CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

CaHaYa CiNtA ~TaMat~

[Copy link]
Post time 20-9-2013 10:49 AM | Show all posts


adiiii plz tolong dia...cepatttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2013 10:50 AM | Show all posts
suria74 posted on 20-9-2013 10:48 AM
tolong...tolong....naluri hati adi....please la pergi umah damia sekarang....damia dalam keadaan bah ...

nk crite ni pnjang ke, pendek?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:56 AM | Show all posts
momey yyy

akak x nak pjang pjang
tapi nak citer ni suspend n best
he he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 10:58 AM | Show all posts
cerry_ice posted on 20-9-2013 10:49 AM
adiiii plz tolong dia...cepatttt

yeahhh hapuskan aaron!
hikhik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 11:03 AM | Show all posts
cerry_ice posted on 20-9-2013 10:56 AM
momey yyy

akak x nak pjang pjang

aloooo ok! hahaha
tp mcm pnjang ckit laaa huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 11:09 AM | Show all posts
momey posted on 20-9-2013 11:03 AM
aloooo ok! hahaha
tp mcm pnjang ckit laaa huhuhu

x pe momey

pjang pun x kisah...
ikut kat putus hati momey...
jari tu larat x nak ketuk ketuk pjng pjang
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2013 11:26 AM | Show all posts
oright!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 11:29 AM | Show all posts
momey smbung pas lunch nnti la erk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 12:00 PM | Show all posts
kasi sambung ckit lg la momey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 12:06 PM | Show all posts
lailies posted on 20-9-2013 12:00 PM
kasi sambung ckit lg la momey

jap.. mau kuar cucuk duit jap!
esk mau soping yeah hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sila cecepat smbg..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:57 PM | Show all posts
momey posted on 20-9-2013 12:06 PM
jap.. mau kuar cucuk duit jap!
esk mau soping yeah hahaha

bagus...kasi lebih semangat byk n3.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 01:07 PM | Show all posts
stars83 posted on 20-9-2013 12:38 PM
sila cecepat smbg..

jap2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 01:07 PM | Show all posts
epysha posted on 20-9-2013 12:57 PM
bagus...kasi lebih semangat byk n3.

yeahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 02:11 PM | Show all posts
Aaron membuka jacket kulitnya lalu di baling ke arah sofa bersebelahan. Damia pula berjalan mengundur ke belakang.

"Baik kau keluar, Aaron!" jerit Damia yang sudah menggeletar seluruh tubuhnya.

"Apa hubungan kau dengan Adi?"

Damia diam.

"Cakap!!! Apa hubungan kau dengan Adi?!!!" jerkah Aaron lalu menarik tudung Damia sehingga tercabut tudung itu menyebabkan rambut Damia jatuh terurai. Cantik!

Mata Aaron sudah dikaburi oleh nafsu.

"Dah tak ada dara pun masih cantik lagi U erk.."

"Kuang ajar!! Keluar!"

"Ke U dah 'main' dengan Adi?" Aaron semakin rapat berdiri di hadapan Damia.

Damia terus menampar pipi Aaron. Aaron menahan marahnya.

"Biadap!! Adi lelaki yang baik. Sebagaimana dia hormat ibunya, macam tu juga dia hormat perempuan yang lain." terang Damia yang mula menahan sebak.

"Waaaa baiknya lelaki yang bernama Adi tu! Tapi dia bodoh! Bodoh mengambil peluang yang ada."

"U yang bodoh!"

"I bodoh? Meh sini!!! Kalau I bodoh, meh ajar I sampai I pandai.." Aaron menarik tangan Damia langsung memeluk Damia dengan eratnya.

Diciumnya pipi sehingga turun ke leher Damia. Damia meronta minta dilepaskan namun kudrat lelaki itu lebih kuat darinya. Damia lemas!

"Stop it, Aaron!!!!" jerit Damia lalu menolak badan Aaron sekuat hati.

Aaron sedikit kebelakang. Damia dengan pantas mencapai handphonenya lalu ditayangkan pada Aaron.

"Kalau U tak keluar, I call polis." Nafas Damia turun naik.

Aaron diam. Kemudian dia mengambil jacketnya kembali lalu berjalan ke arah pintu.

"I tak akan lepaskan U!" Aaron memberi amaran lalu terus keluar dari rumah itu.

Damia jatuh terduduk. Dia menangis.



                                                         ********************


Pada keesokkan harinya, Damia tidak banyak cakap. Masih takut akan ugutan Aaron itu. Ketukan pintu dari Fazira itu mengejutkan Damia.

"Astaghfirullah.." Damia mengurut dadanya.

Perlahan-lahan Fazira membuka pintu.

"Maaf, cik Damia.. Boleh saya masuk?"

"Ya. Ada apa, Ira?"

"Ada tetamu.."

"Siapa?"

Damia terkejut. Last edited by momey on 20-9-2013 02:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 02:31 PM | Show all posts
rita or sean???

harap2 adi yg datang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2013 03:33 PM | Show all posts
redsentra posted on 20-9-2013 02:31 PM
rita or sean???

harap2 adi yg datang

jap nk smbung ckit lg
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 03:38 PM | Show all posts
momey posted on 20-9-2013 06:11 AM
Aaron membuka jacket kulitnya lalu di baling ke arah sofa bersebelahan. Damia pula berjalan mengundu ...

hrmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 04:00 PM | Show all posts
Terus Damia berdiri apabila ternampak akan wajah Sean dihadapannya itu. Sean tersenyum memandang Damia.

"Saya keluar dulu.." kata Fazira lalu keluar dari bilik itu.

"Assalammualaikum, Mia.." lembut Sean memberi salam.

"Waalaikummussalam.."

Perlahan-lahan Sean berjalan lalu berdiri rapat di hadapan Damia. Mereka berdua bertentangan mata.

"Mia masih cantik seperti dulu.." puji Sean lalu menghulurkan sekeping kad pada Damia.

Damia terkejut.

"Kad?"

"Untuk Mia.."

Damia membuka kad yang berbentuk hati itu.

"Kahwin? Awak nak kahwin?" terus Damia tersenyum.

"Ya." Ini bermakna mereka sudah tiada lagi perasaan cinta sesama sendiri.

"Tahniah! Mana bakal isteri awak?"

"Dia ada kursus kat PD.. Nanti datang tau"

"Insyaallah.."

Tok! Tok! Tok! Damia dan Sean terkejut. Siapa pula yang ketuk pintu itu?

"Masuk!" panggil Damia.

Fazira masuk bersama Adi. Sekali lagi Damia terkejut! Apakah semua ini?

"Maaf, Cik Damia sekali lagi.."

"Tak pe.. Masuk, Adi.." panggil Damia lembut sambil tersenyum.

Fazira berlalu keluar. Adi berjalan ke arah Sean dan Damia.

"Kenalkan.. ini Sean.. Sean, ni Adi.." Damia memperkenalkan mereka berdua.

Adi dan Sean berjabat tangan.

"Jangan salah faham. Saya datang nak hantar kad kahwin pada Damia." jelas Sean supaya Adi tidak syak yang bukan-bukan walaupun dia sebenarnya tidak tahu akan hubungan Damia dengan Adi itu.

"Saya rasa saya macam ganggu pula.." Adi merendah diri.

"Tak adalah.. Saya datang singgah sekejap saja. Mia, nanti nak kahwin jangan lupa jemput saya tau!"

"Memang kami akan jemput! Jangan risau.. kad jemputan pun dalam proses! Kan Mia?" kata-kata Adi itu membuatkan Damia terkejut besar. Adakah dia sedang bermimpi?

"Mia.."panggil Adi. Adi sebenarnya mahu ketawa tetapi ditahannya kerana tidak mahu malukan Damia di hadapan Sean itu.

"Ya? A'ahh.. a'ahh.."

Terus Adi berdiri bersebelahan Damia.

"Oooo bermakna saya tak silap la kan? Tahniah untuk korang berdua!" ucap Sean.

Damia sudah tersipu malu. Merah mukanya!

"Erm.. ok lah! Nanti jemput datang k.."

"Insyaallah.."

"Bye.."

"Ok, bye.."

Sean bersalaman dengan Adi lalu keluar dari bilik itu. Damia terus memandang Adi.

"Awak cakap apa tadi?" tanya Damia lalu mengambil pembaris panjang di atas mejanya dan terus menampak lengan Adi.

"Auchh!!"

"Awak malukan saya tau!"

"Malu kenapa pula?"

"Pasal kad kahwin tu la!"

"Nak kahwin dengan saya tak?"

"Adi.."

"Saya serius, Mia.. Sudi awak jadi isteri saya?"

Damia tergamam. Matanya mula berkaca. Adi mula mengukir senyuman.

"Saya dah jatuh hati dengan awak. Dan saya berniat mahu memperisterikan awak.. Sudikah awak terima saya?"

Damia terus menangis terharu. Nak peluk masih haram! Hihihi..Kemudian perlahan-lahan Damia mengangguk. Adi dengan buat pertama kalinya menjatuhkan airmata tanda syukur.



                                                              ********************


Aaron yang masih bercuti itu bercadang mahu ke tempat kerja Damia. Mahu terus mengganggu hidup Damia sehingga Damia berada di dalam genggamannya.

Sebaik sahaja dia keluar dari kedai 7-eleven, dia ternampak akan kelibat kereta Adi di sebuah restoran berhampiran.

"Setan!"

Tiba-tiba Adi dan Damia keluar dari restoran itu dengan raut wajah yang begitu gembira sekali. Ini menyebabkan Aaron bertambah sakit hati. Dia dengan lajunya berjalan ke arah Adi dan Damia.

"Oiiiiiiiii!!!!" jerit Aaron mengejutkan Adi dan Damia.

Terkejut Adi dan Damia.

"Ya Allah.. Tolong saya, awak.." rayu Damia yang dalam ketakutan itu.

"Awak berdiri di belakang saya." arah Adi.

Sebaik sahaja Aaron sampai, terus penumbuk yang dia bagi namun Adi dengan lebih tangkas menggenggam penumbuk Aaron itu. Mereka berdua bertentangan mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 04:02 PM | Show all posts
adehhh.. dah kenyang ngantok plak..
smbung next week erk..
tataaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.056224 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list