik no.3 . masa suami arwah makcik tau, mengamuk sakan dia. btw arwah makcik takde anak, so legally harta tu sebab dah nama makcik no3, boleh split sama rata antara adik beradik. tak salah suami dia takde hak, tapi kami bagi juga la part dia. bila makcik dah takde, kami semua baru perasan satu persatu, macam patutlah arwah beria tukar nama, tak mau susahkan adik beradik bila nak claim, in other words arwah makcik maybe dah tak percayakan asben dia,wallahualam. macam aqua, patut la makcik nak ambil gambar tahun 2003 tu, rupanya macam nak tinggalkan kenangan terakhir untuk aqua. btw makcik request 1 keping gambar tu, jadi aqua cuci 2 keping. sampai sekarang ada lagi gambar dengan makcik. the 1 and only picture yang aqua ada.


again takde kisah mistik.
lebih kepada perlakuan yang jarang dibuat.
senang cakap macam buang tebiat ape orang tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2015 09:32 AM | Show all posts
marufie replied at 17-11-2012 09:47 AM
Masa sy kecik nenek masa sakit2 tinggal dgn kami, satu hari semua org xde pegi mana tah, sy kena dud ...

cikgu saya pun pernah cerita , di hujung -hujung kematian kita , kita akan diuji .tak igt klu tak silap setiap kali azan kita kena jawab ada kaitan dgn saat2 ini..klu tak silap saya la.

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 01:07 PM | Show all posts
wak_parjo replied at 1-3-2015 07:01 AM
teringat dulu masa aku kat spital,2 hari aku tak bleh tido sbb sakit lepas eksiden.last2 doktor bagi ...

seperti? cerita lah sikit..
mak aku pnh gak msk ICU tak sdr diri 3 hari, CCU 1 minggu
tp bila aku tanya ada apa2 tak yg dia termimpi/terbayang
takde apa katanya..alhamdullillah mak aku sihat smpai skrg
ada plk sorang makcik ni yg aku knl masa jaga mak aku tu
pengsan 12 ari kot, org lipis
aku tya ada apa2 mimpi
dia kata tak ada sgt
dia cuma mimpi ada byk kuda2
tp mcm takde tujuan mana2 pun
& dia pun sihat balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 04:06 PM | Show all posts
Saya pulak kisah lain..kisah pasal ex-roomate masa U..meninggal masa raya ke-4 tahun 2013..masa tue saya baru kawin so beraya di Kelantan..and baru ada baby..arwah memang ada kanser darah..lama juga arwah bertahan..even arwah kanser tapi tak tunjuk pun yg arwah tue sakit..happy go lucky orangnya..Arwah tua dari saya dan teringin nak jumpe baby saya..masa dpat tau dapat whatapps dari abg arwah nazak,jatuh masa nak ambik wuduk time subuh..kakak ipar dia cakap masa nak mandikan arwah senang jea,kulit lembut macam baby..saya frust sangat sebab tak sempat nak bawak baby jumpe arwah..bila teringat mesti menangis..then satu hari saya termimpi jumpe arwah lepak minum,makan macam biasa..dalam mimpi tue saya menangis2 mintak maaf and cakap rindu kat arwah..tapi arwah gelak jea cakap yg dia tak ada apa2 la..she's fine..sejak dari tue saya macam lega sikit..


Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 06:17 PM | Show all posts
Aku pon ade penglaman lebih kurang macam cerita tt gak.

Mase beberapa minggu sebelum mak aku meninggal, dia selalu pesan suruh aku belajar
baik2 sbb lepas ni dia nak pegi jauh dah.

Masa tu aku marah dia sbb dia cakap yg bukan2 tp pada masa yg sama gak aku sempat peluk
and buat pertama kali dalam hidup aku, aku cakap aku sayangkan dia and janganla tinggalkan aku.
Huhuhu sedihnya bila teringat camni...bergenang dah air mata aku ni.

Lagi seminggu sebelum dia meninggal, ada satu hari tu dia bgtau aku mlm td ada ramai org lelaki
and perempuan berjubah putih (dia cakap sumenye putih) dtg melawat dia kat dlm bilik. Untuk pengetahuan korang, bilik mak aku ni besar and mak aku cakap sampai penuh satu bilik dia ngan orang
yg dia tak kenal.

Aku tanya la diorang tu cakap apa?
Mak aku kata orang tu cakap berbisik2 sesama diorang tp mak aku tak dengar pon bijik butirnya.

Aku siap cakap lg eiii rumah kita ni ada hantu ke...hehehe kecik lg aku time tu..suka pikir yg pelik2 jer.

Mak aku time dia meninggal pon hujan turun renyai2 tp hari cerah pastu ramai gler org dtg smpi tak muat rumah aku yg besar tu (bkn aku berlagak tau cme nak terangkan kat korang mmg sgt ramai org yg dtg melawat)..

tu jela pengalaman aku.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:50 PM | Show all posts
Edited by kiblatku30 at 6-3-2015 05:51 PM

arwah atuk aku meninggal sebab kanser. meninggal hari khamis lepas isyak.
siang hari rabu..tengahari,tengah anak beranak urut2 badan dia..time tu mulut dia tak berhenti baca sumthg..
lepas tu dia duduk tanya siapa yg datang tadi tu?
bila kitorang kata tak ada sape..dia tanya lagi "hari ni khamis ye?" kitorang jawab esok khamis. dia terus diam
baring.
dan sebelum setengah jam dia meninggal,dia sempat la buang air besar . jadi masa mandi jenazah agak mudah la sebab
perut dia dah kosong.tamat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 10:19 PM | Show all posts
tak dapat bayang kan bagaimana bila terbuka hijab...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 11:38 PM | Show all posts
sedih betul thread ni..dari mula baca duk tahan sebak.

teringat kat arwah tokwan (ayah kepada mak)

dulu antara cucu yang paling rapat ngan arwah masa kecik2. kalau balik kampung, pagi2 arwah akan kejut nak ajak naik motor teman dia gi market ke kedai ke beli barang dapur untuk tok n mak masakkan. gigih ikut walaupun tak mandi n basuh muka je. seronok tolong dia bagi makan ayam kat belakang rumah. dapat kejar anak2 ayam kecik2 comel masa tu. hehee.. cuma bila dah makin besar makin menjauh maybe sebab saya sendiri pun jenis tak banyak cakap.

arwah meninggal around 2013 camtu. hmm sedih teringat kalau dah nak balik, bersalam dengan arwah, arwah akan pesan belajar rajin2. arwah menghidap sakit buah pinggang. so last time bersalam dengan arwah pun dia tetap pesan belajar rajin2. masa tu arwah dah nampak tak larat. mata merah. tangan pun macam tak larat nak angkat. terketar2.

akhirnya arwah kena tahan kat icu untuk beberapa minggu. masa tu dia sedar tapi tak boleh buka mata. means kalau kita sentuh kaki dia still boleh tau ada orang dekat2 dgn dia. guna alat bantuan pernafasan. sedih tengok keadaan arwah. lari menangis dalam bilik air.

masa balik tengok arwah dah nak disimpan, orang ramai sangat sampai tak boleh nak pergi jenguk untuk kali terakhir. mak n ayah aje yang pergi jenguk. masa tu arwah diletakkan kat bilik atas. means kena naik 3 anak tangga sebab rumah tinggi sikit. mak suruh tengokkan adik2 yang kecik kat dapur. hmm. sempat keluar tengok masa keranda dah diusung ke dalam van. sedihnya. menangis kat situ jugak.

hmm.. pernah mimpikan arwah beberapa kali. dalam mimpi tu arwah diam. muka tenang aje. kadang2 bercakap biasa2 ja tapi tak tau butir kata dia.. arwah nampak sihat elok aje takde uban macam umur sekitar 50-60 macam tu dalam mimpi. rindu kat arwah.

tak lama lepas tu mak long pulak jatuh sakit. sebab kena buatan orang. arwah tokwan pergi awal tahun. arwah mak long lak pergi nak dekat akhir tahun. arwah seorang guru dan sangat peramah. kalau jumpa memang riuh dengar suara dia. sekarang dah tak ada,bila balik kampung tak dengar dah riuh suara dia.

mak lak cerita kemarin dia termimpikan arwah mak long datang rumah n ajak dia keluar. tapi tunggu mak siap lama sangat. last2 tersedar camtu aje. sy pun terus terfikir aishh.. selalu orang cakap kalau mimpi orang yang dah meninggal ajak pergi ke sesuatu tempat, jangan ikut takut nanti 'pergi' sekali.wallahualam.

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 09:58 AM | Show all posts
Edited by AisyDani13 at 24-4-2015 11:45 AM

Assalamualaikum,minta maaflah kalau nak menyelit..
sorry TT.. Dan sorry lagi sekali kalau Off topic ke..

Saya nak cerita juga pengalaman saya.  Saya tak pasti ianya seram atau tidak..
November 2014 hari tu ayah saya mengalami sakit sendi hinggakan dia tak boleh nak berjalan dengan sendiri..
Ayah ada makan ubat hospital tapi tiada kesan apa-apa.. Jadi kami sekeluarga decide cuba perubatan islam..
Malam 24/12 Ustaz datang buat pagar rumah dan bacaan ruqyah untuk air mineral ,madu..
Untuk ayah minum & mandi.. Lepas Ustaz balik bonda start bagi ayah makan madu + air mineral (bacaan ruqyah).. Sebab start sakit ayah memang kurang makan,kurang minum.. Jadi bonda kerapkan bagi ayah minum madu & air ruqyah tu..

Pada mulanya semuanya baik-baik saja, tiba-tiba ayah start muntah-muntah coklat..
Setiap kali minum muntah-muntah.. Malam tu adik lelaki (UCU) saya yang teman ayah tidur kat ruang tamu..
Tiba-tiba dalam pukul 3-4 pagi  (kalau tak silap saya) ayah mengaduh lapar nak makan bubur .. Bonda ada masakkan bubur malam tu,tapi ayah langsung tak nak makan.. Tapi bubur tu dah habis adik-adik makan..
Ucu just bagi air dekat ayah, tiba-tiba ayah kata "Betul ke bubur dah habis?Tu bubur kat tingkap tu".. Ucu just ignore dan bagi ayah minum air saja.

Tapi masa itu Ucu tak kejutkan siapa-siapa pun.. Dia cerita kat kami semua masa ayah kat ICU..
Sebelum dimasukkan ke ICU, pagi selepas subuh 25/12, ayah rancak bersembang.. Kami ingatkan ayah bersembang dengan Ucu,jadi kami just ignore jer lah.. Tiba-tiba bonda memanggilku dengan nada yang cemas sekali.. Masa tu saya dalam bilik,dengan nada separa berbisik
Bonda : Ngah,ayah ngah.. Dia cakap sorang-sorang .....
Aku : Ye ke bonda, ayah sembang dengan Ucu tu bonda
Bonda : Ucu tidur ngah, ayah memang cakap sorang-sorang.. Ngah pergi tengok ayah tu.

Masa tu aku jalan slow-slow ,dalam keadaan terintai-intai.. Memang benar kata bondaku,ayah memang tengah sembang sorang-sorang.
Kedudukan ayah kat ruang tamu tu,cara baringannya menghadap tingkap..Aku cepat-cepat duduk rapat dengan ayah..

Aku :  Ayah,ayah!! Ayah cakap dengan siapa???
Ayah :  Cakap apa? Ayah takde cakap apepun.
Aku : Baru kejap tadi,ayah cakap dengan siapa???
Ayah :  Oooo.. Ada orang ni datang tgk ayah,ayah pesan bawaklah buah lai,buah pear.. Ayah suka sangat makan buah tu.
Aku : Huh?Siapa ayah yang datang? Siapa? Ngah kenal tak?
Ayah : Ayah pun tak kenal
Aku :  Perempuan ke lelaki ayah?
Ayah :  Perempuan,dia dah balik dah
Aku : Dahlah ayah,ayah rehat yer..

So kesimpulannya tak pasti ayah bercakap dengan siapa??? Dan bubur yang kat tingkap tu..

Lepas pada itu ayah pengsan dan dimasukkan ke ICU, 2x jantung ayah terhenti.. 8 hari ayah dalam ICU,7 hari dalam wad biasa..
Alhamdulillah ayah kembali pada kami ,walaupun tak sembuh sepenuhnya.. Tapi ayah sangat ceria..
ALHAMDULILLAH THANKS ALLAH



Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 09:03 PM | Show all posts
Teringat kat arwah kawan lelaki aku..dia pun meninggal sebab kanser juga
sangat menjaga hubungan dia dgn Allah..solat wajib dan fardu tak pernah tinggal..

lama juga dia duduk dlm wad..
dari badan segar bugar sampai tinggal tulang..
tiap kali kalau ada kematian dikalangan pesakit dlm wad tu..
dia mesti akan cakap..' ada orang datang ' 'sapa yang datang ramai2 tadi '
lepas dia cakap macam gitu..pasti akan ada kematian..tak kira la yg mati tu bangsa apa.

arwah pergi pun senang je..macam tido.sebelum dia tutup mata, tangan dia seolah2 macam nak mengapai sesuatu..urusan jenazah arwah pun sgt mudah..

semuga arwah kawan ku ini ditempaztkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh..
M..aku tau kau pasti sedang aman dan bahagia disana
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 11:58 PM | Show all posts
https://www.youtube.com/watch?v=E0VW80l4Eo4

suka dgr siri ceramah ustad ni tentang roh..kubur..syurga..neraka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2015 11:59 PM | Show all posts
dlm youtube di atas ada diberi tahu bila seseorang nak mati akan di datangi oleh kaum kerabat...eg mak..ayah yg dah meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih...

Xde pengalaman dgn org nazak..mase arwah tok meninggal aku tgh final exam. Mase arwah abah meninggal aku kt sabah,blk dpt tgk pusara jer. Dah lah aku slalu selisih paham dgn arwah. Semoga arwah dh ampun kan dosa2 aku. Wpun aku nih "panass" dgn arwah tp slalu aku hulur duit kt mak utk perbelanjaan arwah.huhuu...semoga arwah abah kesygan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 06:34 PM | Show all posts
sedih nak baca bab orang meninggal.

Arwah ayah makcik pun sebelum meninggal dalam 2-3 minggu tu asyik la termenung. kadang2 duduk menung tengok luar rumah. tanya menung apa, dia senyum kosong.

yang makcik sedih, beberapa hari sebelum meninggal dia beritahu makcik dia rasa dia akan meninggal awal. arwah datuk meninggal sebaya umur dia, jadi dia kata dia pun akan meninggal umur yang sama. abang2 dia semua dah lebih umur tu, tinggal dia sorang je. makcik pun tak setuju dan cakap mana boleh kira mcm tu. tapi ayah senyum je, tetap senyum kosong, tak sampai ke mata.

sedihlah! rindu dia.

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 09:54 AM | Show all posts
AisyDani13 replied at 9-3-2015 09:58 AM
Assalamualaikum,minta maaflah kalau nak menyelit..
sorry TT.. Dan sorry lagi sekali kalau Off topic ...

perkara yang sama jadi pada fil saya. tapi masa tu dia dah di icu. dia kata dia jalan jauh. penat. bila kami suruh makan dia kata kenyang tapi orang menjamu dia makan laksa. siap pelawa kami makan rambutan dan manggis dia bawak balik. ingat dia pada anak-anak. tapi Alhamdulliah tenat-tenat dia time tu akhirnya keluar juga hospital dengan sihatnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053385 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list