|
ni mesti keja datin aina dgn irina...
harap2 ada sambungan!! |
|
|
|
|
|
|
|
Tragedi lg...ujian sntiasa membadai kehidupn delia..hihuhu...hrp2 sumenya selamat...huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Tragedi lg...ujian sntiasa membadai kehidupn delia..hihuhu...hrp2 sumenya selamat...huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Terdouble post la lak...sori mod...jgn mrh aaa...huhuhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
tidakkkkkkkkkk
cepat sambung....berdebar2 nie |
|
|
|
|
|
|
|
TJ bila nak sambung, sambung plsssssssssssssss |
|
|
|
|
|
|
|
***************************
Dzariff bingkas bangun dari pembaringan. Saat itu dadanya seolah dipalu. Malah jantung berdegup seperti baru lepas berlari seratus meter. Bahkan Seluruh tubuh terasa menggigil menahan debaran.
Peluh yang merenek di dahi di seka dengan belakang tangan kanan. Dia berpaling dan jam tangan di atas meja direnung. Pukul 3 pagi. Dzariff raup mukanya yang terasa dingin dibasahi peluh.
Alamat apakah ini, Ya Allah? Jauhkan orang-orang yang kusayangi dari segala bala bencana. Lindungilah mereka!
Dzariff beristghfar berkali-kali untuk meredakan rasa dalam hati. Namun rasa itu tidak sedikit pun berkurangan. Akhirnya Dzariff bangun dari katil dan menapak ke sudut di mana dia sedang mengecas telefon bimbit.
Mahu menghubungi telefon bimbit Delia, dia rasa berat hati. Lebih menakutkan andai si penyambut penggilan itu nanti bukan Delia dan akan mengkhabarkan berita yang tidak mahu didengarinya.
Dzariff mundar-mandir di hadapan katil. Ke depan dan belakang. Rambut yang jatuh menutupi dahi disebak kasar ke belakang. Dzariff mendengus kuat untuk melepaskan rasa yang berbuku di dada.
Mimpikan Delia dan anak-anak kemalangan benar-benar menyentakkan lenanya. Malah seolah merenggut hatinya pergi. Walaupun bermimpi, kejadian itu seolah benar-benar berlaku di hadapan mata dan dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan memandang seperti orang bodoh.
Last edited by TJ2 on 28-2-2013 09:54 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengan tangan yang masih menggigil dia dail nombor di telefon bimbit. Dia tetap perlu pastikan keadaan Delia di sana. Hanya dengan cara ini mampu meredakan perasaannya yang sedang kacau ini.
“Hello…”
“Hello, Abang Kamal. Orang ni. Ada apa-apa jadi pada Azreen tak?” Dzariff terus bertanya tanpa Kamal sempat berkata apa-apa. Memang kalut sungguh dia kala ini.
“Azreen? Tadi abang tengok dia ok je. Boleh lagi bergelak ketawa.”
“Haish abang kamal ni! Orang serious la.” Gumam Dzariff bila Abang Kamal kedengaran tertawa di hujung sana.
“Bila pula abang cakap main-main?”
Dzariff tepuk dahi. Boleh pula Abang Kamal ni buat lawak di waktu kritikal macam ni! Rasa macam nak hempuk dengan bantal je!
"Abang ni mabuk ek?” Tanya Dzariff dalam geram.
“Merepek la kamu ni. Tak pernahnya abang mabuk. Bukan kamu kenal abang baru sehari dua,kan?”
“Manalah tau!” Dzariff telan liur yang terasa kelat. “Orang nak tanya lagi sekali ni, Azreen dengan anak-anak ok tak?”
“Ya Rabbi! Kan tadi abang cakap ok. Ni pun ada si Idham duk berjaga depan rumah si Azreen. Yang kamu kalut semacam ni kenapa?”
Padan muka. Kan dah kena bebel dengan Abang Kamal! Dzariff sengih sendiri. Makin tua makin kuat pula bekas pembantu ayah ini membebel.
“Orang mimpi Azreen dengan anak-anak kena bunuh la, bang!”
Lama Kamal terdiam sebelum lelaki itu kedengaran berdehem berkali. Tekak gatal mungkin! Ke nak adjust suara bagi lagi merdu?
“Lately ni memang abang perasan ada orang asyik follow Azreen dengan anak-anak dia. Abang boleh handle la. Lagipun kalau abang takde, budak-budak abang ada.”
“Ni lagi buat orang risau…”
Last edited by TJ2 on 28-2-2013 09:52 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Punggung dilabuhkan keatas katil. Penat pula berdiri lama-lama. Dzariff gigit bibir mengenangkan kata-kata Abang Kamal sebentar tadi. Siapa pula yang asyik ikut Azreen? Orang yang serang dia hari tu ke?
“Kamu jangan risau. Semua under control.”
Kalau boleh memang dia tidak mahu risau. Tapi rasa itu muncul tanpa dapat dikawal. Lebih-lebih lagi bila terkenangkan peristiwa Delia diserang tempohari. Yang Delia ni pun satu. Takkan dah lupa dengan amaran si penyangak tu? Sampai setuju pula nak kahwin dengan Ameer. Padahal terang-terangan penyerang itu beritahu jangan dekati Ameer lagi!
“Mujur abang ada. Kalau tak, boleh meletup otak orang dekat sini risaukan Azreen.”
Kamal kedengaran tertawa di hujung sana. Entah apa yang lucu, Dzariff sendiri tidak pasti. Tapi Abang Kamal yang dia kenali sejak bertahun-tahun dulu memang seorang yang happy go lucky, mudah tertawa dan paling penting...boleh dipercayai.
“Benda kecik je. Tapi, abang tengah pelik ni…” Kata-kata Kamal terhenti di situ.
“Pelik kenapa, bang?”
“Abang dengar Tan Sri cerita Azreen nak kahwin dengan Ameer. Betul ke?”
Dzariff rasa tercekik dengan soalan Kamal. Dia hela nafas panjang sebelum menjawab soalan cepumas itu. Cepumas ke? Entah. Lantaklah nak cepumas ke cepu perak. Jangan kena cepuk sudah!
“Betullah tu…”
“Habis tu kamu?”
“Macam ni lah, bang…” Kata Dzariff lemah sebelum berbaring . Letih rasanya bila terbangun di tengah malam begini. Lebih parah lagi bila dibebani dengan rasa risau yang bukan sedikit.
“Kamu dah cerita dengan dia?” Kamal bertanya lagi.
Lidahnya kelu untuk menjawab pertanyaan itu. Dzariff mengeluh perlahan. Kusut bila ditanya dengan soalan-soalan begini.
“Orang letak phone dulu la. Abang pun mesti nak tidur. Dah pukul satu lebih dekat sana kan. Sorry ye ganggu abang lewat malam macam ni! Bye.”
Last edited by TJ2 on 28-2-2013 09:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik dia letak telefon sebelum beribu soalan ditanya oleh Kamal. Tak lalu nak menjawab nanti. Dan yang pasti dia belum bersedia untuk soalan-soalan yang mencabar minda begitu.
Lagi parah, soalan itu mampu menggores hatinya di sudut yang paling dalam. Delia Azreen! Nama itu disebut berulang kali. Kali terakhir bertemu, Delia berkeras mahu mengahwini Ameer walaupun dia sudah merayu. Konon tidak mahu ada yang berkecil hati. Habis tu, hati yang satu ini bagaimana?
Satu wajah terlayar di matanya. Dzariff raup muka. Kerana gadis itu, dia sendirian hingga ke hari ini. Tapi untuk menyalahkan gadis itu sepenuhnya, tindakan itu dirasakan seperti tidak wajar. Dzariff sedar, walau apa pun terjadi dia tetap perlu berbalik pada Qada’ dan Qadar Tuhan. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.
Bak kata orang, there’s always a silver lining in every grey cloud…
Last edited by TJ2 on 28-2-2013 09:46 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
TJ2 posted on 27-2-2013 05:45 PM
Lebih baik dia letaktelefon sebelum beribu soalan ditanya oleh Kamal. Tak lalu nak menjaw ...
Salam TJ2
interesting sub-plot and the telepathy antara Dzariff dan Delia sudah dua Kali berlaku...yg pertama Dzariff sempat tarik Ameer ke tempat kejadian Dan Kali ini pula Dzariff bermimpi...so who is Dzariff? Hehehe
masih ternanti apakah yg terjadi kepada Delia Dan anak2? Apakah masih sempat Ameer menyelamatkan keadaan?
|
|
|
|
|
|
|
|
semakin menarik..semakin tak sabar nk tunggu sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tau sambungan nye..harap2 hepi ending utk dzarif dgn delia.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar ye nak tahu sapa dzariff sebenar ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
ohhhhhhh...Dzarifff tu adam keeeeeeeeeeee?
Amirrr kesiannn nyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Accident tu cume berlaku dlm mimpi Dzariff...bukan realiti.
Delia sbnrnya sihat walafiat
Kesian Irina dengan Aina kena tuduh hihi...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|