CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
 Author| Post time 9-7-2013 08:52 PM | Show all posts
Selamat menjalani ibadah puasa yaa kaka..kaka.. semua.. dari TT untuk malam nie.. esok ada umur TT sambung lagi..

Hari Sabtunya Auna Aulia ke kuliah di Shah Alam. Itupun abangnya Aazad Aakif yanghantar. Puas dia merayu nak bawak motor atau kereta. Mama langsung tak benarkan. Abah lebih –lebih lagi dan paling dia sakit hati abang-abangnya lagi melebih – lebih. Benci dengan semua orang. Huuwaaaa…. Rasa macam kurang kasih sayang pun ada.


Ahad pun sama. Nasib kelas setengahari sahaja. Balik rumah dia terus masuk bilik.Tanda Please Don’t Disturb dia gantung. Dia nak beremdam dalam bath tab dan tidur. Dia mengantuk dia penat. Dia letih. Dia bengang. Dia rasa kekurangan kasih sayang. Semua rasa dia ada sekarang ni. Semua orang macam fahamlah pulatak ada sesiapa mengganggu dia.


Hari Isnin berikutnya ada orang dah datang rumah buat itu dan ini. Bilik dia pun dah bertukar wajah. Dah kena hias dah cantik. Nanti hari Rabu siang mereka datang lagi nak touch up. Rumah pun dah bertukar wajah. Mama dan abah sibuk kesanakesini.


Hariselasa macam tu jugak rumah makin sibuk dengan kehadiran sedara mara. Dia jadirimas. Tapi dia kene buat-buat muka happy. Masuk bilik dia tenggelam dengan dunianya. Dunia seorang insan bernama Auna Aulia.


Pejam celik lepas tu pejam balik lepas tu celik balik. Dah hari khamis. Pagi itu Auna Aulia mengenakan baju kurung pesak Pahang berwarna krim untuk majlis khatamAl-Quran. Ada juga suara yang memuji mengatakan suaranya sedap dan pandai mengaji. Kembang setaman hati mama bila mendengar ada yang memuji. Dia hanyatersenyum. Berkat didikan mama dan abah yang pastinya yang menitik beratkan soal agama. Acara itu dihadiri dengan marhaban dan berzanji oleh kaum wanita.


Kalau di amati ia berbunyi nasihat buat si anak gadis yang bakal menjadi isteri. Supaya mentaati suami, menaladani mereka yang terdahulu dan macam-macam lagi. AunaAulia mengalirkan airmata. Bila mendengar bait-bait kata nasihat itu. Mama lagilah terus melarikan diri dalam pelukan abah. Abang Aazad Aakif dan Abang Aazad Aamir menenangkan mama. Dia hanya mampu memandang. Kerana tidak tertahan lagi rasa hati dia bangkit dari tempat yang di khaskan untuknya lalu memeluk mama. Akhirnya mereka sekeluarga menangis. Anak gadis yang bawah jagaan mereka selama ini akan dibawa pergi oleh sang suami. Sekejap saja masa berlalu. Semua mata yang melihat mengalirkan air mata.


Malamnya pulak ada majlis Mandi Beradat Sempat. Entah betul entah tidak sebutannya.Hanya yang perempuan sahaja. Di buat dalam kawasan tertutup. Auna Aulia berbaju kurung cotton berbunga kecil pink bertanah putih dan bertudung syiria berwana putih. Di mulakan oleh yang paling tua dan terdiri dari kaum kerabatnya.Selalunya orang berkemban. Auna Aulia terkejut mendengar. Tak pernah dia berkemban seumur hidup depan orang walaupun semuanya itu perempuan. Maun kena kerat lapan belas oleh mama. Mama kata walaupun dengan perempuan aurat masih kena jaga.


Selepas itu dia di inaikan. Sekali lagi orang bertanya, kenapa tak buat lukisan dekat tangan. Senang jawabnya itu bukan budaya kita. Kalau nak tahu lebih tanya abah.Sebab abah tak suka. Lepas tu mulut semua diam. Macam-macam nasihat yang datang. Dari nenek dari tok mummy.. dari makchik-makchik dan sepupu yang dah kawin. Semua membekalkan ilmu. Auna Aulia hanya mampu tersenyum dan tak perlu kata apa-apa. Senyap lagi baik. Dia lebih rela menenangkan hati yang berdebar gila dari melayan benda yang remeh temeh ni.


Malam itu setelah semua orang tidur. Dia mengetuk pintu bilik mama dan abah. Pada abang-abangnya dia cakap dia nak jumpa mereka dalam bilik mama dan abah.Nampaknya semua orang telah menanti.


Auna Aulia duduk bersimpuh dibawah. Dia melihat jari-jarinya yang merah cantik.Warna inai. Tidak terlalu pekat sehingga hitam disekeliling kuku atau terlalu pudar warnanya. Just nice. Dia suka warna itu.


“ada apa sayang nak jumpa kami..” tanya mama.


Auna tetap membatukan diri. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk memulakan bicara.Kerana hari ini hari terakhirnya sebagai Auna Aulia yang bujang esok insyaALLAHjika di izinkan ALLAH dia akan ada imamnya sendiri. Syurganya hanya dengan redhanya seorang suami. Tangannya digenggam kemas. Tangan abah di raih. Satu nafas dihembus.


“Abah,terima kasih sebab merestui hidup yaya dan memilih teman hidup untuk yaya yang terbaik. Abah tak pernah marah yaya walaupun yaya buat salah. Abah tetap ada dengan yaya saat yaya perlukan abah tak kisah walaupun semua orang menunding jari pada yaya. Abah tetap ada dekat dengan yaya. Walaupun abah penat dan susah tak pernah abah mengeluh untuk penuhi apa yang yaya nak. Tak pernah sekali pun abah jentik yaya atau sakiti tubuh badan yaya. Terima kasih abah sebab besarkan yaya dengan kasih sayang. Berikan didikan dunia dan akhirat utnuk yaya harungi kehidupan yaya. Sebelum tanggungjawab abah, abah serahkan pada orang lain Yaya dengan rendah hati mohon doa restu dari abah, keampunan dari abah untuk yaya mulakan kehidupan Yaya yang baru. Maafkan Yaya abah. Terima kasih..” ucap Auna Aulia mengucup tangan abahnya.


Encik Aizar sudah mengalir air mata. Walaupun cuba di tahan. “Abah maafkan yaya, abahampunkan. Abah tahu dia lelaki yang terbaik untuk anak abah ni..” Encik Aizar tidakdapat meneruskan kata-katanya. Dahi dan kedua-dua belah pipi Auna Aulia dikucup lembut.


Auna Aulia beraling kepada Puan Mardiah pula. Tangan mamanya di capai. “Mama, terima kasih sebab menahan sakit untuk melahirkan Yaya, berjaga siang dan malam untuk membesarkan Yaya. Medidik yaya menjadi insan yang berguna macam hari ni.Halalkan makan dan minum dan susu yang diberikan untuk Yaya. Restuilahkehidupan yaya dengan doa restu mama..” belum sempat Auna Aulia menghabiskan ayatnya dia terus di tarik dalam pelukan mamanya. Mereka bertangisan. Lama. Pipi Auna Aulia di cukup lembut.


“Mama ampunkan..mama halalkan.. semuanya..” tersekat-sekat kata-kata itu. Akhirnya dibahu suaminya dia menangis. Encik Aizar menggosok perlahan belakang isterinya.


Auna Aulia beralih kepada abangnya Aazad Aakif. Tapi Aazad Aakif tidak membenarkan dia berkata-kata Auna Aulia di tarik dalam pelukannya. Setelah reda baru Auna Aulia bercakap.


“Abang Aakif, abang Aamir, yaya bertuah sebab ada abang macam abang Aakif, abangAamir, andai yaya mati dan dihidupkan semula yaya nak mintak jadi adik-adik abang jugak, yaya tak nak orang lain. Yaya nak abang Aakif, abang Aamir jugak jadi abang yaya. Ampunkan dosa-dosa yaya dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halal kan segalanya. Terima kasih sebab jaga yaya, kasihkan yaya lebih darisegalanya. Terlalu besar pengorbanan abang semua.. abang,, “ sekali lagi Aazad Aakif menarik Auna Aulia dalam pelukannya Aazad Aamir juga memeluk Auna Aulia mereka bertiga berpelukkan.


“Jangan cakap lagi dik. Cukup..” kata Aazad Aakif.


“Adik adalah adik yang terbaik buat kami..” kata Aazad Aamir.


Akhirnya mereka berlima berpelukan. Airmata menjadi satu. Sang Puteri di tanam larangan akan ada penjaga yang lain. Hanya doa restu yang mengiringi langkah sang puteri menempuh alam baru.


AkhirnyaEncik Aizar mengarahkan isteri dan anak-anaknya mengambil wuduk mereka akan bersolat bersama pada malam ini. buat kali terakhir untuk Auna Aulia sebelum dilepaskan pada si suami menjalanankan tanggungjawab sebagai imam pula. Memohon kehadrat Ilahi semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Setelah selesai solatAuna Aulia berbaring diriba mamanya. Akhirnya dia terlelap. Mereka semua terlelap bersama. Bersama airmata. Bersama doa-doa kudus yang dipanjatkan kehadrat yang Maha Esa. Bersama pengharapan. Syahdunya dirasakan. Seorang anak gadis yang telah berkahwin habis sudah tanggungjwab walinya keatas dirinya.


*****************************************************

selamat membaca semua.. muahhhss..



Last edited by mrsT on 9-7-2013 09:01 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 11:23 PM | Show all posts
SEDIHHHH....
tapikan nak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 11:47 PM | Show all posts

sorry lagu Khaleel Untuk Auna..

and this is my fov song.. sangat2 bermakna..
Last edited by mrsT on 10-7-2013 08:39 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 12:46 AM | Show all posts
lagu apa tu yang... tak dapat tengok lar... sedihhh sgt...

famili dorang ni sangat rapat, saling sayang menyayangi... bestnya dapat abang2 yg sangat menjaga n sayangkan adik dia... kaka tak merasa pun macam nih... abam2 kaka garang giler... dah tua2 pun nak garang... nyampah sungguh... abah kaka pendiam sgt... bercakap bila ada mende nak tanya aja... selebihnya diam jah... gurau2 ngan kaka pun tak penah... bila baca cite TT nih kaka sedih sgt... kaka ni sebenarnya kurang sgt kasih syg dari abah kaka   jeles sangat sama auna nih... dah la bakal dapat laki hensem mcm khal... ada motor besar lak tuh... kaya lagi tuh berganda2 kaka jeles kat auna... boleh ke gitu...muahahahaaa...tak boleh blah nye stetmen...

nak lagiiiiiiiiiiii.... alang2 sambung je la sampai nikah... adoyaiiiii TT nih... sengaja aja kan...  kaka cubit2 baru tau...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 01:03 AM | Show all posts
sedihnya... hurm...  
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah sedihnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-7-2013 05:33 AM | Show all posts
tak reti nak upload..
Last edited by mrsT on 10-7-2013 08:28 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 08:42 AM | Show all posts
hikhikk.. nanti lah saya sambung yer..

kaka @asyriqa tak mau cubit.. sakit tauu

@cmf_honeysweet   nak tisu tak???  

nak tisu tak..
Last edited by mrsT on 10-7-2013 08:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2013 08:59 AM | Show all posts
utk kaka..kaka.. semua...cuma suka di ingatkan yaaa tak semestinya Auna dan Khal yaa... tidak semestinya.. suprise...

*****************************************************************************

Paginya selepas solat subuh berjemaah Auna Aulia melangkah ke dalam biliknya. Di sudut bilik kelihatan barang hantaran buat bakal suaminya dihias indah bersama bunga hidup. Di atas katil yang bercadar berwarna krim yang bersulam bunga halus berwarna merah hati di taburkan kelopak bunga mawar berwarna merah dan pink. Disudut bilik dihias dengan jambangan bunga harum sundal malam yang di letak didalam pasu jernih. Di meja coffee table di letakkan mangkuk jernih bersama kuntuman bunga yang dititikkan aroma terapi. Biliknya berubah wajah 360 darjah. Bau bunga rampai dengan aroma terapi, berpadu menghasilkan bau sungguh harum. Bau yang ada disetiap bilik pengantin dia rasa.

Dia membuka pintu bilik airnya. Juga berubah wajah. Di nyalakan lilin aroma terapi.Tuala baru di susun di rak. Dua bathrob baru juga tergantung di tepi warna putih gading. Berubah sungguh wajah kamar mandinya macam hiasan bilik hotel lah pulak. Auna Aulia tersenyum sendiri. Menghargai usaha mama dan keluarga.

Dia mendekat ke jendela kelihatan orang sibuk kesana dan kesini. 6 buah konopitersegam indah dihias cantik. Salah satu konopi ada pelamin mini cantik dihias dengan bunga-bunga segar. Dia sempat mengintai pagi tadi. Di hias bersama dengan bunga harum sundal malam. Bunga kegemaran Tok Mummy dan nenek. Nampaknya mama bijak menarik hati semua orang. Dia suka dan bahagia melihat semua orang tersenyum gembira. Langsir tiga lapis berwana krim berbunga halus yang di ikat reben di tengah-tengahnya di sentuh. Terasa kelembutannya. Mama memang betul-betul all out.
“Auna mama suruh makan sarapan dalam bilik. Mama pesan Auna duduk dalam bilik sajatak payah keluar. Nak apa-apa bagi tahu kami.” Kata Kak Syafiqah. Di belakang ada Kak Zahra dan Farzahana bersama.

“Alaaa..bosanlahh..” komen Auna Aulia. “Nak tengok khemah. Macam cantik jerk..”

“Tak payah lah nanti karang tengok jugak. Duduk dalam bilik rehat. Tenangkan diri.”Kata Kak Zahra.

“Betul-betul..tak sangka aku kau kawin dulu. Aku yang bertunang kau tak ada rebut tak ada taufan tup-tup nak kawin..” kata Farzahana.

“Apa nak buat..seru aku sampai awal dari kau..” jawab Auna Aulia cuba menutup kegugupannya.

“Auna jadi ke apa yang Auna nak buat ni?” tanya Syafiqah.

“Kau nak buat apa Auna.. kau jangan buat gila. Punya grand aku tengok family kaubuat majlis ni..kau jangan buat kecoh..”

“heii perempuan kau jangan nak merepek erk.. ni pasal lain. Nanti kau tengok lah.”Jawab Auna Aulia.

“Auna cornfirm tak nak tahu siapa suami Auna?” tanya kak Zahra.

Auna Aulia mendiamkan diri. “keputusannya tetap sama. Dari dulu dan sekarang Auna tak nak tahu. Biarlah rahsia. Lagipun dia tak pernah cuba untuk hubungi Auna selama dua minggu ni. Jadi Auna anggap dia nak rahsiakan siapa diri dia. Tak apalah..”

“Takap alah kalau macam tu.” Jawab Zahra.

“Akak jangan lupa yaa..”

Zahra dan Syafiqah hanya mengangguk.

“weiicerita apa ni.. kak cerita lah kak saya..” pinta Farzahana pada Syafiqah danZahra.

Merekabertiga hanya tergelak. Melihat telatah Farzahana yang ingin mengetahui rahsiamereka.

AunaAulia di solek selepas di selesai mengerjakan solat Zohor.

“Kak,saya tak nak akak cukur apa-apa bulu dekat muka saya yaa.. solek natural lookok..” Auna Aulia memberi tahu Mastura make up artis yang di upah oleh mama.

“Tak payah nak cabut bulu apa-apa pun. Semuanya dah memang elok dengan kamu. Kalau akak nak trim sikit boleh..” tanya Mastura.

“Saya tak nak..” jawab Auna Aulia.

“Okeylah kalau macam tu..” kata Mastura beralah. Dia dah biasa dengan semua itu.Bukan semua orang suka bulu keningnya di cabut. Mujur wajah Auna Aulia tidak mempunyai sabarang masalah. Kalau orang kata kulit muka halus dan licin macam telur seperti itulah kulit muka Auna Aulia. Licin dan senang untuk ditatariaskan.

Bagi majlis akad nikah ini. Auna Aulia memilih jubah moden yang mengikut bentuk badan sedikit tapi tidak terlalu ketat. Sedang elok sahaja. Berwarna putih gading labuh dan meleret sedikit dari material chiffon. Di perincikan lagi dengan manik tetapi tidak terlalu sarat.

Majlis akan bermula dengan majlis bertunang terlebih dahulu kemudian baru disusuli dengan majlis akad nikah. Auna Aulia mula berdebar bila di beritahu rombongan pengantin lelaki telah tiba. Dadanya rasa seperti di palu gendang.

Tak lama selepas itu pintu biliknya di ketuk kelihatan mama meminta izin untuk masuk dan diikuti dengan wanita lebih kurang sebaya mama yang anggun. Memakai baju kurung kosong bersulam berwarna senada dengan mama. Warna lemak ketam.

“Assalamualaikum..Auna Aulia binti Aizar..” ucap wanita dihadapannya.

“Waalaikummussalam..”jawab Auna Aulia pelahan dan mereka yang berada di dalam biliknya.

“MasyaALLAH cantiknya kamu. Patutlah putera bonda tidak senang duduknya. Tidak basah mandinya..” kata wanita tersebut.

Auna Aulia berfikir mesti inilah ibu mentuanya nanti. Wanita ini seperti biasa dialihat tapi dia lupa dimana. Wanita ini kelihatan seperti arab sedikit putih merah.

“Terima kasih kerana sudi menerima putera bonda yang banyak serba kurangnya. Bonda berdoa kamu berdua limpahi taufiq, hidayah dan dikayakan dengan kasih sayang antara kamu..” kata wanita itu lagi.

Auna rasa sangat teruk sekali. Nama bakal ibu mentua dan bapa mentuanya pun diatidak tahu. Hanya yang  dia tahu bapa mertuanya keturunan Megat dan ibu mertua nya berketurunan Sharifah itu sahaja.

Tangan wanita itu meraih jarinya. Sebentuk cincin disarungkan. Cincin belah rotan berwarna perak. Simple but nice. Auna Aulia bersalam dengan bakal ibu mertuanya dan mencium tangan itu. Kedua belah pipinya di kucup begitu juga kedua-dua matanya. Syahdunya.

Mama dan wanita itu berpelukkan. Seperti telah lama berkenalan. Selepas itu Auna Aulia ditinggalkan di bilik. Selepas ini acara akad nikah. Auna Aulia menarik nafas dalam. Mencari kekuatan dalam diri untuk menempuh gerbang hidup yang baru selepas ini. Dia harus yakin dengan jodoh ini. Takdir ketentuan ALLAH adalah sentiasa yang terbaik untuk setiap hambanya.

Auna Aulia dipasangkan Niqab. Dia ingin menjadi seperti puteri arab. Hanya nampak dibahagian mata sahaja. Itu impiannya. Biar masa yang menghalalkan wajahnya ditatap oleh sang suami. Hadiah dia untuk sang suami. Dan satu kejutan.  Simbolik. Kecantikan seorang wanita hanya untuk tatapan si suami. Jadi biarlah kecantikan dia hari ini hanya di lihat oleh suaminya dahulu. Tidak orang lain

Sekali lagi pintu biliknya di ketuk kelihatan Abah dipintu. Masing-masing terpegun dengan kecantikkan Auna Aulia. Serinya naik hingga kemuka. Setiap mata yang memandang pasti memandangnya buat kali kedua. Di belakang mama dan di sisi mamaabang-abangnya.

Auna Aulia mengerti sudah sampai masanya abah akan menikahkannya sebentar lagi.Tangan abah di raih. Disalam dan dicium. Abah menarik Auna Aulia dalam pelukan.Perkara yang sama di lakukan oleh mama dan abang-abangnya.

Akhirnya abah memimpin Auna Aulia ke tempat khas untuk acara akad nikah. Sewaktu meniti tangga dia di apit oleh abah dan mama memimpin dia kiri dan kanan. Dibelakangnya abang-abangnya. Aazad Aakif dan Aazad Aamir. Itulah permintaan Auna Aulia. Mahukan keluarganya mengiringi dia buat kali terakhir sebelum dia diserahkan pada orang lain yang bergelar suami.

****************************

selamat membaca semua.. sayang u all ketat-ketat..


Last edited by mrsT on 10-7-2013 09:14 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:28 AM | Show all posts
waaaaaaaaaaaa sedihnyaaa....syahdu....speechless sangat...kagum dgn keakraban keluarga auna....penuh dengan kasih sayang....smbglh cepat tt....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 11:25 AM | Show all posts
Best giler dapat family mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 12:53 PM | Show all posts
oh my ..... kalo kite neh banjir umah
no no no ... takpe cite pon TT yg punye
khal ngan kite jela ...ehemm ehemmm
nak lagi kaka
Last edited by yoozara on 10-7-2013 04:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 01:10 PM | Show all posts
yang oiii... memang sengaja buat kite2 ni saspen... sebelum balik masak karang... sambung lagi seketoi dua tau... huh tak sabor nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 01:19 PM | Show all posts
takut kaka2 semua tak terlalu kusyuk nak masak petang nie.. saya bermurah hati untuk samb.. jenuh perah otak nie..

hope u all happy yaa..

***************************************************************


Selepas Juru Nikah membaca khutbah nikah abah mengambil tempat di hadapan pengantinlelaki untuk acara seterusnya.

Auna Aulia pula seakan dibawa kedunia lain. Dia seperti terbayang-bayang saat diadidalam dakapan keluarganya. Dia hanya tersedar bila mama, menggenggam tangannya kuat. Rupanya pengantin lelaki tengah melafazkan akad.

“Sayaterima nikahnya Auna Aulia binti Aizar dengan mas kawin senaskah Al-Quran.”

“Sah..”tanya abah pada saksi. Abang yang mewalikan pernikahannya.

Selapas saksi-saksi mengesahkannya. Masing-masing melafazkan nafaz lega. Auna Aulia juga begitu. Kelihatan mama sebak, abah menangis saat memeluk pengantin lelaki.

Pengantin lelaki berdiri tepi sudut yang telah dibentangkan sejadah untuk pengantin melakukan solat sujud syukur selepas akad nika sebelum melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Auna Aulia tidak dapat melihat pengantin lelaki dengan jelas kerana pandangannya di hadang.
Mama memeluknya erat. Mama menangis. “Tahniah sayang, jaga diri dan rumahtangga baik-baik. Doa mama sentiasa mengiringi setiap langkah mu”
Auna Aulia sebak. Sedih. Sebolehnya dia tidak mahu menitikkan airmata tapi dia takmampu menahan. Semua yang hadir di majlis ini mengalir air mata. Selepas itua bah datang menghampiri dan memeluknya. Belakang Auna Aulia di usap. Diamembalas pelukkan abahnya.

Kedengaran suara orang ramai memberi tahu pengantin lelaki sudah selesai solat sujudsyukur. Masa untuk upacara membatal air sembayang. Semua orang memberi laluan kepada pengantin lelaki.

Kini suaminya berdiri di hadapannya. Lelaki itu memberi salam. Auna Aulia menjawab dalam hati. Terasa suara itu seperti biasa di dengar. Lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Auna Aulia menyambutnya. Wajahnya masih menunduk. Dia perlukan kekuatan untuk mengangkat muka melihat suaminya. Buat masa ini dia lebih kepada gementar.

Tangannya di capai. Sebentuk cincin emas putih berbatu satu di sarungkan. Selepas itu Auna Aulia menunduk lagi. Tangan suaminya di sambut dan dia mengucup lembut tangan itu. Tangan yang akan membimbingnya semoga sehingga ke jannah insyaALLAH.

Dagu Auna Aulia di pegang dan di angkat. Saat itu mata bertemu mata. Lidah pula kelu untuk berbicara. Segaris senyuman dari suami dihadiahkan padanya. Auna Auliarasa lemah seluruh urat sendinya. Mujur dia dalam keadaan duduk. Jika dia berdiri dia rasa dia akan jatuh tergolek. Dahinya di kucup lembut begitu juga kedua-dua alisnya.

Syafiqah menghulurkan dulang berisi cincin untuk suaminya. Auna Aulia mengambil cincin dari bekasnya dan menyarungkan kepada jari manis di sebelah kanan suaminya dengan jari yang gementar sangat-sangat. Sekali lagi dahi Auna Aulia di kucup. Lembut.Lama. Hangat.

Detik-detikitu di rakamkan oleh banyak kamera. Kenangan abadi. Seumur hidup. Auna Aulia dibawa berjumpa dengan ibu bapa pengantin lelaki.
“Tahniah wahai anak, jagalah amanah ini dengan baik. Bimbinglah isteri kamu..” nasihatwanita itu.

“Terima kasih bonda. Restui dan doakan perjalanan hidup saya ini..” suaminya memintarestu bonda. Mereka berpelukkan.

“Tahniah Auna Aulia. Selamat datang kedalam keluarga kami. Semoga hidup kamu di limpahi rahmat dan kasih sayang dariNYA” kata bonda.

“Terima kasih bonda kerana menerima saya..” Auna Aulia tunduk bersalam dan mengucup kedua belah tangan itu. Tubuhnya di dakap erat.

“Walid..terima kasih..” kata suaminya lagi kepada lelaki yang di panggil walid.

“Berbahagialah..”jawab lelaki itu terus memeluk anak lelakinya yang kini telah bergelar suami.

Kini giliran Auna Aulia pula. “Terima kasih walid..” Ucap Auna Aulia. Dia sebenarnya benar-benar terkejut dengan apa yang terjadi. Dia kenal dengan lelaki itu.Teramat kenal. YA ALLAH.

Kini giliran ibu bapa Auna pula. Setelah bersalaman. Tangan suaminya masih lagi menggenggam tangannya. Hanya di lepaskan bila perlu selepas itu tangannya akan berada semula dalam gengggaman suaminya kini. Lelaki yang halal untuk di gauli. YAALLAH besarnya kuasaMU. Sesekali Auna Aulia menjeling kearah suaminya. Mereka saling berbalas pandangan. Auna Aulia di iringi ke bilik atas kerana dia perlu membuka Niqabnya.

Syafiqah dan Zahra mengiringi Auna Aulia ke bilik. Sampai sahaja di bilik Auna Aulia masuk bersama Syafiqah dan Zahra. Pintu bilik di kunci dari dalam.

Auna Aulia perlu meluahkan apa yang terpendam dari tadi. “Akak.. akak tahu yaa…”

Syafiqah dan Zahra hanya mengangguk. Sambil tersenyum cuba menahan gelak.

“akakkkk….Akak jahat.. akak jahat.. kenapa tak cakap dengan Auna. Ya Allah malunya Auna.Mana Auna nak letak muka ni wahai kakak-kakak ku..”

Syafiqah dan Zahra tergelak besar. “Kami dah tanya Auna nak tahu tak siapa. Tapi apa jawapan Auna? Auna nak tahu masa hari akad nikah. So
jangan nak marahkan kami okey..”kata Zahra.

Masing-masing masih tergelak.

“Mangkuk ayun betul.. tertipu Auna tahu. Ya Allah malunya…” Auna Aulia menutup muka dengan tapak tangannya.

“so meh sini akak bagi tahu awak wahai adikku sayang. Yang Auna panggil bonda tu namanya Datin Hajjah Sharifah Adawiyah. Yang kami panggil Walid tu namanya Datuk Megat Khalid Zamri merangkap bos kamu di office dan anak dia yang kamu baru saja nikahi tadi namanya Megat Khaleel Zachry anak lelaki dia, anak lelaki tunggal okey.. Ada mengerti wahai adik” terang Syafiqah sambil tergelak

Auna Aulia betul-betul terkena kali ni. Patutlah semua orang relax jerk.“Akkakakakkk.. Auna malu. Mana Auna nak letak muka.. terkena Auna dengan semua orang..malu tahu..”

“Hello bukan salah semua orang okey. Awak yang tak mahu tahu, so lain kali beringatok.. eh mana ada lain kali. Surat dah sign. Jadi jawapannya, terima dengan hati yang tenang yaa.. Khaleel okey apa. Dia baik. Just relax okey..” kata Zahra.

Belum sempat Auna Aulia menjawab pintu bilik di ketuk. Syafiqah pergi membuka pintu manakala Zahra membantu Auna Aulia membuka niqabnya. Mukanya merah padam menahan malu. Rasa nak menyorok bawah katil rasanya.

“Auna, Khaleel nak masuk. Boleh ke?” tanya Syafiqah.

“Assalamualaikum..”Khaleel Zachry memberi salam.

Auna Aulia terdiam. Dijawbnya salam dalam hati, Takkan nak cakap tak boleh pulak. Dia hanya menganggukkan kepala. Zahra yang baru lepas menanggalkan niqab Auna Auliakeluar. Khaleel Zachry yang ada di tepi pintu masuk dan menguncinya dalamdalam.

Dia menapak kearah Auna Aulia tenang. Auna Aulia pula dah rasa berdebar gila. Diadapat rasakan Khaleel Zachry memberi pandangan yang menyindir. Huwaaaaa.. semua orang jahat. Kenakan dia. Ni memang memang wa terkenalah.

“terkejut?”tanya Khaleel Zachry

Auna Aulia diam. Tak tahu nak cakap apa. Karang salah cakap parah. Takut mulut derhaka pada tuan. Nanti jadi sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa pulak. Baik diamkan diri. Auna Aulia duduk di birai katil. Khaleel Zachry mengambil tempat di sebelahnya. Rapat. Bula roma Auna Aulia tegak. Man adia pernah rapat macam ni dengan lelaki. Gila. Perutnya dah rasa memulas.Tolonglah sesiapa kat luar panggil dia suruh keluar.


**********************************************************************

okey kaka2 semua.. harap berpuas hati tunggukan sambungannyalagi.. masih panjang cerita nie..
sayang u all ketat2..







Last edited by mrsT on 10-7-2013 01:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 01:27 PM | Show all posts
Auna akhirnya kahwin ngan Khal....I like....so sweet...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 01:29 PM | Show all posts
hakhak nak surprise sgt
kuciwa khal ngan auna jugek
bru je nk ngorat2 ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 01:31 PM | Show all posts
yesssssssssss... akhirnya auna jadi milik khal yang sah....so sweet sgt dlm bilik td...hehehhe menggelabah gile auna...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 01:32 PM | Show all posts
hope semua orang senang hati..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:18 PM | Show all posts
Baru tenang hati ni nak buka puasa nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 04:20 PM | Show all posts
yeay..yeayyy...... tengkiu laling...muahmuahmuahhhhh.... baru semangat nak gi masak neh, eheheheeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.073500 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list